Anda di halaman 1dari 3

DOA MAJLIS PERKAHWINAN ATAU WALIMATUL

'URUS
Posted by : ‫أمير الشفيق‬Monday, June 20, 2016

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


‫مـن الرَّ ح ِْي ِم‬
ِ ْ‫هللا الرَّ ح‬ ِ ‫ِب سْ ِم‬
َ ‫ك ْال َح مْ ُد َك َم ا َي ْن َب ِغ يْ ل َِج الَ ِل َو جْ ِه‬
‫ك‬ َ ‫ِهلل َر بِّ ْال َع الَ ِم ْي َن َح ْم ًد ا ي َُو افِى ن َِع َم ُه َو ي َُك افِئُ َم ِز ْي دَ هُ َي‬
َ َ‫ار ب ََّن ا ل‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
ِ ‫ص الَ ًة ُت ْن ِج ْي َن ا ِب َه ا ِم ْن َج ِم ْي ِع ْا ألَ هْ َو‬
‫ال‬ َ ‫ص لِّ َو َس ل ِّْم َعلَ ى َس ي ِِّد َن ا م َُح َّم ٍد‬ َ ‫ اَللَّ ه َُّم‬. ‫ِك‬َ ‫لك ِر ْي ِم َو َع ظِ ْي ِم ُس ْل َط ان‬ َ ‫ْا‬
َ
‫ك أ عْ لَ ى‬ ِ ‫ات َو ُت َط هِّ ُر َن ا ِب َه ا ِم ْن َج ِم ْي ِع ال َّس ي َِّئ‬
َ ‫ات َو َت رْ َف ُع َن ا ِب َه ا عِ ْن َد‬ ِ ‫اج‬ ْ
َ ‫ت َو َت ْق ضِ يْ لَ َن ا ِب َه ا َج ِم ْي َع ال َح‬ َ ‫َو ْا‬
ِ ‫آلف ا‬
َ ‫ات َو َع لَ ى َءال ِِه َو‬
‫ص حْ ِب ِه‬ ِ ‫اة َو َب عْ دَ ْال َم َم‬ ِ ‫ات فِى ْال َح َي‬ ِ ‫ات ِم نْ َج ِم ْي ِع ْال َخ ْي َر‬ َ ‫ص ى ْا‬
ِ ‫لغ َاي‬ َ
َ ‫ات َو ُت َب ل ُِّغ َن ا ِب َه ا أ ْق‬
ِ ‫الد َر َج‬ َّ
‫اء َو ْال مُرْ َس ل ِْي َن سيدنا‬ ِ ‫ص الَ ةُ َو ال َّس الَ ُم َعلَ ى أَ ْش َر فِ ْا ألَ ْن ِب َي‬ َّ ‫ِهلل الَّ ِذ ى جعل لنا متزوجين َو ال‬ ِ ‫ اَ ْل َح ْم ُد‬. ‫أَجْ َم ِع ْي َن‬
‫محمد رحمة للعالمين َو َع لَ ى َءال ِِه الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين‬
Alhamdulillahi-ladzi ja'alalana ma'tzujin was'shola-tu-wasalamu
'ala assrrofil-anbiya-iwalmur-salinna-saidina muhammad , rahmatil'allamin wa'alla -a'alihi adho-
hirin-wasohbihi alladzhi-na-ka-lana-jumalamukhtadin
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan.
Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta
keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah, pada petang yang berkat ini, kami
berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis
perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna
bagi pernikahan anakanda mereka.
‫اَللَّ ه َُّم َي ا َر ِح ْي ُم َي ا َو ُد ْو ُد ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan
dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang
diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan
ini adalah dengan izinMu.Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah
rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup
berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-mudahan
perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan
hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.
،‫ار ه‬ َ ‫اج َر َو َس‬ َ ‫اه ْي َم َو َه‬ ِّ ‫اء َو‬
ِ ‫ َو َب ْي َن إِ ْب َر‬  ،‫الط ْي ِن َو َب ْي َن آدَ َم َو َح َّو اء‬ َ ‫لع ُر ْو َس ْي ِن َك َم ا أَلَّ ْف‬
ِ ‫ت َب ْي َن ْال َم‬ َ ‫ف َب ْي َن ْا‬ ْ ِّ‫اَللَّ ه َُّم أَل‬
‫ َو َب ْي َن َس ِّي ِد َن ا‬،‫ان َو َب ْل ق ِْي س‬َ ‫ َو َب ْي َن ُس لَ ْي َم‬،‫ص فُ ْو َر ه‬َ ‫ َو َب ْي َن م ُْو َس ى َو‬، ‫ب َو َر حْ َم َة‬ َ ‫ َو َب ْي َن أَي ُّْو‬،‫ف َو ُز لَ ْي َخ ة‬ َ ‫َو َب ْي َن ي ُْو ُس‬
َ
‫ِك َي ا أ رْ َح َم‬ َ َ
َ ‫هللا َع ل ْي ِه نَّ أ جْ َم ِع ْي َن ِب َر حْ َم ت‬ ِ ُ‫ات ِر ضْ َو ان‬ ْ
ِ ‫ص لَّ ى هللا َُع ل ْي ِه َو َس ل َم َو ز ْو َج ات ِِه ال مُط ه ََّر‬
َ َ َّ َ َ ‫م َُح َّم ٍد‬
. ‫الرَّ اح ِِم ْي َن‬
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan
hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam &
Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah,
Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Siti Khadijah. Ya Allah,
satukanlah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang
mendambakan rahmatMu.

‫ص ْو ًم ا َو الَ َت جْ َع ْل ِف ْي َن ا َو الَ َم َع َن ا َش ق ًِّي ا‬ُ ْ‫اَللَّ ه َُّم اجْ َع ْل َج ْم َع َن ا َه َذ ا َج ْم ًع ا َم رْ ُح ْو ًم ا َو َت َف رُّ َق َن ا ِم ْن َب عْ ِد ِه َت َف رُّ ًق ا َم ع‬


‫ص لَّ ى‬
َ ‫ار َو‬ ِ ‫الن‬ َّ ‫اب‬ َ ‫الد ْن َي ا َح َس َن ًة َو فِى ْا آلخ َِر ِة َح َس َن ًة َو ق َِن ا َع َذ‬ ُّ ‫ َر ب ََّن ا َءات َِن ا فِى‬ . ‫َو الَ َم حْ ُر ْو ًم ا َي ا أَ ْك َر َم ْا ألَ ْك َر ِم ْي َن‬
ِ ‫ص حْ ِب ِه أَجْ َم ِع ْي َن َو ْال َح مْ ُد‬
‫ِهلل َر بِّ ْال َع الَ ِم ْي َن‬ َ ‫هللا ُ َع لى َس ي ِِّد َن ا م َُح َّم ٍد َو َع لَ ى َء ال ِِه َو‬
Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan
kepadaMu Ya Allah. Kami berlindung kepada Mu Allah daripada segala kesalahan dan
keterlanjuran kami. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah
semata-mata yang tiada sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
adalah hamba dan rasulNya. Bersempena dengan majlis walimah ini, kami memohon inayah
dan rahmatMu. Ya Allah, agar dikurniakan kepada kedua mempelai yang diraikan tengahari ini,
iaitu WAN MUHAMMAD FAZRI BIN W. MD SAZALI dan NUR HAZWANI BT MOHD ZAIN,
kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman lagi bertaqwa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah menjadikan
semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU, Maha suci Tuhan Yang telah
menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh
bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.
Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan
mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-
menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah
kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan
tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang,
persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pasangan yang diraikan dalam walimatul’urus ini telah
menunaikan salah satu suruhan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabda baginda
yang bermaksud: “Sejahtera ke atas kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah
memilih untuk menutup jalan maksiat”. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan warisan
anak-pinak yang banyak kepada mereka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah orang yang
bernikah berbanding mereka yang hidup bujang dan betapa Islam memuliakan mereka yang
memilih jalan pernikahan daripada mereka yang masih terdedah dengan pintu-pintu
kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang haram menjadi halal, yang maksiat
menjadi ibadah, yang keji menjadi suci terpuji.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan
cinta sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya.
Engkau semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini.
Jadikanlah pasangan ini merpati dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya.
Engkau tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar
apapun badai yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang
berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta mereka keranaMu ya
Allah. Kami merakamkan ucapan Barakallahulakum Wa Baraka’Alaikum Wa Jama’a Bainakuma
Fil Khair (Mudah-mudahan Allah melimpahkan barakah kepada pasangan yang diraikan
perkahwinan mereka hari ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan
mempertemukan mereka dalam kebaikan.

ْ‫اَللَّ ه َُّم اجْ َع ْل َج ْم َع َن ا َه َذ ا َج مْ عً ا َم رْ ُح ْو ًم ا َو َت َف رُّ َق َن ا ِم ن‬  ‫ض‬ ِ ْ‫ات َو األَ ر‬ ِ ‫مـو‬ َ ‫اَللَّ ه َُّم َي ا َح َّن انُ َي ا َم َّن انُ َي ا َب ِد ْي َع ال َّس‬
‫الد ْن َي ا‬
ُّ ‫ر ب ََّن ا َءات َِن ا فِى‬. َ   ‫ َت جْ َع ْل ف ِْي َن ا َو الَ َم َع َن ا َش ق ًِّي ا َو الَ َم ْط ُر ْو ًد ا َو الَ َم حْ ُر ْو ًم ا‬  َ ‫ص ْو ًم ا َو ال‬ ُ ْ‫َب عْ ِد ِه َت َف رُّ ًق ا َم ع‬
َ َ ‫َح َس َن ًة َو فِى ْا آلخ َِر ِة َح َس َن ًة َو ق َِن ا َع َذ‬
َّ‫ار َي ا َع ِز ْي ُز َي ا َغ َّف ا ُر َي ا َر ب‬ ِ ‫ َو أ ْد خ ِْل َن ا ْال َج َّن َة َم َع ْا الَ ْب َر‬  .‫الن ار‬
َّ ‫اب‬
‫ت‬َ ‫ك أَ ْن‬ َ   ‫ر بَّنا َ َظ لَ ْم نا َ أَ ْن فُ َس َن ا َو إِ ْن لَّ ْم َت ْغ فِرْ لَ َن ا َو َت رْ َح مْ َن ا لَ َن ُك ْو َن نَّ ِم َن ْال َخ اسِ ِر ْي َن‬.
َ ‫ر ب ََّن ا َت َق َّب ْل ِم َّن ا إِ َّن‬. َ   ‫ْال َع الَ ِم ْي َن‬
‫ص حْ ِب ِه‬ َ ‫ص لَّ ى هللا ُ َع لَ ى َس ي ِِّد َن ا م َُح َّم ٍد َو َع لَ ى َءال ِِه َو‬ َ ‫ َو‬ .  ُ‫الت َّو ابُ الرَّ ِح ْي م‬ َّ ‫ت‬ َ ‫ك أَ ْن‬ َ ‫ال َّس ِم ْي ُع ْال َع ل ِْي ُم َو ُت بْ َعلَ ْي َن ا إِ َّن‬
ْ ِّ‫ َر ب‬  ِ ‫أَجْ َم ِع ْي َن َو ْال َح مْ ُد ِهلل‬
. ‫ال َع الَ ِم ْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai