Anda di halaman 1dari 13

SUKATAN KURIKULUM

TRAFIK DAN LALULINTAS

288
PENGENALAN

Kurikulum ini adalah satu garis panduan kepada semua anggota Jabatan Amal Perak khasnya anggota
Pasukan Trafik dan Lalulintas Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak. Ia adalah satu panduan yang
menyeragamkan cara, teknik dan sebagainya dalam kawalan trafik dan lalulintas.

OBJEKTIF AM

Memberikan satu garis panduan dan latihan khas trafik dan lalulintas kepada semua anggota Jabatan
Amal Malaysia Negeri Perak khasnya anggota Pasukan Trafik dan Lalulintas.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Memberikan pengetahuan cara-cara, teknik-teknik dan pelbagai prosedur kawalan trafik dan
lalulintas bagi semua anggota.
2. Menjadi garis panduan latihan anggota Pasukan Trafik dan Lalulintas.
3. Menambahkan profesionalisme anggota supaya menjalankan tugas dengan lebih seragam,
efisien dan dilihat lebih berketrampilan.

METHODOLOGI LATIHAN

1. Ceramah Teori Prosedur Kawalan Trafik dan Lalulintas


2. Tunjuk Cara Isyarat dan Prosedur Kawalan Trafik dan Lalulintas

ISI KANDUNGAN KURIKULUM

1. Peraturan – peraturan dan bidang kuasa Pasukan Trafik dan Lalulintas Jabatan Amal Perak
1.1 Jabatan Amal Perak tidak mempunyai apa-apa kuasa di dalam bidang kuasa undang-undang
Negeri dan Persekutuan Malaysia untuk menghukum, menyaman, mengkompaun dan apa
saja jenis hukuman kepada mana-mana individu yang enggan menghormati para anggota
Jabatan Amal Perak semasa menjalankan tugas di dalam kawalan trafik dan lalulintas bagi
Jabatan Amal Perak selain mengharapkan kerjasama baik individu tersebut.
1.2 Anggota Pasukan Trafik dan Lalulintas dan semua anggota Jabatan Amal Perak yang
menjalankan tugas sebagai pengawal trafik dan lalulintas adalah hanya seorang individu
secara sukarela menjaga trafik dan lalulintas supaya trafik dan lalulintas selamat, lancar dan
teratur untuk kesenangan dan keselamatan rakyat negeri Perak di dalam pelbagai jenis
majlis Parti Islam Semalaysia (PAS) dan semua majlis kerajaan negeri Perak jika diarahkan
oleh Menteri Besar Perak.
1.3 Anggota Pasukan Trafik dan Lalulintas dan semua anggota Jabatan Amal Perak yang
menjalankan tugas sebagai pengawal trafik dan lalulintas diwajibkan menjaga keselamatan
diri terlebih dahulu dan keselamatan semua pengguna jalanraya semasa menjalankan tugas.
1.4 Keselamatan diri dan pengguna jalanraya adalah keutamaan dan lebih penting dari apa saja
perkara walaupun ia terpaksa menganggu perjalanan majlis ataupun kenderaan VIP yang
sedang diiring, sebarang tindakan dan arahan yang boleh membahayakan diri (pengawal

289
trafik dan lalulintas Jabatan Amal Perak) dan pengguna-pengguna jalanraya yang lain wajib
diabaikan oleh anggota-anggota tersebut.
1.5 Semua anggota Pasukan Trafik dan Lalulintas dan anggota Jabatan Amal Perak yang
menjalankan tugas sebagai pengawal trafik dan lalulintas perlu menjalankan tugas dengan
penuh berintegriti, adil, sopan dan amanah, sebarang tindakan kekasaran perlu dielakkan.

2. Faktor Keselamatan dan Kelengkapan Anggota Kawalan Trafik dan Lalulintas Jabatan Amal Perak
2.1 Faktor Keselamatan Diri Anggota
2.1.1 Pakaian Anggota – wajib berwarna terang dan boleh dilihat dengan jelas di waktu
siang atau malam (sebaik-baiknya memakai vest keselamatan berpemantul cahaya) .
2.1.2 Pelindungan Kepala – Helmet motosikal atau helmet keselamatan (berwarna terang)
khas untuk anggota Kor Trafik dan Lalulintas dan semua anggota Jabatan Amal Perak
yang bertugas menjaga trafik dan lalulintas melindungi anggota dari kemalangan,
panas dan hujan.
2.1.3 Peralatan Khas – Wisel, Baton Keselamatan, Lampu Keselamatan Berkelip (Safety
Blink Light), Sarung Tangan Putih (Keselamatan) dan sebagainya demi menjaga
keselamatan anggota.

2.2 Faktor Keselamatan Pengguna Jalanraya


2.2.1 Teknik Menahan Kereta – menahan kereta dengan jarak yang sesuai iaitu jarak
kenderaan yang ditahan haruslah sekurang-kurangnya di dalam jarak selamat (10-20
meter) supaya kenderaan tersebut tidak perlu melalukan brek secara mengejut dan
boleh menyebabkan kemalangan (perlanggaraan dari belakang).
2.2.2 Isyarat Menahan Kereta – isyarat menahan kereta yang digunakan haruslah jelas
dan mematuhi isyarat menahan kenderaan yang telah termaktub didalam latihan /
sukatan trafik dan lalulintas Jabatan Amal Perak.

3. Prosedur Kawalan Trafik dan Lalulintas Jabatan Amal Perak


3.1 Kenal Pasti Jalanraya Yang Ingin Dikawal
 Jenis kenderaan yang melalui jalan tersebut.
 Jenis jalan (jalan kampong,jalan negeri, jalan persekutuan atau lebuhraya).
 Keadaan jalan jika hujan dan sebagainya.
 Keadaan jalan dan dimana kawasan menahan kenderaan yang selamat.
 Kekerapan kenderaan melalui jalan tersebut.
 Waktu puncak kesibukan jalan tersebut.

3.2 Kenal Pasti Jenis Majlis Yang akan Diadakan dan Tempat Letak Kereta (Jika ada)
 Ceramah (penceramah hebat atau tidak)
 Kenduri / Majlis Perkahwinan
 Majlis-majlis rasmi PAS / kerajaan negeri dsbnya

290
3.3 Kenalpasti atau Dapatkan Ramalan Cuaca
 Hujan / Panas
 Lebat / Rintik
 Ribut dan sebagainya

3.4 Kenalpasti Laluan VIP (Pergi dan Balik)


 Laluan mesti selamat dan tidak memerlukan banyak belokan (u-turn) bahaya.
 Laluan mesti tidak melibatkan jalan pintas (shortcut) bahaya.
 Laluan mesti selamat walaupun ia agak jauh (biar jauh asal selamat).
 Laluan mesti mempunyai kesesakan minimum.

4. Isyarat Tangan dan Teknik Kawalan Trafik dan Lalulintas Jabatan Amal Perak
BIL. GAMBAR ISYARAT KEGUNAAN
1. Menunjuk kenderaan Memberitahu
 Tunjuk kenderaan pemandu
sambil meniup kenderaan
wisel sekuat tersebut untuk
mungkin beberapa bersedia dan
kali dengan arahan
kekerapan cepat. seterusnya
adalah ditujukan
kepadanya.

291
2. Memberhentikan Memberitahu
kenderaan pemandu
 Menahan kenderaan
kenderaan sambil supaya berhenti.
meniup wisel
dengan kuat dan
panjang sehingga
kenderaan
perlahan dan
berhenti.

3. Mengucapkan syabas atau Menghargai


terima kasih kerjasama
 Menunjukkan pemandu supaya
isyarat,bagus dan anggota Jabatan
menganggukan Amal Perak lebih
kepala kepada dihormati.
pemandu.

292
4. Perlahankan kenderaan Memberitahu
 Melambaikan pemandu
tangan keatas dan kenderaan
kebawah sambil supaya
tapak tangan memperlahankan
dibuka (jari rapat) kenderaan.
 Tiup wisel pendek
beberapa kali

5. Belok Ke kanan/kiri Memberitahu


 Menunjukkan pemandu untuk
tapak tangan membelok
kearah yang ingin kearah yang
diarahkan sambil diinginkan
sebelah tangan
lagi melambai dari
arah depan ke
arah kiri / kanan.

293
6. Memberhentikan Memberitahu
kenderaan pemandu supaya
 Tunjuk kenderaan berhenti di tepi
dan halakan jalan yang anda
tangan kepada ingini.
tepi jalan sambil
wisel ditiup
panjang dengan
tegas beberapa
kali.

7. Memberhentikan Memberhentikan
kenderaan di simpang T pergerakan
 Mengangkat kenderaan di
kedua tangan simpang T
kearah jalan yang supaya dapat
ingin dihentikan memberikan
laluan bagi
kenderaan di
laluan yang lain

8. Mengarahkan kenderaan Menggerakkan


di simpang T atau simpang kenderaan dari
4 bergerak simpang yang
 Mendepakan mahu digerakkan
tangan sebelah
tangan atau
kedua-dua belah
dan menarik
tangan kearah
dagu

294
9. Memberi isyarat henti Memberi isyarat
kepada kenderaan di henti kepada
belakang kenderaan di
belakang

295
10 Memberi isyarat henti dan Menghentikan
memberi laluan kepada kenderaan di
laluan lain satu laluan dan
 Menunjukkkan memberikan
isyarat henti laluan kepada
kepada laluan satu laluan yang
yang ingin lain
dihentikan dan
tunjuk dua jari
kepada laluan
yang ingin
ditujukan,
bengkokkan
tangan ke arah
dagu/ke arah yang
ingin dihalakan

Jika malam (menggunakan lampu baton)


BIL. GAMBAR ISYARAT KEGUNAAN
1. Menunjuk kenderaan Memberitahu
 Tunjuk pemandu
kenderaan baton kenderaan
light sambil tersebut untuk
meniup wisel bersedia dan
sekuat mungkin arahan
beberapa kali seterusnya
dengan adalah ditujukan
kekerapan cepat. kepadanya.

296
2. Memberhentikan Memberitahu
kenderaan pemandu
 Menahan kenderaan
kenderaan supaya berhenti.
(lintangkan baton
light) sambil
meniup wisel
dengan kuat dan
panjang sehingga
kenderaan
perlahan dan
berhenti.

3. Perlahankan kenderaan Memberitahu


 Melambaikan pemandu
baton ke atas kenderaan
dan ke bawah supaya
 Tiup wisel memperlahankan
pendek beberapa kenderaan.
kali

297
Isyarat Tangan Anggota Trafik Mobiliti Antarabangsa / Marshal

298
299
5. Latihan Praktikal Kawalan Trafik dan Lalulintas Statik
5.1 Latihan Praktikal di dalam majlis-majlis PAS Perak atau PAS Pusat di Negeri Perak.
5.2 Latihan Praktikal di dalam majlis-majlis Kerajaan Negeri Perak.
5.3 Latihan Praktikal di dalam majlis-majlis individu atau badan yang memohon bantuan Jabatan
Amal Perak.
6. Latihan Praktikal Kawalan Trafik dan Lalulintas Mobiliti (Mengiring kenderaan VIP)
6.1 Latihan Praktikal Simulasi mengiring kenderaan VIP di dalam kawasan terkawal atau
sebagainya.
6.2 Latihan Praktikal Simulasi mengiring kenderaan VIP di dalam Bandar Ipoh.
6.3 Latihan Praktikal mengiring kenderaan di dalam jarak jauh.
6.4 Latihan Konvoi sejauh 100km tanpa henti.

7. Latihan dan Kursus Lesen Memandu Motosikal Melebihi 500cc (B) Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ)
7.1 Segala latihan / isi kandungan latihan yang diperlukan untuk anggota mengambil lesen
memandu motosikal melebihi 500cc (B penuh).

PENILAIAN KECEKAPAN

1. Ujian Teori – Menjawab 50 soalan yang disediakan oleh Jabatan Amal Perak
2. Ujian Praktikal Kawalan Trafik dan Lalulintas Statik Jabatan Amal Perak
3. Ujian Praktikal Kawalan Trafik dan Lalulintas Mobiliti (Pengiring Kenderaan VIP) jabatan Amal
Perak.
4. Ujian Lesen Memandu Motosikal (B penuh) Jabatan Pengangkutan Jalan.

300

Anda mungkin juga menyukai