Anda di halaman 1dari 9

KORPERASI KEMAJUAN DAN

PEMBANGUNAN NELAYAN
SABAH

KERTAS KERJA

‘PERBANDINGAN MESIN AIS BLOK’

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD NAEIM BIN MADDIBUT
TUJUAN

Setiap pekerjaan yang bakal dilakukan mesti mempunyai perancangan dan gerak kerja
yang teratur. Tujuannya adalah untuk memudahkan dan memastikan setiap perkerjaan
dapat dilaksakan dengan baik dan cemerlang.
Kertas kerja ini menerangkan tentang perbandingan Mesin Ais Blok yang ada di
pasaran. Penggunaan Mesin Ais Blok yang menghasilkan blok ais untuk kegunaan
nelayan di Sabah khususnya sememangnya sangat dititikberatkan untuk menjaga
mutu dan kesegaran hasil laut yang diperoleh dari nelayan.
Oleh itu, kertas kerja ini memberi gambaran dan pencerahan jenis mesin ais blok,
kebaikan, kelemahan dan cara penggunaan Mesin Ais Blok yang ada di pasaran
Malaysia.

PERMASALAHAN YANG TIMBUL

 Nelayan tidak ingin membeli ais blok yang dihasilkan menggunakan mesin
direct cooling dengan alasan kualiti ais tidak tahan berbanding ais garam.
 Mesin modern mempunyai kekerapan’leaking’ yang menyebabkan proses
pembekuaan ais terjejas.
 Kadar penghasilan ais adalah tidak memenuhi kadar spec mesin. Tidak
memenuhi permintaan iaitu 200 blok mesin sehari.
 Permasalahan Mesin Brine (garam) berlaku kekurangan dari segi kebersihan.

MATLAMAT

Dapat menentukan Mesin Blok Ais yang sesuai digunakan oleh KoNelayan Sabah
untuk menjaga mutu dan kesegaran hasil laut dari Nelayan Sabah.

OBJEKTIF

 Mengetahui jenis mesin yang bersesuaian digunakan oleh KoNelayan.


 Mengenal pasti ketahanan jangka hayat mesin untuk satu jangka masa.
 Menentukan mesin yang bersesuaian digunakan untuk kegunaan harian bagi
mencapai target sasaran.
KELEBIHAN YANG ADA PADA MESIN AIS BLOK PENYEJUKAN TERUS
(DIRECT COOLING)

KELEBIHAN PENERANGAN
Jimat tenaga Penggunaan elektrik per tan ais: anggaran adalah
sebanyak 60 darjah elektrik, penjimatan tenaga lebih
daripada 30% daripada mesin brine
Kawalan automasi Mesin ais blok direct cooling boleh mengawal
pembuatan ais, menambah air dan mengeluarkan ais.
Mesin Ais brine memerlukan operasi manual dan
menggunakan sistem kren.
Pembekuan cepat Keseimbangan ais yang sama menjimatkan 3-6 jam
masa bekuan daripada air garam, dan suhu pembekuan
purata mesin ais drain beranggaran -10 darjah,
manakala mesin ais direct cooling suhu pembekuan
adalah -20 darjah. Oleh itu, menjimatkan masa
pembekuan
Kos yang rendah Mesin ais direct cooling tidak memerlukan air garam,
tidak memerlukan tenaga buruh, dan acuan diperbuat
daripada aloi aluminium, yang mempunyai hayat
perkhidmatan yang panjang. Manakala, Mesin Ais
Brine bekerja secara manual, perlu menggunakan
garam dalam pembuatan ais
Kos elektrik dan aspek lain lebih tinggi daripada mesin
ais direct cooling.
Mesin ais penyejukan langsung mempunyai jejak yang
kecil, dan ia boleh digunakan untuk membuat ais
apabila air disambungkan ke tapak, yang sangat
menjimatkan masa dan kos pembinaan awam.
ANTARA MODEL MESIN YANG ADA DI PASARAN

1) CBFI
51, Jln BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor
+86 133 9268 4607

Rajah 1

2) KOYO
http://www.icecubemachine.com.my/index.php?ws=contactus
Block A-3A-13, Kelana Square, Jalan SS7/26, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
 +603-78032248
 +6010-8232248(Ms June)
 +603-78031111
 teoh@aos.com.my

Rajah 2
3) KOLLER
MP MACHINERY
Lot 1-7 Pusat Perindustrian Sri Lorong Inanam Baru 13, Mile 6, Jalan Tuaran, Inanam, 88450 Kota
Kinabalu, Sabah
+6011-10581129

Rajah 3

Jika merujuk kepada mesin yang ada dipasaran, kebanyakan komponen yang
digunakan adalah dari jenama yang sama sebagai contoh yang boleh diambil adalah
kompressor yang digunakan. Kebanyakan adalah dari model yang sama. Oleh itu
antara faktor lain yang perlu diambil kira adalah seperti:
 Jaminan yang ditawarkan
 Jenis mesin yang ditawarkan (direct cooling dan brine)
 Servis pemasangan dan penyelenggaraan yang ditawarkan
KELEMAHAN MESIN DIRECT COOLING BERBANDING MESIN BRINE
 Mesin direct cooling adalah mesin automatik dan memudahkan, tetapi jika kita
lihat dari gambar dibawah bahawa struktur mesin ais direct cooling sangat
rumit.

Rajah 4

 Mesin brine lebih mudah dan senang dikendalikan.

Rajah 5
 Semasa proses membuat ais, terdapat kebocoran air. Sekiranya perkara ini
terjadi, ia tidak akan dapat membuat blok ais yang sempurna.

Rajah 6

 Manakala mesin brine, air akan disimpan di dalam peti stainless steel dan
ianya tahan karat serta tidak akan berlaku kebocoran.

Rajah 7

Rajah 8
 Mesin direct cooling menggunakan alat hidraulik untuk menurunkan ais blok,
jika berlaku masalah pada alat hidraulik, ais tidak akan dapat dikeluarkan.
Berbanding mesin brine yang akan mengeluarkan ais menggunakan sistem
kren.

Rajah 9

 Apabila operasi pembekuan selesai, mesin ais direct cooling akan


menggunakan gas panas untuk menjatuhkan dan mengeluarkan ais blok yang
telah dibekukan. Dalam kes ini, terdapat banyak cecair yang akan masuk ke
dalam compressor dan memberi kesan penyejatan tidak baik kepada alam
sekitar.
RUMUSAN

Sebagai rumusan, revolusi industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia
memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam
produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Industri 4.0 adalah istilah yang
sering digunakan untuk merujuk kepada proses pembangunan dalam industri
pengeluaran dan automasi ke tahap lebih pintar dari yang sedia ada dengan teknologi
yang lebih sesuai dan fleksibel. Ini bermakna mesin akan beroperasi secara bebas,
atau bekerjasama dengan manusia. Mesin akan beroperasi secara autonomi iaitu
menjadi entiti bebas yang akan mengumpul data dan menganalisa. Oleh itu sebagai
salah sebuah jabatan yang menggunakan mekanisma industry juga perlu turut
menyahut cabaran ini. Sungguhpun jika melihat kepada perbandingan yang telah
dilakukan, namun mesti ada jalan keluar dan penyelesaian untuk sesebuah masalah.
Sebagai contoh masalah maintenance yang dilakukan supplier. Kita sedia maklum
jika terdapat kerosakan pada mesin, operasinya sudah semestinya terbatal dan
terpaksa menunggu untuk dibaikpulih daripada pihak supplier berikutan masih terikat
dengan warranty. Namun kita oleh menyelesaikan masalah itu dengan cara membeli
mesin dari supplier yang ada disekitar kita dan berdekatan untuk mengelakkan
breakdown yang panjang ekoran menunggu pembaikan berbanding supplier dari luar
negara. Antara Langkah yang boleh diambil juga adalah menyediakan kursus tentang
mesin tersebut kepada staff yang terlibat untuk mengendalikan mesin. Ini boleh
mengurangkan risiko kerosakan juga yang mana apabila kesilapan kecil dapat
dielakkan.

Setelah mengambil kira semua aspek, saya mencadangkan mesin direct cooling dari
model CBFI. Hal ini kerana mesin ini banyak digunakan di kebanyakan negara. Ianya
juga menawarkan servis yang baik dan kebanyakan komponennya ada dipasaran kita
jika berlaku sebarang masalah.

Anda mungkin juga menyukai