Anda di halaman 1dari 5

Konduktor Ohm dan Konduktor Bukan Ohm

1 Objektif

1. Menentukan hubungan antara arus dengan beza keupayaan bagi konduktor Ohm
dan konduktor bukan Ohm
2. Membanding dan membeza konduktor Ohm dan konduktor bukan Ohm.
2 Teori

Hukum Ohm mengatakan bahawa arus, I yang mengalir melalui konduktor berkadar terus
dengan beza keupayaan, V yang merentasi konduktor tersebut apabila suhu dan sifat
fizikal lain dimalarkan.Hukum Ohm dapat diwakili dengan persamaan
𝑽𝑽 = 𝑰𝑰𝑰𝑰 (𝟏𝟏)
Konduktor adalah bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya. Suatu bahan
dikategorikan sebagai konduktor Ohm apabila arus elektrik yang mengalir melaluinya
berkadar terus dengan beza keupayaan yang dikenakan pada konduktor tersebut. Sifat
bahan tersebut menepati Hukum Ohm menunjukkan bahawa ianya adalah konduktor
Ohm.
Manakalah konduktor bukan Ohm adalah apabila konduktor tersebut tidak bersifat
mengikut Hukum Ohm. Dimana arus yang mengalir melalui konduktor tersebut tidak
berkadar terus dengan beza keupayaan yang dikenakan pada konduktor. Rintangan
bahan tersebut berubah mengikut arus yang melaluinya.
3 Arahan

Bahagian A
1. Buka PHET Colorado Simulation https://phet.colorado.edu/en/simulation/circuit-
construction-kit-dc
2. Muat turun Circuit Construction Kit: DC. Tekan pada bahagian Lab.
3. Susun litar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Gunakan resistor sebagai
reostat dan dawai konstantan digantikan dengan 10𝛺𝛺 resistor. Tetapkan bateri
pada 10V.

1
4. Hidupkan suis dan laraskan reostat sehingga bacaan ammeter, I=0.2 A. Catatkan
bacaan voltmeter, V dalam Jadual 1.
5. Ulang langkah 4 dengan nilai I= 0.3 A, 0.4 A, 0.5 A dan 0.6 A.

Rajah 1: Susunan litar bagi 10𝛺𝛺 resistor.


Bahagian B
1. Gantikan sambungan dawai konstantan dalam Rajah 1 dengan mentol berfilamen.
Tekan butang lanjutan untuk menggunakan mentol berfilamen.
2. Hidupkan suis dan laraskan reostat sehingga bacaan ammeter, I = 0.14A. Catatkan
bacaan voltmeter, V dalam Jadual 2.
3. Ulangi langkah 2 dengan nilai I= 0.16 A, 0.18 A, 0.20 A dan 0.22 A.

2
Rajah 2: Susunan bagi mentol berfilamen

4 Keputusan

1. Dilampirkan jadual hubungan diantara arus yang dikenakan melawan beza


keupayaan.

Jadual 1: Arus, I dan Beza Keupayaan, V bagi bahagian A


Arus, I / A Beza Keupayaan, V /V
0.2
0.3
0.4
0.5
0.6

Jadual 2: Arus, I dan Beza Keupayaan, V bagi bahagian B


Arus, I / A Beza Keupayaan, V /V
0.14
0.16
0.18
0.20
0.22

2. Plotkan graf arus melawan beza keupayaan bagi eksperiment bahagian A.


3. Plotkan graf arus melawan beza keupayaan bagi eksperiment bahagian B.

5 Perbincangan

1. Apakah hubungan di antara arus dan beza keupayaan bagi bahagian A dan B,
tuliskan persamaan yang berkaitan?
2. Apakah yang berlaku dengan rintangan mentol berfilamen apabila reostat
dilaraskan? Terangkan.
3
3. Kenalpastikan pembolehubah berikut:
a. Pembolehubah dimanipulasikan: ______________________________.
b. Pembolehubah bersandar: ____________________________________.
c. Pemalar: _________________________________________________.
4. Berdasarkan kedua-dua graf V melawan I yang diplot, bandingkan bentuk graf dan
kecerunan graf.
5. Apakah kuantiti fizik yang diwakili oleh kecerunan graf?
6 Soalan

1. Apakah fungsi reostat dalam litar ini?


2. Jika 10𝛺𝛺 resistor digantikan dengan 2𝛺𝛺 resistor, apakah yang akan berlaku pada
beza keupayaan? Adakah resistor 2𝛺𝛺 merupakan konduktor Ohm?

4
5

Anda mungkin juga menyukai