Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN

Subjek DINI yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah
dikuatkuasakan di semua Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu. Oleh itu, para
pelajar di peringkat menengah yang bersekolah di SMANT mengambil subjek DINI. Tujuan
subjek DINI ini diperkenalkan adalah untuk memperksakan penggunaan Bahasa Arab dalam
kalangan pelajar.

2. PERNYATAAN MASALAH

Pelajar- pelajar dari SMANT yang mengambil subjek DINI tidak dapat menguasai Bahasa
Arab dengan baik. Hal ini kerana majoriti pelajar masih tidak dapat berkomunikasi
menggunakan Bahasa Arab. Oleh itu, usaha -usaha perlu dilakukan oleh pihak sekolah bagi
mencapai sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara usaha yang telah dijalankan ialah
Pertandingan Debat Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Arab, Kalam Jamaie dan banyak lagi.

3. SASARAN PELAJAR

10 Orang pelajar
Sila jawab semua soalan di bawah

1. Adakah anda meminati subjek Bahasa Arab ? ( Ya / Tidak )

2. Adakah anda dapat bertutur dalam Bahasa Arab secara spontan ? ( Ya / Tidak )

3. Adakah anda dapat menjawab soalan yang diajukan oleh ustaz dalam Bahasa Arab ? ( Ya /
Tidak )

4. Adakah anda dapat memahami soalan Bahasa Arab dengan baik ? ( Ya / Tidak )

5. Adakah anda dapat menambah kalimah-kalimah dalam Bahasa Arab ? ( Ya / Tidak )

6. Adakah anda berani untuk tampil di hadapan bagi menyampaikan ucapan dalam Bahasa
Arab ? ( Ya / Tidak )

7. Adakah anda sentiasa bercakap dalam Bahasa Arab di rumah mahupun di sekolah ? ( Ya /
Tidak )

8. Adakah anda memberi perhatian yang sepenuhnya sewaktu subjek Bahasa Arab ? ( Ya /
Tidak )

9. Adakah anda membaca buku cerita dalam Bahasa Arab ? ( Ya / Tidak )

10. Adakah anda akan menyalin kalimah-kalimah baru yang ditemui dalam buku ? ( Ya / Tidak )

11. Adakah anda tidak malu untuk bertanya kepada ustaz dalam subjek Bahasa Arab ? ( Ya /
Tidak )

12. Adakah sekolah mengadakan Hari Bahasa Arab ? ( Ya / Tidak )

13. Adakah anda bertutur dalam Bahasa Arab ketika Hari Bahasa Arab diadakan ? ( Ya / Tidak )

14. Adakah dengan menyertai pertandingan Bahasa Arab dapat meningkatkan kosakata anda
dalam Bahasa Arab ? ( Ya / Tidak )

15. Adakah anda mampu untuk berkomunikasi dengan ustaz Arab secara langsung ? ( Ya /
Tidak )

Anda mungkin juga menyukai