Anda di halaman 1dari 9

Bahagian A.

Jawab semua soalan di dalam kertas jawapan yang disediakan.

1. Antara berikut, kerajaan manakah yang merupakan kerajaan terawal diasaskan di negara
kita?
A Perlis C Kelantan
B Kedah D Negeri Sembilan

2. Berikut merupakan dua pembesar Melayu di Kedah

● Tan Dermadewa
● Tun Perkasa

Apakah sumbangan kedua-dua pembesar tersebut?

A Mengasaskan daerah Alor Setar
B Membina pelabuhan di Sungai Mas
C Mencadangkan pembinaan Kota Seputih
D Menghadap dan melantik Maharaja Derbar Raja menjadi Raja Kedah

3. Mengapakah pemerintahan Kelantan berpecah kepada dua wilayah pada tahun 1670?
A Pertelingkahan pemerintah
B Memudahkan pentadbiran
C Ditawan oleh negara asing
D Kemangkatan Raja Bahar

4. Berikut merupakan satu peristiwa

Tahun Peristiwa
1830 Pertabalan Yamtuan Radin sebagai pemerintah Negeri
Sembilan

Apakah kesan akibat peristiwa tersebut?

A Berakhirnya tradisi melantik pemerintah dari Minangkabau
B Penggabungan sembilan buah kawasan membentuk Negeri Sembilan
C Seri Menanti menjadi tempat bersemayam Yamtuan Besar Negeri Sembilan
D Bermulanya sistem pewarisan takhta menggunakan adat Temenggung

5. Bagaimanakah Perlis mengekalkan hubungan yang baik dengan kerajaan Siam?

A Memberi ufti setahun sekali
B Membayar cukai tahunan yang banyak
C Menghantar bunga emas tiga tahun sekali
D Memberi bantuan ketenteraan kepada Siam

1
6. Apakah antara sumbangan Sultan Muhyiddin Mansur Shah kepada negeri Perlis?
A Membina Kota Sena
B Membentuk mukim Arau
C Membangunkan Kota Kayang
D Membina pelabuhan Kuala Perlis

7. Antara berikut, kerajaan manakah yang menjalinkan hubungan diplomatik menerusi

perkahwinan?
A Kelantan dan Perlis
B Kelantan dan Melaka
C Terengganu dan Perlis
D Negeri Sembilan dan Kedah

8. Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan asas kerajaan Melayu menjalinkan
hubungan luar?
I Mengaut kekayaan III Memperkukuh kedaulatan
II Mnguasai Selat Melaka IV Mendapatkan pengiktirafan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

9. Antara berikut, yang manakah menunjukkan padanan yang betul?

Negeri Pelabuhan
A Perlis Sungai Merbok
B Kedah Sungai Linggi
C Kelantan Pangkalan Permata
D Negeri Sembilan Lembah Bujang

10.
● Undang Sungai Ujong ● Undang Jelebu

● Undang Johol ● Undang Rembau

Pembesar di atas bersetuju menghantar utusan bagi menjemput pemerintah dari

Minangkabau. Apakah nilai yang berkaitan dengan persetujuan pembesar tersebut?
A Menghormati peraturan kerajaan C Permuafakatan dalam membuat keputusan
B Bertanggungjawab terhadap negara D Gigih mempertahankan sempadan wilayah

11. Antara berikut, pemerintah kerajaan manakah yang menggunakan gelaran sultan?
I Perlis III Kelantan
II Kedah IV Negeri Sembilan

A I dan II C II dan III

B I dn IV D III dan IV

2
12. Bagaimanakah penghulu dapat membantu melancarkan sistem pemerintahan negeri
Kedah, Kelantan dan Perlis?
A Mengutip cukai setiap jajahan dan daerah
B Menyampaikan permasalahan rakyat kepada pemerintah
C Bertanggungjawab mengetuai semua upacara agama Islam
D Berperanan merangka undang-undang bagi sesebuah mukim

13. Berikut merupakan upacara yang terlibat dalam “adat Z”

● Sebagai pengiktirafan kepada individu yang berjasa

● Disempurnakan ketika hari sambutan keputeraan pemerintah

Apakah “adat Z”?

A Keputeraan diraja C Majlis pemasyhuran
B Istiadat pertabalan D Penganugerahan bintang hari sambutan keputeraan
pemerintah

14. Berikut merupakan isi kandungan dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Hikayat Pengasasan kerajaan Kedah

Merong
Mahawangsa
Pembukaan kota pentadbiran

X
Apakah X?
A Alat kebesaran diraja C Pengislaman pemerintah
B Perkembangan ekonomi D Kisah peperangan kerajaan Kedah

15. Mengapakah rumah tradisional Melayu mempunyai ketahanan yang tinggi?

A Dibina tinggi daripada tanah
B Dibina daripada atap rumbia
C Mempunyai tebar layar yang unik
D Dibina menggunakan kayu tempatan yang tahan perubahan cuaca

16. Berikut merupakan antara kesenian dari kerajaan Perlis dan Kedah
● Awang Batil

● Mek Mulung

Apakah persamaan kedua-dua kesenian di atas?

A Memberi pengajaran dan menghiburkan rakyat

B Ukiran yang digunakan pada istana dan masjid
C Sejenis seni mempertahankan diri
3
D Hasil kraf tangan masyarakat

17. Mengapakah Adat Perpatih menggalakkan perkahwinan luar suku?

A Melahirkan zuriat yang bijak pandai
B Memudahkan urusan pewarisan pusaka
C Memastikan rumah tangga kekal Bahagia
D Mewujudkan hubungan persaudaraan antara suku

18. Apakah peranan “orang semenda” di Negeri Sembilan?

I Menjaga tanah pusaka milik isteri
II Mengendalikan urusan peminangan
III Menghafal asal usul kelompok keluarga
IV Menyelesaikan pertelingkahan antara suku

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

19. Mengapakah istiadat penganugerahan darjah kebesaran oleh Sultan dan Raja diwarisi
hingga kini?
A Berkongsi kesejahteraan negeri
B Mendaulatkan pemerintahan beraja
C Peruntukan dalam undang-undang negeri
D Lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat.

20. Apakah peranan undang-undang dalam pemerintahan sesebuah kerajaan?

A Menjamin keadilan
B Menjadi lambang perpaduan
C Mengelak ancaman pihak luar
D Mengekalkan kedudukan pembesar

21. Berikut menunjukkan suatu peristiwa

Abad Peristiwa
Ke 14 Kesultanan Melayu Brunei menjalinkan persahabatan
dengan Kerajaan Sambas

Apakah kesan akibat peristiwa tersebut?

A Kerajaan Melayu Brunei memiliki beberapa wilayah di Sabah
B Kerajaan Melayu Brunei memiliki beberapa wilayah di Sarawak
C Kerajaan Melayu Brunei berjaya menguasai keseluruhan Sabah
D Kerajaan Melayu Brunei berjaya menguasai keseluruhan Sarawak

22. Mengapakah Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu mulai mengalami
kemerosotan pada abad ke 17?
A Persaingan dengan kuasa Barat
B Persaingan dengan kerajaan Siam
C Kemangkatan pemimpin yang berwibawa
D Peperangan sesama sendiri untuk menambah keluasan tanah jajahan
4
23. Apakah peranan Bobohizan dan Babalian bagi masyarakat Sabah?
A Mentadbir wilayah di muara sungai
B Memilih pemimpin bagi setiap kaum
C Menyelesaikan pertelingkahan kaum
D Mengurus soal adat dan pentang larang

24. Berikut merupakan dua tokoh di Sabah

● Syarif Osman

● Datu Kurunding

Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

A Menyumbang kepada kepesatan perdagangan di Sabah
B Mentadbir wilayah Sabah di muara sungai
C Wakil raja untuk memerintah Sabah
D Berasal dari keturunan Arab Syarif

25. Antara berikut, yang manakah merupakan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kaum
Bisaya?
I Menanam padi III Memburu haiwan liar
II Mengutip hasil hutan IV Menanam buah-buahan dan sayur-sayuran

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dn IV

26. Gambar di bawah menunjukkan sebuah pesta yang disambut oleh masyarakat di Sabah.

Antara berikut, kaum manakah yang menyambut pesta tersebut?

A Kadazandusun C Bajau/ Sama
B Orang Sungai D Murut

27. Rajah berikut merupakan seni bina X oleh masyarakat di Sarawak.

5
Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi seni bina X ?
I Pusat ritual III Kubu pertahanan
III Rumah kediaman IV Menyimpan tengkorak dan senjata

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

28. Apakah bentuk pemerintahan tempatan di Sarawak dan Sabah?

I Pentdbiran lembah sungai III Pentadbiran pembesar
II Pentadbiran pedalaman IV Pemerintahan beraja

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

29. Merujuk gambar di bawah, apakah maksud lambang Patung Burung Kenyalang?

A Melambangkan kaum Iban C Melambangkan perpaduan kaum Iban

B Melambangkan senjata kaum Iban D Melambangkan kepahlawanan kaum Iban

30. Merujuk gambar di bawah, namakan hasil kesenian Orang Ulu di Sarawak.

A Pua Kumbu C Sape

B Terendak D Tiang Totem

6
Bahagian B.
Jawab semua soalan

1. Rajah berikut menunjukkan hierarki pemerintahan dalam Adat Perpatih.

Yamtuan
Besar

Anak Buah dan Ibu Soko

(a) Nyatakan jawatan X , Y dan Z

(i) X : _________________________________
(ii) Y : _________________________________
(iii) Z : _________________________________ ( 3 markah)

(b) Nyatakan satu peranan bagi jawatan X, Y dan Z

(i) Peranan X : ____________________________________________________

(ii) Peranan Y : ____________________________________________________
(iii) Peranan Z : ____________________________________________________
( 3 markah)
(c) Berdasarkan pengetahuan anda, berikan empat sebab mengapa kita perlu
mempertahankan warisan Adat Perpatih?

(i) ______________________________________________________________
(ii) ______________________________________________________________
(iii) ______________________________________________________________
(iv) ______________________________________________________________
( 4 markah)

7
2.
Sungai merupakan nadi kehidupan kepada masyarakat di Sarawak dan Sabah

(a) Nyatakan satu kaum di Sarawak dan dua kaum di Sabah yang menetap di lembah
sungai.
(i) Sarawak : ____________________
(ii) Sabah : ____________________ dan _______________________
(3 markah)

(b) Mengapakah sungai penting kepada masyarakat di Sarawak dan Sabah?

____________________________________________________________________

(c) Cadangkan tiga usaha yang boleh dilakukan untuk memelihara dan memulihara
sungai agar ia dapat digunakan oleh generasi akan datang.
(i)__________________________________________________________________
(ii)__________________________________________________________________
(iii)_________________________________________________________________
(3 markah)
________________________________________________________________________________
Bahagian C
Jawab semua soalan

1. Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke 15. Sejak itu, Kesultanan Melayu
Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam yang unggul di Alam
Melayu.

(a) Jelaskan bagaimana agama Islam disebarkan ke Kesultanan Melayu Melaka dan
kerajaan sekitarnya? (8 markah)

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

8

(b) Huraikan kesan penyebaran agama Islam kepada Kesultanan Melayu Melaka.
(6 markah)

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

(c) Berdasarkan pengetahuan anda, terangkan sumbangan agama Islam terhadap

pembangunan dan kecemerlangan Malaysia masa kini. (6 markah)

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai