Anda di halaman 1dari 10

KATA KERJA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pemenang pertandingan bercerita itu _________________ oleh Guru Besar.

A diumumkan C disiarkan
B dihebahkan D ditunjukkan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Piala yang dimenangi oleh juara pertandingan bola sepak itu _____________ oleh para
pemain.

A dipikul C dijulang
B disandang D dijunjung

3 Bola tenis itu _____________ kembali apabila dipukul ke arah tembok.

A melompat C menganjal
B melantun D melayang

4 Kereta itu _____________ ke dalam parit selepas cuba mengelak seekor anjing yang
melintas jalan.

A terbelok C terbabas
B terlajak D terpesong

5 Setiap hari, Rahmat akan _____________ motosikal bapanya ke sekolah.

A memandu
B menunggang
C membonceng
D mengayuh

35 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK


PPMP NEGERI JOHOR
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Kapal dagang itu _____________ di Pelabuhan Kelang selama tiga hari.

A berlepas C belayar
B berhenti D berlabuh

7 Lalang di sekeliling rumah yang tidak berpenghuni itu semakin _____________.

A melaut C merendah
B membusut D merimbun

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Puan Rozita sedang _____________ tepung untuk membuat kuih donut.

A menerap C mencanai
B menguli D mengadun

9 Pegawai kesihatan itu sedang _____________ di atas pentas tentang amalan


pemakanan yang baik.

A berbahas
B berceramah
C berucap
D berpesan

36 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK


PPMP NEGERI JOHOR
10 Mei Lan _____________ sejambak bunga ros di dalam pasu.

A menghias C mengubah
B menyusun D menggubah

11 Peserta ekspedisi ke Kutub Utara itu terpaksa _____________ kawasan ais yang beku.

A mengikut C meredah
B melintas D memijak

12 Kakak Aniza berhati-hati semasa _____________ dulang minuman yang hendak


dihidangkan kepada para tetamu.

A mengandar C mengelek
B menjinjing D menatang

13 Petani itu sedang _____________ tanah untuk membuat batas.

A menajak C meredah
B mencangkul D menggali

14 Ibu sedang _____________ air di dapur.

A merebus C mereneh
B memasak D menjerang

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15 Pak Cik Ah Teong sedang _____________ beras yang hendak dibeli oleh
pelanggannya.

A mengira
B menimbang
C membungkus
D membalut

37 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK


PPMP NEGERI JOHOR
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16 Nenek Aminah sedang _____________ bakul di beranda rumah.

A menjalin C menyulam
B menenun D menganyam

17 Banyak sampah _____________ di padang itu.

A bertaburan C berkumpulan
B berselerakkan D berkeliaran

18 Kakak sedang _____________ kain-kain yang baru dicuci di ampaian.

A melipat C mengangkat
B menjemur D membilas

19 Pak Abu sedang _____________ sabut kelapa menggunakan sebilah parang.

A memecah C memotong
B mengopek D mengerat

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20 Puan Rita _____________ cili sehingga lumat.

A menumbuk C menggiling
B menghiris D meracik
38 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK
PPMP NEGERI JOHOR
21 Beberapa orang lelaki sedang _____________ daun pokok hiasan yang merimbun di
tepi pagar balai raya.

A mengerat C membelah
B memangkas D memotong

22 Puan Siti _____________ tikar mengkuang itu dengan berhati-hati.

A menenun C menyulam
B menganyam D menjahit

Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.

23 Dua orang wanita itu sedang _____________ daging pada lidi.

A meraut C menjolok
B memasuk D mencucuk

24 Petani itu menggunakan air perigi untuk _____________ pokok terung di kebunnya.

A membasuh
B menyiram
C mengairi
D merenjis

25 Buah mempelam itu telah _____________ setelah dijolok oleh Atan dengan sebatang
galah.

A jatuh C gugur
B pecah D luruh

26 Ramli jatuh _____________ kerana terpijak kulit pisang.

A terpelanting C terbalik
B terperosok D terlentang

39 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK


PPMP NEGERI JOHOR
27 Seekor anjing _____________ seketul tulang yang dicuri di sebuah pasar.

A menggigit C menggonggong
B mengepit D menelan

28 Dagu bapa terluka terkena pisau cukur semasa dia _____________ janggutnya.

A mencukur C menggunting
B mencabut D memotong

29 Sebuah helikopter _____________ di kawasan hutan tebal di pedalaman Sabah.

A terjatuh C tertimbus
B terpelanting D terhempas

Soalan 30 berdasarkan gambar di bawah.

30 Puan Noraini _____________ anaknya sambil _____________ sebotol susu.

A memangku ... memberikan


B meriba ... memberikan
C meriba ... menyuapkan
D memangku ... menyuapkan

31 Ayam jantan Pak Cik Murad _____________ pada setiap pagi.

A berketak C berkokok
B berbunyi D berkicau

32 Vandalisme atau perbuatan suka _____________ dinding bangunan dan telefon awam
patut dihentikan.

A menulis C melukis
B melakar D menconteng

33 Ahmad hanya _____________ kepala ketika dimarahi oleh guru kelasnya.

A memalingkan C menundukkan
B memusingkan D mendongakkan

40 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK


PPMP NEGERI JOHOR
34 Beberapa orang murid sedang _____________ di lintasan belang.

A menyusur C mendaki
B mengharung D melintas

Soalan 35 berdasarkan gambar di bawah.

35 Kakak sedang ____________ kain untuk dibuat baju kurung.

A memotong C menggunting
B mengerat D meracik

36 Puan Seetha sedang _____________ nasi di dalam periuk elektrik.

A menanak C memasak
B merebus D mengukus

37 Ahli pengakap terpaksa _____________ sebatang sungai semasa menjalani latihan


kembara hutan.

A melintasi C mendaki
B meredah D mengharungi

41 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK


PPMP NEGERI JOHOR
Soalan 38 berdasarkan gambar di bawah.

38 Kakak duduk _____________ di atas tikar di dalam biliknya.

A mencangkung
B bersimpuh
C bersila
D berlunjur

39 Nelayan itu sedang _____________ serawan jala ke dalam laut.

A menarik C menjahit
B membaling D menebar

Soalan 40 berdasarkan gambar di bawah.

40 Tiga orang lelaki sedang bekerjasama _____________ dodol di dalam kawah.

A menanak C merebus
B mengacau D menjerang

41 Saroja sedang _____________ pakaian yang telah kering di ruang tamu.

A menjemur C menyidai
B mencuci D melipat

42 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK


PPMP NEGERI JOHOR
42 Rizal membantu datuk _____________ buah rambutan yang telah masak
menggunakan galah yang panjang.

A memetik C mengait
B memotong D memungut

43 Fadzil akan _____________ peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

A memasuki
B menduduki
C mengikuti
D melepasi

44 Pak Long Tahir _____________ kambingnya dengan seutas tali pada sebatang pokok.

A menarik
B mengikat
C menambat
D menjerat

Soalan 45 berdasarkan gambar di bawah.

45 Puan Esah _____________ dua buah beg plastik semasa pulang dari pasar.

A mengepit C mengandar
B menjinjing D mengelek

46 Juruhebah radio itu ____________ perlawanan akhir Piala Thomas secara langsung.

A mengucap C menghebah
B mengupas D mengulas

43 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK


PPMP NEGERI JOHOR
Soalan 47 berdasarkan gambar di bawah.

47 Mak Timah sedang _____________ barangan tembaga miliknya menggunakan pencuci


khas.

A mengelap C menggilap
B mengesat D menggosok

48 Seorang pemuda pengsan setelah _____________ oleh seekor ular tedung semasa
sedang membersihkan kebunnya.

A dipatuk
B digigit
C digerit
D dicubit

49 Hamid _____________ sampan yang dinaikinya ke tepi sungai dengan berhati-hati.

A mengayuh C memandu
B menarik D mendayung

50 Pak Cik Osman _____________ pisau yang tumpul itu sebelum digunakan untuk
memotong daging.

A mengikir C mengasah
B mengesat D menggosok

44 MODUL TATABAHASA, BAHASA MELAYU, SK


PPMP NEGERI JOHOR

Anda mungkin juga menyukai