Anda di halaman 1dari 1

Telematch

1. Keretapi Rapat

Cara-cara : Belon akan diletakkan pada setiap perut /dada peserta dan harus
berjalan bersama-sama ahli kumpulan mereka dengan membawa belon
tersebut ke destinasi yang ditetapkan dengan memastikan belon tersebut tidak
jatuh dan pecah.

2. Lompat Dadu

Cara-cara : Sebiji dadu besar akan diberi kepada ahli kumpulan. Ahli kumpulan
harus melompat dalam satu kumpulan dalam keadaan beratur mengikut
berapa nombor yang tertera pada dadu yang telah dibaling.

3. Sepanjang Amazon

Cara-cara : Bina apa sahaja barang yang mereka ada untuk menghasilkan satu
struktur sepanjang mungkin menggunakan bahan yang mereka boleh dayakan.

4. Pecah Nasib

Cara-cara : Setiap ahli kumpulan beratur dan mereka dikehendaki membaling


belon berisi air dari hadapan ke belakang tanpa memandang ahli kumpulan
dengan memastikan belon mereka tidak pecah.

5. Geli Geli

Cara-cara : Setiap ahli kumpulan diminta untuk merasai 5 kotak yang berisi
dengan benda /sesuatu yang aneh dengan mata ditutup dan setelah itu
mereka harus meneka apakah yang telah dirasai tersebut.

6. Terkinja – kinja

Cara-cara : Konsep permainan ini adalah , dua pasangan dalam setiap ahli
kumpulan harus diwakilkan dan meneka flashcard yang akan tertera pada dahi
pembaca teka. Peneka flashcard harus membuat aksi berdasarkan apa yang
tertera pada dahi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai