Anda di halaman 1dari 3

Pertandingan Bercerita Pergerakan Puteri Islam

Tajuk : Srikandi Ainul Mardhiah


Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Saya (nama)…………………………………………..berumur
……………………………… dari Sekolah Kebangsaan Syed Idrus ingin menyampai
sebuah cerita yang bertajuk Srikandi Ainul Mardhiah.

___________________________________________________________________

Dirimu pembakar semangat perwira


Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Nyanyian UNIC: Ainul Mardhiah

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-
bidadari yang lain. Suatu pagi dalam bulan puasa ketika Rasulullah S.A.W. memberi
targhib iaitu berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama
Allah, katanya, "Barangsiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia
akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-
bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin hendak
tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia malu hendak bertanyakan
kepada Rasulullah S.A.W. kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia
tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad.

Sebelum Zohor, sunnah Nabi akan tidur sebentar, dipanggil khailulah, maka sahabat
yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama. Dalam tidur
tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu
dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri-seri lalu ditanyakan dimanakah dia. Lelaki itu lalu menjawab inilah syurga.
Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah.
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Nyanyian UNIC: Ainul Mardhiah

Lelaki itu menunjuknya di suatu arah maka berjalanlah dia ke situ. Di suatu pepohon
beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecantikan begitu
didunia ini lalu diberi salam dan dia bertanya, "Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?"
Wanita itu menjawab, " Tidak, saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam
singgahsana sana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada
seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama
tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.

Dia memberi salam dan bertanya lagi, "Adakah kamu Ainul Mardiah?" Lalu wanita itu
menjawab, "Tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada
di atas mahligai sana." Lelaki itu menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu.
Kecantikannya sungguh mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik daripada yang pertama dan
yang kedua, tidak pernah dilihat di dunia.

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga

Nyanyian UNIC: Ainul Mardhiah

Wanita itu berkata, "Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu
diciptakan untuk aku."

Menanti hadirnya seorang lelaki


Untuk menjadi bukti cinta sejati
Nyanyian UNIC: Ainul Mardhiah

Apabila lelaki itu mendekatinya Ainul Mardhiah menjawab, "Nanti, kamu belum
syahid lagi." Tersentak pemuda itu lalu terjaga dari tidurnya. Dia menceritakan
segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar
jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW. Tetapi, sekiranya dia syahid
barulah diceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah dan Nabi SAW telah keluar
berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua
jemaah telah pulang ke masjid, ketika waktu hendak berbuka puasa maka mereka
telah menunggu makanan untuk berbuka yang juga merupakan salah satu sunnah
Nabi SAW.

Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW lalu
menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Ketika bercerita itu Nabi
menjawab, "Benar... Benar... Benar..." sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi
SAW berkata, "Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang
berbahagia bersama Ainul Mardhiah di syurga.”

Nilai dan tauladan yang boleh kita ambil dari kisah bidadari syurga ini adalah
berjihadlah pada agama Allah. Sesungguhnya ia merupakan satu amalan yang
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya
maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Marilah kawan-kawan, kita habiskan masa muda kita dengan berbuat baik pada ibu
bapa, menunaikan solat di awal waktu, mengaji al-Quran dalam memenuhi masa di
waktu pandemic covid-19 ini dan mengamalkan amar makruf nahi munkar.
Sesungguhnya Allah memberi kita peluang untuk mempertingkatkan amalan ibadat
kita dengan menurunkan wabak yang sedang berlaku ini. Dekatkan diri kita kepada
Allah.

Wallahu wa'lam

Anda mungkin juga menyukai