Anda di halaman 1dari 19

Bab 6 Elektrokimia

6.1 Sel Elektrolitik


1. Elektrokimia:
▪ Kajian dalam bidang kimia tentang hubung kait antara fenomena elektrik dengan kimia.
▪ Terdapat dua jenis sel elektrokimia iaitu:

Sel Elektrokimia

Sel Elektrolitik Sel Kimia


(Sel Voltan/ Sel Galvani)
▪ Arus elektrik mengalir melalui suatu ▪ Perubahan kimia yang berlaku dalam sel
elektrolit untuk menghasilkan tindak menghasilkan arus elektrik.
balas kimia. ▪ Tenaga kimia ditukar menjadi tenaga elektrik
▪ Tenaga elektrik ditukar menjadi tenaga dalam sel tersebut.
kimia melalui proses elektrolisis.

Elektrolisis
1. Elektrolisis:
▪ Proses penguraian sesuatu sebatian dalam keadaan leburan atau akueus kepada unsur juzuknya
apabila arus elektrik mengalir melaluinya.
▪ Perubahan tenaga: Tenaga Elektrik → Tenaga Kimia

2. Sel elektrolitik:

kuprum kuprum
tak tulen
tulen

larutan
kuprum
sulfat

Sel elektrolitik Sel elektrolitik


(elektrod karbon) (elektrod logam)

MH. TYE 1
Ammeter

Elektrod Elektrod
(Anod) (Katod)

Kation
Anion
Komponen Fungsi Elektrolit
(a) Sumber elektrik ▪ Menghasilkan arus elektrik
(sel kering) ▪ Elektrolisis tidak akan berlaku jika tiada arus elektrik yang mengalir melalui
elektrolit
(b) Ammeter ▪ Menunjukkan dan mengukur pengaliran arus elektrik.
(c) Elektrod ▪ Konduktor elektrik yang disambungkan pada bateri dan membolehkan arus
elektrik masuk atau keluar elektrolit semasa proses elektrolisis.
(i) Katod ▪ disambung ke terminal negatif sumber elektrik
(ii) Anod ▪ disambung ke terminal positif sumber elektrik

(d) Elektrolit ▪ Bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan atau
akueus dan mengalami perubahan kimia.
▪ Biasanya merupakan sebatian ion dalam keadaan leburan atau akueus
yang terdiri daripada ion bercas positif (kation) dan ion bercas negatif
(anion)
▪ Perbezaan antara leburan dan larutan akueus sesuatu elektrolit:
Leburan Larutan akueus
1. Mengandungi zat terlarut 1. Mengandungi zat terlarut dan
sahaja. pelarut (air).
2. Contoh: 2. Contoh:
Leburan Plumbum (II) bromida Larutan natrium klorida
▪ PbBr2 → Pb 2+ + Br - ▪ NaCI → Na + + CI -
▪ H 2 O → H+ dan OH–.
3. Mempunyai dua ion, iaitu satu 3. Mempunyai empat ion, iaitu dua
ion positif dan satu ion negatif. ion positif dan dua ion negatif.
Ion positif ▪ Ion plumbum Ion positif ▪ Ion natrium
Ion negatif ▪ Ion bromida ▪ Ion hidrogen
Ion negatif ▪ Ion bromida
▪ Ion hidroksida
# Air mempunyai ion hidrogen (H +) dan ion hidroksida (OH -)

▪ Contoh-contoh elektrolit dan bukan elektrolit:


Contoh elektrolit Contoh bukan elektrolit
▪ Leburan plumbum(II) bromida, ▪ Naftalena, C10H8
PbBr2 ▪ Asetamida, CH3CONH2
• Leburan natrium klorida, NaCl ▪ Larutan glukosa, C6H12O6
• Larutan natrium hidroksida, NaOH ▪ Etanol, C2H5OH
▪ Larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4
(e) Kation ▪ Ion yang bercas positif (bergerak ke katod)
▪ Contoh: (Logam) Natrium - Ion Natrium (+)
(f) Anion ▪ Ion yang bercas negatif (bergerak ke anod)
▪ Contoh: (Bukan logam) Klorin- Ion Klorida (-)

MH. TYE 2
3. Proses Elektrolisis
(a) ion bercas positif (kation) bergerak ke katod (elektrod negatif)
(b) ion bercas negatif (anion) bergerak ke anod (elektrod positif)

Contoh 1: Leburan plumbum(II) bromida, Pb Br2, menggunakan elektrod karbon


Anod Katod
▪ Ion bromida yang bercas negatif, Br –, ▪ Ion plumbum(II) yang bercas positif, Pb 2+,
bergerak ke anod yang bercas positif bergerak ke katod yang bercas negatif

Pergerakan ion ke elektrod semasa elektrolisis leburan plumbum(II) bromida, PbBr2

# Elektrolit tidak dapat mengalirkan elektrik dalam keadaan pepejal


▪ kerana tiada ion yang bebas bergerak untuk mengalirkan elektrik.
Contoh 2: Larutan kuprum (II) sulfat, CuSO4 menggunakan elektrod karbon
Anod Katod
▪ Ion hidroksida yang bercas negatif, OH - ▪ Ion hidrogen yang bercas positif, H +,
bergerak ke anod yang bercas positif. bergerak ke katod yang bercas negatif
▪ Ion sulfat yang bercas negatif, SO2 – , ▪ Ion plumbum(II) yang bercas positif, Pb 2+,
bergerak ke anod yang bercas positif. bergerak ke katod yang bercas negatif

larutan
kuprum (II)
sulfat

Pergerakan ion ke elektrod semasa elektrolisis Larutan kuprum (II) sulfat, CuSO4
# Hanya satu ion positif dan ion negatif yang akan dipilih untuk dinyahcaskan.
Anod ▪ Ion hidroksida dipilih untuk dinyahcaskan.
▪ Gas oksigen dibebaskan pada anod.
Katod ▪ Ion hidrogen dipilih untuk dinyahcaskan.
▪ Gas hidrogen dibebaskan pad katod.

MH. TYE 3
Nota Tambahan
Kekonduksian Elektrik bagi sebatian ion dalam keadaan pepejal, leburan dan akueus:
Sifat fizik Keadaan Sebatian Ion
Pepejal Leburan/ Akueus
Keadaan mentol Mentol tidak menyala Mentol menyala
Pesongan jarum ammeter Jarum ammeter tidak terpesong Jarum ammeter terpesong
Inferens Sebatian ion tidak mengkonduksikan Sebatian ion mengkonduksikan arus
arus elektrik dalam keadaan pepejal. elektrik dalam keadaan leburan/
akueus.

Teknik Menjawab soalan Kertas 2 (Bahagian A)


Eksperimen 1: Untuk mengkaji elektrolisis bagi sebatian ion dalam keadaan pepejal dan leburan

Rajah 1.1 Rajah 1.2

Keadaan bahan Keadaan mentol


Pepejal plumbum bromida mentol tidak menyala
Leburan plumbum bromida mentol menyala
Hipotesis Sebatian ion dalam keadaan leburan dapat menjalani proses elektrolisis.
Sebatian ion dalam keadaan pepejal tidak dapat menjalani proses elektrolisis.

Pemboleh ubah Dimanuipulasikan Keadaan sebatian ion


Bergerak balas Keadaan mentol
Dimalarkan Jenis elektrod
Pemerhatian

Inferens 1. Ion-ion dalam keadaan leburan atau larutan akueus bebas bergerak
menyebabkan arus elektrik mengalir.
2. Ion-ion dalam keadaan pepejal tidak bebas bergerak menyebakan arus
elektrik tidak mengalir.

Definisi secara Berdasarkan eksperimen Rajah 1.1 dan Rajah 1.2, nyatakan definisi secara
operasi operasi bagi sebatian ion.

MH. TYE 4
Faktor yang Mempengaruhi Hasil Elektrolisis

1. Tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod bagi elektrolisis larutan
akueus:

Faktor yang mempengaruhi mempengaruhi


pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod

Kedudukan ion dalam Kepekatan elektrolit Jenis elektrod


siri elektrokimia

2. Siri Elektrokimia:
Siri Elektrokimia
Kation Anion

Kalau Ion kalium, K+ Ion fluorida, F- Faiz


Nak Ion natrium, Na+ Ion sulfat, SO42- So
Kahwin Ion kalsium, Ca2+ Semakin Ion nitrat, NO3- Naughty
Mesti Ion magnesium, Mg2+ Ion klorida, CI- Curi
Ada Ion aluminium, Al3+ mudah Ion bromida, Br- Barang
Zakat Ion zink, Zn2+ Ion iodida, I- I
Fitrah Ion ferum, Fe2+ dinyahcas Ion hidroksida, OH- Oh
Supaya Ion stanum, Sn2+
Perkahwinan Ion plumbum (II), Pb2+
Halal Ion hidrogen, H+
Kekal Ion kuprum (II), Cu2+
Abadi Ion argentum, Ag+

▪ Ion-ion yang berada di bahagian bawah siri elektrokimia lebih mudah untuk dinyahcas.
(a) Ion positif yang berada di bahagian bawah siri elektrokimia dipilih untuk dinyahcas
✓ kerana kurang elektropositif berbanding dengan ion-ion yang lain.
(b) Ion negatif yang berada di bahagian bawah siri elektrokimia dipilih untuk dinyahcas
✓ kerana kurang elektronegatif berbanding dengan ion-ion yang lain.

▪ Apabila ion positif dinyahcas, ion akan menerima elektron, menjadi neutral dan membentuk atom
atau molekul.

▪ Apabila ion negatif dinyahcas, ion akan menderma elektron, menjadi neutral dan membentuk
atom atau molekul.

MH. TYE 5
3. Faktor yang mempengaruhi hasil elektrolisis:

Faktor Penerangan
(a) Kedudukan (a) Semakin rendah kedudukan ion dalam siri elektrokimia, semakin mudah ion itu
ion dalam dinyahcaskan
siri ▪ Ion-ion yang berada di bahagian bawah siri elektrokimia lebih cenderung
elektrokimia untuk dinyahcas

Anod Ion yang dipilih untuk dinyahcaskan adalah ion yang kurang
elektronegatif berbanding dengan ion-ion yang lain.
Katod Ion yang dipilih untuk dinyahcaskan adalah ion yang kurang
elektropositif berbanding dengan ion-ion yang lain.

(b) Contoh: Larutan natrium sulfat

Elektrod Ion yang hadir Ion dipilih Hasil


untuk dinyahcas
Anod 1. Ion sulfat Ion hidroksida gas oksigen
2. Ion hidroksida
Katod 1. Ion natrium Ion hidrogen gas hidrogen
2. Ion hidrogen

Sebab:
1. Anod: Ion hidroksida berada di bawah ion sulfat dalam siri elektrokimia.
2. Katod: Ion hidrogen berada di bawah ion natrium dalam siri elektrokimia.

MH. TYE 6
pekatan elektrolit (a) Ion yang dipilih untuk dinyahcas pada anod dan katod:
Anod (i) Elektrolit berkepekatan tinggi (pekat):
▪ Ion negatif yang berkepekatan lebih tinggi di dalam
sesuatu elektrolit lebih mudah dinyahcas di anod.
(ii) Elektrolit berkepekatan rendah (cair):
▪ Ion negatif yang berada di bahagian bawah siri
elektrokimia lebih mudah dinyahcas.
Katod ▪ Ion positif yang berada di bahagian bawah siri
elektrokimia lebih mudah dinyahcas.

(b) Contoh: Larutan kuprum(II)klorida pekat dan larutan kuprum(II)klorida cair

larutan
kuprum (II)
klorida
pekat

(i) Larutan kuprum (II) klorida pekat:


Elektrod Ion yang hadir Ion dipilih untuk dinyahcas Hasil
Anod 1. Ion klorida Ion klorida gas klorin
2. Ion hidroksida
Katod 1. Ion kuprum Ion kuprum (II) logam kuprum
2. Ion hidrogen

larutan
kuprum (II)
klorida
cair

(ii) Larutan kuprum(II) klorida cair:


Elektrod Ion yang hadir Ion dipilih untuk dinyahcas Hasil
Anod 1. Ion klorida Ion hidroksida gas oksigen
2. Ion hidroksida
Katod 1. Ion kuprum Ion kuprum (II) logam kuprum
2. Ion hidrogen
Sebab:
1. Anod:
(i) Larutan kuprum (II) klorida pekat:
✓ Ion klorida lebih pekat daripada ion hidroksida.
(ii) Larutan kuprum (II) klorida cair:
✓ Ion hidroksida terletak di bawah ion klorida dalam siri elektrokimia.
2. Katod:
✓ Ion kuprum(II) terletak di bawah ion hidrogen dalam siri elektrokimia.

MH. TYE 7
(c) Jenis
(a) Jika jenis bahan yang digunakan sebagai anod tidak sama dengan jenis ion logam dalam
elektrodelektrolit: (elektrod karbon)

Ion yang dipilih untuk dinyahcas pada anod dan katod:


Anod (i) Ion negatif yang kurang elektronegatif akan dipilih untuk
dinyahcas
✓ Ion negatif yang berada di bahagian bawah siri
elektrokimia lebih mudah dinyahcas
✓ Ion negatif dalam elektrolit dinyahcas di anod.
(ii) Hasil: Ketebalan elektrod karbon pada anod tidak berubah
✓ Atom di anod tidak akan melarut ke dalam elektrolit.

Katod (i) Ion di katod yang kurang elektropositif akan dipilih untuk
dinyahcas.
✓ Ion positif yang berada di bahagian bawah siri
elektrokimia lebih mudah dinyahcas.
(ii) Hasil: Atom logam pada katod menjadi semakin tebal.
✓ Ion positif (ion logam) dalam elektrolit dinyahcas pada
katod.
✓ Satu lapisan logam terenap pada permukaan elektrod

Elektrolit Hasil: Kepekatan ion logam dalam elektrolit akan berkurang


✓ Atom di anod tidak akan melarut ke dalam elektrolit
✓ Ion negatif dalam elektrolit dinyahcas di anod.

Contoh 1: Larutan kuprum (II) sulfat menggunakan Elektrod Karbon

Elektrod Ion yang hadir Ion dipilih untuk dinyahcas Hasil


Anod 1. Ion sulfat Ion hidroksida gas oksigen
2. Ion hidroksida
Katod 3. Ion kuprum Ion kuprum (II) logam kuprum
4. Ion hidrogen

Sebab:
1. Anod: Ion hidroksida berada di bawah ion sulfat dalam siri elektrokimia.
2. Katod: Ion kuprum berada di bawah ion natrium dalam siri elektrokimia.
3. Kepekatan larutan kuprum sulfat semakin berkurang.
✓ Atom karbon di anod tidak akan melarut ke dalam elektrolit
✓ Ion kuprum dalam elektrolit dinyahcas di katod.

MH. TYE 8
(b) Jika jenis logam yang digunakan sebagai anod adalah sama dengan jenis ion
logam dalam elektrolit: (elektrod kuprum= larutan kuprum sulfat)

Ion yang dipilih untuk dinyahcas pada anod dan katod:


Anod (i) Atom logam pada anod akan mengion untuk membentuk
ion positif dan kemudian melarut ke dalam elektrolit.
(# Ion negatif dalam elektrolit tidak dipilih untuk
dinyahcaskan pada anod)
(ii) Hasil: Logam (kuprum) pada anod menjadi semakin nipis
✓ Atom-atom logam (elektrod logam) dari anod mengion
untuk menghasilkan ion positif.
✓ Elektrod logam merupakan anod terlarut
Katod (iii) Ion di katod yang kurang elektropositif akan dipilih untuk
dinyahcas.
(iv) Ion positif yang berada di bahagian bawah siri
elektrokimia lebih mudah dinyahcas.
(v) Hasil: Atom logam pada katod menjadi semakin tebal.
✓ Atom-atom logam (elektrod logam) dari anod mengion
untuk menghasilkan ion positif dan melarut ke dalam
elektrolit.
✓ Kemudian, ion positif (ion logam) dalam elektrolit
dinyahcas pada katod.
✓ Satu lapisan logam terenap pada permukaan elektrod
Elektrolit Hasil: Kepekatan ion logam dalam elektrolit tidak berubah
✓ Atom logam pada anod mengion untuk membentuk ion logam
dan kemudian melarut ke dalam elektrolit.
✓ Ion logam (ion positif) akan dinyahcaskan pada katod untuk
membentuk atom logam lalu terenap pada katod.

Contoh 2: Larutan kuprum (II) sulfat menggunakan Elektrod Kuprum

Elektrod Ion yang hadir Ion dipilih untuk dinyahcas Hasil


Anod 1. Ion klorida - Ion kuprum
2. Ion hidroksida
Katod 1. Ion kuprum Ion kuprum (II) logam kuprum
2. Ion hidrogen
Sebab:
1. Anod: Atom kuprum di anod mengion untuk membentuk ion kuprum
✓ Ion klorida dan ion hidroksida tidak dinyahcaskan.
2. Katod: Ion kuprum berada di bawah ion natrium dalam siri elektrokimia.
✓ ion kuprum kurang elektropositif berbanding dengan ion hidrogen
3. Kepekatan larutan kuprum sulfat tidak berubah.
✓ Atom kuprum pada anod mengion untuk membentuk ion kuprum dan
kemudian melarut ke dalam larutan kuprum sulfat.
✓ Ion kuprum dalam elektrolit akan dinyahcaskan pada katod untuk
membentuk atom kuprum lalu terenap pada katod

MH. TYE 9
4. Ujian- ujian kehadiran gas menggunakan kayu uji:
Ujian kayu uji berbara Ujian kayu uji bernyala
(ujian gas oksigen) (ujian gas hidrogen)

▪ Masukkan sebatang kayu uji berbara ke ▪ Dekatkan sebatang kayu uji bernyala ke mulut
dalam tabung uji yang berisi gas. tabung uji berisi gas.
▪ Jika kayu uji berbara bernyala semula, gas ▪ Jika gas meletup dengan bunyi ‘pop’, gas
di dalam tabung uji ialah oksigen. di dalam tabung uji ialah hidrogen.

5. Ujian- ujian kehadiran gas menggunakan kertas litmus lembap:


(a) Kertas litmus biru lembap ✓ Berubah menjadi merah- Gas bersifat asid
▪ Uji kehadiran gas yang ✓ Tidak berubah warna- Gas bersifat alkali atau neutral.
bersifat asid ✓ warna dilunturkan- Gas Halogen (gas klorin/ gas bromin)
(b) Kertas litmus merah lembap ✓ Tidak berubah warna- Gas bersifat asid atau neutral.
▪ Uji kehadiran gas yang ✓ Berubah menjadi biru- Gas bersifat alkali
bersifat alkali

6. Perubahan warna pada kertas litmus lembap:


Ujian Ujian kertas litmus biru lembap Ujian kertas litmus merah lembap

Dekatkan sehelai
kertas litmus biru/
merah lembap ke
mulut tabung uji
yang berisi gas.

Gas oksigen ▪ Kertas litmus biru lembap tidak ▪ Kertas litmus merah lembap tidak
berubah warna kerana gas berubah warna kerana gas
oksigen bersifat neutral. oksigen bersifat neutral.

Gas klorin ▪ Warna kertas litmus biru ▪ Kertas litmus merah lembap tidak
menjadi merajh dan kemudian berubah warna kerana gas klorin
dilunturkan kerana gas klorin bersifat bersifat asid
adalah gas halogen.

Gas hidrogen ▪ Kertas litmus biru lembap tidak ▪ Kertas litmus merah lembap tidak
berubah warna kerana gas berubah warna kerana gas
hidrogen bersifat neutral. hidrogen bersifat neutral.

MH. TYE 10
Latihan Tambahan:

1. Kedudukan ion dalam siri elektrokimia mempengaruhi hasil elektrolisis:


Contoh 1: Elektrolisis larutan natrium sulfat
Katod (elektrod negatif) Anod (elektrod positif)
(i) Menarik ion-ion positif, iaitu ion natrium dan (i) Menarik ion-ion negatif, iaitu ion sulfat dan
ion hidrogen ion hidroksida
(ii) Ion hidrogen dipilih untuk dinyahcas (ii) Ion hidroksida dipilih untuk dinyahcas
▪ kerana ion hidrogen kurang elektropositif ▪ kerana ion hidroksida kurang elektronegatif
berbanding dengan ion natrium berbanding dengan ion sulfat
(iii) Gas hidrogen terhasil pada katod (iii) Gas oksigen terhasil pada anod
Contoh 2: Elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat
Katod (elektrod negatif) Anod (elektrod positif)
(i) Menarik ion-ion positif, iaitu ion kuprum(II) (i) Menarik ion-ion negatif, iaitu ion sulfat dan
dan ion hidrogen ion hidroksida
(ii) Ion kuprum(II) dipilih untuk dinyahcas (ii) Ion hidroksida dipilih untuk dinyahcas
▪ kerana ion kuprum(II) kurang elektropositif ▪ kerana ion hidroksida kurang elektronegatif
berbanding dengan ion hidrogen berbanding dengan ion sulfat
(iii) Kuprum terenap pada katod (iii) Gas oksigen terhasil pada anod

2. Kepekatan elektrolit hanya mempengaruhi hasil elektrolisis pada anod:


Contoh 1: Elektrolisis larutan natrium klorida pekat
Katod (elektrod negatif) Anod (elektrod positif)
ion positif yang dipilih untuk dinyahcas pada Ion negatif yang lebih pekat dalam elektrolit
katod dipengaruhi oleh kedudukan ion positif adalah lebih cenderung dipilih untuk
dalam siri elektrokimia dinyahcas pada anod.
(i) Menarik ion-ion positif, iaitu ion natrium dan (i) Menarik ion-ion negatif, iaitu ion klorida dan ion
ion hidrogen hidroksida
(ii) Ion hidrogen dipilih untuk dinyahcas (ii) Ion negatif yang dipilih dalam larutan natrium
▪ kerana ion hidrogen kurang elektropositif klorida 1.0 mol dm–3:
berbanding dengan ion natrium ▪ Ion klorida akan dipilih untuk dinyahcas
(iii) Gas hidrogen terhasil pada katod ▪ Gas klorin terhasil pada anod.
▪ Inferens:
✓ Kepekatan ion klorida adalah lebih
tinggi berbanding kepekatan ion
hidroksida dalam larutan natrium
klorida pekat
Contoh 2: Elektrolisis larutan natrium klorida cair
Katod (elektrod negatif) Anod (elektrod positif)
ion positif yang dipilih untuk dinyahcas pada Ion negatif yang lebih pekat dalam elektrolit
katod dipengaruhi oleh kedudukan ion positif adalah lebih cenderung dipilih untuk
dalam siri elektrokimia dinyahcas pada anod.
(i) Menarik ion-ion positif, iaitu ion natrium dan ▪ Menarik ion-ion negatif, iaitu ion klorida
ion hidrogen dan ion hidroksida
(ii) Ion hidrogen dipilih untuk dinyahcas ▪ Ion negatif yang dipilih dalam larutan
▪ kerana ion hidrogen kurang elektropositif natrium klorida 0.0001 mol dm–3:
berbanding dengan ion natrium ▪ Ion hidroksida akan dipilih untuk
(iii) Gas hidrogen terhasil pada katod dinyahcas
▪ Gas oksigen terhasil pada anod.
▪ Inferens:
✓ Kepekatan ion klorida adalah lebih
rendah berbanding kepekatan ion
hidroksida dalam larutan natrium
klorida cair.
✓ Ion hidroksida kurang elektronegatif
berbanding dengan ion klorida.

MH. TYE 11
3. Jenis elektrod yang digunakan mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas sama ada:
(a) Contoh 1- Jika jenis logam yang digunakan sebagai anod adalah sama dengan jenis ion logam
dalam elektrolit
(b) Contoh 2- Jika jenis bahan yang digunakan sebagai anod tidak sama dengan jenis ion logam
dalam elektrolit

Contoh 1: Elektrolisis larutan argentum nitrat dengan menggunakan elektrod argentum


Katod (elektrod negatif) Anod (elektrod positif)
(i) Menarik ion-ion positif, iaitu ion argentum dan (i) Membentuk ion argentum apabila atom
ion hidrogen argentum di anod mengion.
(ii) Ion argentum dipilih untuk dinyahcas (ii) Ion nitrat dan ion hidroksida tidak
▪ kerana ion argentum kurang elektropositif dinyahcaskan
berbanding dengan ion hidrogen (iii) Elektrod argentum melarut ke dalam
(iii) Argentum terenap pada katod. elektrolit.
(iv) Elektrod argentum pada katod menjadi (iv) Elektrod argentum pada anod menjadi
semakin tebal. semakin nipis.
Kepekatan elektrolit
Kepekatan ion argentum dalam elektrolit tidak berubah
▪ kerana kadar pengionan atom argentum di anod untuk membentuk ion argentum adalah sama
dengan kadar ion argentum dinyahcas untuk membentuk atom argentum yang terenap pada
katod.
Contoh 2: Elektrolisis larutan argentum nitrat dengan menggunakan elektrod karbon
Katod (elektrod negatif) Anod (elektrod positif)
(i) Menarik ion-ion positif, iaitu ion argentum dan (i) Menarik ion-ion negatif, iaitu ion nitrat dan ion
ion hidrogen hidroksida
(ii) Ion argentum dipilih untuk dinyahcas (ii) Ion hidroksida dipilih untuk dinyahcas
▪ kerana ion argentum kurang elektropositif ▪ kerana ion hidroksida kurang
berbanding dengan ion hidrogen elektronegatif berbanding dengan ion
(iii) Argentum terenap pada katod nitrat
(iv) Elektrod argentum pada katod menjadi (iii) Gas oksigen terhasil pada anod
semakin tebal. (iv) Gelembung-gelembung gas tidak berwarna
terbentuk pada anod dan tiada perubahan
berlaku pada ketebalan elektrod argentum.
Kepekatan elektrolit
Kepekatan ion argentum dalam elektrolit berkurang
▪ kerana ion argentum dalam elektrolit dinyahcas untuk menjadi atom argentum yang terenap
pada katod.

MH. TYE 12
EKSPERIMEN 6.1
Tujuan Untuk mengkaji proses elektrolisis sebatian ion dalam keadaan pepejal, leburan dan
akueus
Hipotesis 1. Sebatian ion dalam keadaan leburan dan akueus dapat menjalani proses elektrolisis.
2. Sebatian ion dalam keadaan pepejal tidak dapat menjalani proses elektrolisis.
Ion yang Ion yang dipilih untuk dinyahcas pada anod dan katod bagi setiap elektrolit:
dipilih Ion yang dipilih untuk dinyahcas
Jenis Elektrolit Ion-ion yang hadir
Anod Katod
Pepejal Ion-ion tidak dapat bergerak
plumbum(II) secara bebas.dalam - -
bromida, PbBr2 keadaan pepejal
Leburan Ion plumbum (II)
plumbum(II) Ion bromida Ion bromida Ion plumbum (II)
bromida, PbBr2
Larutan Ion kuprum (II)
kuprum(II) sulfat, Ion sulfat
Ion hidroksida Ion kuprum
CuSO4, Ion hidrogen
0.1 mol dm–3 Ion hidroksida
Pemerhatia
n

Pepejal Leburan Larutan


plumbum(II) bromida, plumbum(II) bromida, kuprum(II) sulfat

Jenis Elektrolit Keadaan Mentol


Pepejal plumbum(II) bromida,
PbBr2 Mentol tidak menyala

Leburan plumbum(II) bromida,


PbBr2 Mentol menyala

Larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4,


0.1 mol dm–3 Mentol menyala

Inferens
Jenis Elektrolit Inferens
Pepejal Sebatian ion dalam keadaan pepejal tidak
plumbum(II) bromida, PbBr2 dapat menjalani proses elektrolisis.
Leburan Sebatian ion dalam keadaan leburan dapat
plumbum(II) bromida, PbBr2 menjalani proses elektrolisis.
Larutan Sebatian ion dalam keadaan akueus dapat
kuprum(II) sulfat, CuSO4, menjalani proses elektrolisis.
0.1 mol dm–3

MH. TYE 13
EKSPERIMEN 6.2
Tujuan Untuk mengkaji kesan kedudukan ion dalam siri elektrokimia terhadap pemilihan jenis ion
untuk dinyahcas pada elektrod.

Hipotesis Semakin rendah kedudukan ion dalam siri elektrokimia, semakin mudah ion itu dinyahcas

Ion yang Ion yang dipilih untuk dinyahcas pada anod dan katod bagi setiap elektrolit:
dipilih Ion yang dipilih untuk dinyahcas
Jenis Elektrolit Ion-ion yang hadir
Anod Katod
Larutan Ion magnesium
magnesium nitrat, Ion nitrat
Ion hidroksida Ion hidrogen
Mg (NO3)2 Ion hidrogen
Ion hidroksida
Larutan Ion natrium
natrium sulfat, Ion sulfat
Ion hidroksida Ion hidrogen
Na2SO4 Ion hidrogen
Ion hidroksida
Pemerhatian
Ujian gas yang terbebas
Jenis Elektrolit Jenis ujian
Anod Katod
Ujian kayu uji kayu uji berbara kayu uji berbara
Larutan
berbara bernyala semula terpadam
magnesium nitrat,
Ujian kayu uji kayu uji bernyala gas meletup
Mg (NO3)2
bernyala dengan api yang marak dengan bunyi ‘pop’
Ujian kayu uji kayu uji berbara kayu uji berbara
Larutan
berbara bernyala semula terpadam
natrium sulfat,
Ujian kayu uji kayu uji bernyala gas meletup
Na2SO4
bernyala dengan api yang marak dengan bunyi ‘pop’
Inferens Gas yang terhasil pada anod dan katod bagi setiap elektrolit:
Jenis Elektrolit Hasil terbentuk pada
Anod Katod
Larutan magnesium nitrat, Oksigen Hidrogen
Mg (NO3)2
Larutan natrium sulfat, Oksigen Hidrogen
Na2SO4

MH. TYE 14
EKSPERIMEN 6.3
Tujuan Untuk mengkaji kesan kepekatan ion dalam elektrolit terhadap pemilihan jenis ion
untuk dinyahcas pada anod.
Hipotesis Ion negatif yang lebih tinggi kepekatannya akan dipilih untuk dinyahcas pada anod.
tetapi ion positif yang dinyahcas pada katod bergantung pada kedudukan ion positif
itu dalam siri elektrokimia
Ion yang dipilih Kepekatan Ion yang dipilih untuk dinyahcas
Ion-ion yang hadir
Elektrolit Anod Katod
Asid hidroklorik, Ion hidrogen
Ion klorida Ion hidrogen
1.0 mol dm–3 Ion klorida
Asid hidroklorik, Ion hidrogen
0.0001 mol dm–3 Ion klorida Ion hidroksida Ion hidrogen
Ion hidroksida
Pemerhatian Kepekatan
Jenis ujian Ujian gas yang terhasil pada anod
Elektrolit
Asid hidroklorik, Ujian kayu uji berbara
kayu uji berbara terpadam
1.0
mol dm–3 Warna kertas litmus biru lembap
Ujian kertas litmus
menjadi merah, kemudian
biru lembap
dilunturkan
Ujian kertas litmus Kertas litmus merah lembap
merah lembap dilunturkan
Asid hidroklorik, Ujian kayu uji berbara kayu uji berbara bernyala semula
0.0001 mol dm–3 Ujian kertas litmus
Tidak berubah warna
biru lembap
Ujian kertas litmus
Tidak berubah warna
merah lembap

Asid hidroklorik, 1.0 mol dm–3 (pekat):


Elektrod Pemerhatian Ujian gas (jika ada) inferens
Anod Gelembung-gelembung Gas yang terhasil Gas klorin
gas kuning kehijauan melunturkan kertas litmus terhasil
terbebas. merah lembap.
Katod Gelembung-gelembung Gas menghasilkan bunyi Gas hidrogen
gas tidak berwarna ‘pop’ dengan kayu uji terhasil
terbebas. menyala.
Asid hidroklorik, 0.0001 mol dm–3 (pekat):
Elektrod Pemerhatian Ujian gas (jika ada) inferens
Anod Gelembung-gelembung Gas yang terhasil Gas oksigen
gas tidak berwarna menyalakan kayu uji terhasil
terbebas. berbara.
Katod Gelembung-gelembung Gas menghasilkan bunyi Gas hidrogen
gas tidak berwarna ‘pop’ dengan kayu uji terhasil
terbebas. menyala.
Inferens Gas yang terhasil pada anod dan katod bagi setiap elektrolit:
Kepekatan Elektrolit Hasil terbentuk pada
Anod Katod
Asid hidroklorik, HCI, Klorin Hidrogen
1.0 mol dm–3
Asid hidroklorik, HCI, Oksigen Hidrogen
0.0001 mol dm–3

MH. TYE 15
EKSPERIMEN 6.4
Tujuan Untuk mengkaji kesan jenis elektrod terhadap pemilihan jenis ion untuk dinyahcas pada
elektrod.
Hipotesis 1. Jika elektrod karbon digunakan semasa elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4,
maka ion hidroksida, OH–, dipilih untuk dinyahcas pada anod.
2. Jika elektrod kuprum digunakan semasa elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat, CuSO4,
maka ion kuprum(II), Cu 2+, terhasil pada anod.
Ion-ion yang Jenis Ion-ion yang hadir dalam Ion yang dipilih untuk dinyahcas
hadir Elektrod elektrolit Anod Katod
Elektrod Ion kuprum(II), Ion sulfat Ion hidroksida
karbon Ion hidrogen, Ion hidroksida daripada larutan
Ion kuprum
kuprum (II) sulfat
(elektrolit)
Elektrod Ion kuprum(II), Ion sulfat Ion kuprum
kuprum Ion hidrogen, Ion hidroksida daripada Ion kuprum
elektrod kuprum
Pemerhatian (a) Ujian kehadiran gas menggunakan ujian kayu uji berbara pada anod:
Jenis Elektrod Ujian kayu uji berbara pada anod
Elektrod karbon kayu uji berbara bernyala semula
Elektrod kuprum kayu uji berbara terpadam

(b) Elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat yang menggunakan elektrod karbon:


Elektrod Anod Katod
Ion-ion yang Ion hidroksida Ion kuprum
hadir Ion sulfat Ion hidrogen
Pemerhatian Gelembung gas tak berwarna Satu lapisan pepejal perang
dan tak berbau dibebaskan kemerahan terenap pada
permukaan elektrod.
Hasil Gas oksigen dibebaskan. Logam kuprum dihasilkan.
Pemerhatian pada warna larutan akueus kuprum (II) sulfat (elektrolit)
Warna biru larutan akueus kuprum(II) sulfat terluntur secara perlahan.

(c) Elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat yang menggunakan elektrod kuprum:


Elektrod Anod Katod
Ion-ion yang Ion hidroksida Ion kuprum
hadir Ion sulfat Ion hidrogen
Pemerhatian Elektrod menjadi semakin nipis. Elektrod menjadi semakin tebal.
hasil Elektrod kuprum terlarut di Logam kuprum dihasilkan.
dalam elektrolit.
Pemerhatian pada warna larutan akueus kuprum (II) sulfat (elektrolit)
Warna biru larutan akueus kuprum(II) sulfat tidak berubah.

Inferens Jenis Elektrod Pemerhatian Inferens


Elektrod Anod Gas terbebas menyalakan kayu uji Gas oksigen
karbon berbara terhasil
Katod Pepejal perang terenap Kuprum terhasil.
Elektrod Anod Elektrod kuprum terlarut/ Ion kuprum (II)
kuprum menjadi nipis. terhasil
Katod Elektrod kuprum menebal/ Kuprum terhasil.
Pepejal perang terenap

MH. TYE 16
Aplikasi Elektrolisis dalam Industri

1. Antara contoh aplikasi elektrolisis dalam industri termasuklah:


Aplikasi elektrolisis dalam industri

Pengekstrakan Pengolahan air sisa


Penulenan Penyaduran
logam dengan menggunakan
logam logam
elektro-penggumpalan

1. Pengekstrakan logam
(a) Logam yang lebih reaktif daripada karbon seperti kalium, natrium, kalsium, magnesium dan
aluminium diekstrakkan daripada bijihnya atau garamnya secara elektrolisis leburan bijih atau garam
logam tersebut.
# Karbon terletak di antara Aluminium dan Zink dalam siri elektrokimia

(b) Persamaaan dalam perkataan:


Elektrolisis
Aluminium oksida Aluminium + Oksigen
Kriolit

Elektrod Anod Katod

Jenis elektrod Rod karbon Lapisan karbon


Ion-ion yang hadir Ion oksida Ion aluminium
Hasil eksperimen Gelembung gas oksigen dibebaskan. Leburan aluminum tulen terbentuk.

Anod
Aluminium oksida
Katod (elektrolit)

Gas oksigen

Leburan
aluminium tulen

Leburan Aluminium oksida → Ion Aluminium + Ion Oksida


Anod Ion oksida (O2-)
Katod Ion aluminium (Al 3+)

MH. TYE 17
2. Penulenan logam
(a) Dalam penulenan logam, logam yang tidak tulen dijadikan sebagai anod manakala logam yang tulen
dijadikan sebagai katod.
(b) Semasa proses elektrolisis, logam pada anod akan melarut ke dalam elektrolit membentuk ion.
▪ Ion ini akan bergerak ke katod untuk dinyahcas dan terenap pada katod sebagai logam tulen.
Elektrod Anod Katod
Jenis elektrod Logam tak tulen (Argentum tak tulen) Logam tulen (Argentum tulen)
Ion-ion yang hadir Ion argentum pada anod Ion argentum daripada elektrolit
Hasil eksperimen Argentum tak tulen menjadi Katod menjadi semakin tebal. /
semakin nipis. Jisim katod bertambah
Argentum tulen terenap pada
permukaan katod.

(elektrolit)

3. Penyaduran logam
(a) Dalam proses penyaduran logam, emas, platinum atau perak disadur yang tidak reaktif pada
logam lain untuk menjadikan logam itu kelihatan lebih menarik dan tahan kakisan.
(b) Syarat-syarat penyaduran logam secara kekal, sekata dan cantik termasuk:
(i) logam yang hendak disadur perlu dibersihkan (dengan kertas pasir) terlebih dahulu.
(ii) arus elektrik yang kecil dialirkan.
(iii) larutan elektrolit yang cair digunakan
(iv) tempoh penyaduran adalah lama.
(v) logam yang disadur itu perlu dipusing perlahan-lahan semasa elektrolisis.
(c) Tujuan penyaduran logam:
(i) mengelakkan logam daripada terkakis (berkarat)
(ii) Mengelakkan pengaratan (contoh:Tin makanan)
(iii) menjadikan logam kelihatan lebih menarik
Elektrod Anod Katod
Jenis elektrod bahan yang menyadur Objek yang ingin disadur
(contoh: kepingan kuprum tulen) (contoh: kunci besi)
Ion-ion yang hadir Ion kuprum pada anod Ion kuprum daripada elektrolit
Hasil eksperimen Plat kuprum menjadi semakin nipis. Satu lapisan pepejal perang terenap
pada permukaan kunci besi/
Jisim katod bertambah.

(elektrolit)

MH. TYE 18
4. Pengolahan air sisa dengan menggunakan elektro-penggumpalan (electrocoagulation)
(a) Elektro-penggumpalan adalah satu teknik yang inovatif untuk merawat air sisa.
(b) Elektro-penggumpalan mengaplikasikan dua proses, iaitu:
.
Proses Penerangan
(i) Elektrolisis ➊ Pada anod, elektrod logam seperti aluminium mengion dalam elektrolit untuk
menghasilkan ion aluminium, Al3+ yang bercas positif.
➋ Pada katod, ion hidrogen, H+ dipilih untuk dinyahcas untuk membentuk gas
hidrogen.
Gelembung gas hidrogen terbebas dari katod dan naik ke permukaan air.
(ii) Penggumpalan ➌ Penggumpalan berlaku apabila ion aluminium, Al3+, ion hidroksida, OH– dan
bahan pencemar dalam air sisa bergabung untuk menghasilkan gumpalan
yang dikenali sebagai flok.
➍ Flok yang terperangkap dalam gelembung gas hidrogen yang terlepas dari
katod dibawa naik ke permukaan air.
➎ Flok yang lain tenggelam dan berkumpul pada dasar

Elektro-penggumpalan

MH. TYE 19

Anda mungkin juga menyukai