Anda di halaman 1dari 3

MODUL PDPR SAINS TAHUN 1

SASARAN:MURID TAHUN 1
TEMPOH : 1 MINGGU
JUMLAH MURID: 14 Orang

STANDARD KANDUNGAN : 8.1 Keupayaan bahan menyerap air


STANDARD PEMBELAJARAN :
8.1.4 Menyatakan kepentingan objek yang boleh menyerap air dan tidak boleh menyerap
air dalam kehidupan.
OBJEKTIF
MURID DAPAT :
 Menyenaraikan kepentingan kebolehan bahan yang boleh menyerap air dan tidak
menyerap air dalam kehidupan.
 Menaakul kepentingan bahan yang tidak menyerap air dalam kehidupan.

Aktiviti:
1. Jika air tumpah ke atas lantai apakah bahan yang akan kamu gunakan untuk mengelap?
2. Sediakan beg plastik, kertas buku latihan terpakai, cebisan kain atau tuala, span pencuci
pinggan.
3. Tuangkan sedikit air ke dalam besen. Cuba kamu lap air di dalam besen itu dengan
menggunakan beg plastik, kertas buku latihan terpakai, cebisan kain atau tuala, span pencuci
pinggan.
4. Objek yang mana paling cepat untuk mengeringkan air tersebut?

Penerangan:
1. Kita telah belajar ada objek yang menyerap air dan ada objek yang tidak menyerap air(kalis
air).
2. Bahan yang menyerap air dan bahan yang kalis air penting dalam kehidupan kita.
A)Bahan menyerap air:
• Kain: Baju, sapu tangan, mop, tuala
• Kapas: Lampin baju, kain pembalut luka
• Kayu: Tisu tandas, tisu muka, kertas
• Span: Span pencuci, tapak semaian
• Bulu haiwan: Berus cat, berus lukisan
B)Bahan kalis air:
• Plastik: Payung, beg plastik, baju hujan, khemah
• Getah: Tayar, but, sarung tangan, bola
• Logam: Peralatan dapur, gunting, tin, kenderaan
3. Baju sesuai dibuat dengan menggunakan kain kerana ia selesa sebab ia menyerap peluh.
4. Span pula sesuai sesuai untuk mencuci pinggan kerana ia menyerap banyak air sabun
untuk mencuci kekotoran.
5. Bulu haiwan pula sesuai dijadikan berus kerana ia lembut dan halus serta menyerap banyak
cecair berwarna.
6. Plastik sesuai dijadikan baju hujan kerana ia kalis air. Ia juga sesuai dijadikan cawan untuk
kita mengisi air.
7. Getah sesuai dijadikan sarung tangan kerana ia lembut dan kalis air.
8. Logam sesuai dijadikan peralatan dapur untuk memasak kerana ia kalis air dan tahan
panas.
Latihan :

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul


Tulis huruf yang mewakili kepentingan objek menyerap air dan objek tidak menyerap air

M
m

Anda mungkin juga menyukai