100 Hadis Pengubatan Nabi Thibbun Nabawi
100 Hadis Pengubatan Nabi Thibbun Nabawi
100 HADIS
PENGUBATAN NABI
()الطب النبوي
(Dari Soheh Imam al-Bukhari)
Terjemahan dan ulasan;
USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL
1
100 HADIS PENGUBATAN NABI
KANDUNGAN BUKU
MAKANAN ......................................................................................................
Adab makan ......................................................................................................................
Kadar makan orang beriman ..............................................................................................
Makan secara berjamaah ..................................................................................................
Cara duduk Nabi ketika makan ..........................................................................................
Jangan makan atau minum dengan gopoh-gapah...............................................................
Jangan bernafas dalam bekas minuman .............................................................................
Menghabisi makanan termasuk yang dijari ........................................................................
Makan beraneka jenis makanan ........................................................................................
Berdoa selepas makan .......................................................................................................
PENGUBATAN .................................................................................................
Setiap penyakit ada ubatnya .............................................................................................
Adakah harus orang lelaki mengubati wanita dan sebaliknya? ...........................................
Tiga penyembuh (madu, bekam dan kayy) .........................................................................
Madu ................................................................................................................................
Mengubati sakit perut dengan madu .................................................................................
Pengubatan dengan al-Kayy ..............................................................................................
Hijamah (Bekam) ...............................................................................................................
Upah bekam ......................................................................................................................
Berbekam di kepala ...........................................................................................................
2
100 HADIS PENGUBATAN NABI
RUJUKAN ..........................................................................................................................
3
100 HADIS PENGUBATAN NABI
TAQDIM
Dengan nama Allah, Tuhan maha pemurah lagi maha pengasih. Segala pujian kita hanya
untukNya. Selawat dan salam kita pohonkan untuk junjungan besar Nabi Muhammad,
ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda. Amma ba‟du;
Terjemahan hadis-hadis ini mula saya lakukan ketika mengerjakan umrah pada bulan
Mac 2010. Di samping memimpin jamaah umrah HPA, saya memanfaatkan ruang waktu
yang ada untuk mengkaji hadis-hadis pengubatan dalam Soheh al-Bukhari dan
melakukan terjemahan.1 Sepanjang dua minggu tempoh umrah saya sempat menyiapkan
sebahagian terjemahan yang kemudiannya saya sambung apabila pulang ke Malaysia.
Semasa tawaf Wida‟, apabila mendapat kesempatan berdoa di Hijir Ismail (di bawah
Multazam) saya memohon dari Allah agar Dia mengurniakan seorang guru yang dapat
mengajar saya serta kawan-kawan di MANHAL Soheh Imam al-Bukhari dan
mengurniakan sanadnya yang sampai kepada penulisnya (Imam Muhammad bin Ismail
al-Bukhari –rahmatullah „alaihi-) dan seterusnya kepada Rasulullah –sallallahu „alaihi
wasallam-. Alhamdulillah, doa saya ini diperkenankan Allah. Dengan persetujuan Tn Hj
Ismail –semoga Allah mengurniakan pahala berpanjangan untuk beliau- pihak MANHAL
telah menjemput seorang ulamak dari Yaman –Khadim al-Hadith wa al-Isnad- Syeikh
Muhammad bin Abduh bin Sulaiman al-Ahdal ke Malaysia dan memimpin daurah
pengajian Soheh al-Bukhari selama dua bulan di MANHAL Sungai Petani. Dengan
murah hati Syeikh, semua anak-anak muridnya yang mulazamah telah dianugerahkan
sanad -qiraah dan sima‟- bagi kitab Soheh al-Bukhari dan ijazah „ammah bagi kitab-kitab
hadis yang lain.
Hasrat saya tidaklah berhenti setakat hadis-hadis yang termuat dalam buku ini. Jika
diizinkan Allah saya bercita-cita untuk menterjemahkan keseluruhan hadis dalam Soheh
al-Bukhari dari tajuk pertama (Wahyu) hinggalah tajuk terakhir (Tauhid) walaupun saya
menyedari kesukarannya dan mungkin memakan masa yang amat panjang. Setelah al-
1
Terjemahan adalah dirujuk kepada cetakan al-Matba’ah al-Kubra al-Amiriyah, Bulaq, Mesir (tahun 1311H), yang
dikenali juga dengan cetakan al-Sultaniyah kerana dicetak atas arahan Sultan Abdul Hamid (Sultan terakhir dari
Khilafah Usmaniyah). Ia telah disemak oleh 16 ulamak al-Azhar dengan diketuai oleh Syeikhul-Azhar ketika itu iaitu
Syeikh Hasunah an-Nawawi. Cetakan ini menjadi sandaran bagi semua cetakan-cetakan selepasnya.
4
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Quran, tidak ada kitab yang paling soheh di atas muka dunia hari ini melainkan Soheh al-
Bukhari. Maka tidak ada khidmat ilmu yang terbaik –jika seseorang mampu
melakukannya- melebihi khidmatnya kepada al-Quran dan kitab Soheh al-Bukhari.
5
100 HADIS PENGUBATAN NABI
6
100 HADIS PENGUBATAN NABI
17. Al-„Allamah al-Hafidz Abu ar-Rabi‟ Sulaiman bin Ibrahim bin bin Umar bin „Ali
al-„Alawi –rahimahullah- (meninggal 825H), dari;
18. Al-„Allamah al-Hafidz Burhanuddin Ibrahim bin „Umar bin „Ali al-„Alawi –
rahimahullah- (meninggal 752H), dari;
19. Al-„Allamah al-Hafidz Abul-„Abbas Ahmad bin Abil-Khair bin Mansur as-
Syamakhi as-Sa‟di az-Zubaidi –rahimahullah- (meninggal 729H), dari;
20. Al-„Allamah al-Hafidz Abul-Khair bin Mansur as-Syamakhi as-Sa‟di az-Zubaidi –
rahimahullah- (meninggal 680H), dari;
21. Al-„Allamah al-Imam Abu Bakr bin Ahmad bin Muhammad as-Syarahi az-
Zubaidi (meninggal 642H), dan Al-„Allamah al-Hafidz Jamaluddin Abi „Abdillah
Muhammad bin Ismail bin „Ali al-Khadhrami ad-Dhahwi (meninggal 651H) –
rahimahumullah-, dari;
22. Al-„Allamah al-Hafidz al-Imam Taqiyyuddin Abu „Abdillah Muhammad bin
Ismail bin „Ali bin Abi as-Shaif al-Yamani al-Makki (meninggal 609H), dan al-
„Allamah al-Hafidz Zi al-Nun Yunus bin Yahya bin Abi al-Barakat al-Hasyimi al-
Qassar (meninggal 608H) –rahimahumullah-, dari;
23. Al-„Allamah Abul-Hasan „Ali bin Humaid bin „Ammar al-Atrabulsi al-Makki al-
Ansari (meninggal 576H) –rahimahullah-, dari;
24. Al-„Allamah Abu Maktum „Isa bin Abi Zar „Abd bin Ahmad bin Muhammad al-
Harawi –rahimahullah- (meninggal 497H), dari;
25. Al-„Allamah al-Hafidz Abu Zar al-Harawi al-Maliki –rahimahullah- (meninggal
434H), dari:
26. Abu Muhammad „Abdullah bin Ahmad bin Hamawaih as-Sarakhsi (meninggal
381H), dan al-Allamah Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Al-Mustamli (meninggal
376H), dan al-„Allamah Abu al-Haitsam Muhammad bin Makki bin Zurra‟ al-
Kusymihani (meninggal 389H) –rahimahumullah-, dari;
27. Al-„Allamah al-Hafidz Abu „Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Matar al-Firabri
(meninggal 320H) –rahimahullah-, dari:
28. Al-Imam al-Hafidz Amir al-Mukminin fil-Hadith Abu „Abdillah Muhammad bin
Ismail al-Bukhari (meninggal 252H) –rahimahullah-. Beliau menyebutkan di awal
Sohehnya;
7
100 HADIS PENGUBATAN NABI
(Bab) Bagaimana permulaan wahyu kepada Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- dan
firman Allah –jalla zikruhu- (bermaksud); “Sesungguhnya Kami telah wahyukan kepada
engkau (Muhammad) sebagaimana yang kami telah wahyukan kepada Nuh dan Nabi-
Nabi selepasnya” (an-Nisa‟; 163).
Al-Humaidi (Abdullah bin az-Zubair) –rahimahullah- telah memberitahu kami dengan
berkata; Sufian –rahimahullah- telah memberitahu kami dengan berkata; Yahya bin Said
–rahimahullah- memberitahu kami dengan berkata; Muhammad bin Ibrahim at-Taimi –
rahimahullah- memberitahu kami dengan berkata; Aku telah mendengar „Alqamah bin
Waqqas al-Laithi –rahimahullah- berkata; Aku telah mendengar Umar bin al-Khattab –
radhiyallahu „anhu- ketika di atas mimbar telah berkata; Aku telah mendengar Rasulullah
–sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Sesungguhnya segala amalan dengan niat-
niatnya, sesungguhnya untuk setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang
hijrahnya untuk tujuan dunia yang ingin dicapainya atau kerana wanita yang ingin
dikahwininya, maka hijrahnya adalah mengikut tujuan hijrahnya”. (Hadis pertama dalam
Soheh Imam al-Bukhari).
*******
8
100 HADIS PENGUBATAN NABI
9
100 HADIS PENGUBATAN NABI
MAKANAN
Adab makan
HADIS 1
Dari Wahab bin Kaisan menceritakan bahawa dia mendengar Umar bin Abi Salamah -
yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- telah menceritakan; “Aku
adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah –sallallahu „alaihi
wasallam-. (Suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan itu tanganku
bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan). Lalu beliau berkata kepadaku;
“Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan
tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu”. Sejak selepas itu,
berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At‟imah)
Ulasan;
1. Di dalam hadis di atas, Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- menyebutkan tiga adab
ketika makan;
a) Memulakan dengan Basmalah
b) Makan dengan tangan kanan
c) Mula menjamah makanan yang paling hampir
10
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 2
Dari Nafi –rahimahullah- menceritakan; Ibnu „Umar –radhiyallahu „anhu- tidak makan
melainkan setelah dibawa seorang miskin untuk makan bersamanya. Akupun menjemput
seorang lelaki untuk makan bersamanya, lalu lelaki itu makan dengan banyak. Maka Ibnu
„Umar berkata kepadaku; “Wahai Nafi‟, lain kali jangan kamu jemput lelaki ini untuk
makan bersamaku kerana aku telah mendengar Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-
bersabda; “Orang mukmin makan dalam satu perut, sedang orang kafir makan dalam
tujuh perut”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At‟imah)
HADIS 3
Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Terdapat seorang lelaki yang
biasa makan dengan banyaknya, kemudian ia masuk Islam. Sejak itu ia makan dengan
sedikit sahaja. Diceritakan perkara itu kepada Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-, lalu
baginda bersabda; “Sesungguhnya orang mukmin makan dalam satu perut, sedang orang
kafir makan dalam tujuh perut”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At‟imah)
11
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda; “Tidak ada kantung yang dipenuhi oleh
anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seorang anak Adam itu makan
dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak
dapat dielak, maka jadikan 1/3 dari kantung perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman
dan 1/3 lagi untuk pernafasan”. (Riwayat Imam an-Nasai, Ibnu Majah dan at-At-Tirmizi
dari al-Miqdam bin Ma‟diyakrib –radhiyallahu „anhu-)
HADIS 4
Ulasan;
12
100 HADIS PENGUBATAN NABI
“Makanan yang paling disukai Allah ialah yang banyak tangan (yakni dimakan beramai-
ramai)”. (Riwayat Imam Abu Ya‟la, Ibnu Hibban, dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.. Menurut
Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Menurut al-Hafidz al-Iraqi, sanadnya hasan).
2. Beramal denga hadis ini, Ibnu „Umar –radhiyallahu „anhu- (seorang sahabat Nabi yang
terkenal) tidak makan melainkan setelah dibawa seorang miskin untuk makan
bersamanya sebagaimana diceritakan oleh hadis nombor 2 tadi.
3. Berkata Imam Ahmad; “Jika terhimpun pada suatu makanan itu empat perkara, maka
sempurnalah makanan itu;
a) Disebut nama Allah pada awalnya (yakni ketika mula memakannya)
b) Disebut “Alhamdulillah” di akhirnya (yakni selepas menikmatinya).
c) Dinikmati oleh banyak tangan (yakni dinikmati secara berjamaah)
d) Dari sumber yang halal”.
(Zadul-Maad, jil. 4, hlm. 232).
HADIS 5
Dari Abu Juhaifah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku berada di sisi Nabi –
sallallahu‟alaihi wasallam-, lalu baginda berkata kepada seorang lelaki lain di sisinya;
“Sesungguhnya aku tidak makan sambil bersila (atau berbaring)”. (Soheh al-Bukhari,
kitab al-At‟imah).
Ulasan;
1. Para ulamak berbeza pandangan tentang maksud duduk ittika‟ yang disebut dalam
hadis di atas;
a) Satu pandangan; ia adalah duduk dengan menetap di atas lapik duduk dengan apa cara
duduk sekalipun.
b) Satu pandangan; ia adalah duduk dengan condong/senget di atas salah satu rusuk
(kanan atau kiri).
c) Satu pandangan; duduk dengan bersandar di atas tangan kiri
Berkata Imam al-Khattabi –rahimahullah-; “Orang ramai mengira ittika‟ ialah makan
dengan berbaring di atas salah satu rusuk. Sebenarnya bukan itu maksudnya, akan tetapi
maksud sebenarnya ialah seorang duduk dengan menetap di atas lapik duduk di
13
100 HADIS PENGUBATAN NABI
bawahnya. Jadi maksud hadis ialah; “Ketika makan, aku tidak duduk dengan menetap di
atas lapik duduk sebagaimana duduknya yang ingin makan dengan banyak, sedang aku
tidak makan melainkan sekadar yang mencukupi untuk bekalan hidup, kerana itu aku
duduk sebagaimana orang yang bersiap sedia (untuk bangun bila-bila masa-pent.)”
(Fathul-Bari).
Imam Ibnu Jauzi telah membuat kepastian bahawa duduk ittika‟ ialah duduk dengan
condong di atas salah satu rusuk. Ia tidak menghiraukan kritikan Imam al-Khattabi di
atas. Menurut Imam Ibnu al-Athir; para ulamak yang mentafsirkan duduk ittika‟ dengan
duduk mengiring di atas salah satu rusuk mereka memberi tafsiran mengikut pandangan
ahli pengubatan iaitu duduk sebegitu menyulitkan turunnya makanan melalui saluran
makanan (ke perut) dan berkemungkinan akan mendatangkan penyakit (an-Nihayah).
HADIS 6
Ulasan;
1. Maksud hadis di atas ialah; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- tidak minum sepuasnya
dengan sekali tegukan, akan tetapi beliau minum dengan tiga kali tegukan yang diselangi
dengan bernafas di antaranya. Bernafas di sini ialah bernafas diluar gelas kerana terdapat
larangan dari bernafas di dalam gelas. Mengikut lafaz hadis dalam Soheh Muslim, Nabi –
sallallahu „alaihi wasallam- menambah;
14
100 HADIS PENGUBATAN NABI
“Minum sebegitu adalah lebih cepat menghilangkan dahaga, lebih menyihatkan dan lebih
menepati perut” (Soheh Muslim, kitab al-Asyribah, Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam
an-Nawawi –rahimahullah-).
2. Imam at-Thabrani –rahimahullah- meriwayatkan dengan sanad yang hasan dari Abu
Hurairah –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; “Rasulullah –sallallahu „alaihi
wasallam- minum dengan tiga nafas. Semasa mendekatkan bekas minuman ke mulutnya,
ia menyebut nama Allah dan bila menjauhkannya, ia memuji Allah. Beliau melakukan
sedemikian sebanyak tiga kali”. (Lihat hadis ini dalam; Fathul-Bari, kitab as-Asyribah,
bab as-Syurbu bi Nafasaini au Tsalatsah).
3. Ada riwayat lain dari Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- menyebutkan; “Apabila
kamu minum air, minumlah dengan lembut dan perlahan-lahan dan janganlah
meneguknya secara kasar (secara sekaligus tanpa henti hingga kenyang) kerana ia boleh
mendatangkan sakit dada”. (Riwayat Imam ad-Dailami dari Saidina Ali –radhiyallahu
„anhu-).
HADIS 7
Dari Abu Qatadah –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu „alaihi
wasallam- bersabda; “Apabila seseorang dari kamu minum, janganlah ia bernafas dalam
bekas minumannya”. (Riwayat Bukhari, kitab al-Aysribah)
15
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Dalam hadis yang lain, Abu Said al-Khudri –radhiyallahu „anhu- menceritakan;
Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- melarang daripada minum dari bekas yang pecah
dan melarang bernafas di dalam bekas air”. (Riwayat Abu Daud)
2. Ketika hendak bernafas, hendaklah dijauhkan gelas dari mulut, kemudian baru
bernafas. Sabda Nabi; “Jauhkanlah gelas dari mulutmu, kemudian bernafaslah” (Riwayat
Imam Malik dalam al-Muwatta‟ dari Abu Sa‟id al-Khudri, bab “ انّشُشْةٙ)”ثبة انُفخ ف
HADIS 8
Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-
telah bersabda; “Apabila seseorang dari kamu telah selesai makan, jangan ia
menyapu/membersihkan tangannya hinggalah ia menjilatnya” (Soheh al-Bukhari, kitab
al-At‟imah).
Ulasan;
“…Kerana ia tidak tahu (dari makanan yang dimakannya itu) di mana ada barakahnya”
(Soheh Muslim, kitab al-Aysribah).
16
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 9
Dari „Abdullah bin Jaafar –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku telah melihat Nabi –
sallallahu „alaihi wasallam- makan buah kurma basah dengan timun. (Soheh al-Bukhari,
kitab al-At‟imah).
Ulasan;
1. Imam Bukhari –rahimahullah- meletakkan tajuk bagi hadis ini “Menghimpunkan dua
jenis makanan atau dua makanan pada sekali makan”. Menurut Imam an-Nawawi –
rahimahullah-; Dari hadis ini dapat diambil hukum bahawa harus memakan dua jenis
buah bersama-sama dan harus makan dua jenis makanan bersama-sama. Begitu juga,
hadis ini menjadi dalil harus mempelbagaikan makanan dan hukum ini tidak ada khilaf di
kalangan ulamak. (Fathul-Bari).
2. Berkata Imam al-Qurtubi –rahumahullah-; Di antara yang dapat disimpulkan dari hadis
ini ialah keharusan mengambil kira sifat-sifat makanan dan tabiatnya dan
menggunakannya mengikut cara yang sewajarnya berdasarkan prinsip at-thib
(pengubatan) kerana pada tamar basah terdapat sifat panas, sementara timun pula bersifat
sejuk, lalu apabila dimakan bersama-sama, akan stabil/seimbanglah keduanya. Ini adalah
prinsip yang besar dalam pencampuran ubat. Abu Nu‟aim –rahumahullah- dalam
kitabnya at-Thibb telah meletakkan tajuk bagi hadis di atas “Makanan-makanan yang
dimakan bersama tamar basah untuk menghilangkan mudaratnya”. (Fathul-Bari).
HADIS 10
17
100 HADIS PENGUBATAN NABI
barakah padanya, yang tidak mencukupi (rezki kita tanpa kurniaan dariNya), yang tidak
dapat dipisahkan (dari bergantung rezki kepadaNya) dan tidak terlepas dari mengharap
kepadaNya, wahai Tuhan kami”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-At‟imah).
Ulasan;
1. Selain doa di atas, kita juga boleh membaca doa-doa lain yang maksur dari Nabi,
antaranya yang biasa kita baca;
“Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami dari
kalangan kaum muslimin”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah –rahimahumullah- dari Abu Sa‟id
al-Khudri –radhiyallahu „anhu-).
18
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 11
Dari Abi Sa‟id al-Khudri dan dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhuma- menceritakan
bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Tidak ada yang menimpa seorang
muslim dari suatu kepayahan/kepenatan, kesakitan, kekecewaan, kesedihan, tindakan
yang menyakitkan dari orang lain dan kedukacitaan hatta duri yang menusuknya
melainkan Allah akan menghapuskan dengannya sebahagian dari dosa-dosanya”. (Soheh
al-Bukhari, kitab al-Mardha).
Ulasan;
1. Melihat kepada makna umum hadis, dosa-dosa yang akan terhapus dengan kerana
musibah yang menimpa itu adalah merangkumi semua jenis dosa. Namun jumhur ulamak
–rahimahumullah- berpandangan; yang akan terhapus hanyalah dosa-dosa kecil sahaja.
Adapun dosa-dosa besar, ia tidak akan terhapus melainkan dengan taubat nasuha.
(Tuhfah al-Ahwazi, kitab al-Janaiz, bab “طٚ حٕاة انًشٙ)”يب جبء ف.
2. Tidak hanya dosa-dosa yang akan terhapus, malah darjat dan kebajikan juga akan
diangkat dan ditambah oleh Allah sebagaimana sabda Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-
dalam hadis yang lain;
19
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 12
Dari Ka‟ab –radhiyallahu „anhu- menceritakan bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-
bersabda; “Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti batang pohon yang baru
tumbuh (yang masih liut-pent.). Apabila ia ditiup angin kencang, sekali ia condong dan
sekali ia kembali tegak. Adapun orang munafik, ia umpama ia seperti batang pokok arzah
yang awalnya tetap tegak apabila dipukul angin kencang, namun akhirnya tercabut
sekaligus”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
HADIS 13
Ulasan;
1. Maksud perumpamaan dalam hadis di atas ialah; orang beriman kehidupannya berlegar
antara suka dan duka, kesenangan dan ujian, sihat dan sakit di mana ia meyakini
semuanya adalah dari takdir Allah dan ia hadapinya dengan syukur dan sabar dan tidak
pernah putus asa, ibarat pokok yang batangnya liut bila dipukul ribut ia melentur
mengikut arah angin, namun tidak patah sama sekali. Bila angin reda, ia kembali tegak
20
100 HADIS PENGUBATAN NABI
lurus. Berbeza dengan orang kafir di mana hidupnya penuh dengan kesenangan dan
jarang ia diuji oleh Allah hinggalah bila sekali diuji terus ia tersungkur. Semasa hayatnya
dia tidak pernah susah kerana kesusahan untuknya dihimpun oleh Allah bagi ia rasai
sekaligus ketika hendak mati. (Rujuk; Syarah al-Karmani).
HADIS 14
Ulasan;
1. Menurut Abu „Ubaid al-Harawi –rahimahullah-; Maksud hadis di atas ialah; Allah
akan ujinya dengan musibah-musibah untuk memberi pahala kepadanya. (Fathul-Bari)
Mengikut syarah Dr. Mustafa al-Bugha; Allah akan mengujinya dengan musibah-
musibah untuk menyucinya dari dosa-dosa ketika di dunia di mana ia akan bertemu Allah
di akhirat dalam keadaan bersih-suci. (Minhatul-Bari).
Kehilangan mata
HADIS 15
Dari Anas bin Malik –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku telah mendengar Nabi –
sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; Sesungguhnya Allah berfirman; “Bila Aku menguji
hambaKu dengan kehilangan dua anggota yang dikasihinya (iaitu dua matanya), lalu ia
bersabar, Aku akan gantikan untuknya bagi dua mata yang hilang itu dengan syurga”.
(Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
21
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Allah menyebutkan mata kerana dua mata adalah anggota yang paling dikasihi
manusia di mana dengan mata ia dapat melihat. Allah menguji hambaNya di dunia tidak
bermakna Ia membencinya, akan tetapi untuk membuang perkara yang dibenci darinya,
atau untuk penghapusan dosa atau untuk mengangkat darjatnya. Maka apabila hamba
menghadapinya dengan redha, maka tercapailah maksud Allah darinya. Jika tidak (yakni
jika ia tidak redha), ia akan menjadi sebagaimana yang disebut dalam hadis;
“Penyakit seorang mukmin Allah akan menjadikannya sebagai kaffarah untuknya dan
semoga ia menyedari kesilapannya dan mencari redha Allah. Adapun penyakit orang
jahat, ia seperti unta yang diikat tuannya kemudian ia melepaskannya di mana unta itu
tidak tahu kenapa ia diikat dan kenapa pula ia dilepaskan” (Riwayat Imam al-Bukhari –
rahimahullah- dalam al-Adab al-Mufrad dengan sanad yang mauquf kepada Salman –
radhiyallahu „anhu-, lihat; Fathul-Bari).
HADIS 16
Dari „Aisyah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku tidak pernah melihat orang yang
paling berat sakitnya dari Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam-. (Soheh Imam al-
Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
22
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 17
Dari Abdullah bin Mas‟ud –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku datang kepada Nabi
–sallallahu „alaihi wasallam- pada ketika ia sakit di mana ia telah ditimpa demam yang
kuat. Aku berkata; „Sesungguhnya kamu telah mengalami demam yang kuat‟. Aku
bertanya; „Adakah itu kerana kamu diberi dua ganjaran‟. Nabi menjawab; „Ya, tidak ada
seorang muslim yang ditimpa satu penyakit melainkan Allah akan menggugurkan darinya
dosa-dosanya sebagaimana gugurnya daun-daun pokok‟. (Soheh al-Bukhari, kitab al-
Mardha)
HADIS 18
Dari Abdullah bin Mas‟ud –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aka datang kepada Nabi –
sallallahu „alaihi wasallam- pada ketika ia demam. Aku berkata; „Ya Rasulullah, kamu
telah mengalami demam yang kuat‟. Nabi menjawab; „Ya, sesungguhnya aku ditimpa
demam sebagaimana yang menimpa dua lelaki di kalangan kamu‟. Aku bertanya;
„Adakah itu kerana kamu diberi dua ganjaran‟. Jawab Nabi; „Ya, itu kerana sebab
tersebut. Tidak ada seorang muslim yang ditimpa suatu kesakitan dari satu duri atau yang
lebih besar darinya melainkan Allah akan menggugurkan dengan kerananya dosa-
dosanya sebagaimana pokok menggugurkan daun-daunnya‟”. (Soheh al-Bukhari, kitab
al-Mardha)
23
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 19
Ulasan;
4. Menziarahi orang sakit; jika si sakit adalah muslim, menziarahinya adalah sunat
muakkad. Adapun orang bukan Islam, harus sahaja menziarahinya sekalipun ia dari ahli
keluarga atau jiran tetangga atau yang diharapkan keislamannya. (Faidhul-Qadier).
24
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 20
25
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 21
Jabir bin Abdullah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; “Aku telah ditimpa sakit. Lalu
Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- dan Abu Bakar –radhiyallahu „anhu- datang
menziarahiku dengan mereka berdua berjalan kaki. Mereka mendapati aku sedang
pengsan/koma. Lantas Nabi mengambil wudhuk, kemudian menyiram air bekas
wudhuknya ke atasku. Apabila aku tersedar, terlihatlah aku akan Nabi. Maka aku berkata;
“Ya Rasulullah, apa yang patut aku lakukan tentang hartaku? Bagaimana untuk aku
memutuskannya (sebelum kematianku)?” Baginda tidak memberi sebarang jawapan
kepadaku sehinggalah turunnya ayat perwarisan”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
1. Hadis ini menunjukkan bahawa kita masih dituntut menziarahi orang sakit sekalipun ia
tidak sedarkan diri dan tidak mengetahui kedatangan kita. Faedah menziarahi orang sakit
tidak terhenti pada ketika ia sedar kerana dengan ziarah itu dapat meredakan keresahan
ahli keluarganya, orang sakit dapat menumpang berkat doa orang yang datang
menziarahinya serta usapan tangan mereka dan hembusan dari mulut mereka ketika
mereka membaca doa atau zikir penyembuhan/perlindungan dan faedah-faedah lain lagi.
(Fathul-Bari)
26
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 22
)ٓى ٔلتئز (نسبٌ انعشةٌٛ ثبنًٕد صجبحبً نكَّٕ فٙ أَْهّ ٔانًٕدُ أَدَْٗ يٍ شِشان َعْهِّ أَ٘ يَأْتٙ كمُ ايشئٍ يُصَجَحٌ ف3
27
100 HADIS PENGUBATAN NABI
“Setiap orang berada di ambang maut di waktu pagi ( jika musuh menyerang
keluarganya ketika itu dan) ia berada bersama mereka,
Kematian lebih hampir dengannya dari tali pengikat sepatunya”.
Bilal pula apabila ia sembuh dari demamnya ia bersya‟ir;
Sesungguhnya jikalah aku tahu; adakah aku akan bermalam pada suatu malam
di lembah yang sekitarku ada izkhir4 dan jalil5,
Adakah aku akan melalui suatu hari kawasan air Mijannah6,
Adakah akan nampak padaku Syamah dan Tafil7.
„Aisyah berkata; Lalu aku datang bertemu Rasulullah dan aku memberitahunya. Lalu
baginda berdoa; “Ya Allah, jadikanlah kami kasih kepada Madinah sebagaimana kasih
kami kepada Mekah atau lebih lagi. Limpahilah kesihatan kepadanya, berkatilah untuk
kami cupaknya dan gantangnya. Pindahkanlah penyakit demamnya dan letakkanlah
penyakit itu di Juhfah8”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
1. Dalam riwayat yang lain, Saidatina „Aisyah –radhiyallahu „anha- menceritakan; “Kami
tiba di Madinah dan Madinah pada awalnya (yakni mula-mula ketibaan Nabi dan para
sahabat Muhajirin dari Mekah) adalah negeri wabak. Abu Bakar ditimpa sakit, begitu
juga dengan Bilal. Apabila Nabi melihat banyak sahabat-sahabatnya ditimpa sakit,
baginda pun berdoa sebagaimana doa di atas”.9
2. Hadis di atas juga menjadi dalil bahawa kita disyariatkan untuk berdoa memohon dari
Allah agar Ia menghilangkan penyakit dan wabak yang menimpa diri dan negeri atau
kawasan penempatan kita dan doa termasuk dalam ikhtiar yang diharuskan sebagaimana
berubat dengan cara lain. Malah berikhtiyar dengan doa ada faedah yang tidak ada pada
berubat dengan cara lain kerana pada doa terdapat ketundukan dan kerendahan diri
kepada Allah.10
28
100 HADIS PENGUBATAN NABI
4. Dari hadis ini dapat diambil hukum bahawa harus seorang wanita menziarahi lelaki
yang bukan mahramnya yang sedang sakit (di mana „Aisyah menziarahi Bilal) tetapi
menurut ulamak dengan syarat berikut;
a) Ia menutup auratnya
b) Aman dari fitnah
(Fathul-Bari).12
Menziarahi kanak-kanak
HADIS 23
Dari Usamah bin Zaid –radhiyallahu „anhuma- menceritakan; seorang anak perempuan
Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- telah menghantar seorang utusan kepada baginda.
Pada ketika itu Usamah bersama Nabi dan turut disertai Sa‟ad dan Ubayy –radhiyallahu
„anhuma-. Utusan itu menyampaikan bahawa cucu perempuan Nabi sedang nazak dan
anak perempuan baginda meminta agar baginda datang. Nabi mengutuskan salamnya
kepada anak perempuannya dengan berpesan; “Sesungguhnya milik Allah apa yang Ia
ambil dan apa yang Ia berikan. Setiap sesuatu di sisiNya telah tertentu ajalnya, maka
hendaklah kamu mengharap pahala Allah dan bersabar”. Namun anak perempuannya
mengutuskan semula utusan tadi meminta agar Nabi hadir dalam apa keadaan sekalipun.
Maka Nabi pun bangun dan kami juga turut bangun (menuju ke rumah anak perempuan
12
Fathul-Bari, Kitab at-Mardha, bab ‘Iyadati an-Nisa’ Li ar-Rijal.
29
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Nabi). (Sampai di rumah anak perempuannya itu) anak kecil (cucu baginda tadi)
diletakkan di atas ribaan baginda. Tersekat-sekat nafasnya, menyebabkan dua mata Nabi
mengalirkan air mata. Lalu Sa‟ad berkata kepada Nabi; “Tangisan apa ini wahai Rasul
Allah?”. Baginda menjawab; “Inilah perasaan kasih yang dicampakkan Allah ke dalam
hati-hati sesiapa yang ia kehendaki dari hamba-hambaNya. Allah tidak mengasihi dari
hamba-hambaNya melaikan orang-orang yang pengasih”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-
Mardha)
Ulasan ini;
1. Hadis ini menunjukkan bahawa kita disunatkan menziarahi anak kecil (yang sakit atau
hampir kematian) untuk menghubungkan silaturahim dengan ibu-bapanya, untuk
memberi mau‟izah (pesanan) kepada mereka serta menyabarkan mereka agar tabah
menghadapi dugaan yang menimpa mereka (al-Karmani).
2. Hadis di atas juga menunjukkan bahawa sekadar tangisan yang biasa tidaklah
menunjukkan bahawa seseorang itu tidak sabar dan tidak redha menerima dugaan Allah,
sebaliknya tangisan itu adalah dari perasaan kasih yang dicampakkan Allah ke dalam hati
hamba-hambaNya yang terpilih. (al-Karmani).
HADIS 24
Dari Ikrimah –rahimahullah- yang menceritakan dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu-
yang menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- menziarahi seorang Arab
pedalaman. Adalah Nabi apabila sahaja menziarahi orang sakit, baginda akan berkata
kepadanya; “Tidak mengapa, akan bersih dengan izin Allah”. Namun Arab pedalaman itu
menjawab kepada Nabi; “Engkau berkata “akan bersih”. Tidak, sebenarnya penyakit aku
ini tidak lain adalah demam yang kepanasannya bila menimpa seorang tua ia akan
30
100 HADIS PENGUBATAN NABI
mengundangnya ke kubur“. Maka Nabi pun membalas; “Yalah kalau begitu”. (Soheh al-
Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
HADIS 25
Dari Anas –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Terdapat seorang budak milik
seorang Yahudi yang selalu berkhidmat kepada Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-. Ia
ditimpa sakit, lalu Nabi menziarahinya. Nabi berkata kepadanya; “Peluklah Islam”. Ia
pun memeluk Islam”. Sa‟id bin al-Musayyab –rahimahullah- menceritakan dari bapanya;
Tatkala Abu Talib berada di ambang kematian, Nabi datang menziarahinya. (Soheh al-
Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
1. Dari hadis ini dapat kita ambil hukum bahawa diharuskan kita menziarahi orang kafir
yang sakit. Menurut Ibnu Battal –rahimahullah-; “Disyariatkan menziarahi orang kafir
31
100 HADIS PENGUBATAN NABI
jika dapat diharapkan bahawa ia akan menyahut jika diajak untuk masuk Islam. Jika tidak
dapat diharapkan, tidaklah disyariatkan menziarahinya”. Namun Imam Ibnu Hajar
mengomentar; “Apa yang jelas ialah perkara itu berbeza mengikut perbezaan
tujuan/matlamat. Adakalanya menziarahinya terdapat maslahah yang lain (dari
mengharapkan keislamannya)” (Fathul-Bari).
HADIS 26
Dari „Aisyah –radhiyallahu anha- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- ketika
sakit, datang orang ramai menziarahinya. Lalu baginda mengerjakan solat bersama
mereka sambil baginda duduk sedang mereka semua berdiri. Maka Nabi menunjukkan
isyarat kepada mereka agar mereka turut duduk. Apabila baginda selesai solat baginda
berkata; “Sesungguhnya dilantik imam untuk diikuti. Maka apabila ia rukuk, hendaklah
kamu turut rukuk. Apabila ia bangun dari rukuk, hendaklah kamu turut bangun. Apabila
ia solat sambil duduk, hendaklah kamu turut duduk”. Abu „Abdillah (yakni Imam al-
Bukhari) –rahimahullah- berkata; al-Humaidi –rahimahullah- menjelaskan; Hadis ini
telah dimansuhkan kerana Nabi pada solatnya yang terakhir beliau solat sambil duduk
sedang orang ramai di belakangnya solat sambil berdiri. (Soheh al-Bukhari, kitab al-
Mardha)
Ulasan;
1. Sakit Nabi di atas bukanlah sakitnya ketika hampir wafatnya, akan tetapi sakit baginda
kerana terjatuh dari kuda. Terdapat hadis dalam Soheh al-Bukhari juga dari Anas yang
menceritakan; “Rasulullah telah terjatuh dari kudanya hingga luka rusuk kanannya. Kami
datang menziarahinya. Apabila masuk waktu solat, kami mengerjakan solat bersama
32
100 HADIS PENGUBATAN NABI
baginda di mana baginda solat sambil duduk dengan diikuti oleh kami yang turut duduk”.
(Fathul-Bari).
HADIS 27
Dari „Aisyah binti Sa‟ad –rahimahallah- yang menceritakan bahawa bapanya (Sa‟ad) –
radhiyallahu „anhu- menceritakan; “Aku telah ditimpa sakit yang amat sangat di Mekah.
Lalu aku diziarahi oleh Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-. Aku pun berkata kepada
baginda; “Wahai Nabi Allah, aku telah meninggalkan harta, namun aku tidak
meninggalkan anak melainkan seorang anak perempuan sahaja. Bolehkah jika aku
hendak mewasiatkan hartaku 2/3 dan aku hanya meninggalkan 1/3 sahaja (untuk anak
perempuanku)?”. Jawab Nabi; “Tidak boleh”. Aku berkata semula; “Kalau begitu aku
wasiatkan ½ dan aku tinggalkan untuknya ½ lagi?”. Jawab Nabi; “Tidak boleh”. Aku
berkata semula; “Kalau begitu aku wasiatkan 1/3 dan aku tinggalkan untuknya 2/3”.
Jawab Nabi; “1/3 boleh dan itupun sudah banyak”. Kemudian baginda meletakkan
tangannya di atas dahiku, seterusnya mengusap dengan tangannya itu mukaku serta
perutku. Kemudian baginda berkata; “Ya Allah, sembuhkanlah Sa‟ad dan
sempurnakanlah hijrahnya”. Hingga saat ini aku masih dapat mengkhayalkan betapa aku
masih merasai dinginnya usapan tangan baginda hingga menusuk ke hatiku”. (Soheh al-
Bukhari, kitab al-Mardha)
13
Dalam riwayat lain ()جبهتي.
33
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Hadis di atas menunjukkan bahawa digalakkan kita meletakkan tangan kita ke atas
badan orang sakit yang diziarahi. Berkata Ibnu Battal –rahimahullah-; “Meletakkan
tangan ke atas badan orang sakit ada beberapa faedah iaitu; dapat menenangkannya, kita
dapat mengetahui sejauhmana keadaan sakitnya supaya kita dapat berdoa untuknya
dengan kesembuhan berdasarkan apa yang nampak kepada kita. Jika yang menziarahi itu
orang soleh, ia dapat meruqyah dengan tangannya dan mengusap tempat sakit dengan
cara yang memberi manfaat kepada si sakit”. Imam Ibnu Hajar –rahimahullah-
menambah; Jika yang datang menziarahi itu orang yang pakar dalam pengubatan, ia
dapat mengetahui penyakit yang dihadapi oleh si pesakit dan ia dapat menceritakan
kepadanya ubat atau rawatan yang bersesuaian bagi sakitnya. (Fathul-Bari).
HADIS 28
Dari Abdullah bin Mas‟ud –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku datang kepada Nabi
–sallallahu „alaihi wasallam- pada ketika ia demam yang bersangatan. Lalu aku
mengusap baginda dengan tanganku sambil aku berkata; „Ya Rasulullah, kamu telah
mengalami demam yang kuat‟. Nabi menjawab; „Ya, sesungguhnya aku ditimpa demam
sebagaimana yang menimpa dua lelaki di kalangan kamu‟. Aku bertanya; „Adakah itu
kerana kamu diberi dua ganjaran‟. Jawab Nabi; „Ya‟. Kemudian baginda berkata; “Tidak
ada seorang muslim yang ditimpa suatu kesakitan -penyakit atau lainnya- melainkan
Allah akan menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pokok menggugurkan daun-
daunnya‟”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
34
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
HADIS 29
Dari Ikrimah –rahimahullah- yang menceritakan dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu-
yang menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- menziarahi seorang Arab
pedalaman yang sakit. Adalah Nabi apabila sahaja menziarahi orang sakit, baginda akan
berkata kepadanya; “Tidak mengapa, akan bersih dengan izin Allah”. Namun Arab
pedalaman itu menjawab kepada Nabi; “Engkau berkata „akan bersih‟. Tidak, sebenarnya
penyakit aku ini tidak lain adalah demam yang kepanasannya bila menimpa seorang tua
yang lanjut umur, pasti akan mengundangnya ke kubur“. Maka Nabi pun membalas;
“Yalah kalau begitu”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
1. Berdasarkan hadis ini, orang yang menziarahi orang sakit hendaklah ia bercakap
kepada si pesakit dengan bahasa atau ucapan yang dapat meredakan kesakitannya,
memberi semangat/dorongan kepadanya dan mengingatkannya bahawa kesakitan yang
dialaminya akan menyucikannya dari dosa-dosa dan kesalahannya. (al-Karmani, Tuhfah
al-Ahwani (bab at-Tadawi Bi ar-Ramad)).
35
100 HADIS PENGUBATAN NABI
“Apabila kamu menziarahi orang sakit, berilah peransang kepadanya untuk terus hidup
(atau hilangkan kesedihannya kerana memikirkan tentang ajalnya). Ia (yakni ucapan
peransang kamu itu) tidaklah dapat menolak sesuatu (yang telah ditentukan Allah),
namun ia memberi kegembiraan kepada pesakit” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi
Sa‟id al-Khudri –radhiyallahu „anhu-).
Menurut ulamak; Maksud “memberi peransang kepadanya untuk terus hidup” ialah
dengan kamu mendoakan agar ia dipanjangkan umur dan disembuhkan dari sakitnya.
Begitu juga dengan kamu berkata kepadanya dengan ucapan seperti; “Tidak mengapa,
Allah akan menyucikanmu”, “Janganlah khuatir, Allah akan menyembuhkan penyakitmu
ini”, “Penyakitmu ini tidaklah berat sangat” atau ucapan lain yang sepertinya. Ucapan-
ucapan peransang seperti ini akan menjadikannya kembali bersemangat dan meringankan
kesakitannya. (Fathul-Bari, Tuhfah al-Ahwazi (bab at-Tadawi Bi ar-Ramad)).
3. Terdapat hadis dari Jabir bin Abdullah –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan
bahawa Nabi –sallallahu „alahi wasallam- bersabda;
“Apabila seseorang kamu menziarahi seorang yang sakit, hendaklah ia berjabat tangan
dengannya, meletakkan tangan ke atas dahinya, bertanyakan keadaannya, mendoakan
agar ia dipanjangkan umur dan meminta darinya agar mendoakan sekelian yang hadir
kerana doa orang sakit sama seperti doa para malaikat” (Riwayat Imam al-Baihaqi dalam
Syu‟abil-Iman).
Dari Maimun bin Mahran; dari Umar –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan;
Rasulullah telah bersabda kepadaku; “Apabila kamu menziarahi orang sakit, mintalah
agar ia mendoakan kamu kerana doanya seperti doa para malaikat” (Sunan Ibnu Majah
(bab Ma Ja-a Fi „Iadatil-Maridh. Menurut Imam Ibnu Hajar dalam az-Zawaid; isnad hadis
ini soheh di mana para perawinya adalah tsiqah, namun munqati‟ (terputus) kerana
Maimun tidak pernah berjumpa Saidina „Umar. Lihat; Hasyiyah as-Sanadi „Ala Ibni
Majah dan Fathul-Bari).
36
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 30
Ulasan;
1. Menurut Imam Ibnu Hajar –rahimahullah-; Perkataan yang diucapkan oleh „Aisyah
“Wa-raksaah” bermaksud kesakitan yang dirasai di kepala akibat sakit magrain yang
kuat. (Fathul-Bari) Berdalilkan hadis ini, para ulamak menegaskan; Menyebut kesakitan
dengan lidah tidaklah dikira sebagai mengeluh (syikawah). Berapa ramai orang yang
nampak senyap, namun hatinya mengeluh (yakni tidak redha dengan sakit yang
ditimpakan Allah) dan berapa ramai pula yang nampak mengeluh dengan lidahnya,
37
100 HADIS PENGUBATAN NABI
namun hatinya redha. Jadi, yang dikira ialah hati, bukan semata-mata ucapan lidah.
(Fathul-Bari dan al-Karmani).
HADIS 31
38
100 HADIS PENGUBATAN NABI
termasuk Umar bin al-Khattab –radhiyallahu „anhu-. Nabi berkata; “Marilah, aku ingin
menulis untuk kamu satu wasiat supaya kamu tidak akan sesat selepas kematianku”. Lalu
Umar berkata; “Nabi telah dibelenggu kesakitan, sedang pada kita telahpun ada al-Quran.
Cukuplah al-Quran itu untuk kita”. Maka berlaku bertikaian antara orang-orang yang
hadir di rumah Nabi itu. Sebahagian berkata; “Hampirilah kepada Nabi supaya ia
menulis untuk kamu satu pesanan yang kamu tidak akan sesat selepas kematiannya”.
Sebahagian lagi berkata sebagaimana yang dikata oleh Umar. Apabila mereka banyak
bercakap sia-sia dan bertikai di hadapan Nabi, baginda pun berkata; “Bangunlah kamu
sekelian”. Ubaidullah14 -rahimahullah- menceritakan; Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu-
berkata; “Satu musibah besar (atau satu kerugian besar) apabila Nabi terhalang dari
menulis untuk mereka wasiat tersebut disebabkan pertikaian dan cakap-cakap kosong
mereka”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
1. Dapat di ambil pengajaran dari hadis ini bahawa di antara adab yang perlu di jaga oleh
orang yang menziarahi pesakit ialah jangan duduk lama-lama di hadapan pesakit
sehingga merimaskannya dan jangan bercakap di hadapannya perkataan-perkataan atau
ucapan-ucapan yang menimbulkan tekanan kepadanya. (Fathul-Bari).
39
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 32
Dari Anas bin Malik –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi
wasallam- bersabda; Janganlah sesiapa dari kamu mengharapkan kematian kerana suatu
mudarat yang menimpa dirinya. Namun, jika ia tidak dapat mengelak dari
mengharapkannya, hendaklah ia berdoa; “Ya Allah, ya Tuhanku, hidupkanlah aku jika
kehidupan itu yang terbaik untukku dan matikanlah aku jika kematian itu yang terbaik
untukku”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
“Janganlah sesiapapun dari kamu mengharapkan kematian kerana suatu mudarat yang
menimpanya di dunia”, dimana huruf jarr (ٙ )فdalam hadis ini memberi makna sebab
(خٛ)سجج, yakni; “dengan sebab sesuatu dari urusan dunia”.
Malah sikap tersebut diambil oleh beberapa sahabat sendirinya. Antaranya Saidina Umar
–radhiyallahu „anhu- pernah mengadu kepada Allah di hujung umurnya;
“Ya Allah, umurku telah tua, kekuatanku telah lemah, rakyat jelataku telah tersebar luas,
maka ambillah aku kepadaMu dalam keadaan aku tidak menjadi orang yang mensia-
40
100 HADIS PENGUBATAN NABI
siakan mereka dan orang yang lalai (dari tanggungjawab terhadap mereka)”. (Riwayat
Imam Malik (dalam al-Muwatta‟) dan Abadur-Razzaq).
Diceritakan bahawa „Abas/„Abis al-Ghifari pernah berkata; “Wahai Taun, ambillah aku”.
Lalu Ulaim al-Kindi berkata kepadanya; “Kenapa kamu berkata begitu. Bukankah
Rasulullah telah bersabda; „Janganlah sesiapa dari kamu mengharapkan kematian‟”.
„Abas menjawab; “Aku juga mendengar Rasulllah bersabda;
Dalam hadis dari Mu‟az –radhiyallahu „anhu- yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan
ditashih oleh al-Hakim, Rasulullah berdoa selepas solatnya –antara yang baginda
sebutkan-;
“…Dan jika Engkau (Allah) ingin menimpakan fitnah ke atas suatu kaum, maka
matikanlah aku kepadaMu tanpa aku menjadi orang yang ditimpa fitnah”.
(*Rujukan bagi ulasan di atas; Fathul-Bari).
15
Maksudnya; banyaknya mereka di pintu-pintu istana pemerintah dan pemimpin. Dengan banyaknya mereka,
banyaklah berlaku kezaliman. (Faidhul-Qadier, hadis no. 3120).
16
Yakni berlaku rasuah dalam hukuman (Faidhul-Qadier, hadis no. 3120).
17
Yakni; pembunuh tidak dikenakan qisas (Faidhul-Qadier, hadis no. 3120).
18
Imam as-Suyuti mendhaifkan hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier (hadis no. 3120). Berkata Imam al-Haithami;
dalam sanad hadis terdapat seorang bernama Uthman bin Umair di mana ia adalah dhaif. (Lihat; Faidhul-Qadier,
hadis no. 3120).
41
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 33
HADIS 34
Dari „Ubbad menceritakan; Aku telah mendengar „Aisyah –radhiyallahu „anha- berkata;
Aku telah mendengar Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- berdoa ketika ia bersandar
kepadaku; “Ya Allah, kurniakanlah keampunan kepadaku, kasihanilah aku dan
pertemukanlah aku dengan temanku”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
1. Maksud “teman” dalam doa Nabi di atas ialah para malaikat. (al-Karmani)
42
100 HADIS PENGUBATAN NABI
dalam hadis sebelum ini adalah jika puncanya adalah kerana musibah atau kesakitan yang
menimpa diri. Adapun doa Nabi di atas bukan kerana sakit atau musibah, tetapi kerana
kerinduan untuk bertemu teman-teman yang tinggi iaitu Malaikat. Berkata Ibnu Battal;
Nabi mendoakan seperti di atas kerana baginda mengetahui bahawa ia akan mati pada
hari tersebut. Baginda telah melihat malaikat yang membawa berita gembira dari
Tuhannya dengan perasaan gembira yang sepenuhnya. Kerana itu, Nabi berkata kepada
anaknya Fatimah; “Tidak akan ada lagi kesusahan yang menimpa bapamu selepas hari
ini”. Jiwa Nabi ketika itu telah bersedia sepenuhnya untuk menempuh kehidupan yang
penuh kemuliaan dari Allah dan kebahagiaan yang abadi. Itu adalah lebih baik bagi Nabi
dari terus kekal di dunia ini. Kerana itulah Nabi menyuruh kita berdoa; “Ya Allah, ya
Tuhanku, hidupkanlah aku jika kehidupan itu yang terbaik untukku dan matikanlah aku
jika kematian itu yang terbaik untukku”. (al-Karmani).
HADIS 35
Ulasan;
1. Di dalam riwayat yang lain ada diceritakan bahawa baginda membaca doa tersebut
sambil beliau mengusapkan tangan kanannya ke atas badan pesakit. Akan disentuh dalam
bab di depan nanti.
memohon kesembuhan tidak akan memadamkan kaffarah dan pahala yang telah ia
perolehi). Seorang yang berdoa kepada Allah, ia akan mendapat dua kebaikan;
a) Sama ada akan terhasil apa yang ia minta,
b) Atau Allah akan menggantinya dengan diberi manfaat atau dijauhi kemudaratan.
Kedua-duanya itu adalah kurniaan Allah.
(Fathul-Bari, bab “ِطِٚ)”ثَبة دُعَبءِ انْعَبئِذِ نِهًَْش.
HADIS 36
Ulasan;
44
100 HADIS PENGUBATAN NABI
PENGUBATAN
HADIS 37
Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan dari Nabi –sallallahu „alaihi
wasallam- yang bersabda; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan ia menurunkan
untuknya ubat/penawar”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib).
Ulasan;
“Setiap penyakit mempunyai ubat. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya
akan sembuhlah penyakit dengan izin Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir –
radhiyallahu „anhu-)
Menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah –rahimahullah- dalam kitabnya Zadul Ma‟ad; “Sabda
Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- “Setiap penyakit itu ada ubatnya” merupakan suatu
daya penguat jiwa pesakit dan doktor dan merupakan galakan ke arah mencari ubat
tersebut dan membuat kajian untuk tujuan itu. Seseorang pesakit yang merasakan
penyakitnya mempunyai ubat akan makin bertambah pergantungan hatinya dengan roh
harapan, kehangatan perasaan putus asanya akan sejuk dan akan terbukalah pintu
pengharapan…”. (Zadul Ma‟ad, jil. 4, m/s 69).
Diceritakan pula dalam sebuah hadis yang lain; Beberapa orang dari pedalaman datang
menemui Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- dan bertanya kepada baginda; “Ya
Rasulullah! Bolehkah kami berubat?. Baginda menjawab;
“Ya. Wahai hamba Allah! Berubatlah. Kerana sesungguhnya Allah tidak menjadikan
suatu penyakit melainkan menjadikan untuknya penyembuhan atau ubat kecuali satu
penyakit sahaja (iaitulah penyakit tua)”. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dari Usamah
bin Syarik –radhiyallahu „anhu-)
45
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 38
Ulasan;
1. Para ulamak menegaskan; keharusan orang lelaki mengubati wanita atau sebaliknya
adalah terikat dengan ketika darurat sahaja dan hendaklah melakukan sekadar perlu
sahaja bagi yang melibatkan pandangan, sentuhan tangan dan sebagainya (yakni tidak
harus melihat dan menyentuh melainkan tempat yang perlu sahaja). (Fathul-Bari).
HADIS 39
Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhuma- bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wa sallam-
bersabda; “Penyembuh ada pada tiga;
1. Toresan bekam (untuk mengeluarkan darah)19
2. Minum madu
3. al-Kayy (tuaman dengan api)
Aku menegah umatku dari tuaman dengan api”.
(Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
19
Lihat; huraian dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 2670.
46
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Di dalam hadis di atas ada tiga jenis pengubatan yang disebut oleh Nabi –sallalahu
„alaihi wasallam-, iaitu;
a) Menggunakan madu
b) Hijamah (bekam)
c) al-Kayy; iaitu membakar dengan besi panas (al-Qamus al-Muhit).
Pengubatan dengan madu dan bekam adalah digalakkan oleh Nabi. Adapun pengubatan
dengan kaedah al-kayy adalah dilarang oleh Nabi dalam hadis di atas. Namun demikian,
terdapat beberapa hadis menceritakan Nabi pernah mengubati sahabatnya dengan al-
Kayy sebagaimana dapat kita lihat di depan nanti. Setelah meneliti semua hadis tentang
al-Kayy ini, para ulamak menyimpulkan; Pengubatan secara al-kayy tidaklah dilarang
secara sepenuhnya. Ia diharuskan pada ketika-ketika tertentu terutamanya pada ketika
tidak ada cara pengubatan yang lain yang dapat digunakan. (Fathul-Bari, kitab at-Thib,
bab “ حالثٙ ”انّشفبء فdan “...ٖٕ)”يٍ اكت.
HADIS 40
Dari „Ashim bin „Umar bin Qatadah –rahimahullah- menceritakan; Jabir bin „Abdullah –
radhiyallahu „anhu- telah menziarahi al-Muqanna‟, kemudian dia (Jabir) berkata; „Aku
tidak akan berganjak dari tempatku ini (yakni aku tidak akan keluar) selagi kamu tidak
berbekam kerana aku mendengar Rasulullah –sallallahu alaihi wasallam- bersabda;
„Sesungguhnya pada bekam itu terdapat penyembuhan‟. Dan aku juga mendengar
baginda bersabda; „Jika ada suatu dari ubat-ubat kamu yang baik, maka ia ada pada;
ٍ٘ ٔانتجشثخ (يُحخ انجبسًٛم انتخٛ ال عهٗ سج، (تٕافك انذاء) يتحمك يُٓب أَٓب تكٌٕ سججبً نزٔال انذاء.فخٛ (نزعخ) إصبثخ خف20
al-(ف يٍِْ حَشْق انَُبسِٛ انهَزْع َُْٕ انْخَف:٘ فتح انجبسٙ) (*فmuhaddith.com،ت انجغبٚ يصطفٗ د،٘ح انجخبسٛ خذيخ صحٙف
))Maktabah as-Syamilah
47
100 HADIS PENGUBATAN NABI
1. Toresan bekam
2. Minum madu
3. Tuaman ringan dengan api yang menepati penyakit.
Namun aku tidak menyukai untuk menuam dengan api”.
(Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib, bab ad-Dawa bi al-„Asali dan bab al-Hijamah min ad-
Da‟)
Ulasan;
Madu
HADIS 41
Ulasan;
1. Menurut ulamak; Maksud al-halwa‟ dalam hadis di atas ialah semua makanan yang
manis. Disebut pula selepasnya madu adalah bagi menunjukkan kelebihannya. Hadis ini
juga menunjukkan bahawa diharuskan kita menikmati makanan-makanan yang
sedap/lazat dari rezki yang dikurniakan Allah dan ia tidak menyalahi sikap zuhud dan
muraqabah. (Syarah Soheh Muslim, kitab at-Thalaq, bab Wujub al-Kaffarah…).
48
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 42
Dari Abi Said al-Khudri –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Seorang lelaki datang
bertemu Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- lalu berkata; „Saudaraku mengadu perutnya
cirit-birit‟. Nabi berkata; „Beri ia minum madu‟. Lelaki itupun memberi saudaranya
minum madu. Namun kemudiannya ia datang kali kedua (mengadu lagi kerana perut
saudaranya belum sembuh-pent.). Nabi berkata lagi; „Beri ia minum madu‟. Ia datang
lagi kali ketiga. Nabi tetap berkata; „Beri ia minum madu‟. Ia datang lagi dan berkata;
„Telah aku lakukan, namun walaupun telah banyak kali aku beri ia minum madu,
perutnya semakin cirit-birit‟. Nabi menjawab; „Allah adalah benar, namun perut
saudaramulah yang berdusta. Beri lagi ia minum madu‟. Ia pun memberinya lagi,
akhirnya sembuhlah saudaranya itu”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib, bab ad-Dawa bi
al-„Asali dan bab Dawa al-Mabtun)
Ulasan;
1. Istitlaq dalam hadis di atas bermaksud; penyakit cirit-birit yang berpunca dari masalah
penghadaman dan usus. (Minhatul-Bari)
2. Ucapan Nabi “Allah itu benar” adalah merujuk kepada firman Allah di dalam al-
Quran;
49
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa madu adalah penyembuh. Apabila madu
itu tidak berkesan, maka puncanya bukan pada madu, akan tetapi pada perut. Menurut
ulamak; Ucapan Nabi “…perut saudaramu yang berdusta..”, maksud dusta di sini ialah
berada dalam keadaan salah (yakni ada yang tidak kena). Dalam erti lain; perut berada
dalam keadaan tidak baik untuk menerima penyembuhan. Punca keadaan perut yang
tidak baik ini ialah banyaknya bahan-bahan yang rosak di dalamnya dan perlu
dikeluarkan barulah penyembuhan boleh berlaku. Kerana itulah Nabi menyuruh diulangi
meminum madu itu untuk mengosongkan perut dari bahan rosak tersebut. Dalam riwayat
yang lain diceritakan bahawa sebanyak tiga kali Nabi menyuruh lelaki tersebut memberi
madu kepada saudaranya. Pada kali yang ketiga barulah sembuh. (Fathul-Bari, Tuhfah al-
Ahwazi (Bab at-Tadawi bi al-„Asl)).
HADIS 43
Anas –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; “Abu Thalhah dan Anas bin an-Nadhar –
radhiyallahu „anhuma- telah melakukan al-kayy kepada dirinya dan Abu Thalhah sendiri
melakukannya dengan tangannya sendiri”. Anas berkata; “Aku telah diubati secara al-
kayy kerana penyakit zatil-janb dan pada ketika itu Rasulullah –sallallahu „alaihi
wasallam- masih hidup. Ia telah disaksikan oleh Abu Talhah, Anas bin an-Nadhar dan
Zaid bin Tsabit –radhiyallahu „anhum-. Yang melakukan al-Kayy kepadaku ialah Abu
Talhah sendiri”. (Riwayat Imam al-Bukhari, kitab at-Thib)
Ulasan;
50
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 44
Dari Qays bin Abi Hazim –rahimahullah- menceritakan; Kami masuk bertemu dengan
Khabbab –radhiyallahu „anhu- kerana menziarahinya yang sedang sakit. Ketika itu ia
telah dituam dengan tujuh tuaman di perutnya. Lalu ia berkata; “Sesungguhnya sahabat-
sahabat Nabi Muhammad –sallallahu „alaihi wasallam- yang mendahului kita, mereka
pergi (meninggal dunia) tanpa dunia mengurangkan sedikitpun (pahala/ganjaran mereka).
Adapun kita sekarang, kita telah memperolehi harta dunia yang kita tidak menemui
tempat untuk membelanjakan harta itu melainkan ke tanah (beliau maksudkan membina
bangunan). Kalaulah bukan kerana Nabi menegah kita dari mendoakan kematian, nescaya
aku akan mendoakannya”. Qays bercerita lagi; Kemudian kami datang lagi
menziarahinya pada kali yang lain dan ia sedang membina sebuah bangunan untuknya.
Lalu ia berkata; “Sesungguhnya seorang muslim akan diberi pahala dari apa yang ia
belanjakan melainkan belanjanya untuk membuat bangunan ini”. (Soheh al-Bukhari,
kitab al-Mardha)
Ulasan;
1. Khabbab yang dimaksudkan oleh hadis di atas ialah Khabbab bin al-Arat, seorang
sahabat dari golongan awal yang memeluk Islam (ٌٕ)انسبثم. (al-Karmani)
21
51
100 HADIS PENGUBATAN NABI
3. Dari hadis di atas dapat kita fahami bahawa bagi Khabbab; harta yang dibelanjakan
untuk membina bangunan milik sendiri tidak akan mendapat pahala. Namun menurut
Imam al-Karmani dan Ibnu Hajar –rahimahumallah-; Yang dimaksudkan ialah bangunan
yang melebihi dari keperluan iaitu untuk berseronok-seronok dengan dunia atau
bermewah-mewah. (al-Kawakib ad-Darari dan Fathul-Bari).
Hijamah (Bekam)
HADIS 45
Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi
wasallam- berbekam ketika beliau sedang berpuasa. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
HADIS 46
Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-
berbekam ketika sedang ihram. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
HADIS 47
Ulasan;
1. Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- berbekam dan
menggalakkan para sahabatnya untuk berbekam.
52
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Upah bekam
HADIS 48
Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-
telah berbekam dan memberikan kepada pembekam upahnya. (Soheh al-Bukhari, kitab
al-Ijarah)
HADIS 49
Dari Anas –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Ia ditanya berkenaan upah kepada
tukang bekam. Ia menjawab; Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- telah berbekam di
mana ia dibekam oleh Abi Thoybah. Baginda memberi upah kepadanya dengan dua
gantang makanan. Baginda bercakap dengan tuan Abu Thoyyibah supaya mereka
mengurangkan cukai ke atasnya. Baginda berkata; „Sesungguhnya cara pengubatan
terbaik yang kamu laksanakan ialah bekam dan Qustul-Bahri‟. Baginda menegaskan lagi;
„Janganlah kamu mendera anak-anak kamu apabila ia mengidap al-„uzrah dengan
memicitnya. Akan tetapi gunakanlah al-Qust itu‟”. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
53
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Dua hadis di atas menjadi dalil diharuskan mengambil upah dari khidmat bekam,
kerana jika tidak harus sudah tentu Nabi tidak akan memberi upah kepada orang yang
membekamnya. Inilah yang menjadi pegangan jumhur ulamak. Namun terdapat
segolongan ulamak berpandangan; upah dari khidmat bekam adalah haram atau dilarang.
Mereka berdalilkan hadis dalam Soheh Imam Muslim;22
Dari Rafi‟ bin Khadij –radhiyallahu „anhu-; Aku dengar Nabi –sallallahu „alaihi
wasallam- berkata; “Sumber pendapatan yang paling buruk ialah upah pelacur, harga
anjing dan upah pembekam”. (Hadis terdapat dalam Soheh Muslim, Kitab al-Musaaqah
wa al-Muzaraah, bab Tahrim Tsamanil-Kalbi….).
Dari Rafi‟ bin Khadij –radhiyallahu „anhu-; Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam-
bersabda; “Harga ajing adalah kotor, mahar pelacur adalah kotor dan upah pembekam
juga adalah kotor”. (Hadis ini terdapat dalam Soheh Imam Muslim, Kitab al-Musaaqah
wa al-Muzaraah, bab Tahrim Tsamanil-Kalbi..).
Jumhur menjawab; Oleh kerana terdapat hadis di mana Nabi memberi upah kepada orang
yang membekamnya, maka larangan dalam hadis di atas hendaklah difahami sebagai
larangan tanzih (yakni makruh, bukan larangan haram) dan untuk memberi galakan
kepada umat Islam agar mencari sumber pendapatan yang lebih baik dan lebih mulia.
Ada juga ulamak yang berpandangan; Hadis larangan mengambil upah membekam telah
dimansukhkan oleh hadis yang mengharuskannya.23
22
Syarah Soheh Muslim, Kitab al-Musaaqah wa al-Muzaraah, bab Tahrim Tsamanil-Kalbi…., ‘Aunul-Ma’bud, Bab Fi
Kasbi al-Hajjam.
23
Faidhul-Qadier, hadis no. 3563.
54
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Berbekam di kepala
HADIS 50
HADIS 51
HADIS 52
Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-
berbekam di kepalanya ketika ia dalam Ihram kerana kesakitan yang dihadapinya.
Baginda berbekam di satu kawasan berair yang dipanggil dengan nama Lihya Jamal.
(Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
55
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 53
Ulasan;
1. As-Shuda‟ (ِ )انصُذَاعialah kesakitan yang dirasai di kepala sama ada keseluruhannya
atau di sebahagian kepala. Sakit kepala yang di rasai di sebelah kepala secara berterusan
dinamakan Syaqiqah (yang disebut dalam hadis kedua di atas). Jika dirasai secara
berterusan di keseluruhan kepala dinamakan Bidhah (ضخٛ )ثdan Hauzah ()حٕرح. Sakit
kepala ini wujud bermacam jenis dan puncanya juga pelbagai. Hakikat sakit kepala ialah
kerana kepanasan di kepala dan wap yang tersekat. Ia adalah penyakit para Nabi dan
kebanyakan sakit Nabi Muhammad adalah dari jenis sakit kepala. (Faidhul-Qadier, no.
2043).
HADIS 54
Anas –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Terdapat beberapa orang yang ditimpa sakit.
Mereka memohon dari Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam-; “Ya Rasulullah,
sediakanlah tempat tinggal untuk kami dan berilah kamu makan”. Rasulullah pun
menyediakan apa yang mereka minta. Apabila telah sembuh, mereka mengadu pula
kepada baginda; “Sesungguhnya persekitaran Madinah ini berat bagi kami (yakni tidak
56
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 55
Ulasan;
1. Mengenai manfaat air kencing unta untuk perubatan, terdapat hadis dari Ibnu „Abbas –
radhiyallahu „anhu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda;
57
100 HADIS PENGUBATAN NABI
“Hendaklah kamu berubat dengan air kencing unta kerana ia bermanfaat untuk penyakit
zaribah (perut yang tidak dapat menghadamkan makanan)”. (Riwayat Ibnu Munzir. Lihat
hadis ini dalam Tuhfah al-Ahwazi dan Fathul-Bari).
Zaribah menurut ulamak ialah penyakit yang menimpa perut yang menyebabkan ia tidak
dapat menghadamkan makanan. (Fathul-Bari, an-Nihayah)
Terdapat riwayat yang menyebutkan kedua-dua sekali (susu dan air kencing);
“Pada susu unta dan air kencing unta terdapat penawar bagi zaribah”. (Riwayat Imam
Ibnu Sunni dan Ibnu Nu‟aim dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anhu-. Lihat hadis ini
dalam; Kanzul-Ummal, hadis no. 28286).
HADIS 56
Dari Khalid bin Sa‟ad menceritakan; kami keluar dan bersama kami Ghalib bin Abhar.
Lalu Ghalib ditimpa sakit di perjalanan. Ketika kami tiba di Madinah, ia masih sakit.
Maka datang menziarahinya Ibnu Abi „Atiq. Lalu ia berkata kepada kami; “Hendaklah
kamu mengubatinya dengan Habbatus-Sauda‟. Ambillah lima atau tujuh butir,
haluskannya dan kemudian titikkan ia ke dalam kedua-dua belah hidung bersama titikan-
titikan minyak. Sesungguhnya Saidatina „Aisyah –radhiyallahu „anha- yang menceritakan
kepadaku bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya biji
58
100 HADIS PENGUBATAN NABI
hitam ini adalah ubat bagi segala penyakit kecuali as-sam”. Aku bertanya;24 “Apa itu as-
sam?”. Ia menjawab; “Mati”. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
HADIS 57
Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah
–salllahu „alaihi wasallam- bersabda; “Habbatus-Sauda‟ adalah ubat bagi segala penyakit
kecuali as-Sam”. Berkata Ibnu Syihab; as-Sam ialah mati, sementara Habbatus-Sauda
ialah as-Syuniz. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
HADIS 58
Dari Saidatina „Aisyah –radhiyallahu „anha- (isteri Nabi –sallallahu „alaihi wasallam)
yang menceritakan bahawa jika ada kematian dari ahli keluarganya di mana semua kaum
wanita berkumpul, bila mereka bertebaran kecuali ahli keluarganya dan orang-orang
tertentu sahaja yang masih tinggal, beliau akan menyuruh diambil seperiuk talbinah dan
dimasak, kemudian dibuat tsarid (roti) dan dituangkan talbinah ke atasnya. Ia berkata;
“Aku telah dengar Rasulullah –sallalallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Talbinah
24
Menurut penjelasan Ibnu Hajar dalam Fathu al-Bari; tidak jelas siapa yang bertanya dan siapa yang menjawab.
Barangkali –menurut beliau- yang bertanya ialah Khalid bin Sa’ad dan yang menjawab ialah Ibnu Abi ‘Aqid (*Khalid
meriwayatkan dari Ibnu Abi ‘Aqiq dan Ibnu Abi ‘Aqiq dari ‘Aisyah). (Fathul-Bari, al-Maktabah as-Syamilah).
59
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 59
HADIS 60
Dari „Aisyah –radhiyallahu „anha-, bahawa dia menyuruh agar diberikan Talbinah
(kepada orang sakit atau yang sedang kesedihan). Ia berkata; Talbinah itu adalah
makanan yang tidak disukai, namun memberi manfaat. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib)
Ulasan;
1. Talbinah ialah sup atau bubur yang dibuat dengan gandum atau tepung. Kadang-
kadang dicampur ke dalamnya madu. Dipanggil dengan Talbinah kerana ia menyerupai
susu pada warnanya yang putih dan keadaannya yang cair. (Syarah Soheh Muslim, Imam
an-Nawawi)
60
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 61
Dari Ibnu „Abbas –radhiyallahu „anu- menceritakan; Nabi –sallallahu „alaihi wasallam-
telah berbekam dan memberikan kepada pembekam upahnya. Baginda juga berubat
dengan cara su‟ut (menitis ubat ke dalam hidung). (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
HADIS 62
Ulasan;
1. Su‟ut dalam hadis di atas bermaksud menitis ubat ke dalam hidung. Caranya ialah;
membaringkan pesakit dengan melentang di atas belakangnya. Di belakangnya –di
tengah-tengah antara dua bahu- diletakkan lapik supaya dada terangkat dan kepala jatuh
ke bawah. Kemudian dititikkan air atau minyak bercampur ubat ke dalam hidung supaya
61
100 HADIS PENGUBATAN NABI
sampai ke kepala untuk mengeluarkan penyakit darinya dengan cara bersin. (Fathul-
Bari).
2. Al-Ladud ialah pengubatan dengan cara menuangkan ubat ke dalam mulut pesakit
melalui salah satu sisi mulutnya (sebelah kanan atau kiri). (Tuhfah al-Ahwazi, an-
Nihayah).
HADIS 63
Dari Ummu Qais binti Mihsan –radhiyallahu „anha- menceritakan; Aku telah mendengar
Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Hendaklah kamu menggunakan „Ud Hindi
(kayu wangian India). Padanya ubat/ penyembuhan bagi tujuh penyakit antaranya
62
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Di dalam hadis di atas Nabi menyebutkan dua cara pengubatan dengan menggunakan
kayu India;
a) Dengan cara as-Su‟ut (menitiskannya ke dalam hidung); iaitu untuk mengubati
penyakit „uzrah.
b) Dengan cara al-Ladud (menuangkannya ke dalam mulut); iaitu untuk mengubati
penyakit zatil-janbi.
Al-„Uzrah ialah bengkak pada anak tekak (tonsil). Zatil-Janbi ialah penyakit radang
selaput paru-paru dan toreks yang menyebabkan dada dan rusuk terasa sakit”. Kita akan
menerangkan lebih terperinci penyakit di dalam tajuk di depan nanti (tajuk al-„Uzrah).
2. „Ud Hindi (kayu wangian India) dalam hadis di atas sama makna dengan Qisti Hindi
yang disebut dalam riwayat yang lain.25 Menurut Imam Ibnu al-„Arabi –rahimahullah-;
al-Qisti ada dua jenis iaitu Hindi dan Bahri. Jenis Hindi berwarna hitam, sedang Bahri
berwarna putih. Jenis Hindi lebih panas sifatnya dari Bahri. (Fathul-Bari).
Dalam hadis di atas, Nabi menyuruh menggunakan jenis Hindi, namun ada riwayat lain
Nabi menyuruh menggunakan jenis Bahri. Sabda Nabi;
“Sesungguhnya cara pengubatan yang paling sesuai bagi kamu semua ialah al-hijamah
dan al-Qust al-Bahri” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Anas –radhiyallahi „anhu-“.
Menurut Imam Ibnu Hajar; dapat diandaikan bahawa Nabi mungkin memberi cadangan
ubat mengikut kesesuaian pesakit. Bagi pesakit yang memerlukan ubat yang lebih kuat,
Nabi menyarankan kepadanya Ud/Qisti dari jenis Hindi. Bagi yang kurang, Nabi
menyarankan „Ud/Qisti dari jenis Bahri. Sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu al-
„Arabi tadi; Ud/Qisti dari jenis Hindi lebih tinggi sifat panasnya dari jenis Bahri. Ibnu
Sina menyebutkan; Qisti sifatnya adalah panas yang berada pada tahap ke tiga dan kering
yang berada pada tahap kedua. (Fathul-Bari).
25
Lihat huraian Ibnu Hajar dalam bab al-‘Uzrah.
63
100 HADIS PENGUBATAN NABI
3. Di dalam hadis di atas Nabi menyebutkan Ud/Qist Hindi itu dapat menyembuhkan
tujuh penyakit, namun yang dijelaskan Nabi hanya dua sahaja. Apa lima penyakit
selebihnya? Tidak dijelaskan oleh Nabi. Menurut Imam Ibnu Hajar; mungkin dapat
diandaikan bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dengan tujuh itu ialah cara pengubatan.
Nabi telah menyebutkan dua cara iaitu as-Su‟ut dan al-Ladud. Adapun lima cara lagi
ialah;
a) “ ;”طالءmenyapu tempat sakit (dijadikan ubat sapu ke tempat luka).
b) “ ;”ششةdengan meminumnya (dihaluskan/dikisar dan dicampur dengan air atau madu)
c) “ذًٛ ;”تكmendemah dengannya
d) “مٛ ;”تُطiaitu air dimasak dengan campuran ubat, dimasukan ke dalam jar, kemudian
dituang ke atas kepala pesakit sikit demi sedikit (al-Qamus al-Muhit).
e) “شٛ ;”تجخmengasapkannya.
Setiap satu dari tujuh cara di atas memberi manfaat bagi penyakit yang berbeza.
(Fathul-Bari).
Al-Kam’ah
HADIS 64
Dari Sa‟id bin Zaid –radhiyallahu „abu- berkata; Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam-
telah bersabda; “Al-Kam ah ()انكًأح26 adalah dari anugerah (Allah) dan airnya adalah
penyembuh bagi mata”. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
Ulasan;
1. Menurut penjelasan ulamak; al-Kam‟ah ialah sejenis tumbuhan yang tidak berdaun dan
tidak berbatang, tumbuh di atas tanah tanpa ditanam oleh manusia. (Fathul-Bari).
2. Nabi menyebutkan al-Kam-ah itu sebagai al-mann (anugerah Allah) kerana tumbuhnya
di atas bumi tanpa ditanam atau diusahakan oleh manusia, maka ia diumpamakan seperti
al-mann yang diturunkan Allah dari langit kepada Bani Israel sebagaimana yang
diceritakan Allah dalam al-Quran;
26
Truffles, Mushroom ; Kulat / cendawan
64
100 HADIS PENGUBATAN NABI
“Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan
Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah
dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah
mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka
adalah menganiaya diri sendiri” (Surah al-Baqarah, ayat 57).
Ada juga ulamak berpandangan; sememangnya al-kam‟ah itu sendiri adalah al-mann
yang diturunkan Allah kepada Bani Israel berdalilkan pengertian umum hadis di atas.
(Syarah Soheh Muslim, kitab al-Asyribah, bab “ٍ ثٓبٛ ٔيذأاح انع،)”فضم انكًأح.
3. Cara pengubatan dengan al-Kam‟ah ini menurut ulamak; diperah untuk mendapatkan
airnya, kemudian dititis ke dalam mata. Imam an-Nawawi menceritakan; pada zamannya
terdapat seorang ulamak yang soleh serta periwayat hadis bernama Syeikh Kamal bin
„Abdullah ad-Dimasyqi yang buta matanya (penglihatannya hilang sepenuhnya),
kemudian ia berikhtiar dengan mencelakinya matanya dengan air al-kam‟ah kerana yakin
dengan hadis Nabi dan mengambil berkat dengannya, lalu ia sembuh dan dapat melihat
semula. (Syarah Soheh Muslim, kitab al-Asyribah, bab “ٍ ثٓبٛ ٔيذأاح انع،)”فضم انكًأح.
HADIS 65
Ummu Qais binti Mihsan –radhiyallahu „anha- menceritakan; Dia telah datang berjumpa
Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- dengan membawa anak lelakinya di mana ia
telah memicit halkum (anak langit) anak lelakinya itu (dengan jarinya) kerana penyakit
„uzrah. Lalu Nabi berkata; “Kenapa kamu para wanita suka memicit halkum anak-anak
kamu (yang terkena penyakit „uzrah) dengan tangan kamu. Hendaklah kamu
menggunakan „Ud Hindi. Sesungguhnya padanya terdapat tujuh penyembuhan,
65
100 HADIS PENGUBATAN NABI
termasuklah penyakit Zatil-Janbi (selain penyakit „uzrah yang dihadapi anak kamu)”.
(Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
Ulasan;
1. Penyakit „uzrah ialah sakit pada halkum (tekak) yang disebabkan oleh darah. Ada juga
yang berkata; ia adalah barah atau bisul yang terbit di saluran yang menghubungkan
tekak dan hidung. (Syarah Soheh Muslim (Imam an-Nawawi), Fathul-Bari).
2. Kebiasaan para wanita (zaman Nabi) mengubati penyakit „uzrah yang dihadapi anak
mereka ialah dengan memintal kain, kemudian memasukkan melalui hidung anak mereka
yang terkena penyakit itu dan menekan/menyucuk tempat sakit dengan pintalan kain itu
hingga keluar darah hitam. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, kitab as-Salam, bab at-
Tadawi bil-„Ud al-Hindi).
3. Dalam hadis di atas Nabi melarang cara pengubatan yang biasa diamalkan itu dan
baginda mengesyorkan pengubatan dengan menggunakan „Ud Hindi yang telahpun kita
huraikan sebelum ini.
HADIS 66
Sahl bin Sa‟ad as-Sa‟idi –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Tatkala topi perisai Nabi –
sallallahu „alaihi wasallam- pecah (dalam satu peperangan) di mana muka Nabi berdarah
dan gigi depannya patah, Saidina „Ali –radhiyallahu „anhu- berulang-alik mengangkut air
dengan alat perisainya. Fatimah –radhiyallahu „anha- datang membasuh darah dari muka
baginda. Apabila Fatimah mendapati darah semakin banyak keluar apabila dibasuh
dengan air, beliau mengambil tikar, lalu membakarnya dan menempel (abu dari tikar itu)
ke luka Nabi dan dengan itu darah berhenti mengalir”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib)
66
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Dalam hadis di atas tidak dinyatakan tikar dari bahan apa yang dibakar oleh Fatimah.
Berkata Ibnu Battal –rahimahullah-; Menurut para ahli pengubatan; semua jenis tikar jika
dibakar akan berupaya menghentikan pengaliran darah, malah semua jenis abu. Ini
kerana abu sifatnya ialah menghalang pengaliran. Kerana itulah Imam at-Tirmizi –
rahimahullah- dalam Sunannya meletakkan tajuk bagi hadis tersebut dengan “Berubat
dengan abu”. Berkata Imam al-Mahlab –rahimahullah-; Hadis di atas menunjukkan
bahawa menghentikan pengaliran darah dengan abu telah sedia diketahui mereka (orang-
orang Arab), terutamanya abu dari tikar dari jenis Dais as-Su‟di di mana di samping
dapat menahan pengaliran darah baunya juga wangi (dapat menutup bau hanyir darah).
(Fathul-Bari, kitab at-Thib, bab “سذ ثّ انذوٛش نٛ)”حشق انحص
Mengubati demam
HADIS 67
HADIS 68
67
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 69
Fathimah binti al-Munzir menceritakan; Asma‟ binti Abu Bakar –radhiyallahu „anha-
apabila dibawa berjumpanya wanita yang demam, ia akan meminta dibawakan air, lalu ia
menuang air melalui belahan leher baju wanita tersebut. Ia berkata; “Rasulullah –
sallallahu „alaihi wasallam- menyuruh kami agar menyejukkan demam dengan air”.
(Soheh al-Bukhari, kitab al-Thib)
Ulasan;
1. Para ulamak berbeza pandangan bagi maksud Nabi “Demam adalah dari bahang api
neraka jahannam”; apakah ia hakikat atau perumpamaan sahaja. Sebahagian ulamak
berkata ia adalah hakikat, yakni sememangnya kepanasan yang dirasai oleh orang yang
mengidap demam itu adalah sedikit dari bahang panas dari api neraka yang dizahirkan
Allah di atas muka dunia ini supaya manusia mengambil pengajaran dengannya.
Sebahagian ulamak lagi berkata; apa yang Nabi maksudkan hanyalah untuk memberi
perumpamaan sahaja, iaitu kepanasan demam adalah seumpama bahang api neraka yang
dirasai apabila seseorang itu berada hampir dengannya. Tujuan perumpamaan ini adalah
untuk mengingatkan manusia akan kepanasan api neraka. (Tuhfah al-Ahwazi Syarak
Jami‟ at-Tirmizi, bab “ذ انحًٗ ثبنًبءٚ تجشٙ)”يب جبء ف
2. Dalam hadis di atas Rasulullah hanya menyebutkan secara umum pengubatan demam
dengan mereda atau menyejukkan orang yang demam dengan air. Baginda tidak
menyebutkan kaedah penyejukan itu secara terperinci sama ada dengan memandikan
seluruh badan atau menyapukan badan dengan air sahaja atau menjaramkan kepala
dengan air atau sebagainya. Berkata ulamak; perincian tentang kaedah penyejukan itu
adalah kembali kepada ahli pengubatan mengikut ilmu dan pengalamannya sebagaimana
dapat diambil contoh dari perbuatan Asma‟ dalam hadis di atas. Para tabib atau ahli
pengubatan telah mensepakati bahawa penyakit yang sama berbeza cara mengubatinya
melihat kepada perbezaan umur, zaman/musim, kebiasaan hidup, makanan yang dimakan
dan sebagainya. (Tuhfah al-Ahwazi Syarak Jami‟ at-Tirmizi, bab “ ًٗذ انحٚ تجشٙيب جبء ف
)”ثبنًبء
68
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Wabak taun
HADIS 70
HADIS 71
69
100 HADIS PENGUBATAN NABI
70
100 HADIS PENGUBATAN NABI
kamu hendaklah membawa pulang orang ramai dan jangan mendedahkan mereka kepada
wabak tersebut”. Maka Umar pun bercakap di hadapan orang ramai; “Aku akan
bermusafir (pulang) pada pagi besok dan hendaklah kamu kamu semua turut bermusafir
(pulang)”. Lalu Abu Ubaidah bin al-Jarrah berkata; “Apakah ini tidak bermakna kita lari
dari taqdir Allah?”. Umar membalas; “Sepatutnya orang seperti kamu tidak bercakap
seperti itu wahai Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari satu taqdir Allah kepada satu taqdirnya
yang lain. Tidakkah jika kamu mengembala untamu di padang rumput yang subur kamu
mengembalanya dengan taqdir Allah dan begitu juga, jika kamu memilih untuk
mengembalanya di tanah yang kering kamu juga kamu mengembalanya dengan taqdir
Allah?”. Ibnu „Abbas bercerita lagi; Tiba-tiba ketika itulah muncul „Abdurrahman bin
„Auf yang tadinya menghilangkan diri atas beberapa urusannya. Ia lantas bersuara;
“Padaku ada ilmu tentang masalah ini. Aku telah mendengar Rasulullah –sallallahu
„alaihi wasallam- bersabda; “Jika kamu mendengar berita tentang wabak di satu
tempat, jangan kamu tampil memasukinya. Namun jika wabak itu berlaku di tempat di
mana kamu berada janganlah kamu keluar menjauhkan diri dari tempat itu””. Umar
lantas memuji Allah dan beredar pulang. Berkata „Abdullah bin „Amir; Umar pun pulang
dari Sargha. Berkata pula Salim bin „Abdullah; “Sesungguhnya Umar mengambil
tindakan pulang kerana hadis Abdurrahman”. (Soheh Imam al-Bukhari, kitab at-Thib)
HADIS 72
HADIS 73
71
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 74
Dari „Aisyah –radhiyallahu „anha- menceritakan; Aku bertanya Nabi –sallallahu „alahi
wasallam- tentang Taun, maka baginda menjawab; “Taun adalah azab yang Allah
timpakan ke atas sesiapa yang Ia kehendaki, namun ia menjadikannya sebagai rahmat
bagi orang-orang beriman. Tidak ada seorang hamba yang berlaku taun di negerinya, lalu
ia tinggal di negeri itu dengan sabar dalam keadaan ia mengetahui bahawa tidak akan
menimpanya melainkan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah untuknya, maka baginya
ganjaran seumpama orang yang mati syahid”. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
Ruqyah
HADIS 75
72
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Ar-Ruqyah bermaksud; bacaan atau zikir pelindung yang dibaca kepada orang sakit
(lihat; an-Nihayah). Menurut Imam Ibnu Hajar –rahimahullah-; Telah menjadi ijmak
ulamak bahawa keharusan ruqyah adalah terikat dengan tiga syarat;
a) Menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya.
b) Menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maksudnya.
c) Dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan (atau memberi
kesan) tetapi Allah.
(Lihat; Fathul-Bari, kitab at-Thibb, bab “ٌ)”انشلٗ ثبنمشآ
Apa yang terbaik ialah kita meruqyah dengan ayat-ayat al-Quran atau dengan zikir-zikir
dan doa-doa yang maksur dari Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- kerana tidak ada
sebarang keraguan padanya dan doa dan zikir dari al-Quran atau as-Sunnah sudah pasti
lebih mustajab dari dari yang lain sekalipun diharuskan apabila memenuhi tiga syarat
tadi.
HADIS 76
73
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Dari Abi Sa‟id al-Khudri –radhiyallahu „anhu- menceritakan; “Beberapa orang dari
sahabat Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- telah singgah di satu kawasan penempatan
Arab. Penduduk di situ enggan menerima mereka sebagai tetamu. Tiba-tiba pemimpin
mereka telah disengat/dipatuk ular/kala. Merekapun bertanya rombongan sahabat tadi;
„Apakah ada bersama kamu ubat atau orang yang boleh meruqyah?”. Rombongan sahabat
itu menjawab; “Tetapi tadinya kamu enggan menerima kami menjadi tetamu. Kami tidak
akan mengubati/meruqyahnya melainkan kamu semua memberikan suatu pemberian
untuk kami”. Penduduk kampong tersebut sudi memberikan mereka potongan dari daging
kambing. Lalu Abu Said membacakan surah al-Fatihah dengan menghimpunkan air
liurnya dan meniupkan (ke tempat sengatan tadi dengan sedikit air ludah), lalu sembuhlah
pempimpin kaum tadi. Penduduk kambung memberikan mereka kambing. Mereka
berkata; “Kita tidak akan memakannya melainkan setelah kita bertanya Nabi. Mereka pun
bertanya Nabi. Nabi ketawa dan berkata; “Bagaimana kamu tahu surah Fatihah itu adalah
ruqyah? Makanlah dan berikan sebahagian untukku”. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
Ulasan;
1. Berdasarkan hadis ini jumhur ulamak memutuskan keharuskan mengambil upah atas
khidmat mengajar al-Quran. Mazhab Hanafi menyanggahi jumhur di mana menurut
pandangan mereka; tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran kerana ia adalah
ibadah dan pahalanya ditanggung Allah. Adapun membaca al-Quran untuk tujuan ruqyah
diharuskan mengambil upah kerana ia masuk dalam bab mengubati, bukan mengajar.
(Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, bab “َِبءِ انْعَشَةِ ثِفَب ِتحَخِ انْكِتَبةَْٛخِ عَهَٗ َأحْٛ انشُلُِٙعْطَٗ فٚ )”ثَبة يَب.
74
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 77
HADIS 78
HADIS 79
Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan dari Nabi –sallallahu „alaihi
wasallam- yang bersabda; “al-„Ain adalah benar” dan baginda menegah dari tatu. (Soheh
al-Bukhari, kitab at-Thib)
Ulasan;
1. Al-„Ain bermaksud;
a) Renungan mata dari musuh atau dari orang berhasad yang menyebabkan orang yang
dipandang mendapat sakit. (an-Nihayah).
27
Lihat huraian dalam Fathul-Bari (al-Maktabah as-Syamilah).
75
100 HADIS PENGUBATAN NABI
b) Atau, seorang memandang kepada sesuatu dan berasa takjub melihatnya, lalu
pandangan takjubnya itu menimbulkan mudarat kepada benda yang dipandang itu.
(Minhatul-Bari).
HADIS 80
HADIS 81
Dari „Imran bin Hushain –radhiyallahu „anhuma- berkata; “Tidak ada ruqyah melainkan
untuk mengubati „Ain dan sengatan binatang berbisa” (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
Ulasan;
1. Dalam Sunan at-Tirmizi dan Abu Daud, hadis di atas disandarkan kepada Nabi iaitu
diriwayatkan dari „Imran bin Hushain –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan; Nabi
76
100 HADIS PENGUBATAN NABI
telah bersabda sebagaimana di atas. (Sunan at-Tirmizi, Abwab at-Thib, bab Ma Ja-a Fi
ar-Rukhsah fi Dzalik. Sunan Abu Daud, kitab at-Thib, bab Fi ar-Ruqa). Hadis dengan
lafaz yang sama juga ada diriwayatkan dalam Soheh Muslim dan Sunan Ibnu Majah
tetapi dari sahabat yang lain bernama Buraidah –radhiyallahu „anhu-. (Rujuk; Tuhfah al-
Ahwazi).
2. Perkataan “Humat” dalam hadis pada asalnya bermaksud bisa kala jengking atau jarum
sengatannya. Berkata al-Khattabi; Ia bermaksud semua binatang berbisa ( )ْبيّخsama ada
kala jengking, ular atau sebagainya. (Fathul-Bari).
3. Hadis di atas tidaklah bermaksud untuk membataskan keharusan ruqyah hanya untuk
dua penyakit di atas sahaja (al-„ain dan sengatan binatang). Menurut Imam al-Nawawi;
Maksud hadis ialah tidak ada penyakit yang paling memerlukan ruqyah atau paling utama
diruqyah dari penyakit kerana al-„ain dan sengatan binatang kerana besarnya mudarat
pada keduanya. (Syarah Soheh Muslim, kitab as-Salam, bab at-Thib wa al-Maradh wa ar-
Ruqa).
HADIS 82
HADIS 83
77
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 84
HADIS 85
28
Iaitu Tsabit bin Aslam al-Bunani ()ثابت البناني. Seorang Tabi’in. Lahir pada zaman Khilafah Mu’awiyah dan
meninggal tahun 127H ketika berumur 86 tahun. (Siyar A’lami an-Nubala’, Imam az-Zahabi).
78
100 HADIS PENGUBATAN NABI
wahai Tuhan Manusia. Di tanganMulah kesembuhan. Tidak ada siapa yang dapat
membuang penyakit melainkan Engkau sahaja”. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
HADIS 86
Ulasan;
2. Dalam riwayat Imam Muslim; dari Ibnu Umar –radhiyallahu „anhu- yang
meriwayatkan dari Sufyan –radhiyallahu „anu- terdapat tambahan di awal hadith dengan
lafaz; “Bila ada seseorang mengadu sakit atau mengalami luka, Nabi –sallallahu alaihi
wasallam- akan melakukan dengan jarinya sebegini –sambil Sufyan meletakkan jari
telunjuknya ke tanah, kemudian mengangkatnya- dan membaca ruqyah di atas. (Lihat;
Fathul-Bari, bab “َِّْ َٔسَهَىَِٛ صَهَٗ انهَُّ عَهَِٙخِ انَُجْٛ)”ثَبة سُل.
79
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 87
HADIS 88
Dari Abu Qatadah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku telah mendengar Rasulullah –
sallallahu „alahi wasallam- bersabda; “ar-Rukya (mimpi yang baik) adalah dari Allah dan
al-Hulm (mimpi yang tidak baik) adalah dari Syaitan. Maka apabila salah seorang dari
kamu melihat sesuatu yang yang ia benci (dalam mimpinya), hendaklah ia
meniup/menghembus –pada ketika ia terjaga- tiga kali sambil memohon perlindungan
Allah dari kejahatan Syaitan, nescaya Syaitan tidak akan dapat memudaratkannya”.
(Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib).
29
Walaupun Nabi menyebutkan al-Bushaq (meludah) dalam hadis ini, namun menurut Imam Nawawi makna yang
diihtimalkan ialah al-Nafath (meniup/menghembus) kerana dalam riwayat-riwayat yang lain digunakan lafaz an-
Nafath. Lihat; Syarah Soheh Muslim, kitab as-Salam (bab “ط ثبنًعَٕراد ٔانَُفجٚخ انًشٛ )”ثبة سلdan kitab ar-Rukya. Lihat
juga dalam al-Azkar.
80
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 89
Ulasan;
30
Fathul-Bari (Kitab at-Thib, bab bab “خٛ انشلٙ)”انُفج ف.
81
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Antara yang berpandangan sebegitu ialah al-Aswad bin Yazid –dari kalangan Tabiin- dan
Ibrahim an-Nakha‟ie. Al-Aswad memakruhkan keseluruhan hembusan. Ibrahim an-
Nakha‟ie pula memakruhkan hembusan dari bacaan al-Quran sahaja. Hadis-hadis di atas
dan beberapa hadis sebelum ini (termasuk hadis Abi Sa‟id yang meruqyah ketua kaum
yang disengat dengan bacaan al-Fatihah dan menghembusnya) menolak pandangan
mereka tersebut. Adapun hembusan dalam ayat di atas ia merujuk kepada hembusan dari
ahli sihir dan orang sesat/batil sebagaimana dapat difahami dari ayat. Hembusan mereka
yang dilarang. Adapun hembusan orang beriman dengan menggunakan ayat-ayat al-
Quran atau zikir-zikir yang maksur, ia tidaklah dilarang berdalilkan hadis-hadis di atas.31
HADIS 90
31
Rujuk; Fathul-Bari (Kitab at-Thib, bab bab “خٛ انشلٙ)”انُفج ف.
82
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Dari Ibnu „Abbas –radhiyalahu „anhu- menceritakan; Pada suatu hari Nabi –sallallahu
„alaihi wasallam- keluar bertemu kami. Baginda bersabda; “Telah ditunjukkan kepadaku
umat-umat terdahulu. Ada Nabi bersamanya seorang sahaja pengikutnya, ada Nabi
bersamanya dua orang pengikut sahaja dan Nabi yang bersamanya beberapa pengikut
(lima hingga sepuluh). Kemudian aku melihat satu kelompok besar yang memenuhi ufuk
dan aku mengharapkan agar kelompok besar itu adalah umatku. Lalu dikatakan
kepadaku; “Ini adalah Musa dan umatnya”. Kemudian dikatakan kepadaku; “Lihatlah di
sana”. Aku melihat satu kelompok besar yang memenuhi ufuk. Dikatakan lagi kepadaku;
“Lihat lagi ke arah ke sana dan ke sana (yakni ufuk kanan dan kiri)”. Maka aku melihat
kelompok besar yang memenuhi ufuk. Lalu dikatakan kepadaku; “Merekalah umatmu.
Bersama mereka ada 70 ribu yang akan masuk syurga tanpa hisab”. Setelah itu orang
ramai yang hadir bersurai. Nabi tidak menerangkan kepada mereka (siapa 70 ribu yang
masuk syurga tanpa hisab itu), menyebabkan mereka saling membuat telahan sesama
mereka. Ada di kalangan mereka yang berkata; “Adapun kita, kita dilahirkan dalam
Syirik (menyengutukan Allah), kemudian barulah kita beriman kepada Allah dan
Rasulnya (sudah tentu bukan kita kelompok 70 ribu yang dimaksudkan Nabi itu). Mereka
(yakni kelompok 70 ribu itu) tentunya anak-anak kita”. Apabila sampai berita telahan
mereka kepada Nabi, baginda bersabda; “Mereka ialah orang yang tidak mempercayai
sial sesuatu, tidak meminta untuk diruqyahkan dan tidak meminta untuk diubati secara al-
kayy, sebaliknya mereka bertawakkal kepada Tuhan mereka”. Lalu seorang sahabat
bernama Ukasyah bin Mihsan bangun bertanya; “Adakah aku dari kalangan mereka?”.
Rasulullah menjawab; “Ya”. Kemudian bangun seorang lagi; “Adakah aku juga dari
kalangan mereka?”. Jawab Nabi; “Engkau telah didahului oleh „Ukasyah”. (Soheh al-
Bukhari, kitab at-Thib).
Ulasan;
1. Hadis di atas dijadikan dalil oleh sebahagian orang bahawa makruh kita berubat untuk
menyembuhkan penyakit yang ditimpakan Allah ke atas kita kerana ikhtiar berubat itu
seolah-olah menunjukkan kita tidak bertawakkal kepada Allah. Namun para ulamak
menolak pandangan ini kerana terdapat banyak hadis yang menceritakan Nabi berubat
dan mengubati orang lain sebagaimana dapat kita saksikan dalam hadis-hadis yang
dikemukakan dalam buku ini. Jika benar berubat adalah makruh, sudah tentu Nabi tidak
akan melakukannya dan tidak akan menyuruh umatnya berubat. Mengenai sifat golongan
yang akan masuk syurga tanpa hisab dalam hadis di atas (iaitu “…mereka ialah orang
yang tidak mempercayai sial sesuatu, tidak meminta untuk diruqyahkan dan tidak
meminta untuk diubati secara al-kayy, sebaliknya mereka bertawakkal kepada Tuhan
mereka”), ada pelbagai jawapan dari ulamak;
83
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Menurut Imam Ibnu Hajar –rahimahullah-; Apa yang benar ialah; orang yang percaya
kepada Allah dan yakin bahawa qadha‟ (ketetapan) Allah ke atasnya tetap akan berjalan,
orang sebegini tidak akan merosakkan tawakkalnya kepada Allah apabila ia mengambil
sebab-sebab (yakni melakukan ikhtiar) sebagai mengikuti Sunnatullah dan Sunnah
Rasulullah, di mana Rasulullah sendiri dalam peperangan telah memakai dua lapis baju
perisai, menggali parit, mengizinkan hijrah ke Habsyah dan ke Madinah (dan baginda
sendiri juga berhijrah) dan sebagainya lagi dari ikhtiar-ikhtiar. Apabila baginda ditanya
oleh seorang yang datang bertemu baginda dengan menaiki unta; “Apakah aku perlu
menambat untaku ini atau membiarkannya sahaja dengan bertawakkal kepada Allah?”,
84
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Berkata Imam al-Maziri –rahimahullah-; “Semua jenis ruqyah adalah harus jika dengan
Kitab Allah atau dengan Zikrullah, dan ia ditegah jika dengan bahasa asing („ajam) atau
dengan perkataan yang tidak diketahui maknanya kerana ada kemungkinan terdapat unsur
kufur padanya”. (Syarah Soheh Muslim, kitab as-Salam, bab “ٗ)”ثبة انطِتِ ٔانًشض ٔانشِل
4. Adakah harus ruqyah Ahli Kitab (dengan Kitab mereka)? Saidina Abu Bakar
mengharuskannya. Imam Malik memakruhkannya kerana dikhuatiri ruqyah yang mereka
baca itu adalah dari teks yang telah dipinda. (Syarah Soheh Muslim, kitab as-Salam, bab
“ٗ)”ثبة انطِتِ ٔانًشض ٔانشِل
Sawan (Shar’a)
HADIS 91
85
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Dari „Atho‟ bin Abi Rabah –rahimahullah- menceritakan; Ibnu „Abbas –radhiyallahu
„anhu- bertanyaku; “Mahukah kamu aku tunjukkan seorang wanita dari ahli syurga?”.
Aku berkata; “Ya”. Ia menjawab; “Itulah dia perempuan berkulit hitam yang pernah
datang kepada Nabi –sallallahu „alaihi wasallam- lalu berkata; „Sesungguhnya aku telah
ditimpa shara‟ (sawan) dan auratku terdedah (setiap kali sawan itu menyerang-pent.),
maka berdoalah kepada Allah untukku‟”. Maka Nabi berkata kepadanya; “Jika kamu
mahu, bersabarlah dan untukmu syurga. Namun jika kamu mahu, aku akan berdoa
kepada Allah agar Ia menyembuhkanmu”. Perempuan itu menjawab; “Aku pilih untuk
bersabar”. Ia berkata lagi; “Namun auratku terdedah (bila sawan itu datang-pent.), maka
berdoalah kepada Allah untukku agar auratku tidak terdedah”. Maka Nabipun mendoakan
untuknya. „Atho‟ menceritakan; ia telah melihat Ummu Zufar iaitu wanita tinggi berkulit
hitam tersebut sedang bergantung di tirai Kaabah”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Mardha)
Ulasan;
1. Shara‟ ialah satu penyakit yang menghalang anggota-anggota utama dari menjalankan
fungsinya namun tidaklah menghalang sepenuhnya. Sebabnya ialah sumbatan yang
melintangi di beberapa bahagian dalaman otak, begitu juga sumbatan pada saluran-
saluran saraf yang menggerak anggota-anggota disebabkan dari campuran yang pekat
atau pekatan yang banyak, lalu ia menghalang ruh untuk mengalir ke anggota mengikut
perjalanan normalnya, maka akibatnya anggota-anggota menjadi cramp.32 (al-Qamus al-
Muhit). Menurut penjelasan dalam Fathul-Bari, penyakit as-shara‟ itu ada dua puncanya;
(pertama) kerana punca di atas tadi, (kedua) kerana dari jin.
32
Kerana anggota menjadi cramp itulah orang yang menghadapinya tidak dapat berdiri stabil, lalu jatuh dan
tersungkur (Fathul-Bari).
86
100 HADIS PENGUBATAN NABI
2. Dari pihak orang yang mengubati; sejauhmana kekuatan tawajjuhnya kepada Allah dan
sejauhmana kekuatan hatinya dalam bertakwa dan bertawakkal kepada Allah.
(Fathul-Bari).
HADIS 92
HADIS 93
Dari Anas –radhiyallahu „anhu- menceritakan bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wa sallam-
bersabda; “Tidak ada jangkitan penyakit (tanpa kehendak dari Allah) dan tidak ada
alamat sial, akan tetapi menyukaiku al-fa‟l”. Para sahabat bertanya: „Apa itu al-Fa‟l, ya
Rasulullah?‟. Jawab baginda; “Kalimah/ucapan yang baik”. (Soheh Imam Bukhari, kitab
at-Thib)
87
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 94
Dari Abu Hurairah –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Aku telah mendengar Rasulullah
–sallallahu „alaihi wa sallam- bersabda; “Tiada alamat sial. Yang baik ialah al-Fa‟l”.
Mereka (para sahabat) bertanya; “Apa yang kamu maksudkan dengan al-Fa‟lu?”.
Baginda menjawab; “Ucapan yang baik yang didengari oleh seseorang dari kamu”.
(Soheh Imam al-Bukhari, kitab at-Thib(
HADIS 95
Dari Anas –radhiyallahu „anhu- yang menceritakan bahawa Nabi –sallallahu „alaihi wa
sallam- bersabda; “Tidak ada jangkitan penyakit (tanpa kehendak dari Allah) dan tidak
ada alamat sial, akan tetapi menyukaiku al-fa‟l iaitulah “Kalimah/ucapan yang baik”.
(Soheh Imam al-Bukhari, kitab at-Thib(
Ulasan;
1. Tentang „Adwa (jangkitan penyakit) kita akan huraikan dalam tajuk di depan nanti.
2. At-thiyarah (َشَحٛ )انطbermaksud mempercayai sial sesuatu (yakni malang yang akan
menimpa kerananya) seperti mempercayai sial burung, biawak dan sebagainya.
Contohnya, seseorang keluar dari rumahnya untuk suatu urusan, tiba-tiba seekor biawak
melintas di hadapannya, lalu ia berpatah balik (kerana menganggap hari itu adalah hari
sial berdasarkan kepercayaan dirinya atau masyarakatnya), maka perbuatannya itu
tergolong dalam syirik kerana bergantung hati kepada selain Allah dan tidak bertawakkal
kepadaNya. Orang Arab Jahiliyah dahulu apabila keluar untuk suatu urusan, jika ia
melihat burung terbang di sebelah kanannya, ia akan bersangka baik dan meneruskan
urusannya. Jika ia melihat burung terbang di sebelah kirinya, maka ia akan bersangka
buruk dan akan berpatah balik (yakni membatalkan urusannya kerana menganggap hari
itu adalah hari sial).
88
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Sabda Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam-; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni
kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau
urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah”. Lalu para sahabat
bertanya; „Bagaimana kami hendak menebusnya, Ya Rasulullah (yakni menebus dosa
kerana melakukannya)‟. Jawab Rasulullah; „Kamu ucapkanlah;
“Ya Allah, tidak ada sial melainkan sial yang datang dari Engkau dan tidak ada kebaikan
melainkan kebaikan dari Engkau serta tidak ada Tuhan melainkan Engkau”. (Riwayat
Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu „Amru r.a./ al-Jami‟ as-
Saghir, no. 8701)
Rasulullah melarang at-Thiyarah dan mengharuskan at-Fa‟l kerana antara keduanya ada
perbezaan. Menurut Imam al-Halimi –rahimahullah-; Rasulullah membenarkan al-Fa‟l
atau at-Tafaul kerana ia adalah bersangka baik (husnu dzan) kepada Allah atau menaruh
harapan kepadaNya di mana setiap mukmin diperintahkan supaya sentiasa bersangka baik
kepada Allah pada setiap ketika. Adapun at-Thiyarah maka ia adalah bersangka buruk
kepada Allah tanpa sebab yang pasti.
HADIS 96
89
100 HADIS PENGUBATAN NABI
HADIS 97
Dari Sahl bin Sa‟ad as-Sa‟idi –radhiyallahu „anhu- menceritakan; Rasulullah –sallallahu
„alaihi wasallam- bersabda; “Jika benar ada tanda buruk/alamat sial, ia adalah pada
wanita, kuda dan tempat tinggal”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Jihad wa as-Siyar)
Ulasan;
1. Maksud ucapan Nabi dalam hadis di atas “Jika benar ada tanda buruk/alamat sial, ia
adalah pada wanita, rumah dan binatang tunggangan”; ada dua pandangan dari ulamak;
a) Sebahagian ulamak berpegang dengan makna zahirnya iaitu; rumah adakalanya Allah
menjadikan mendiami rumah tertentu sebab kepada terhasilnya mudarat dan kecelakaan.
Begitu juga dengan mengambil wanita tertentu (sebagai isteri), binatang kenderaan dan
khadam kadang-kadang menjadi penyebab kepada kerosakan dengan takdir Allah.
Maksudnya, kadang-kadang sangkaan/kebimbangan buruk apabila berhadapan dengan
tiga perkara tersebut. Di antara yang memberi makna sebegini ialah Imam Malik dan
segolongan ulamak.
b) Jumhur ulamak berpandangan; maksud ucapan Nabi itu ialah untuk mengecualikan
tiga perkara tersebut (rumah, isteri dan kuda) dari thiyarah yang dilarang tadi.
Maksudnya, jika seseorang memiliki rumah yang ia benci mendiaminya atau isteri yang
ia benci bergaul dengannya atau kuda dan kuda yang ia benci dengan khidmat mereka,
haruslah ia menjauhkan dirinya dari mereka dengan menjualnya atau sebagainya atau
menceraikannya (bagi isteri).
(„Aunul-Ma‟bud, jil. 8, bab Fi at-Thiyarah).
HADIS 98
90
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
3. Saguhati kepada 91awing; iaitu bayaran yang diberikan kepada tukang tilik atau orang
yang mendakwa pandai menengok sebagai hasil khidmatnya. Berkata Imam al-Baghawi;
telah ijmak ulamak bahawa saguhati kepada 91awing adalah haram kerana ia adalah
bayaran bagi hasil atau khidmat yang diharamkan dan kerana ia termasuk dalam
memakan harta orang lain dengan jalan yang batil. Menurut Imam al-Khattabi; turut
diharamkan ialah bayaran kepada tukang tilik (al-„Arraf). (Syarah Soheh Muslim, Imam
an-Nawawi)
HADIS 99
91
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Ulasan;
1. Ucapan Nabi “Tidak ada yang dapat dipercayai”, maksudnya ialah perkataan mereka
(yakni pawang/tukang tilik) itu semuanya adalah batil. (Syarah Soheh Muslim, juz. 7, bab
Tahrim al-Kahanah wa Ityan al-Kuhhan)
2. Di dalam hadis di atas Nabi menjelaskan bahawa pawang atau tukang tilik adakalanya
perkataan mereka betul bukan kerana mereka itu benar, akan tetapi mereka mendapat
berita dari jin yang menjadi sahabat mereka di mana jin tersebut mencuri dengar dari
Malaikat, kemudian melaporkannya kepada rakan mereka dari kalangan manusia iaitu
pawang-pawang atau tukang-tukang tilik. Apa yang dilaporkan ditokok tambah dengan
pelbagai pembohongan. Mungkin ada satu dua yang betul/benar, tetapi hampir
keseluruhannya adalah bohong dan dusta. Kerana itu Nabi menegaskan di awal hadis
“Tidak ada yang dapat dipercayai”. (Lihat; Fathul-Bari).
Sihir
HADIS 100
92
100 HADIS PENGUBATAN NABI
33
Yakni bahan-bahan sihir itu dibalut dengan selaput mayang kurma jantan tersebut.
93
100 HADIS PENGUBATAN NABI
pergi ke telaga itu bersama beberapa orang sahabatnya. Baginda melihat ke dalamnya. Di
atasnya tumbuh sepohon tamar. Nabi mengarahkan supaya sihir itu dikeluarkan.
Kemudian Nabi pulang ke rumah Aisyah dan menceritakan kepadanya tentang telaga ini;
“Wahai „Aisyah, telaga ini yang aku diperlihatkannya demi Allah airnya seolah-olah
seperti air yang dicampur inai. Mayang-mayang pohon kurma (yang tumbuh di atas
telaga itu) Nampak seperti kepala-kepala Syaitan”. Nabi berkata; “Ia telahpun
dikeluarkan”.34 Aku bertanya; “Wahai Rasul Allah, kenapa kamu tidak merungkai sihir
itu?”. Nabi menjawab; “Tidak, sesungguhnya Allah telah menyihatkanku. Demi Allah,
Allah telah menyembuhkanku dan aku tidak suka untuk mencetuskan kejahatan kepada
sesiapapun dari kalangan manusia”. Lalu Nabi memerintahkan supaya telaga itu
ditimbus. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib (bab “ إرا سحشٙعفٗ عهٗ انزيٚ ”ْم, “”ثبة انسحش, “ ْم
ستخشج انسحش؟ٚ”), kitab ad-Da‟awaat (bab “ش انذعبءٚ)”ثبة تكش, kitab bad‟ie al-Khalq (bab “ صفخ
ِس ٔجُٕدٛ )”إثهdan kitab al-Adab (bab “"...أيش ثبنعذلٚ )”ثبة لٕنّ تعبنٗ "إٌ اهلل. Soheh Muslim,
kitab as-Salam (bab “))”ثبة انسحش.
Ulasan;
1. Menurut penjelasan ulamak (antaranya Imam ar-Raghib dan sebagainya); Dari segi
bahasa sihir bermaksud yang halus dan yang tersembunyi. Dari segi amalan, ia memberi
beberapa makna;
a) Setiap perbuatan atau perkataan yang memukau orang lain. Ia termasuklah perkataan
yang diucapkan.
b) Apa yang berlaku melalui penipuan atau khayalan, yakni ia bukan sebenar berlaku.
Termasuk dalam kategori ini ialah silap mata.
c) Yang berlaku dengan pertolongan Syaitan setelah pengamalnya melakukan amalan-
amalan yang mendekatkannya dengan Syaitan.
d) Yang terhasil melalui interaksi dengan bintang-bintang dan amalan menurunkan roh
bintang mengikut dakwaan pengamalnya. Menurut Imam Ibnu Hazm; ada bentuk
interaksi itu dilakukan melalui azimat atau tangkal.
f) Ada yang menggabungkan dua di atas iaitu memohon pertolongan Syaitan dan
berinteraksi dengan bintang di mana kesannya lebih kuat mengikut dakwaan
pengamalnya.
(Fathul-Bari).
2. Sebahagian ulamak berpandangan; Semua jenis sihir ini tidak wujud secara reality. Ia
hanya bersifat khayalan sahaja. Maksudnya; pengamal sihir tidak boleh menyebabkan
kecederaan fizikal pada badan manusia termasuk yang menggunakan Syaitan.
Kemampuan Sihir hanyalah menimbulkan keraguan, was-was, melemahkan semangat
serta memberi kesan saikologi kepada manusia. Hanya setakat itu kemampuan sihir.
Antara ulamak yang berpendapat sebegini ialah Abi Jaafar al-Istirazi –rahimahullah-
34
Yang dikeluarkan ialah bungkusan sihir (yakni selaput mayang kurma tadi). Adapun bahan-bahan sihir dalam
bungkusan itu tidak dikeluarkan oleh Nabi (Fathul-Bari).
94
100 HADIS PENGUBATAN NABI
(salah seorang ulamak mazhab Syafi‟ie), Abu Bakar ar-Razi –rahimahullah- (dari mazhab
Hanafi) dan Imam Ibnu Hazm –rahimahullah-. Adapun jumhur ulamak berpandangan;
Sihir boleh wujud secara realiti, yakni bukan bersifat khayalan semata-mata. Pandangan
jumhur ini ditarjihkan oleh Imam an-Nawawi –rahimahullah- di mana menurut beliau;
“Yang soheh ialah sihir wujud secara realiti. Pandangan inilah yang diputuskan oleh
jumhur ulamak dan menjadi pegangan sekelian ulamak. Ia disokong oleh dalil-dalil dari
al-Quran dan hadis-hadis yang masyhur dan soheh”. (Fathul-Bari).
3. Di dalam hadis di atas disebutkan baginda sakit (kerana disihir itu), baginda “berdoa
kepada Allah dan berdoa”. Berkata Imam an-Nawawi; “Ini menunjukkan bahawa kita
digalakkan berdoa kepada Allah ketika berlaku kepada kita perkara-perkara yang tidak
disukai dan memohon dari Allah berulang-ulang kali agar perkara yang tidak disukai itu
diangkat oleh Allah”. Menurut Imam Hajar; Nabi telah melakukan dua pendekatan dalam
hadis di atas; pendekatan berserah dan pendekatan mengambil sebab. Peringkat mula;
Nabi mengambil pendekatan berserah kepada Allah dan memilih untuk memperolehi
pahala sabar dari ujian yang ditimpakan Allah. Namun apabila kesakitan itu berterusan
dan beliau khuatir jika terus begitu akan melemahkannya dari ibadah, maka Nabi
mengambil pendekatan kedua iaitu berubat dan seterusnya memohon kesembuhan dari
Allah. Kedua-dua maqam tersebut membawa kepada kemuncak kesempunaan. (Fathul-
Bari).
4. Apabila dicadangkan oleh „Aisyah supaya dirungkai sihir itu, Nabi menjawab
(antaranya); “…aku tidak suka untuk mencetuskan kejahatan kepada sesiapapun dari
kalangan manusia”. Berkata Imam an-Nawawi –mengulas maksud jawapan Nabi ini-;
“Nabi bimbang jika sihir itu dikeluarkan dan ditunjukkan kepada orang ramai kesannya
akan menimbulkan mudarat kepada kaum muslimin di mana mereka akan bercerita
tentang sihir, mempelajari sihir atau sebagainya. Keengganan Nabi itu termasuk dalam
“Meninggalkan suatu maslahah kerana bimbangkan mafsadah (jika maslahah itu
dilakukan)” (Fathul-Bari). Maksud Imam an-Nawawi ialah; merungkai sihir itu mungkin
ada maslahah (kebaikan), namun kerana mafsadah (kehajatan) yang akan timbul lebih
besar lagi, maka Nabi memutuskan untuk tidak mengambil kebaikan itu bagi menutup
mafsadah yang lebih besar tadi.
5. Menurut Imam Ibnu Qayyim –rahimahullah-; di antara ubat yang paling bermanfaat
dan paling kuat untuk merungkai dan melawan sihir –di mana sihir itu adalah kesan dari
roh-roh kotor- ialah ubat-ubat ilahiyah yang terdiri dari zikir, doa dan bacaan al-Quran.
Orang yang memiliki hati yang sentiasa ingat Allah, dimakmurkan dengan zikrullah dan
95
100 HADIS PENGUBATAN NABI
ia mempunyai wirid harian dari zikir, doa dan tawajjuh kepada Allah, orang itu memiliki
benteng-benteng yang menahan sihir dari mengenainya. Kesan sihir hanya boleh
menembusi hati yang lemah. Kerana itu kebiasaan yang terkena sihir ialah wanita, kanak-
kanak dan orang-orang jahil. Roh-roh jahat yang menjadi punca sihir hanya mampu
memberi kesan kepada jiwa-jiwa manusia yang ada kesesuaian dengannya. Namun Imam
Ibnu Hajar mengkomentar; apa yang disebut oleh Ibul-Qayyim itu adalah apa yang
menjadi kebiasaan. Dalam kes-kes terpencil ada juga orang-orang yang kuat imannya dan
hampir dengan Allah yang terkena sihir. Contoh paling hampir ialah Nabi sendiri dalam
hadis di atas. Baginda adalah orang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah, paling
benar tawajjuhnya kepada Allah, begitu juga wiridnya, namun dalam pada itu baginda
juga terkena sihir. Bagi kes Nabi, sihir yang berlaku kepada baginda itu adalah untuk
menjelaskan harus berlakunya sihir (yakni sihir bukanlah suatu yang mustahil untuk
berlaku kepada sesiapa sahaja). (Fathul-Bari).
HADIS 101
Ulasan;
1. Dalam hadis di atas Nabi menyebutkan bahawa sihir adalah tergolong dalam tujuh
dosa yang memusnahkan manusia. Menurut Imam Malik dan Ahmad; hukum bagi ahli
sihir ialah sama seperti hukum ke atas seorang zindiq iaitu tidak diterima pengakuan
taubatnya dan ia hendaklah dikenakan hukuman had dengan dibunuh jika terbukti
96
100 HADIS PENGUBATAN NABI
perbuatan sihirnya. Adapun menurut mazhab Syafi‟ie; ahli sihir tidaklah dikenakan
hukuman bunuh kecuali dengan ia mengaku melakukan sihir dan sihirnya itu
menyebabkan kematian. Imam an-Nawawi menjelaskan; Jika sihir yang dilakukan
membabitkan ucapan dan perbuatan kufur, menjadi kafirlah ahli sihir yang
melakukannya. Jika ia bertaubat, taubatnya diterima mengikut mazhab Syafi‟ie. Jika
dalam amalan sihirnya itu tidak ada yang mengandungi ucapan atau perbuatan kufur, ia
dikenakan hukuman takzir dan diminta bertaubat. (Fathul-Bari).
Sihir ucapan
HADIS 102
Dari Abdullah bin „Umar –radhiyallahu „anhuma- menceritakan; Ada dua orang lelaki
tiba dari Timur, lalu mereka berkhutbah dan orang ramai berasa terpegun dengan gaya
ucapan mereka. Maka Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Sesungguhnya
ada sesetengah gaya ucapan adalah seperti sihir”. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)
Ulasan;
1. Maksud hadis ialah ada ucapan yang diucapkan manusia memberi kesan seperti sihir
iaitu memukau dan menarik perhatian manusia, atau tidak mampu ditandingi orang lain.
Ucapan menyihir atau memukau ini ia adalah terpuji jika digunakan untuk kebaikan dan
tercela jika digunakan untuk kebatilan. („Aunul-Ma‟bud, juz. 11, bab al-Mutasyaddiq fi
al-Kalam).
HADIS 103
97
100 HADIS PENGUBATAN NABI
berupaya memudaratkannya pada hari tersebut sebarang racun dan juga sihir”. (Soheh al-
Bukhari, kitab at-Thib)
Ulasan;
2. Adakah manfaat penjagaan diri dari racun dan sihir tersebut hanya khusus bagi tamar
„ajwah sahaja atau merangkumi semua jenis tamar?
a) Rata-rata ulamak berpandangan; ia adalah manfaat khusus bagi tamar „ajwah sahaja.
Menurut Imam al-Khtattabi –rahimahullah-; “Kedudukan tamar „ajwah yang memberi
manfaat untuk menjaga tubuh dari kesan racun dan sihir adalah berkah doa Nabi untuk
tamar Madinah, bukan kerana khasiat yang ada dalam buah tamar”. Imam Nawawi –
rahimahullah- juga menyebutkan; “Dalam hadis tersebut dikhususkan tamar „ajwah bagi
manfaat yang disebutkan (yakni penjagaan dari racun dan sihir)”. Imam al-Qurtubi –
rahimahullah- juga berpandangan yang sama di mana kata beliau; “Hadis-hadis secara
zahirnya mengkhususkan tamar „ajwah Madinah sahaja untuk menangkis racun dan
menghapuskan sihir. Ia termasuk dalam bab perkara-perkara khusus yang tidak dapat
difahami dengan qiyas yang bersifat dzanni”. (Fathul-Bari).
b) Namun ada juga ulamak berpandangan; ia merangkumi semua jenis tamar. Pandangan
ini disebut oleh Imam al-Karmani –rahimahullah- dalam Syarahnya tanpa menyatakan
siapa yang berpandangan sebegini. (al-Kawakib ad-Darari).
HADIS 104
98
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Dari Abi Salamah –rahimahullah- yang menceritakan dari Abu Hurairah –radhiyallahu-
yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu „alaihi wasallam- telah bersabda; “Tidak ada
jangkitan penyakit (tanpa takdir Allah-pent.), tiada alamat sial sesuatu, tiada sial burung
terbang malam (atau tiada ruh orang mati dibunuh yang menuntut bela) dan tiada Safar.
Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa”. Lalu seorang
A‟rabi berkata; “Ya Rasulullah, bagaimana pandangan kamu dengan sekumpulan unta
yang yang berada di padang pasir, tangkas seumpama kijang, lalu mereka didatangi oleh
seekor unta yang berpenyakit kulit, unta itu masuk bersama mereka dan mencampuri
mereka, lantas ia menyebabkan semua mereka berpenyakit kulit”. Baginda menjawab;
“Siapa pula yang mengenakan penyakit kepada unta yang pertama itu?”. Berkata Abu
Salamah; Aku mendengar pula Abu Hurairah berkata pada kesempatan lainnya;
Rasulullah bersabda; “Janganlah orang yang mempunyai unta sakit membawa datang
untanya kepada orang yang mempunyai unta sihat”. Abu Hurairah mengingkari hadis
yang ia ucapkan pertama tadi. Lalu kami berkata; Bukankah kamu juga yang
menyampaikan (hadis); “Tiada jangkitan)”?. Lantas Abu Hurairah bercakap dengan
bahasa yang tidak difahami dalam bahasa Habsyah (kerana marahkan dirinya sendiri yag
melupai hadis Nabi). Abu Salamah berkata; “Aku tidak pernah melihat Abu Hurairah
melupai hadis melainkan hadis itu sahaja”. (Mukhtasar Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib(
Ulasan;
1. ‘Adwa;
„Adwa bermaksud jangkitan, yakni penyakit yang boleh berpindah dari pengidapnya
kepada orang lain seperti penyakit kulit atau lainnya. Orang-orang Arab dahulu
mempercayai bahawa penyakit itu sendiri mempunyai kuasa untuk berpindah atau
berjangkit kepada orang lain lain atau kepada binatang lain (jika sesama binatang). Maka
Nabi ingin membentulkan tanggapan mereka dengan menegaskan “Tidak ada jangkitan
penyakit”, yakni tidak ada penyakit yang boleh berjangkit dengan sendiri melainkan
Allah yang mentakdirkan. (Tuhfah al-Ahwazi, juz. 5, bab ma ja-a fi „adwa wa haamah wa
shafar).
99
100 HADIS PENGUBATAN NABI
3. Haamah;
4. Safar;
Ada dua makna bagi kalimah Safar dalam hadis di atas mengikut yang dijelaskan oleh
ulamak;
a) Ia memberi makna penyakit yang menimpa perut yang disebabkan oleh sejenis
cacing yang boleh berjangkit. Menurut orang-orang Arab; ia lebih mudah
berjangkit dari penyakit kulit. Berdasarkan makna ini, maka ucapan Nabi “Tiada
Safar” maksudnya ialah tiada penyakit Safar yang dapat berjangkit dengan sendiri
melainkan dengan takdir Allah. Tujuan Nabi ialah untuk menafikan kepercayaan
orang-orang Arab tentang jangkitan penyakit sebagaimana „Adwa tadi.
b) Ia memberi makna bulan Safar. Orang-orang Arab mengharamkan bulan Safar dan
menghalalkan bulan Muharram (yakni mereka menganjak pengharaman bulan
Muharram kepada bulan Safar, atau menukar bulan Haram dari bulan Muharram
ke bulan Safar), maka dengan sabdanya itu Nabi ingin menolak perbuatan mereka.
(Tuhfah al-Ahwazi (juz. 5, bab ma ja-a fi „adwa wa haamah wa shafar), Syarah Soheh
Muslim (juz. 7, bab la „adwa wala tiyarata….)).
5. Juzam;
Juzam adalah penyakit kusta (leprosy). Di dalam hadis di atas, Nabi menyuruh agar kita
menjauhi orang berpenyakit juzam sejauh-jauhnya. Namun terdapat hadis yang
menceritakan; Nabi makan bersama orang yang berpenyakit juzam. Antaranya;
100
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Oleh kerana berlaku pertembungan antara hadis di atas, para ulamak berbeza pandangan
dalam masalah ini;
a) Sebahagian ulamak berpandangan; hadis pertama tadi adalah mansuh. Di antara
yang berpandangan sebegini ialah Saidina Umar di mana beliau turut melakukan
sebagaimana Rasulullah iaitu makan bersama orang berpenyakit kusta tanpa ragu
dan bimbang.
b) Jumhur ulamak berpandangan; hadis pertama di atas tidak mansuh, cuma untuk
memadankan dengan hadis yang kedua, hendaklah difahami arahan Nabi dalam
hadis tertama itu (iaitu arahan supaya menjauhi orang berpenyakit juzam) sebagai
arahan sunat dan ihtiyat, yakni digalakkan menjauhinya sebagai langkah berjaga-
jaga dari jangkitan, namun jika ingin mendekatinya tidaklah diharamkan
berdalilkan hadis yang kedua tadi.
(„Aunul-Ma‟bud, juz. 8, bab Fi at-Thiyarah).
Rasulullah diracuni
HADIS 105
Ulasan;
1. Dalam riwayat yang lain diceritakan bahawa Nabi berbekam setelah termakan daging
beracun itu. Diceritakan oleh „Abdullah bin Jabir –radhiyallahu „anhu-;
101
100 HADIS PENGUBATAN NABI
“Seorang wanita Yahudi di Khaibar telah meletakkan racun ke dalam daging kambing
yang dipanggang. Kemudian ia menghadiahkannya kepada Rasulullah –sallallahu „alaihi
wasallam-. Rasulullah pun memakan daging tersebut dengan turut disertai beberapa
sahabatnya. Tiba-tiba Nabi berkata kepada sahabat-sahabatnya; “Angkat tangan kamu
dari daging tersebut?”. Rasulullah kemudian menghantar seseorang memanggil
perempuan Yahudi tersebut. Nabi bertanya beliau; “Adakah kamu telah meracuni daging
kambing ini?”. Ia bertanya semula; „Siapa yang memberitahu kamu?‟. Nabi menjawab;
“Daging di tanganku ini”. Akhirnya ia mengaku; “Ya”. Nabi bertanya kepadanya; “Apa
tujuan kamu ingin meracuniku”. Ia menjawab; “Aku berkata (pada diriku); „Jika
Muhammad itu benar seorang Nabi pasti racun itu tidak akan memudaratkannya. Jika ia
bukan Nabi (yakni seorang pendusta), kami akan bebas darinya‟”. Nabi memaafkannya
dan tidak menghukumnya. Sebahagian sahabat yang makan daging itu ada yang mati.
Nabi selepas itu berbekam di belakangnya di bahagian pangkal leher (kahil) untuk
mengubati kesan racun dari memakan daging kambing tersebut. Orang yang
membekamnya ialah Abu Hindun -Maula Bani Bayadhah- dari puak Ansar. Beliau
membekam menggunakan tanduk dan pisau. (Riwayat Imam Abu Daud).
102
100 HADIS PENGUBATAN NABI
Lalat
HADIS 106
Ulasan;
1. Berkata Imam al-Khattabi –rahimahullah-; “Ada orang-orang yang tidak memiliki ilmu
mempertikai hadis ini, di mana mereka berkata; “Bagaimana boleh berkumpul penawar
dan penyakit pada kedua-dua sayap lalat? Dan bagaimana lalat itu sendiri mengetahui
hal itu pada dirinya hingga (pada ketika ia terjun ke dalam bekas air) ia mendahulakan
sayap yang mengandungi penyakit dan mengkemudiankan sayap yang ada penawar? Apa
yang mendorongnya untuk berbuat demikian?”. Imam al-Khattabi menjawab; “Ini adalah
pertanyaan orang jahil atau pura-pura jahil. Banyak haiwan yang menggabungkan dua
sifat yang bertentangan. Allah telah menggabungkan keduanya dan menjadikannya satu,
bahkan menjadikan sebahagiannya sebagai kekuatan haiwan tersebut. Dialah yang
mengilhamkan lebah untuk membuat sarang yang menakjubkan untuk menghasilkan
madu di dalamnya. Dialah yang mengilhamkan kepada semut untuk mengumpulkan
makanan guna memenuhi keperluannya dan membelah bijian supaya tidak tumbuh
(dalam simpanan). Tentulah Allah maha berkuasa untuk mengilhamkan kepada lalat
untuk mendahulukan satu sayap dan mengkemudiankan yang satu lagi”. (Fathul-Bari,
kitab at-Thib).
Wallahu a‟lam.
103
100 HADIS PENGUBATAN NABI
IJAZAH ILMIAH
Segala pujian dan sanjungan milik Allah. KepadaNya kita menyembah dan kita
mengharap pertolongan. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad,
para sahabat serta ahli keluarganya.
Saya dengan ini mengijazahkan buku ini dan riwayat saya bagi kitab Soheh al-Bukhari
(sebagaimana di awal buku ini) kepada ____________________________ yang telah
membaca/mendengar buku ini (dari awal hingga akhir) di hadapan saya dalam majlis
yang diadakan pada ___________________ bertempat di _________________________
dengan pesanan hendaklah beliau berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah,
beramal dengan keduanya, menyampaikannya mengikut yang termampu dan tidak lupa
mendoakan para alim ulamak, guru-guru/syeikh-syeikh dan para pemimpin Islam yang
banyak berjasa kepada agama dan ummah.
………………………………………….
USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL
MUDIR MANHAL-HPA
Tarikh; ____________________
104