Anda di halaman 1dari 4

SMKSBS 14DEC2020

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN


SEJARAH TINGKATAN 2
LATIHAN OBJEKTIF
BAB 8 – BAB 10

Jawab semua soalan.

1. Apakah kerajaan yang diasaskan oleh keturunan raja yang datang dari Parsi?
A Kerajaan Perlis
B Kerajaan Kedah
C Kerajaan Kelantan
D Kerajaan Negeri Sembilan

2. Apakah alat kebesaran diraja yang diiktiraf bersama-sama pertabalan Raja kedah yang
pertama?
A Nobat
B Tengkolok
C Pending diraja
D Tombak berambu

3. Apakah sumbangan Long Yunus terhadap pengasasan Kerajaan Kelantan?


A Mengagalkan serangan Siam
B Menyatukan wilayah yang berpecah
C Menggubal undang-undang pertama
D Menghadapi ancaman daripada Acheh

4. Empat Penghulu Luak telah menjemput seorang putera Minangkabau ke Negeri Sembilan
pada tahun 1770.
Apakah tujuan jemputan tersebut?
A Menjadi penasihat sultan
B Mengetuai sistem pertahanan
C Melantiknya sebagai pemerintah
D Mengeratkan hubungan keagamaan

5. Pemerintah berikut telah berusaha menjamin keamanan Negeri Sembilan daripada campur
tangan kuasa luar.

Yamtuan Antah

Apakah kesan usaha baginda terhadap kemajuan negeri?


A Memantapkan sistem pentadbiran
B Mempelbagaikan hasil pengeluaran
C Memperluaskan hubungan perdagangan
D Menyatukan daerah jajahan dan taklukan
2

6. Menapakah aspek persamaan keserumpunan menjadi asas hubungan luar negeri-negeri


Melayu?
A Memudahkan interaksi sesama kerajaan
B Menggalakkan penyebaran agama Islam
C Menjamin laluan keselamatan pedagang
D Mewujudkan pembentukan identiti bangsa

7. Long Gaffar dari kerajaan Reman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kelantan.
Apakah kepentingan lantikan tersebut?
A Mengekalkan keamanan negeri
B Mengukuhkan pentadbiran negeri
C Menjamin penyebaran agama Islam
D Memperluaskan hubungan perdagangan

8. Perlis adalah negeri yang mengamalkan sistem beraja.


Rajanya yang pertama adalah ___________.
A Tuanku Syed Alwi Jamalullail
B Tuanku Syed Safi Jamalullail
C Tuanku Syed Hussin Jamalullail
D Tuanku Syed Hamzah Jamalullail

9. Bilakah Majlis Pemasyhuran pengganti Sultan atau Raja dilaksanakan?


A Semasa Sultan atau Raja turun dari tahta
B Semasa hari keuteraan pengganti Sultan atau Raja
C Selepas pemakaman Almarhum Sultan
D Sebelum pemakaman Almarhum Sultan atau Raja sebelumnya

10. Bilakah upacara penganugerahan pingat kebesaran akan dilaksanakan oleh negeri yang
mengamalkan sistem beraja di negara kita?
A Tarikh pertabalan Sultan
B Tarikh keputeraan Sultan
C Ulangtahun perkahwinan Sultan
D Ulangtahun pemasyhuran Sultan

11. Anda berpeluang menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan atau Raja di negara kita.
Apakah upacara awal yang akan dilakukan dalam upacara pertabalan tersebut?
A Mengucup keris
B Mempersembahkan naskah al-Quran
C Membawa watikah pertabalan
D Mempersembahkan alat kebesaran
3

12. Apakah motif awal yang menjadi tumpuan pegukir dalam penghasilan karya mereka
sebelum kedatangan Islam di negara kita?
A Motif flora
B Motif haiwan
C Motif matahari
D Motif alam

13. Antara berikut yang manakah keunikan Adat Pepatih?


I Perkahwinan sesama suku
II Jurai keturunan sebelah ibu
III Pelaksanaan hukuman bersifat pemulihan
IV Harta pusaka dibahagikan mengikut hokum syarak

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14. Pelantikan pemimpin di Negeri Sembilan berdasarkan Adat Pepatih.


Siapakah yang melantik Undang?
A Suku
B Luak
C Lembaga
D Perut

15. Apakah bukti kerajaan Sabah pernah menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan
Majapahit?
A Tembikar
B Pelabuhan Santubong
C Gendang gangsa
D Objek-objek emas

16. Antara berikut, yang manakah faktor pembentukan sistem pemerintahan di Sarawak dan
Sabah?
A Suku kaum
B Kawasan geografi
C Kebudayaan
D Adat resam
4

17. Sungai merupakan nadi uatama masyarakat di Sarawak dan Sabah. Buktikan.
A Sungai digunakan dalam kegiatan harian
B Sungai menjadi penghubung di setiap daerah
C Aktiviti perkapalan merupakan kegiatan utama
D Aktiviti menangkap ikan merupakan kegiatan utama

18. Apakah perayaan yang disambut oleh masyarakat Iban?


A Pesta Kaul
B Pesta Babalung
C Pesta Menuai
D Pesta Kaamatan

19. Apakah peranan Bobohizan dalam amsyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah?
A Melakukan upacara tarian Limbai
B Melakukan upacara menghias lepa
C Ketua kaum Kadazandusun dan Murut
D Melakuakn upacara meraikan semangat padi

20. Anatara berikut yang manakah fungsi rumah panjang?


A Mengadakan acara perayaan
B Mengelakkan serangan musuh
C Menyimpan senjata
D Menyimpan tengkorak

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai