Anda di halaman 1dari 17

Ujian Personaliti IPS

INVENTORI PERSONALITI SIDEK


Sidek’s Personality Inventory
IPS

IPS

Oleh:

DR. SIDEK MOHD NOAH, Ph.D


Ujian Personaliti IPS

INVENTORI PERSONALITI SIDEK


Sidek’s Personality Inventory
IPS
Arahan:

A. Inventori ini mengandungi 160 item atau pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan jawapan anda
pada borang jawapan yang disediakan.

B. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, tandakan pada ‘Ya’ dan jika tidak menerangkan diri anda, tandakan
pada ‘Tidak” pada borang jawapan yang disediakan.

C. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda
ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa. JAWAB SEMUA ITEM.

Bil. Item Ya Tidak


Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja yang ada
1 dalam fikiran saya.    
2 Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda.     
Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur
3 yang telah ditetapkan.    
Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada di samping
4 saya.    
5 Suka menghadiri majlis-majlis kenduri dan perkahwinan.     
Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang
6 saya baca.     
7 Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga.     
8 Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah.     
9 Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-masalah rumit.     
10 Selalu mengelak daripada bertanya kerana takut akan salah.     
Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai
11 pemimpin.     
12 Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah.     
Mengharapkan sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari
13 rasa tertekan.     
Ujian Personaliti IPS

14 Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas.     


Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang
15 amat berjaya.    
16 Setahu saya, saya tidak pernah meradang pada sesiapa.    
Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli-ahli professional bila
17 menghadapi masalah.     
18 Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat dan lihat.     
Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang saya
19 hadapi.     
Mengelak dari memperkatakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan
20 orang lain marah.     
21 Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan yang besar.     
22 Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar.     
Seringkali memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui oleh orang
23 lain.     
24 Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang.    
25 Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan.    
Merasa kecewa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal
26 keadaan.     
Selalu membuat keputusan-keputusan penting bersendirian tanpa
27 mengharapkan bantuan orang lain.     
28 Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili.     
29 Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami.     
30 Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur.     
Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana orang lain tidak
31 berupaya melakukannya.     
32 Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang.     
33 Selesa meminta kembali barang-barang yang telah dipinjam oleh kawan.     
34 Berminat membaca buku-buku bercorak akademik, falsafah dan psikologi.     
35 Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian.     
36 Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara majority.     
37 Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra.     
Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding dengan
38 orang yang praktikal.     
39 Jarang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan.     
40 Merasa seakan-akan berminat dengan semua perkara.     
Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-kerja yang
41 lain.     
42 Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya.     
43 Lebih suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut.     
Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu
44 dihargai atau tidak.     
45 Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada orang lain.     
Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang
46 terperinci.     
47 Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja.     
48 Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya.     
49 Mudah melenting apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi.     
Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang berhubung
50 dengan manusia.    
51 Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja-kerja saya.     
52 Suka menerima pimpinan orang lain.     
Ujian Personaliti IPS

53 Sudah memulakan perbualan dengan orang-orang yang belum saya kenali.     


Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan
54 penyelidikan.     
Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika ditegur
55 terlebih dahulu.     
56 Merasa bosan bila tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat.     
Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun peluang untuk berjaya
57 adalah tipis.     
Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan perolehi
58 sehingga kini.     
59 Suka membuat keputusan untuk kumpulan.    
Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada kawan-
60 kawan yang memerlukan.     
Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian daripada orang
61 lain.     
62 Ada jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari.     
Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi setiap
63 pencapaian cemerlang yang saya perolehi.     
64 Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya.     
65 Akan berterus terang menyatakan tingkah lakunya telah menyakiti hati saya.     
66 Suka menganalisis personality individu yang saya temui.     
67 Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti.     
Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak
68 bersetuju dengan peraturan itu.     
Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di dalam
69 sesuatu kumpulan.     
70 Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstrak.     
Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain
71 dengan kawan-kawan.     
72 Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya rancangkan.     
Selalu bekerja dalam suatu jangka masa yang panjang tanpa mudah merasa
73 letih dan jemu.    
Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah saya lakukan
74 pada masa dahulu.     
Akan mengambil alih tugas kepimpinan apabila suasana berada di dalam
75 keadaan tertekan.     
Gembira menghabiskan sebahagian daripada masa saya membantu
76 menyelesaikan masalah-masalah social.     
Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya
77 kepada kawan-kawan.     
Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan
78 perbualan.     
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa-apa
79 sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan.     
80 Saya tidak tersinggung apabila ditegur oleh kawan-kawan.     
81 Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas.     
Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah
82 hidup masyarakat yang ideal.     
Suka melakukan kerja-kerja yang melibatkan arahan, persetujuan dan
83 pendapat orang lain.     
Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu
84 pekerjaan.     
85 Suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang lain.     
Ujian Personaliti IPS

Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku-buku yang


86 bercorak akademik.     
87 Suka mengendiri melayan fikiran.     
88 Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru.     
Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun
89 saya tidak suka.     
Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada
90 saya.     
91 Bercita-cita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi.     
Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu
92 individu yang kurang bernasib baik.     
Selalu meminta kepastian orang lain bahawa apa yang saya buat dan
93 katakan adalah betul.    
Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan
94 kemas.    
95 Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi.     
96 Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa.    
Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang
97 diberikan.     
Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-macam
98 masalah social, politik dan ekonomi.     
Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang
99 lain akan kata.     
Lebih banyak bertolak ansur mengenai sesuatu perkara berbanding dengan
100 orang lain.     
101 Selesa bercakap dengan seseorang walaupun bertemu buat kali pertama.     
Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan artikel-artikel bercorak
102 akademik yang saya baca.     
103 Merasa gugup bercakap di khalayak ramai.     
104 Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangka masa yang lama.     
Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang
105 lain telah menarik diri.     
106 Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak mengembirakan.     
107 Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya.     
Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan
108 menolong diri saya.     
Rasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa
109 sokongan dari kawan-kawan.     
Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan
110 datang.     
Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk
111 mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh.     
112 Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan.     
Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang dari membuat
113 kerja yang disuruh oleh orang lain.     
Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkah laku dan permasalahan
114 manusia.     
115 Selalu bertindak mengikut keyakinan diri.     
Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percayai bagi
116 membentuk nilai-nilai hidup saya.     
Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali dari duduk
117 seorang diri.     
Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta jalan
118 penyelesaiannya.     
Ujian Personaliti IPS

119 Selalu merasa bimbang bila bertemu dengan orang yang belum saya kenali.     
Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza dari yang
120 lain.     
Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun
121 saya terpaksa bekerja lebih masa.    
Merasakan diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang
122 salah.     
123 Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua.     
124 Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan orang lain.    
125 Merasa kecewa apabila orang lain tidak menghargai saya.     
126 Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan dengan lancar.     
127 Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain.     
Walaupun rakan-rakan selalu membuatsaya ternanti-nanti, saya tidak pernah
128 marah.     
129 Agak mudah marah berbanding rakan-rakan saya tang lain.     
Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan masalah-
130 masalah rumit yang perlu diselesaikan.    
Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang ingin
131 saya lakukan.     
Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan
132 masalah saya sendiri.     
133 Menganggap diri saya sebagai seorang yang mudah untuk didampingi.     
Merasakan diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding
134 dengan kawan-kawan saya yang lain.     
135 Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya.     
136 Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali.     
Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan
137 mengubahnya.     
Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dri
138 orang lain.     
Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai
139 autoriti.     
Percaya bahawa kebanyakkan orang yang saya temui boleh menjadi kawan
140 kepada saya.    
141 Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain.     
142 Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu.     
Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja yang
143 mencabar.     
144 Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang berulang-ulang.     
Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau
145 kalah.     
Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri
146 dengan lebih baik.     
Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah adalah ditentukan
147 oleh diri saya sendiri.     
Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak
148 berminat untuk melakukannya.     
149 Mempunyai ramai sahabat dan kenalan.     
150 Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-idea.     
Agak mengelak situasi-situasi yang memaksa saya berhubung dan
151 berinteraksi dengan orang ramai.     
Merasa bosan hidup di dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa tanpa
152 perubahan.     
Ujian Personaliti IPS

Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan


153 penyelesaiannya segera.     
154 Takut akan kecewa dalam mengharungi kehiupan.     
Akan memilih pekerjaan di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh
155 untuk menyelia.    
156 Suka melawat kawan-kawan dan jiran-jiran yang sakit.     
Akan meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi
157 kebuntuan.     
Rasa kecewa bila ada sesuatu yang mengganggu perjalanan rancangan
158 saya.     
159 Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh.     
Saya tidak akan cemburu walaupun kekasih atau orang yang saya sayangi
160 bermesra dengan orang lain.     
Ujian Personaliti IPS

BORANG JAWAPAN

INVENTORI PERSONALITI SIDEK


Sidek’s Personality Inventory
IPS

Nama : ____________________________________ Tarikh : __________


No. K/P :_____________________________________ Jantina : L / P
Tingkatan : _____________________________________

1 Y 17 Y 33 Y 49 Y 65 Y 81 Y 97 Y 113 Y 129 Y 145 Y AG  


T T T T T T T T T T R
2 Y 18 Y 34 Y 50 Y 66 Y 82 Y 98 Y 114 Y 130 Y 146 Y ANA  
T T T T T T T T T T
3 Y 19 Y 35 Y 51 Y 67 Y 83 Y 99 Y 115 Y 131 Y 147 Y AUT  
T T T T T T T T T T
4 Y 20 Y 36 Y 52 Y 68 Y 84 Y 100 Y 116 Y 132 Y 148 Y BSD  
T T T T T T T T T T
5 Y 21 Y 37 Y 53 Y 69 Y 85 Y 101 Y 117 Y 133 Y 149 Y EKS  
T T T T T T T T T T
6 Y 22 Y 38 Y 54 Y 70 Y 86 Y 102 Y 118 Y 134 Y 150 Y ITL  
T T T T T T T T T T
7 Y 23 Y 39 Y 55 Y 71 Y 87 Y 103 Y 119 Y 135 Y 151 Y INT  
T T T T T T T T T T
8 Y 24 Y 40 Y 56 Y 72 Y 88 Y 104 Y 120 Y 136 Y 152 Y KPL  
T T T T T T T T T T
9 Y 25 Y 41 Y 57 Y 73 Y 89 Y 105 Y 121 Y 137 Y 153 Y THN  
T T T T T T T T T T
10 Y 26 Y 42 Y 58 Y 74 Y 90 Y 106 Y 122 Y 138 Y 154 Y KRD  
T T T T T T T T T T
11 Y 27 Y 43 Y 59 Y 75 Y 91 Y 107 Y 123 Y 139 Y 155 Y MG  
T T T T T T T T T T L
12 Y 28 Y 44 Y 60 Y 76 Y 92 Y 108 Y 124 Y 140 Y 156 Y TLG  
T T T T T T T T T T
13 Y 29 Y 45 Y 61 Y 77 Y 93 Y 109 Y 125 Y 141 Y 157 Y SOK  
T T T T T T T T T T
14 Y 30 Y 46 Y 62 Y 78 Y 94 Y 110 Y 126 Y 142 Y 158 Y STR  
T T T T T T T T T T
15 Y 31 Y 47 Y 63 Y 79 Y 95 Y 111 Y 127 Y 143 Y 159 Y PCP  
T T T T T T T T T T
16 Y 32 Y 48 Y 64 Y 80 Y 96 Y 112 Y 128 Y 144 Y 160 Y TPU  
T T T T T T T T T T
Ujian Personaliti IPS

INVENTORI PERSONALITI SIDEK


Sidek’s Personality Inventory
IPS
Helaian Profil I

Nama : ____________________________________ Tarikh : __________


No. K/P :_____________________________________ Jantina : L / P
Pekerjaan : _____________________________________

TRET KADAR PERATUS 1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99


PERSONALITI SKOR (%)

Agresif ________ __________

Analitik ________ __________

Autonomi ________ __________

Bersandar ________ __________

Ekstrovert ________ __________

Intelektual ________ __________

Introvert ________ __________

Kepelbagaian ________ __________

Ketahanan ________ __________

Kritik Diri ________ __________

Mengawal ________ __________

Menolong ________ __________

Sokongan ________ __________

Struktur ________ __________

Pencapaian ________ __________

Kejujuran ________ __________

1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99
Ujian Personaliti IPS

INVENTORI PERSONALITI SIDEK


Sidek’s Personality Inventory
IPS
Borang Transformasi Skor

Nama : ____________________________________ Tarikh : __________


No. K/P :_____________________________________ Jantina : L / P
Pekerjaan : _____________________________________

TRET KADAR PERATUS 1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99


PERSONALITI SKOR (%)

Agresif ________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0

Analitik ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Autonomi ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Bersandar ________ __________ 5 5 4 4 3 3 2 2 1 1 0

Ekstrovert ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Intelektual ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Introvert ________ __________ 5 5 4 4 3 3 2 2 1 1 0

Kepelbagaian ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Ketahanan ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Kritik Diri ________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0

Mengawal ________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0

Menolong ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Sokongan ________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0

Struktur ________ __________ 0 1 2 3 4 5 4 3 2 1 0

Pencapaian ________ __________ 0 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5

Kejujuran ________ __________ 5 5 4 4 3 3 2 2 1 1 0

1----10----20----30----40----50----60----70----80----90----99
Ujian Personaliti IPS

Skor Mentah : _____________ Peratus (%) : ____________


Ujian Personaliti IPS

INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)

Inventori personality adalah invnetori atau ujian untuk mengenalpasti ciri-ciri atau trait-trait
personality individu. Ujian personality ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau
‘Tidak’. Respon individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat
menerangkan ciri-ciri personality individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS
misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenalpasti 15 ciri-ciri personality individu.

Alat ukuran ini mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden
dalam menjawab item ujian. Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan
untuk mengukur atau mengenalpasti trait-trait atau ciri-ciri personality berikut:

1. Agresif

Trait personality yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap orang lain,
tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi.

2. Analitikal

Trait personality yang menunjukkan individu sangat sensitive kepada


persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara
sebelum membuat keputusan.

3. Autonomi

Trait personality yang menunjukkan individu lebih sukakan kebebasan dalam


tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.

4. Bersandar

Trait personality yang menunjukkan individu suka bergantung kepada orang lain
dan memerlukan bantuan orang lain dalam membuat keputusan.

5. Ekstrovert

Trait personality yang menunjukkan individu suka dikelilingi, berinteraksi dan


bekerja dengan orang ramai.

6. Intelektual

Trait personality yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang


memberikan cabaran daripada segi intelektual.

7. Introvert

Trait personality yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-situasi yang


akan memaksa mereka berkomunikasi dengan orang ramai di samping suka
bersendirian menyelesaikan sesuatu tugasan.

8. Kepelbagaian

Trait personality yang menunjukkan individu dapat menghayati berbagai-bagai


situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru ke arah perubahan yang
berterusan.
Ujian Personaliti IPS

9. Ketahanan

Trait personality yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk
menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.

10. Kritik-Diri

Trait personality yang menunjukkan individu yang tidak stabil dari segi emosi dan
psikologi.

11. Mengawal

Trait personality yang menunjukkan individu suka mengawal orang lain atau lebih
dan suka memimpin daripada dipimpin.

12. Menolong

Trait personality yang dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk


menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang juga memberi bantuan serta
membuat kebaikan kepada orang lain.

13. Sokongan

Trait personality yang menunjukkan individu memerlukan perhatian, simpati dan


ingin dikasihi.

14. Struktur

Trait personality yang menunjukkan individu suka kepada kekemasan, keberihan


serta perkara-perkara yang bersturktur, berulang-ulang dan terperinci.

15. Pencapaian

Trait personality yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan status yang


tinggi dan suka persaingan.

Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek (IPS)

Walaupun jangka masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan secara khusus namun
sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya
ujian ini ditadbir di dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-
kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon
yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang
soalan.

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil IPS

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau menggunakan
program computer yang khusus.

Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personality dilakukan secara
manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan hati-hati. Umumnya borang
jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa alat ini
Ujian Personaliti IPS

mengukur 16 faktor iaitu 15 trait personality dan 1 skala penipuan, sementara 10 lajur
menjelaskan bahawa setiap trait atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan pengiraan skor
mentah, focus hanya diberikan kepada jawapan ‘Ya” yang perlu dibuat baris demi baris. Oleh
kerana setiap trait diwakili oleh 10 item maka kadar skor maksimum yang boleh diperolehi
individu ialah 10. Kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus dengan
didarabkan dengan 10. Untuk keterangan lanjut sila rujuk kaedah pengiraan skor seperti yang
terkandung dalam Manual IPS.

Pentafsiran IPS

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran
skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut:

Agresif
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam
kebanyakkan hal anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau
mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakkan hal, anda selalunya menuntut hak anda
tetapi dalam masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga.
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda
suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakkan hal, hati dan perasaan orang lain
bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda
tercapai.

Analitikal
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah seorang yang sensitive kepada
persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka
membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana.
Minat anda untuk menganalisis adalah di tahap sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak
berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda untuk membuat analisis. Anda
adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak cuba
membaca yang tersirat.

Autonomi
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala
tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri autonomi anda adalah di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) pula menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain
dan struktur social yang memerlukan keakuran.

Bersandar
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam
membuat sesuatu keputusan, anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat
daripada orang lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda selalu meminta
orang lain menunjukkan arah yang harus anda tuju.
 Skor sederhana (40-70%) menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan yang anda adalah individu yang suka berdikari.
Dalam membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak
bergantung kepada orang lain.
Ujian Personaliti IPS

Ekstrovert
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang social. Anda suka
berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk
bersendirian.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua cirri social
dan tidak social. Umumnya tahap social anda adalah sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang individu yang kurang atau tidak
social. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa
berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada suasana kerja bersendirian atau
satu sama satu.

Intelektual
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka aktiviti yang memberi cabaran dari segi
intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan
aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri intelektual anda berada di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda merasa tidak selesa dengan perkara-perkara
yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang
berstruktur, praktikal dan pragmatic. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja
berkemahiran.

Introvert
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang tidak social dan suka
mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan
setting kerja bersendirian atau satu sama satu.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri social anda adalah di tahap sederhana
iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam
perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah
seorang yang social.

Kepelbagaian
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat
memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada
perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. anda adalah seorang yang
adventure.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri kepelbagaian anda adalah di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih sukakan kepada situasi-situasi pekerjaan
yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi-situasi dan pengalaman-
pengalaman baru.

Ketahanan
 Skor tinggi (99-70%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari
segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah
dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam
melakukan sesuatu.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri ketahanan anda adalah di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari segi fizikal,
mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai,
cepatbosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan
dengan orang ramai.
Ujian Personaliti IPS

Kritik-Diri
 Skor 60-99% menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya
dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap
apa yang telah dilakukannya atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan
jayanya. Individu yang mendapat skor antara 60-70% dikatakan mendapat faedah
daripada kaunseling individu sementara individu yang mendapat skor lebih daripada 70%
dikatakan sangat memerlukan kaunseling individu.
 Skor 40-50% biasanya dikaitkan dengan individu yang stabil daripada segi emosi dan
psikologinya. (asertif)
 Individu yang mendapatskor rendah iaitu antara 1-30% biasanya menganggap diri
mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain.

Mengawal
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan
memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih
kerjaya yang berkaitan dengan kepimpinan seperti pengurus, pentadbir awam, pegawai
tentera, peguam, ahli politik dan lain-lain.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri mengawal dan kepimpinan anda aalah
di tahap sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerja
utama yang berkaitan ialah setiausaha, pramugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.

Menolong
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan
untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan dan membuat kebaikan dan
kebajikan kepada orang lain.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri menolong anda adalah di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang
lain. Individu lebih memfokus kepada diri sendiri.

Sokongan
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan
untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait
personality menolong menunjukkan anda adalah individu yang sangat mementingkan
diri.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-iri sokongan anda berada di tahap
sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada
orang lain.

Struktur
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkara-
perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang
memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan cirri-ciri personality struktur anda berada di
tahap sederhana.
 Kor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak
berstruktur dan tidak berulang-ulang.

Pencapaian
 Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu yang sangat bermotivasi dan
suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.
 Skor sederhana (40-70%) menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana.
 Skor rendah (1-40%) menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu
kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.
Ujian Personaliti IPS

Penipuan
 Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam
menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak
jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu profil yang diperolehi adalah tidak boleh
dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke dalam alatukuran
IPS pada tahun 1998.

Anda mungkin juga menyukai