Anda di halaman 1dari 1

Kemalangan jalan raya tetap berlaku walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkuasa

untuk mengatasinya.
Bincangkan punca-punca berlakunya keadaan tersebut. Tulis karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.

RANGKA KARANGAN
PENGENALAN
Kes kemalangan jalan raya - semakin meningkat
kadar kemalangan jalan raya - meningkat - pada musim perayaan –langkah diambil

ISI-ISI PENTING
1. Sikap segelintir pemandu yang mementing diri sendiri dan tidak menjaga keselamatan pengguna jalan
raya yang lain – ingin menjadi raja di jalan raya – pemuda memandu mengikut perasaan – memandu
dengan melulu demi kepuasan diri sendiri – menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan

2.Kecuaian pemandu ketika memandu di jalan raya – memandu dalam keadaan letih dan mengantuk –
mudah hilang kawalan – tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pemanduan – ada pemandu yang
memandu dalam keadaan mabuk

3. Faktor kenderaan – kenderaan tidak diperiksa sebelum memulakan perjalanan – perjalanan yang jauh
- keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik – tidak mengganti tayar
yang haus - sistem kenderaan tidak berfungsi dengan sempurna

4. Faktor cuaca – pemandu tidak biasa memandu dalam keadaan cuaca yang tidak baik – tumpuan
terhadap pemanduan terjejas – jalan licin – mudah hilang kawalan – terbabas

5. Pemandu tidak mempunyai lesen memandu - menggunakan lesen memandu yang palsu - tidak cekap
dan tidak biasa memandu kenderaan – perlu lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak
memandu kenderaan - teknik pemanduan yang betul

PENUTUP
Pemandu perlu berhemah semasa memandu di jalan raya – pandu cermat jiwa selamat - mengambil kira
insan-insan yang disayangi – hargai nyawa sendiri dan nyawa orang lain – biar lambat asalkan selamat

Anda mungkin juga menyukai