Anda di halaman 1dari 11

FALSAFAH DAN LOGIKA

MELAYU

JXEA 1104

NAMA : MUHAMAD ZAIRI


BIN IBRAHIM
NO.MATRIK : JEA080055
NAMA PENSYARAH : PROF.DR.AMRAN
BIN MUHAMAD

FALSAFAH PENDERHAKAAN HANG JEBAT


DI DALAM HIKAYAT HANG TUAH.

SEMESTER 1 , SESI 2008/2009


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
PETIKAN KISAH HANG JEBAT MENDERHAKA
DARI HIKAYAT HANG TUAH

Maka segala pegawai dan petuanan pun berjalanlah masuk dalam kota dengan segala

hulubalang dan orang yang seribu itu. Maka dikepungnya istana itu dengan tempik

soraknya terlalu gempita. Maka katanya, “Hai si Jebat derhaka! Jika engkau berani,

turunlah dari istana tuanku itu supaya lehermu ku penggal!” Setelah dilihat oleh Hang

Jebat orang banyak dating mengepung dia itu, maka ia pun tertawa, seraya berbangkit

lalu berjalan ke muka pintu. Maka dilihatnya segala pegawai yang datang itu muda-muda.

Maka dilihat oleh segala pegawai, Hang Jebat berdiri di muka pintu itu; maka sekalian

pun datang melihat dia. Maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya lalu berjalan turun.

Maka oleh Hang Jebat diusirnya orang yang hampir pintu itu, habis mati ditikamnya,

setengah lari keluar. Maka setelah dilihat oleh segala pegawai dan orang banyak itu Hang

Jebat turun mengamuk itu, maka segala pegawai itu pun habis lari mendapatkan Patih

Kerma Wijaya, setengah lari kembali ke rumahnya. Setelah dilihat oleh Hang Jebat segala

orang itu habis lari, maka ia pun kembali ke istana duduk makan minum .
KUPASAN DARI ASPEK SEJARAH

Menurut Sejarah Melayu, sejarah derhaka bermula apabila Demang Lebar Daun

pembesar dari Palembang membuat perjanjian derhaka dengan Sri Tri Buana raja dari

Bukit Siguntang. Perjanjian ini dicatat kerana Sri Tri Buana tidak mahu hamba Melayu

menjadi zalim dalam budi pekerti dan tidak mahu hamba Melayu mencabar kedaulatan

negerinya serta menderhaka kepada rajanya. Selain itu perjanjian ini juga membuatkan

raja tidak boleh bertindak zalim ke atas rakyat. Menurut Sejarah Melayu juga, jika salah

seorang cuba melanggar perjanjian itu, maka akan dibinasakan Allah kehidupannya.

Contoh pelanggaran perjanjian yang di lakukan oleh salah seorang pihak ialah apabila

Sultan Mahmud Syah bertindak zalim dengan membunuh seluruh ahli keluarga pembesar

seri maharaja dan negeri Melaka mendapat malapetaka apabila negeri Melaka di tawan

Portugis.

Pejanjian ini digambarkan oleh penulis Sejarah Melayu sebagai perjanjian dengan

Allah yang tidak boleh di langgar dengan sesuka hati dan di anggap suci. Selain itu, ia

juga mahu hamba Melayu taat setia pada raja dan akan di binasakan oleh Allah sekiranya

menderhaka. Peranjian ini juga telah di anugerahkan oleh Allah kedaulatan kepada raja-

raja.
KONSEP DERHAKA

Menurut kamus dewan edisi keempat , derhaka bermaksud tidak taat atau

khianat kepada negara , menentang kekuasaan yang sah iaitu menentang kerajaan atau

melanggar perintah pemerintah. Ini termasuklah cuba merampas kuasa kerajaan atau

ingkar terhadap dasar-dasar yang di buat kerajaan. Orang yang menderhaka pula di

takrifkan oleh kamus dewan sebagai orang yang mengkhianati negara. Jadi dapatlah

ditakrifkan setiap pekara yang menentang pemerintah seperti cuba melanggar perintah

raja , memberontak menentang raja , membocorkan rahsia negara kepada negara lain dan

membunuh raja di anggap sebagai derhaka.

Menurut pandangan Islam pula , umat Islam mesti mentaati perintah ketua-ketua ,tidak

kira sama ada perintah itu di sukai atau tidak , asalkan perintah itu tidak bertentangan

dengan ajaran Islam. Rasulullah S.A.W ada bersabda :-

“Barang siapa yang benci terhadap sesuatu tindakan penguasanya , maka

hendaklah ia bertaubat kerana sesungguhnya orang yang meninggalkan raja walaupun

sejenggkal , maka hatinya seperti mati pada zaman jahilliyah”.

Ini bermaksud setiap perintah raja harus dipatuhi dan mesti taat setia pada raja walaupun

tindakan yang diambil tidak munasabah. Jika tidak mereka samalah dengan orang

jahilliyah yang hidup dalam keadaan gelap yang sering memberontak terhadap

pemerintahnya. Islam tidak menghalang daripada menyuarakan pendapat jika tidak

berpuas hati terhadap sesuatu pekara tetapi pendapatnya mestilah membina dan disertai

dengan kejujuran . ini bermaksud ia boleh dilaksanakan dengan bermusyawarah bukan

menderhaka jika tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pemerintah .
Menurut pandangan sarjana pula seperti Azmi Rahman , ungkapan “pantang melayu

derhaka kepada raja” sebati dalam diri orang melayu. Berdasarkan huraian ini dapatlah

dikatakan bahawa logiknya raja berada di tempat yang tertinggi kerana orang melayu

meletakkan raja sebagai “jelmaan tuhan” dan dikaitkan dengan salasilah keturunan

Iskandar Zulkarnain. Ini sesuai raja dikonsepkan sebagai “Orde Kosmos” yang dikatakan

mempunyai konsep tulah sesuai dengan pegangan transendental masyarakat melayu

dahulu. Di dalam sejarah melayu Tun Sri Lanang pernah merakamkan kisah pembesar

melayu yang marah-marah kepada rajanya kerana tuannya itu berzina dengan isterinya.

Lalu dimarahi raja itu dengan ancaman tombak:-

“Jika tidak di fikirkan anak Melayu itu pantang derhaka , nescaya ku tinju

raja ini dengan tombakku di dadanya” marah pembesar itu di depan sang raja dan raja

itu tidak berkata apa-apa lagi melainkan “janganlah di apa-apakan kepadanya kerana

dia memang berhak. Jika dia tidak mengingatkan amba melayu patang derhaka , nescaya

bercerailah jiwa dari ragaku ini”.

Ini dapat didefinisikan bahawa orang melayu dahulu rela hilang maruah daripada

mendehaka kepada raja


KUPASAN DARI SUDUT FALSAFAH

Derhaka boleh ditafsirkan sebagai satu perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu

pekara..Penderhakaan Hang Jebat boleh disifatkan sebagai satu perasaan balas dendam

kerana membela kematian Hang Tuah dan menyanggah tindakan raja yang menjalankan

hukuman tanpa melakukan usul periksa. Namun apabla dinilai kebenaran penderhakaan

Hang Jebat melalui rasa atau hati kalbu , penderhakaannya dapat menyedarkan kesilapan

raja yang tidak patut dilakukan. Logiknya penderhakaan yang dilakukan adalah untuk

membuang sesuatu yang buruk dan digantikan dengn sesuatu yang lebih baik tetapi

apabila di lihat dari sudut pandangan lain seperti penderhakaan terhadap ibu bapa , ia

dapat di lihat untuk memenuhi kepentingan individu dan memberi kepuasan terhadap diri

sendiri. Selain itu derhaka boleh di erti juga sebagai untuk menjaga air muka sehingga

terlupa nilai diri dan hakikat asal usul.

Fenomena penderhakaan Hang Jebat ni juga berlaku di sebabkan oleh yang tidak

dapat dikawal oleh manusia. Ini kerana dari ciri-ciri metafizikanya , nafsu adalah sesuatu

naluri yang dapat ditembusi oleh syaitan dan dapat dikawal oleh syaitan. Ini terjadi

kerana syaitan telah bersumpah dengan Allah untuk menyesatkan umat Nabi Adam

sehingga hari kiamat. Jadi tidak hairan apabila fenomena derhaka ini berlaku.

Rasionalnya apabila kita mederhaka , ini bermakna kita telah terpesong dari ajaran yang

sepatutnya , ini kerana derhaka di golongkan sebagai satu sifat yang mungkar dan

melanggar perintah Allah. Allah telah memerintahkan hambanya supaya tidak


menderhaka kepada pemerintah , ibu bapa , Rasul dan Allah dan mesti menanamkan

perasaan taat setia. Derhaka boleh di simbolkan sebagai kehilangan petunjuk dari Allah.

Ini menyebabkan hati menjadi gelap. Derhaka menyebabkan kehilangan pedoman dan

rasional peiiran seperti yang berlaku pada Hang Jebat yang menderhaka tanpa berfikir

secara waras dan kehilangan petunjuk serta cahaya dalam hati menyebabkan keimanan

dalam diri Hang Jebat hilang dan telah mendorong Hang Jebat untuk melakukan

penderhakaan kerana bertindak mengikut nafsu semata-mata. Apabila kehilangan cahaya

keimanan , ia akan membuahkan akhlak yang tidak mulia dan tidak murni yang akan

memberi keburukan kepada makhluk lain seperti penderhakaan yang di lakukan oleh

Hang Jebat yang telah menyebabkan Melaka menjadi huru-hara.

Pada pandangan masyarakat Melayu dahulu , penderhakaan kepada raja adalah tidak

dibenarkan kerana ia adalah satu pantang kepada masyarakat Melayu dahulu. Ini kerana

mereka berpegang teguh pada kepercayaan terhadap kedaulatan raja dan adat melayu.

Oleh itu penderhakaan Hang Jebat telah di tentang walaupun Hang Jebat menegakkan

kebenaran. Selain itu anak-anak di ajar supaya berbakti dan setia kepada raja. Bagi orang

Melayu dahulu , derhaka kepada raja adalah satu dosa yang besar dan mencabar pantang

larang orang Melayu. Ini kerana raja pada masa itu di anggap sebagai “Orde Kosmos” ,

iaitu raja di anggap sebagai pemerintah alam semesta , sesuai dengan konsep

transendental masyarakat Melayu pada masa itu. Orang yang derhaka kepada raja akan di

kutuk dan di hina serta di bunuh. Mereka sanggup kehilangan keluarga sendiri jika ada

ahli keluarga yang menderhaka kepada raja. Ini kerana mereka tidak mahu keturunan

mereka di kutuk sepanjang zaman. Ini dapat dilihat apabila Hang Jebat menderhaka ,
sahabat , saudara dan ahli keluarganya menentang dan sanggup membunuhnya. Ini dapat

dibuktikan apabila Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat kerana Hang Tuah

berpegang kepada “Pantang melayu derhaka kepada sultan”.

Derhaka pada ketika itu dianggap sebagai sumpahan yang akan memberi kesan kepada

keturunannya sepanjang zaman. Ini dapat dilihat apabila seluruh ahli keluarga Hang Jebat

di bunuh dan telah dikutuk oleh masyarakat sehingga hari ini walaupun pada hakikatnya

Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Mayat Hang Jebat pula telah di campak ke

dalam laut kerana sumpahan atau tulah dari raja yang mengatakan mayat orang yang

derhaka tidak diterima bumi. Ini bersesuaian dengan konsep kedaulatan raja yang di

anggap sebagai “Orde Kosmos”.

Derhaka pada ketika itu di anggap sebagai maruah orang Melayu. Ianya tidak boleh

di jual beli. Bagi mereka anak Melayu pantang derhaka kepada sultan. Apabila ada

seseorang yang menderhaka, ini bermakna ianya talah mencabar kredebiliti dan pegangan

orang Melayu yang menganggap raja adalah segala-galanya. Ini dapat dibuktikan apaila

Hang Tuah sanggup membunuh sahabat karibnya sendiri iaitu Hang Jebat kerana telah

melanggar pantang orang Melayu iaitu dengan menderhaka kepada raja dan telah

mencabar pegangan orang Melayu. Namun , apabila dilihat secara positivisme

logikalnya, Hang Jebat menderhaka kerana untuk mencari kebenaran. Ini dapat

dibuktikan apabila banyak kajian epistemologi yang dibuat dan dapat di simpulkan Hang

Jebat ingin membela kematian Hang Tuah. Bagi Hang Jebat , Hang Tuah tidak patut di
hukum bunuh jika hendak dibandingkan dengan jasa yang telah di taburkan oleh Hang

Tuah.

Selain itu, fenomena ini terjadi kerana kezaliman raja Melaka yang hanya

mementingkan diri sendiri dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah tanpa

menjalankan usul periksa terlebih dahulu. Secara empirikalnya, Hang Jebat hanya ingin

membuang sesuatu yang buruk dan menggantikan dengan sesuatu yang baru bertepatan

dengan ideologi yang di pegang oleh Hang Jebat iaitu raja yang adil akan ku turuti dan

raja yang zalim patut disanggah. Jika ditafsir dari sudut aksiologi , derhaka juga boleh di

sifatkan sebagai satu hikmah yang di berikan oleh Allah. Penderhakaan Hang Jebat telah

menyedarkan raja Melaka pada ketika itu menjadi menyesal kerana membunuh Hang

Tuah yang tidak bersalah dan mempercayai pembesar yang tidak berguna iaitu Patih

Kerma Wijaya dan banyak menzalimi rakyat jelata. Pandangan Islam tentang

penderhakaan Hang Jebat pula adalah sesuatu yang menyalahi ajaran agama islam. Islam

sendiri tidak membenarkan umatnya mendehaka kepada raja. Ini kerana raja adalah ketua

kerajaan yang telah di beri kepercayaan oleh rakyat . Rakyat harus menurut segala

perintah raja selagi tidak terpesong dari ajaran agama. Banyak ayat al-quran yang

menyuruh supaya taat setia kepada Allah , Rasul , ibu bapa dan pemerintah.

Namun, jika raja itu zalim , rakyat berhak memberontak untuk mendapatkan kembali

hak mereka. Ini kerana pemerintah di pilih berdasarkan musyawarah dan suara rakyat.

Jadi rakyat berhak menjatuhkan pemerintah yang tidak berupaya untuk memerintah dan

banyak membawa kesusahan kepada rakyat. Memberontak yang dimaksudkan adalah

tidak melakukan pembunuhan dan tidak membuat rusuhan dalam negeri. Namun ,
pemberontakkan yang dilakukan oleh Hang Jebat dengan menderhaka adalah salah. Bila

dibuat kajian secara symplitik , Hang Jebat telah menderhaka kepada raja dengan

menghuru-harakan istana , membunuh seluruh isi istana , dan mengamuk di Melaka.

Perbuatan ini dilarang oleh Allah. Hang Jebat telah bertindak secara melulu tanpa berfikir

panjang. Tindakan yang diambil telah menyusahkan orang lain dan telah menyebabkan

Melaka menjadi huru-hara. Hang Jebat sepatutnya menerima hakikat kematian Hang

Tuah dan jika untuk mendapatkan keadilan sekalipun , Hang Jebat boleh menukar dasar

kerajaan Melaka atau mengubah hukuman yang sering dilaksanakan oleh raja supaya kes

seperti Hang Tuah tidak berulang lagi . Ini kerana Hang Jebat pada waktu itu telah

menjadi orang kepercayaan raja Melaka .

Rumusan yang dapat dibuat , derhaka dapat dinilai dari pelbagai sudut . Ia dapat

dilihat dari sudut positif dan negatif . Penderhakaan Hang Jebat ialah sesuatu yang positif

tetapi tindakannya adalah sesuatu yang negatif . Selain itu , penderhakaan juga adalah

sesuatu yang negatif jika kita melihat pegangan masyarakat Melayu dahulu tetapi ia boleh

menjadi positif jika raja yang ditentang itu adalah raja yang zalim tetapi tindakan yang

diambil mestilah positif dan tidak lari daripada ajaran Islam .


BIBLIOGRAFI

1 . A . BAKAR HAMID . 1979 . (PERISTIWA-PERISTIWA DARI HIKAYAT HANG


TUAH) . KUALA LUMPUR . DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA .

2. A . SAMAD AHMAD . 1979 (SULALATUS SALATIN) KUALA LUMPUR .


DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA .

3 . SHEIKH OTHMAN BIN SHEIKH SALIM . 2005 . (KAMUS DEWAN EDISI


KEEMPAT) KUALA LUMPUR . DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA .
4 . AWANG SARIYAN . 2007 . (FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU) SELANGOR .
SYNERGYMATE SDN . BHD .

5 . HASHIM BIN HAJI MUSA . 2001 . (FALSAFAH , LOGIK , TEORI NILAI


DAN ETIKA MELAYU SUATU PENGENALAN) AKADEMI
PENGAJIAN MELAYU . UNIVERSITI MALAYA .

Anda mungkin juga menyukai