Anda di halaman 1dari 51

1

Hakcipta © 2021 Bukhari Ramli

Diterbitkan oleh:
BRC
1160345-X

Panduan ini diformatkan supaya


mudah dibaca di smartfon.

2
Anda mungkin tertanya soalan-soalan seperti:

Kenapa aku jual, orang tak mahu


beli?

Kenapa dah penat buat iklan, takde

Saya Bukhari Ramli. Bukan sifu. Bukan tok guru.


Bukan pakar. Bukan coach. Bukan jutawan. Takde
duit kertas berkipas. Takde kereta besar. Takde
rumah besar. Takde private jet.

Tak bercakap di pentas hebat. Tak pakai suit smart.


Tak masuk suratkhabar majalah TV. Takde kenal
atau bergambar bergandingan dengan mana-mana
selebriti artis orang kenamaan. Tak pernah dapat
mana-mana award.

3
Mungkin anda pernah tertanya soalan macam ni?

Kenapa aku susah nak dapat jualan?

Buat iklan, orang krik krik je?

Ramai orang PM, tapi takde yang close sale pun?

Macam mana sebenarnya nak buat marketing ni?

Anda sebenarnya pentingkan diri!


Sibuk nak tahu cara menjual je. Fikir diri sendiri je.

Amboi amboi amboi!

No wonder anda susah nak buat jualan.

Anda tak pernah pun fikir pasal pelanggan.

4
PATUTNYA
ANDA
LUANGKAN
LEBIH MASA
UNTUK FIKIR:
“KENAPA
PELANGGAN
MEMBELI?”

5
Betul tak?

Duit datang daripada pelanggan.

BUKAN daripada produk.

Ramai orang yang ada produk melambak bawah katil,


tepi tangga sebab produk tak boleh jual.

Ada produk, takde pelanggan!

Tak pernah pula kita dengar orang ada masalah nak


cari produk untuk pelanggan yang dah ready nak beli
sampai terpaksa simpan pelanggan bawah katil, tepi
tangga kan?

BANGUN!

6
Jangan lagi sibuk fikir pasal produk & pasal diri sendiri
je.

Mulai hari ini...

Fikir pasal pelanggan...

Sebab pelanggan yang bagi duit!

7
UNTUK TULIS
IKLAN POWER:
KAJI APA
YANG
PELANGGAN
MAHU

8
Tahu tak apa yang pelanggan mahu?

Dalam panduan ini…

Saya mahu kongsikan 5 perkataan yang akan UNLOCK


dan bantu anda tulis iklan power!

Ini dia 5 perkataan tu…

APA SEBENARNYA YANG AKU JUAL?

Mesti tak ramai yang boleh jawab soalan ni.

OK, untuk mudah jawab soalan 5 perkataan di atas,


saya bagi bonus tambahan 5 perkataan lagi...

Suka tak? Yeay!


🎉🎉🎉🎉🎉

9
5 perkataan bonus…

APA SEBENARNYA YANG PELANGGAN BELI?

Boleh ke anda jawab soalan ini? Ke selama ni tak


pernah fikir langsung pasal benda ni?

Anda memang TIDAK LAYAK untuk dapat jualan


banyak kalau anda sendiri tak tahu apa pelanggan
mahu.

Anda memang TIDAK LAYAK untuk dapat jualan


banyak kalau anda sendiri tak tahu apa pelanggan
beli.

Betul tak?

Mari kita tengok kenapa 5 perkataan ini power sangat.

10
KUNCI
IKLAN
POWER:
APA
SEBENARNYA
YANG
PELANGGAN
BELI?

11
Kenapa kita mesti tanya apa SEBENARNYA yang
pelanggan beli? Bukan ke pelanggan beli produk?

No no no no no!

Pelanggan tak membeli produk. Mana ada pelanggan


bangun pagi saja-saja niat nak beli produk.

“Ah, harini aku ingat nak beli produk XYZ lah!”

Ada tiba-tiba macam tu?

Takde!

Mesti ada benda yang berlaku sebelum tu.

MESTI ada sebab di sebalik itu kenapa dia mahu beli


produk. MESTI ada masalah yang dia mahu
selesaikan. MESTI ada benda yang dia nak.

12
Dan kita pun tak patut menjual produk.

Sebab kita sibuk fikir pasal menjual produk lah yang


kita tersangkut dekat situasi sekarang.

Tak boleh menjual!

Macam mana nak dapat jualan, kalau kita sibuk


menjual produk & pelanggan bukannya membeli
produk pun!

Kita kena tahu, apa sebenarnya yang pelanggan beli.


Kita kena tahu, apa sebenarnya yang kita jual.

13
KITA TAK
PATUT
SEMATA-MATA
MENJUAL
PRODUK
SEBAB:
PELANGGAN
BUKANNYA
SEMATA-MATA
MEMBELI
PRODUK!

14
Pelanggan beli produk untuk:
✅ Selesaikan masalah

✅ Capai matlamat dan impian

Kalau kita sibuk jual produk sahaja...

TANPA faham apa masalah yang pelanggan mahu


selesaikan dan apa matlamat yang pelanggan mahu
capai dengan pembelian produk kita...

Memang ke laut!

Nampak tak?

Tak nampak lagi?

Jom kita tengok contoh...

15
APA
SEBENARNYA
YANG
KITA
JUAL?

16
1. Servis wedding photography

Pelanggan beli servis photography. ❌

Pelanggan sebenarnya beli kenangan indah, gambar


cantik yang boleh mereka ingat dan tengok sampai ke
anak cucu. Pelanggan sebenarnya beli perasaan
bahagia yang nak dikongsi dengan kawan-kawan dan
keluarga. Pelanggan sebenarnya beli peace of mind
fotografer dia tak lewat datang, ambil gambar cantik,
ada skil komunikasi bagus dan boleh control crowd
masa ambil gambar. ✅

Jadi...?

17
Dalam iklan, jangan sekadar letak apa servis kita
buat.

Pelanggan tak beli servis fotografi perkahwinan kita.


Pelanggan beli benda-benda lain di atas tadi tu.

MASUKKAN semua elemen emosi dan apa yang


mereka mahu ini dalam iklan kita.

YAKINKAN prospek yang kita boleh bagi apa yang


mereka mahu macam tadi tu.

Biarkan fotografer lain bersaing jual servis yang


sama dengan harga murah.

KALAU kita BERANI JAMIN kita boleh beri apa yang


mereka mahukan, nak tak mereka ambil servis kita?

18
KALAU KITA
FAHAM
PELANGGAN
LEBIH
DARIPADA
PENJUAL
LAIN, KITA
TAK PERLU
SANGAT
BERSAING
DENGAN
PENJUAL LAIN
19
KALAU kita boleh faham apa mereka mahu, nak tak
mereka ambil servis kita?

KALAU wedding photographer lain semua sibuk


cerita pasal senarai servis & harga setiap satu
servis…

Sedangkan kita pula boleh buatkan bakal pelanggan


berfikir (walaupun tanpa sedar), “Eh, bagus mamat ni.
Orang lain sibuk bercakap pasal diorang diorang
diorang. Mamat ni buatkan aku rasa dia faham apa
yang aku nak. Mamat ni bercakap pasal aku aku nak.”

Rasanya, kita perlu bersaing beriya sangat tak?

NO CONTEST!

20
2. Produk jus kesihatan

Pelanggan beli jus kesihatan. ❌

Pelanggan sebenarnya beli tubuh badan lebih


bertenaga, tak cepat letih, supaya dia boleh buat kerja
seharian tanpa rasa stress dan lesu sepanjang hari. ✅

Dah nampak lebih jelas kan?

Pelanggan tak mahu produk jus kesihatan.

Mereka mahu capai impian & matlamat mereka.


Produk itu hanyalah JALAN untuk mencapai matlamat.

21
PELANGGAN
TAK KISAH
SANGAT PASAL
PRODUK,
MEREKA
GUNAKAN
PRODUK
SEBAGAI
JALAN UNTUK
CAPAI IMPIAN
& MATLAMAT
MEREKA
22
Lebih bagus kalau kita boleh jelaskan dan kecilkan
target market kita.

Contohnya wanita bekerjaya yang sudah ada anak


kecil, sibuk di tempat kerja, balik rumah perlu buat
kerja rumah dan uruskan anak pula.

Lagi JELAS target market kita, lagi mudah untuk kita


tahu apa sebenarnya yang mereka beli.

Lebih JELAS target market kita, lebih mudah untuk


kita buat iklan yang berkaitan dengan masalah dan
apa yang mereka mahu.

Betul tak?

23
3. Servis web design

Pelanggan beli website ❌

Pelanggan sebenarnya beli kepercayaan pelanggan dia


bila tengok ada website profesional, pelanggan dia
boleh jumpa bila search di Google dan dia dapat
prospek berterusan tanpa henti. Pelanggan beli channel
marketing untuk dapat tambah dan tingkatkan jumlah
pelanggan. ✅

Dulu…

Saya buat servis web development.

Bukan pandai pun. Main Google je.

😂😂😂

24
Tapi saya tahu apa yang klien saya mahu.
Saya tahu apa yang mereka nak sangat-sangat.

Klien saya pemilik bisnes.


Mereka bukan kisah sangat nak ada website.

Mana ada pemilik bisnes bangun pagi & cakap, “Harini


aku nak ada website!”

Takde!

Apa hasilnya?

Web developer lain ada yang jual servis yang sama


dengan harga RM300. Mereka lagi hebat dari segi
teknikal.

25
Saya boleh jual website yang sama (tanpa e-commerce
dan kerja teknikal yang pelik-pelik, saya bukan pandai
coding pun!) dengan harga RM20,000!

Sebab saya tak jual website.

Sebab klien saya bukannya nak website. Dia nak


benda-benda lain yang saya cakap tadi tu.

Saya beri apa mereka mahu. Mereka sanggup bayar


untuk dapatkan apa mereka mahu.

“RM1,000 untuk website? Mahalnya!”

“RM20,000 sekali bayar untuk dapatkan satu mesin


duit yang boleh bagi aku pulangan RM50,000
sebulan? Murah ni!”

26
APABILA KITA
FAHAM APA
SEBENARNYA
KITA JUAL,
HARGA BUKAN
LAGI JADI
SOAL YANG
BESAR KEPADA
PELANGGAN

27
4. Jual makanan di pasar malam

Pelanggan beli makanan. ❌

Pelanggan beli kemudahan supaya tidak perlu masak,


ketenangan hati dapat beri keluarga makan sedap dan
cepat tanpa perlu menunggu masa memasak yang
lama. Pelanggan beli masa dan tenaga supaya tidak
perlu luangkan masa masak dalam keadaan penat
baru balik kerja. ✅

OK yang ini special sikit. Kita fikir lebih luas!

Katakan kita banyak persaingan di pasar malam itu.

Apa kita boleh buat supaya bisnes kita boleh pergi


lebih jauh?

28
Semasa menjual makanan di pasar malam, dapatkan
butir daripada pelanggan kita. Kenalpasti apa mereka
mahu.

Dalam ramai-ramai yang beli makanan di pasar


malam itu...

Ada tak agaknya yang mahu servis penghantaran


makanan siap masak ke rumah setiap hari?

Ada tak yang ada masalah mencari makan tengah


hari / makan malam setiap hari?

Kalau bukan setiap hari pun, hari-hari tertentu.

INI masalah dan kemahuan mereka.

29
APABILA KITA
FAHAM APA
SEBENARNYA
KITA JUAL,
KITA BOLEH
TAWARKAN
PRODUK LAIN
YANG
MEMENUHI
KEPERLUAN
PELANGGAN

30
Kalau kita boleh penuhi dan beri APA SEBENARNYA
YANG PELANGGAN BELI, kita tak perlu bersaing di
pasar malam lagi.

Kita boleh tingkatkan jualan pasar malam kita + kita


boleh buka satu cabang bisnes baru.

Betul tak?

31
Nampak tak?

Selama ni kita fikir pasal produk je! Kita sangkut kat


situ. Ramai orang sangkut kat situ.

Ramai sangkut tempat sama = banyak persaingan.

Kalau kita buat sama macam orang lain, kita pun akan
dapat sama macam kebanyakan orang lain dapat.

Apa yang kebanyakan orang lain dapat?


Telur ayam!

Dengan soalan, “Apa sebenarnya yang aku jual?” kita


sebenarnya sedang menggali lebih dalam. Kita
sebenarnya sedang pergi lebih jauh.

Go deep. Go further.
Lebih dalam. Lebih jauh.

32
Lebih daripada biasa.
Lebih daripada apa yang orang lain buat.

Susah?

Memanglah susah! Kalau senang, semua orang boleh


buat. Kalau semua orang boleh buat, hasilnya taklah
banyak sangat sebab berkongsi dengan ramai orang!

Ingat formula tadi:


Ramai = banyak persaingan = hasil kurang.

Kita nak dapat lebih, kena buat kerja lebih. Sebab tak
ramai nak buat kerja lebih.

Tak ramai = kurang persaingan = hasil lebih.

33
BERFIKIR
LEBIH DALAM
= SUSAH
= TAK RAMAI
BUAT
= KURANG
PERSAINGAN
=HASIL LEBIH

34
APA SEBENARNYA PATUT KITA PATUT TULIS PADA
IKLAN SUPAYA IKLAN KITA JADI POWER?

Iklan ialah ‘umpan’. Untuk memancing prospek yang


tepat, kita perlu guna umpan yang tepat.

Apa sebenarnya yang pelanggan beli?


Kita mesti bagi apa yang mereka cari.

Itulah umpannya.

Itulah yang pelanggan mahu.

Itulah yang boleh digunakan untuk memanggil


mereka.

Itulah KUNCI untuk tulis iklan yang menarik prospek


yang tepat!

35
Apabila kita guna KUNCI IKLAN POWER ni…

✅ Kita akan menarik pelanggan yang lebih baik sebab

mereka nampak kita memahami keperluan mereka

✅ Kita akan buat iklan yang berlainan daripada

pesaing yang semata-mata menjual produk

✅ Kita tidak perlu terlalu bersaing dengan pesaing

lain yang semata-mata menjual produk

✅ Kita boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi

sebab kita faham nilai yang dimahukan oleh


pelanggan

✅ Kita boleh tawarkan produk baru selain daripada

produk utama yang asalnya kita jual

36
Satu benda yang lebih penting:
PRODUCT IS NOTHING!

Audiens BRC yang pernah belajar dengan BRC faham


sangat pasal ‘PRODUCT IS NOTHING’ ni.

Baca semula panduan ni dari awal.

Takde sekalipun kita fokus pada PRODUK.

Produk hanyalah satu jalan untuk pelanggan capai


impian & matlamat mereka. Itu je.

Tak guna kita beriya-iya fokus pada produk kalau tak


berjaya capai tujuan tu.

37
PRODUCT IS
NOTHING:
PENJUAL JE
SELALU SYOK
SENDIRI
DENGAN
PRODUK
SENDIRI YANG
DIJUAL!

38
Ambil contoh No 3 tadi.

Klien saya tak kisah pun pasal website. Mereka tak


kisah pun guna HTML, CSS, PHP, JKR, JBA, PTPTN
atau entah apa bendanya lagi.
😂😂😂😂

Web developer je selalu syok sendiri dengan benda tu


semua. Klien tak kisah pun apa teknologi yang
digunakan…

Asalkan website yang dibina boleh selesaikan masalah


mereka iaitu:
✅ Boleh tampung trafik pelawat website

✅ Dapat tunjuk katalog produk

✅ Boleh tarik perhatian prospek

✅ Ada tempat untuk pelanggan buat pembelian

✅ Berjaya dapat jualan banyak

39
Developer hebat tapi sibuk bercakap tentang ciri-ciri
website yang jual servis berharga RM1,000…

Akan kalah dengan (acah-acah) developer yang biasa-


biasa yang jual servis berharga RM20,000 tapi faham
apa sebenarnya yang pelanggan kisah.

40
APA SEBENARNYA YANG KITA JUAL?
APA SEBENARNYA YANG PELANGGAN BELI?

Kita takkan boleh jawab soalan ini kalau kita tidak


kenal pelanggan.

Jadi…

Kita WAJIB kenal pelanggan.

Kita cari apa sebenarnya yang dia mahukan.

Apa yang dia mahukan, itulah yang kita cakap dalam


mesej kita.

Kita tak jual produk. Produk hanyalah alat untuk


bantu pelanggan capai apa mereka mahukan.

Kalau kita boleh faham dengan jelas benda ni…

41
Anda tak perlu pergi sana sini lagi untuk belajar ilmu
tips trik yang kononnya fancy dan advanced!

Balik kepada asas...

KENAL PELANGGAN.
KAJI APA MEREKA MAHU.
BERI APA MEREKA MAHU.

42
KENAL
PELANGGAN.

KAJI APA
MEREKA
MAHU.

BERI APA
MEREKA
MAHU.

43
Cuba fikir...

Apa yang anda belajar daripada panduan ini?

Adakah ilmu yang anda baca daripada panduan ini


mengubah pandangan anda tentang marketing dan
bisnes anda?

Inilah ilmu asas dalam marketing.

Balik kepada ilmu asas ini...

SUPAYA anda boleh faham dengan jelas...

SUPAYA anda boleh dapat hasil lumayan!

Anda tidak perlukan teknik-teknik taktik-taktik yang


fancy dan power untuk dapat hasil.

44
Teknik yang bermacam-macam tu pun tak berguna
kalau kita tak kenal pelanggan kita & kita tak faham
apa bendanya yang kita jual.

LEBIH BAHAYA LAGI:


Terlalu sibuk belajar ilmu macam-macam akan buat
anda makin serabut dan tak tahu mana nak buat.

Apa-apapun, kita wajib kembali kepada asas.

45
BELAJAR
TEKNIK
BERMACAM
TANPA ASAS
YANG KUAT
AKAN BUAT
KITA MAKIN
SERABUT &
PENING!

46
“Take a simple idea and take it seriously.”
~ Charlie Munger

Renung sekali lagi.

Seriously, ambil masa merenung kejap.

Kita tak perlu 1,000 teknik gempak yang hebat.


Kita hanya perlu 2-3 perkara yang basic & mudah.

Orang bodoh, belajar 1,000 teknik pun tak dapat apa.

Orang bijak, belajar 1 perkara mudah pun macam-


macam dia boleh dapat.

47
Baca sekali lagi panduan ini dari mula sampai
habis.

Tanya diri sendiri:

“Apa yang selama ni aku faham?”

“Apa kefahaman baru yang aku dapat dari panduan ni?


Macam mana pandangan pasal iklan & marketing
berubah lepas baca panduan ni?”

“Apa yang aku nak buat sekarang?”

Dari renungan macam ni, barulah banyak kita boleh


belajar & boleh jadi tindakan bermanfaat.

Biar jadi champion: belajar sikit, faham banyak.


Jangan jadi loser: belajar banyak, fahamnya tidak.

48
ARE
YOU
TAKING
THIS
SERIOUSLY?

BACA
PANDUAN
INI
SEKALI
LAGI!

49
Takde beza sangat antara:
👉 Orang yang membaca tapi cepat putus asa nak

memahami; “Susahnya nak faham!”


👉 Orang yang tak membaca; “Panjangnya, lukis boleh

tak?”
👉 Orang yang buta huruf tak reti membaca

Semoga kita tak tergolong daripada mana-mana tiga


golongan di atas.

Semoga panduan ini bermanfaat.

Kalau tiada manfaat barang setitik, humbanlah jauh-


jauh. Saya bukannya bagus sangat sampai semua
orang wajib ikut.

Ada orang boleh ikut. Ada orang tak boleh ikut.


Terpulang masing-masing.

50
Ke mana arah selepas ini?

Kalau anda:
✅ Suka baca panduan ini

✅ Belajar banyak & terbuka mata dengan panduan ini

✅ Suka gaya penyampaian panduan ini

Ada banyak lagi penyampaian ilmu membuka mata


yang saya sudah, sedang & akan bagi.

Sedia untuk GO DEEP bersama saya?

Klik & follow:


Twitter Bukhari Ramli
Twitter BRC.my

Klik sini & daftar supaya tak terlepas artikel,


panduan percuma & pengumuman penting dari
saya…
51

Anda mungkin juga menyukai