Anda di halaman 1dari 3

INDUKSI ALAM SEKITAR, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

(PENGAWAL KESELAMATAN)

Nama : ______________________________________________ EMP No.: ____________________


NRIC / Passport No.: _________________________________ Umur: _______________________
Warganegara: __________________________________ Jawatan: ________________________
Tarikh: ____________________________ Jabatan/Seksyen: ________________________

1. Objektif Keselamatan & Kesihatan


- Untuk mematuhi keperluan undang-undang dan lain-lain yang berkaitan
- Untuk menjalankan induksi Kesihatan & Keselamatan & latihan kesedaran untuk semua kakitangan.
- Untuk mencapai Sifar Kehilangan masa bekerja dan penyakit pekerjaan

2. Polisi Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar


- Memberi kesedaran dan latihan yang secukupnya kepada semua pekerja berkaitan Alam Sekitar,
Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
- Mengambil langkah-langkah proaktif bagi mencegah kecederaan berkaitan pekerjaan dan bahaya
kepada kesihatan.
- Mengurangkan kesan operasi kilang terhadap Alam Sekitar dan mencegah pencemaran.
- Pematuhan kepada keperluan undang-undang dan lain-lain untuk mana organisasi melanggan.
- Sentiasa meningkatkan prestasi OHSE bagi mencapai matlamat sifar bahaya, kesihatan yang baik dan
persekitaran yang bebas pencemaran.

3. Tanggungjawab Pekerja
- Menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan orang lain di tempat kerja.
- Bekerjasama dengan pihak majikan dan orang lain yang ditugaskan oleh majikan berlandaskan
peraturan kilang
- Mematuhi arahan-arahan dan langkah-langkah keselamatan sepertia yang termaktub di dalam
peraturan kilang
- - Melaporkan sebarang insiden / kemalangan yang berlaku kepada orang yang bertanggungjawab.

4. Pelan Respon Kecemasan


- Ikut prosedur jika berlaku kecemasan (seperti kebakaran, letupan, tumpahan kimia, banjir,
keganasan dsb)
- Tahu laluan kecemasan dan prosedur pengosongan.
- Tahu prosedur kecemasan, tempat-tempat alat-alat kecemasan dan zon-zon kecemasan.
- Tahu tempat berkumpul semasa kecemasan dan patuh kepada arahan-arahan yang
diberikan.
- Tahu nombor-nombor telefon untuk dihubungi semasa kecemasan (Bomba, Ambulan, HR Dept.,
SHO). Nombor-nombor telefon kecemasan ditampal di sekitar bangunan premis kilang dan di
papan kenyataan EHS.

EHS Induction – BM Ver.- Rev.2 1


5. Keperluan Alam Sekitar, Kesihatan & Keselamatan untuk Pegawai Keselamatan

- Sentiasa mematuhi Peraturan Keselamatan dan Peraturan Syarikat.


- Memastikan kedua-dua pintu pagar utama sentiasa tertutup dan dibuka apabila diperlukan sahaja dan
termasuklah pintu kecil.
- Memastikan semua pintu dikunci selepas waktu pejabat termasuk pintu masuk ke bagunan (pintu
utama).
- Memastikan Pondok Pengawal sentiasa diduduki sekurang-kurangnya satu orang pada bila-bila masa.
- Pengawal Keselamatan tidak dibenarkan merokok selain di tempat merokok yang telah ditetapkan.
- Pastikan semua Pengawal keselamatan tahu semua pelan lantai bangunan dengan baik dan boleh
memasuki ke mana-mana tempat serta sentiasa mengawal kilang 24 jam. Tidak dibenarkan tidur di
dalang kilang. Tindakan akan diambil sekiranya didapati melanggar peraturan ini.
- Memastikan semua Pengawal Keselamatan tahu bagaimana menetapkan semula peranti keselamatan di
lokasi dan bertindak balas terhadap bunyi amaran kecemasan dengan segera.
- Pastikan sentiasa memantau kontraktor yang keluar masuk kilang. Sekiranya ternampak keadaan yang
mencurigakan, hentikan kenderaan mereka dan maklumkan kepada ketua Pengawal Keselamatan.
- Jangan biarkan Katerer meletakkan kenderaan mereka di dalam halaman kilang.
- Memastikan semua CCTV dipantau 24 jam dan jika ada apa-apa yang mencurigakan, sila pastikannya
dan segera maklumkan kepada ketua Pengawal keselamatan.
- Rekod segala kemalangan dan apa-apa situasi kecemasan ke dalam buku rekod sepanjang masa.
- Sentiasa memantau kawasan tempat letak Bas diluar dan mengarahkan untuk mengalihkan apa-apa
yang menghalang pandangan ke jalan. Maklumkan kepada ketua Pengawal Keselamatan dan rekod jika
perlu.

6. Tangungjawab Keselamatan
- Pakai pakaian yang kemas dan kasut yang sesuai semasa bekerja.
- Biasakan diri dengan alat-alat keselamatan (seperti alat pemadam api, peti pertolongan cemas)
dan peraturan-peraturan keselamatan di kilang.
- Hadiri setiap latihan keselamatan yang diberikan oleh majikan. Latihan dapat memberikan
pengetahuan tentang bahaya-bahaya dan juga dapat membantu mengenalpasti dan mengambil
tindakan-tindakan pencegahan untuk melindungi diri sendiri dan juga orang lain daripada
kecederaan.
- Beri cadangan-cadangan kepada pengurusan jika terdapat isu-isu berkenaan dengan kesihatan
dan keselamatan di tempat kerja.
- Setiap kemalangan atau insiden dan kemalangan nyaris, perlu di laporkan kepada pihak
pengurusan supaya tindakan pencegahan dapat diambil.
- Bersama dengan pihak pengurusan berkongsi tanggujawab untuk menghasilkan persekitaran kerja
yang selamat.

EHS Induction – BM Ver.- Rev.2 2


Nota:
Saya dengan ini mengaku telah menerima Induksi Kesematan ini dan faham akan kandungannya. Saya
dengan ini juga mengesahkan tajuk-tajuk di atas telah saya faham semasa sesi induksi keselamatan dan
kesihatan yang telah saya hadiri.

Induksi oleh: _______________________________________ Nama Pekerja: ___________________________

Tandatangan: ______________________________________ Tandatangan: ___________________________

Tarikh: ______________________________________ Tarikh: _________________________________

EHS Induction – BM Ver.- Rev.2 3

Anda mungkin juga menyukai