Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU.

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

PENDIDIKAN ISLAM (AMBILAN JUN 2021)

KERJA KURSUS PELAJAR (SEMESTER SESI: Jun 2021- Okt 2021)

NAMA PELAJAR 1. ABDUL QAYYOUM BIN ALIAS


2. AHMAD ASBOLLAH BIN AHMAD TARMZI
3. AHMAD GHAZI BIN MOHAMMAD KHAYAT
4. AHMAD IZZAT BIN DIAUDDIN

NOMBOR MATRIK 1. 2021072400042


2. 2021072400043
3. 2021072400044
4. 2021072400045

NOMBOR KP 1. 901203-03-5245
2. 921214-06-5819
3. 921111-10-6315
4.

KELAS / KUMPULAN PDPP PAI KUMPULAN 1 (GROUP 2)

KOD / NAMA KURSUS MPU 2071 - PENGURUSAN KOKURIKULUM

NAMA PENSYARAH EN.AZIZ ABAS

TUGASAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PROJEK [30%]

TARIKH HANTAR 09 JULAI 2021


KERTAS KERJA
____________________________________________________

KEJOHANAN BOLA SEPAK 11 SEBELAH


SK KOPURON
______________________________________________________________

TARIKH :
28 OGOS 2021

TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK SK KOPURON

ANJURAN :

KELAB BOLA SEPAK


SK KOPURON

DENGAN KERJASAMA :
UNIT KOKURIKULUM SK KOPURON
PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SK
Kopuron dengan kerjasama Unit Kokurikulum Sekolah

Kelab Bola Sepak SK Kopuron akan menganjurkan pertandingan bola sepak 11


sebelah terbuka bawah 12 tahun ke bawah . Program ini di harap dapat
mencungkil bakat-bakat baru untuk dijadikan sebagai pasukan pelapis pada masa
akan datang. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi peluang
kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras dengan
Program “Pembangunan Bola Sepak Negara” yang dilancarkan oleh kerajaan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan
diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Di samping itu program ini
dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar
boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil pasukan SK Kopuron mampu
untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat Zon dan Negeri.

Sehubungan dengan itu, Kelab Bola Sepak SK Kopuron mengambil langkah


untuk pelajar bagi membimbing dan menggerakkan pelajar agar sentiasa
cergas,berfikiran positif dan memupuk semangat kerjasama antara pasukan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai


sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri
dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 28 ogos 2021 iaitu pada hari Sabtu.
4.2 Dilaksanakan selama 1 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sehingga petang.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT

5.1 Padang SK Kopuron

6.0 PERASMIAN

Program Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Pengetua
SK Kopuron Pn. Hjh Siti Suriyatie . Ia akan berlangsung di Dewan Dato Ismail
Hashim yang terletak di sebelah padang. Pengetua akan memberi ucapan ringkas
sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 8 pasukan


7.2 Jumlah AJK pertandingan : 13 orang
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penaung : Pn. Hjh Siti Suriyatie
Penasihat : En. Jasri bin Hassan

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : Ahmad Asbollah Bin Ahmad Tarmizi


Naib Pengerusi : Mohd Ilman Bin Kasmuri
Setiausaha : Ahmad Izzat Bin Diauddin
Bendahari : Abdul Qayyoum Bin Alias
Pengerusi Majlis : Ahmad Ghazi Bin Mohammad Khayat

AHLI JAWATANKUASA

AJK Minuman : Awatif bt Harun


AJK Piala & Medal : Ainul Mardhiah bt Arazmi
AJK Pertandingan : Faizal Nizam b Mohd Mokhlis
AJK Keselamatan & Disiplin : Ahmad Syifa b Abd Rahim
AJK Kebajikan : Abdul Muhaimin b Anuar
AJK Pengurusan Padang : Aziz Azimullah b Baharuddin
AJK Promosi : Annimah bt Abu Rijal

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Lampiran B
11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah
12 tahun SK Kopuron.

JAWATANKUASA Unit Kokurikulum SK Kopuron

TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 12 Tahun SK Kopuron

JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU ● Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam


PENCAPAIAN menyertai sesebuah pertandingan.
PROGRAM ● Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu
menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
● Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
● Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini.
● Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
● Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi
dan sosial.

ANJURAN Kelab Bola Sepak SK Kopuron.

TARIKH 28 OGOS 2021

TEMPAT Padang Bola Sepak SK Kopuron.

BIL. PASUKAN 8 pasukan


ANGGARAN KOS RM 1621.20
Tentatif Program

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

Ucapan Perasmian
7.30 am
- oleh Guru Besar SK Kopuron
- Taklimat Kejohanan
28 OGOS 2021 Semua pihak

RABU 8.30 am - Kejohanan bermula

- Pasukan 1 vs Pasukan 3 (group A)


- Pasukan 2 vs Pasukan 4 (Group Semua pihak

B)
- Pasukan 1 vs Pasukan 3 (Group
B)
- Pasukan 2 vs Pasukan 4 (Group
A)

- Pasukan 1 vs Pasukan 2 (group B)


Semua pihak
- Pasukan 3 vs Pasukan 4 (Group
A) AJK
- Pasukan 1 vs Pasukan 2 (Group Peralatan /
A) Persiapan
- Pasukan 3 vs Pasukan 4 (Group Tempat
B)

- Rehat / Makan Pagi

AJK Makanan
10.30 am - Pasukan 1 vs Pasukan 4 (group A)
- Pasukan 1 vs Pasukan 4 (group B)
- Pasukan 2 vs Pasukan 3 (group
A) Semua pihak
11.45 am
- Pasukan 2 vs Pasukan 3 (group
B)
AJK
Peringkat Kalah Mati
Peralatan /
- Juara Group A vs Naib Juara
Persiapan
Group B
Tempat
- Naib Juara Grop A vs Juara Group
B
12.45 pm

- Rehat / Makan Tengahari / Solat

AJK Makanan
1.30 pm
- Perlawanan Akhir
- Sesi penyampaian sijil dan
cenderamata Semua pihak
- Sesi bergambar kenangan
AJK
2.30 pm
Peralatan /
Persiapan
Tempat
- Bersurai

AJK Sijil /
4.00 pm Cenderamata

AJK
Dokumentasi
12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

ULASAN PENASIHAT :

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai.
Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima
kasih.
LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 1560.00
Jumlah Permohonan RM 1560.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Promosi

- Banner 1 unit RM 50.00 RM 50.00

Baju AJK 12 helai RM 20.00 RM 240.00

Pengadil

- Pengadil 1 hari RM 150.00 RM 150.00

1hari x 2orang RM 50.00 RM 100.00


- Pembantu Pengadil

Makanan

- Makanan Ajk dan Pengadil 20 x 2 hari RM 5.00 RM 200.00

30 kotak RM 8.00 RM 240.00


- Air Mineral
PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Hadiah

● Tempat pertama

- Wang tunai RM 150.00

● Tempat kedua
RM 50.00
- Wang tunai

● Tempat ketiga
RM 30.00
- Wang tunai

First Aids 1 kotak RM 50.00 RM 50.00

Kos Luar Jangka RM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1560.00


Disediakan oleh : .........................................................
Setiausaha Program
AHMAD IZZAT B DIAUDDIN

Disokong oleh : .........................................................


Pengerusi Program
AHMAD ASBOLLAH B AHMAD TARMIZI

Disemak oleh : .........................................................


Penasihat
EN. JASRI BIN HASSAN

Permohonan diluluskan oleh : .........................................................


PENAUNG
PN. HJH SITI SURIYATIE
LAMPIRAN A

BORANG PENDAFTARAN
PERTANDINGAN BOLA SEPAK
BAWAH 12 TAHUN SK KOPURON

NAMA PASUKAN
BAJU SELUAR STOKIN
WARNA JERSEY

Bil Nama Pemain No. Jersey P S N


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

1. AM

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Bawah 12 Tahun SK


Kopuron.

2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh Kelab Bola Sepak SK Kopuron bersama Unit Kokurikulum
SK Kopuron.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar lelaki SK Kopuron berumur 12 tahun ke
bawah
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (13) orang pemain. Pendaftaran
hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.
3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 21 Ogos 2020
kepada Pengerusi Program

3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 24 Ogos 2021 di Dewan sekolah
4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang SK KOPURON


4.2 Perlawanan akan bermula pada 28 Ogos 2021 selama 1 Hari.
Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum
perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana
pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa
sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN

1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan 11 sebelah.


2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 4 kumpulan. Kedudukan pasukan
dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.
3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga.
4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih
dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden
Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh
masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang
menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan
permainan akan ditamatkan serta merta.
6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0)
mata jika kalah.
7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama,
kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke
perlawanan akhir:
7.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang banyak.
7.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak
7.3 Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan
diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan
diumumkan sebagai pemenang. Dan,
8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi
menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN.

Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap
perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola
tidak di dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan
lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-
7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana
perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan
sepatutnya dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam
sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai
tujuh (7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka
pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan
kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan
jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma kepada
pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut secara
automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan
sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1)
perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu
(1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain
tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam
suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan
seterusnya untuk pertandingan ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna
yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2)
pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan
yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai
dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak
diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini
dijalankan.
8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan
dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan,
pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada
jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan
pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

9. PENGADILAN

Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan
Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 21 Ogos 2021

Tarikh pengundian akan diadakan pada 24 Ogos 2021 di Dewan sekolah


LAMPIRAN C

SK KOPURON
PETI SURAT 08
89320, TELUPID
SABAH.

............................................................
SK Kopuron Ruj Kami :
89320 Telupid Tarikh :
SABAH.

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA SEPAK 11


SEBELAH SK KOPURON 2020
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:
Tarikh : 10 Ogos 2021.
Masa : 2.30 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Kopuron.
Pengerusi : Pengetua SK Kopuron
3. Agenda Mesyuarat:

3.1 Ucapan Pengerusi.


3.2 Ucapan Pengerusi Teknik Pengerusi Program
3.3 Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.
3.4 Maklumat Pertandingan
3.5 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.
3.6 Kewangan.
3.7 Hal-hal lain.

4. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.......................................................

Anda mungkin juga menyukai