Anda di halaman 1dari 2

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

APLIKASI E-DAGANG YANG MEMPENGARUHI KEPERCAYAAN PELAJAR-


PELAJAR TINGKATAN 6 DI SMK TELOK DATOK.

OBJEKTIF KAJIAN
1)Mengenal pasti kelebihan setiap aplikasi e-dagang
2)Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan pelajar-pelajar tingkatan 6
terhadap aplikasi e-dagang

PENGENALAN
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak
COVID-19 menyaksikan peralihan trend pengguna yang mendorong perniagaan untuk
meneroka strategi baharu untuk berinteraksi dengan pengguna dan memudahkan proses urus
niaga. Lebih 32 juta rakyat Malaysia terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilaksanakan pada 18 Mac 2020 dalam usaha untuk mengawal penularan wabak COVID-19.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, mengarahkan
perkhidmatan bukan keperluan untuk menghentikan sementara operasi mereka. Selama tiga
bulan, semua rumah ibadah, institusi akademik, dan tempat awam lain telah diarahkan ditutup
untuk menghentikan penyebaran COVID-19. Kawalan sempadan juga diperketatkan bagi
mengawal kemasukan pelancong asing ke Malaysia.
Barangan runcit dan produk haiwan peliharaan, konsol permainan, dan peralatan rumah amat
popular di kalangan pengguna kerana mereka mencari barang keperluan harian dan
permainan untuk dinikmati dan menghiburkan seisi keluarga.
Peniaga-peniaga mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan, dengan peniaga yang
menawarkan makanan segera dan peralatan membakar masing-ma-sing mencatatkan 60 kali
lebih banyak pesanan berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Situasi semasa juga telah mendorong perniagaan-perniagaan untuk meneroka strategi baharu
untuk berinteraksi dengan pengguna dan memudahkan proses urus niaga. Ini tidak hanya
menyebabkan penerapan e-dagang yang kuat di kalangan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)
tempatan tetapi juga mewujudkan segmen pasaran baharu untuk industri e-dagang.
Selain itu, pelaksanaan SOP seperti penjarakan sosial dan kebenaran hanya seorang dari
setiap isi rumah yang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian,
telah memberi impak kepada sektor runcit di negara ini. Namun begitu, penangguhan
sementara operasi perniagaan bukan keperluan serta pergerakan terhad ke pasaraya dan kedai
runcit telah membuka lebih banyak peluang untuk industri E-Dagang.
Secara amnya, industri E-dagang adalah salah satu perkhidmatan penting bukan hanya di
Malaysia, tetapi juga di negara-negara Asia Tenggara seperti Filipina, Indonesia, Thailand,
dan Singapura. Menurut kajian juga, sejak pandemik ini menular, masyarakat lebih bersedia
untuk membeli secara atas talian, sekaligus melihatkan perubahan gaya hidup dan rutin
seperti keperluan untuk bekerja dari rumah dan penerokaan minat baru ketika tinggal di
rumah juga memberikan peluang yang lebih besar untuk industri E-dagang berkembang pada
skala global.
Pada masa ini, dengan permintaan yang lebih tinggi pada pembelian atas talian, lebih banyak
pengguna mengharapkan kelancaran penghantaran barangan yang dibeli. Secara keseluruhan,
wabak COVID-19 telah membuka peluang buat industri E-dagang berkembang kerana ia
menjadi pilihan utama pengguna pada waktu yang sulit ini.

Anda mungkin juga menyukai