Anda di halaman 1dari 6

1

ANTOLOGI SEJADAH RINDU – CINTA HAMAD MUTAWAKKIL

A. SINOPSIS

Ahamad Mutawakkil seorang pejuang nasionalis berjuang membebaskan negara daripada


penjajah Inggeris dan PKM (Parti Komunis Malaya). Ahamad telah ditemui dalam keadaan
cedera parah oleh penduduk kampung semasa mereka selesai sembahyang maghrib di surau.
Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahamad yang cedera di bahu serta
membaringkannya. Ahamad tercungap-cungap dan akhirnya pengsan.

Kampung Ahamad telah diterokai sejak tiga generasi yang berkebun dan bertanam padi. Pada
tahun 30-an Tuan Booth datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengupah beratus-ratus
buruh untuk menanam getah. Ahamad menjadi yatim piatu apabila bapanya, Wak Sadir
meninggal dunia. Ahamad terpaksa hidup menumpang Tuan Booth selama 3 tahun.

Pada tahun 1941, Jepun telah menjajah Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa berpindah dan
kekejaman Jepun menjadikan penduduk hidup susah. Ahamad telah dijadikan anak angkat oleh
Imam Deraman. Beliau mengajar Ahamad termasuklah bercakap bahasa Inggeris. Pada tahun
1943, Ahamad bekerja di bandar.

Pada tahun 1945 Jepun kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Pada Tahun
1946, Ahamad menjadi seorang yang berpengaruh dan semua ucapannya dipercayai oleh orang
kampung serta daerahnya. Tuan Booth balik semula ke estetnya dan beliau sungguh mesra
dengan orang kampung di situ serta mengeratkan hubungan antara penduduk di kampung itu.

Ahamad menjadi seorang pejuang nasionalisme dan semakin terserlah perjuangan serta
menentang perjuangan komunis serta penjajah melalui pidato dan penulisannya di dalam surat
khabar. Akhirnya dia telah mendapat jawatan nombor dua dalam partinya pada tahun 1952.
Anak Tuan Booth iaitu Sandra pula jatuh hati kepada Ahamad dan ini menimbulkan prasangka
kepada orang kampungnya.

Pada tahun 1948, komunis mula mengganas di Perak dan Ahamad semakin tegas menyedarkan
rakyat supaya menentang ideologi komunis. Akibatnya, komunis menyerbu banglo tuan Booth
dan membunuh 5 orang penghuni. Mereka mengugut Tuan Booth supaya menasihati Ahamad
supaya berhenti mengajak orang kampung membenci Komunis. Ahamad tidak mendengar
nasihat Tuan Booth dan Penghulu Sigap, sebaliknya dia semakin berani bersuara dengan lantang.

Pada malam Jumaat yang lepas semasa menyampaikan ceramah, seorang budak lelaki telah
datang berjumpa Ahamad. Ahamad mengikuti budak itu dan sejak itu Ahamad hilang dan tidak
ditemui. Tiga kumpulan penduduk termasuk Tuan Booth telah berusaha mencari Ahmad tetapi
Ahamad tidak dijumpai.

Akhirnya, selepas solat maghrib itu, segala kerungsingan penduduk kampung tentang kehilangan
Ahamad telah terjawab apabila Ahamad muncul dalam keadaan cedera parah. Ahamad

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU
2

meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman dan Penghulu Sigap akibat ditembak dengan 3
das peluru. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung mengadakan doa tanda
kemerdekaan serta tahlil ke atas Ahamad.

Tuan Booth balik ke England seminggu selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Setahun selepas itu,
Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana terkenangkan cintanya kepada Ahamad. Dia telah
mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.

B. TEMA
Kegigihan dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan
tanah air.
Contohnya - Ahamad Mutawakkil seorang yang berani menyampaikan maklumat kepada
masyarakat agar berani menuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentang ideologi
komunis.

C. PERSOALAN
1. Kasih--sayang sesama ahli keluarga. Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa semua ahli
keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau menyayangi keluarganya.
2. Ketabahan menghadapi kesukaran hidup semasa peperangan. Contohnya, penduduk
kampung sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan hidup semasa penjajahan
Jepun dan keganasan komunis.
3. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang tanah air. Contohnya, Ahamad
sentiasa berjuang untuk menyedarkan rakyat untuk mendapatkan kemerdekaan daripada
penjajah serta kekejaman komunis.
4. Hubungan cinta yang sangat mendalam. Contohnya, Sandra amat mencintai Ahamad
sehingga dia sanggup kembali semula ke banglo bapanya setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
5. Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat. Contohnya, penduduk kampung bersatu
membentuk tiga kumpulan untuk mencari Ahamad yang hilang.
6. Kekejaman dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat. Contohnya, pengganas
menyerang banglo Tuan Booth dan membunuh lima penghuni di banglo itu.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU
3

D. WATAK DAN PERWATAKAN

1. Ahmad Mutawakkil:
a. Berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.
b. Anak tunggal wak sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.
c. Pintar - boleh membaca dan menulis bahasa inggeris yang diajar imam ngah deraman.
d. Patriotisme - berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang komunis dan penjajah.
e. Bijak merancang masa depan - belajar membaca dan menulis bahasa inggeris daripada
sandra ketika tinggal di rumah tuan booth selama 3 tahun.
f. Petah berpidato - selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk menyedarkan
mereka supaya menentang komunis dan penjajah.
g. Berani - berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya menentang
komunis dan penjajah walaupun dinasihati oleh tuan booth supaya menghentikannya.
h. Sanggup berkorban - sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan
tanah air daripada penjajah serta menentang keganasan komunis.
i. Sangat berpengaruh - beliau dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua
partinya.
j. Menghargai jasa - beliau menghargai jasa tuan booth yang telah memeliharanya dengan
menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan booth di banglonya.

2. Tuan Booth:
a. Pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.
b. Mesra - mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
c. Baik hati - menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya untuk
diraikan serta sanggup memelihara ahmad di banglonya.
d. Peramah - suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu petang.
e. Penyayang - membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika jepun menyerang.

3. Sandra:
a. Anak Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
b. Baik hati - mengajarkan Ahamad menulis dan membaca Inggeris.
c. Penyayang - amat menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila Ahamad dilaoprkan
hilang.
d. Setia - balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak
kampung itu menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahamad.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU
4

E. LATAR

1. Latar Tempat:

 Surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu selepas
maghrib. Di surau itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.
 Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya. Di situ juga
5 orang dibunuh oleh komunis.
 Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet berbangsa
Inggeris.
 Bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris kepada
penentang Jepun.
 Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di estet
itu.
 Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-
nakutkan orang kampung daripada menentang mereka.
 England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan.

2. Latar Masa:

 Pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet getah
serta menggaji ratusan buruh.
 Waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya supaya
menasihati Ahamad agar tidak menghasut rakyat menentang komunis.
 Waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan penduduk
kampung.
 Waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat supaya
menuntut kemerdekaan.
 Tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari banglonya
untuk menyelamatkan diri.
 Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau kampungnya. Dia
meninggal dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.
 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana
kemerdekaan negara dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.
 Seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.
 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan cintanya
kepada Ahamad.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU
5

3. Latar Masyarakat:

 Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi pidato
kepada penduduk kampung supaya bangun menentang penjajah dan komunis.
 Masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu dengan
berkebun dan bersawah padi.
 Masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk bersama-
sama mencari Ahamad yang hilang.
 Masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo dan 3 orang
pengurus estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan komunis.
 Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka ladang
getah di Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.
 Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai mangsa
termasuk Ahamad.

F. GAYA BAHASA

i. Bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah


ii. Bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
iii. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan
persahabatan.
iv. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek
peluru.
v. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
vi. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
vii. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
viii. Peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong

G. NILAI

i. Kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya seminggu
sebelum Jepun menjajah.
ii. Patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan kepada
penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.
iii. Keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak
penduduk kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU
6

iv. Ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya
menuntuk kemerdekaan negara.
v. Kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa Inggeris
daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.
vi. Tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad sebagai
anak angkat setelah Ahamad menjadi yatim piatu.
vii. Kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk
bekerjasama mencari Ahamad yang hilang ditangkap komunis.
viii. Hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu ke
surau untuk berbual-bual dengan penduduk.
ix. Mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya
dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di banglonya.

H. PENGAJARAN

i. Kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani
bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.
ii. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk
kampungnya supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah.
iii. Kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan Booth
bekerjasama untuk mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.
iv. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah
memeliharanya dengan menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.
v. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya berpindah
sebelun Jepun menjajah kampung itu.
vi. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluang
untuk belajar menulis dan bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo tuan
Booth.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN


PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU

Anda mungkin juga menyukai