Anda di halaman 1dari 19

Dasar Fiskal

Perkara Huraian

Definisi ❖ Dasar mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan untuk menjaga


kestabilan ekonomi.

Tujuan ❖ Mencapai pertumbuhan ekonomi berterusan tanpa inflasi dan


pengangguran.
❖ Memastikan pengagihan pendapatan yang adil dikalangan rakyat.

Jenis ❖ Pemantap automatik


❖ Dasar fiscal budi bicara

Alat (instrumen) ❖ Perbelanjaan kerajaan (G)


❖ Cukai (T)

49
Dasar Fiskal Pemantap Automatik
Perkara Huraian

Definisi ❖ Pemantap automatik adalah alat kerajaan yang dapat mengecilkan


keadaan melambung dan meleset secara automatik dan semula jadi.

Jenis Cukai progresif dan cukai proposional


❖ Semasa inflasi, kerajaan akan meningkatkan cukai yang bertujuan
untuk mengurangakn pendapatan boleh guna dan seterusnya
mengurangkan permintaan agregat.
❖ Semasa kemelesatan, kerajaan akan mengurangkan cukai yang
bertujuan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna dan
seterusnya akan meningkatkan permintaan agregat.
Bayaran pindahan
❖ Semasa ekonomi melambung, kerajaan akan mengurangkan
bayaran pindahan seperti elaun pengangguran dan bantuan
kebajikan yang bertujuan untuk mengelakkan peningkatan
permintaan agregat.
❖ Semasa ekonomi meleset, kerajaan akan meningkatkan bayaran
pindahan seperti elaun pengangguran dan bantuan kebajikan yang
bertujuan untuk mengelakkan kejatuhan permintaan agregat.
Dasar harga maksimum dan harga minimum
❖ Semasa ekonomi melambung, kerajaan akan mengenakan dasar
harga maksimum bagi menghalang kenaikkan harga.
❖ Semasa ekonomi meleset, kerajaan akan mengenakan dasar harga
minimum bagi menghalang kejatuhan harga untuk mengelakkan
pengeluaran jatuh.

Kebaikan ❖ Ia dapat menstabilkan ekonomi tanpa campurtangan dan tindakan


kerajaan.
❖ Ia mudah dilaksanakan.

Keburukan ❖ Ia tidak mengatasi masalah ekonomi tetapi hanya melambatkan

50
sahaja pemguncupan dan pengembangan ekonomi.
❖ Ia akan menjadi herotan kepada dasar fiskal dan akan menyukarkan
untuk memulihkan keadaan ekonomi.

Dasar Fiskal Budi Bicara


Perkara Huraian

Definisi ❖ Satu tindakan kerajaan untuk membuat perubahan dalam cukai dan
perbelanjaan kerajaan yang bertujuan mengatasi masalah ekonomi
seperti inflasi dan pengangguran.

Alat ❖ Perbelanjaan kerajaan


❖ Cukai

Kaedah ❖ Mengubah perbelanjaan kerajaan


❖ Mengubah cukai
❖ Mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan secara serentak

Pendapatan Negara Sebenar Dan Pendapatan Negara Potensi


Perkara Huraian

Pendapatan ❖ Nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang sebenar dicapai oleh
negara sebenar sesebuah negara dalam tempoh setahun.
❖ Pendapatan negara sebenar juga dikenali sebagai pendapatan negara
keseimbangan (Ye).

Pendapatan ❖ Nilai keluaran barang dan perkhidmatan yang mungkin dapat dicapai
negara potensi sekiranya semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.
❖ Pendapatan negara potensi juga dikenali sebagai pendapatan negara
guna tenaga penuh (Ygtp).

Jurang KNK ❖ Perbezaan antara pendapatan negara sebenar dan pendapatan negara

51
potensi.
❖ Wujud masalah ekonomi samada inflasi atau deflasi.
❖ Jurang KNK yang berlaku apabila pendapatan negara sebenar
melebihi pendapatan negara sebenar adalah masalah inflasi.
❖ Sebaliknya, jurang KNK yang berlaku apabila pendapatan negara
potensi melebihi pendapatan negara sebenar adalah masalah
pengangguran.

Rajah
Pendapatan Pengangguran
Negara

Inflasi
PN Potensi

PN Sebenar

Jurang KNK

Tahun

Rumus ❖ Semasa inflasi


Jurang KNK = pendapatan negara sebenar – pendapatan negara
potensi
= Ye – Ygtp
❖ Semasa pengangguran
Jurang KNK = pendapatan negara potensi – pendapatan negara
sebenar
= Ygtp - Ye

Contoh pengiraan Semasa inflasi didapati bahawa pendapatan keseimbangan sebuah negara
ialah RM3 100 juta manakala pendapatan negara potensi ialah RM2 300
juta. Hitungkan jurang KNK bagi negara ini.
Jurang KNK = pendapatan negara sebenar – pendapatan negara potensi
= Ye – Ygtp
= RM3 100 juta – RM2 000 juta

52
= RM1 100 juta

Semasa pengangguran didapati bahawa pendapatan keseimbangan sebuah


negara ialah RM4 000 juta manakala pendapatan negara potensi ialah
RM5 000 juta. Hitungkan jurang KNK bagi negara ini.
Jurang KNK = pendapatan negara potensi – pendapatan negara sebenar
= Ygtp – Ye
= RM5 000 juta – RM4 000 juta
= RM1 000 juta

Lompang Inflasi
Perkara Huraian

Definisi ❖ Suatu keadaan di mana perbelanjaan agregat melebihi


penawaran agregat (AE˃AS) pada guna tenaga penuh.
❖ Lompang inflasi berlaku semasa jurang KNK yang wujud akibat
pendapatan negara sebenar melebihi pendapatan negara
potensi.
❖ Semasa lompang inflasi, pendapatan negara keseimbangan
dicapai selepas guna tenaga penuh (Ye˃Ygtp).

53
AE
Rajah
Pendekatan Y = AE
Y
AE1
E1
L AE0

I E0 Jurang KNK

Ygtp Ye Y

❖ Keseimbangan pendapatan negara sebenar dicapai pada titik


E1 dengan tingkat pendapatan negara pada Ye.
❖ Manakala, keseimbangan pendapatan negara potensi dicapai
pada titik E0 dengan tingkat pendapatan negara guna tenaga
penuh pada Ygtp.
❖ Oleh kerana ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh pada
Ygtp maka peningkatan perbelanjaan agregat kepada keluk AE 1
telah mewujudnya lompang inflasi sebesar LI yang
disebabkan lebihan perbelanjaan agregat (AE˃AS).

Rajah
Pendekatan W=J W/J

54
W

L
E J

I
Ygtp Ye Y

❖ Keseimbangan pendapatan negara sebenar dicapai pada titik E


dengan tingkat pendapatan negara pada Ye yang melebihi
keseimbangan pendapatan negara potensi pada Ygtp.
❖ Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh pada Ygtp maka
berlaku lebihan suntikan sebanyak LI iaitu lompang inflasi.

Rumus Lompang inflasi = Jurang KNK


Pengganda
= Ye - Ygtp___
Pengganda

55
Contoh Dalam sebuah ekonomi tertutup, fungsi penggunaan, C = RM100 +
0.75Y, pelaburan, I = RM100 juta dan perbelanjaan kerajaan, G =
RM200 juta. Ekonomi ini telah mencapai guna tenaga penuh pada
tingkat keseimbangan pendapatan negara RM1 200 juta.
Hitungkan nilai lompang inflasi bagi ekonomi ini.

Langkah 1: Hitungkan Ye
Y = AE
Y=C+I+G
Y = RM100 + 0.75Y + RM100 juta + RM200 juta
Y = RM400 juta + 0.75Y
Y – 0.75Y = RM400 juta
0.25Y = RM400 juta
Y = RM400 juta
0.25
Y = RM1 600 juta

Langkah 2: Cari pengganda


Pengganda, k = 1____
1 – MPC
= 1____
1 – 0.75
= 1__
0.25
=4

Langkah 3: Hitung lompang inflasi

56
Lompang inflasi = Ye - Ygtp___
Pengganda
= RM1 600 juta – RM1 200 juta
4
= RM400 juta
4
= RM100 juta

Aktiviti 3.10

1. Lompang inflasi ialah suatu keadaan di mana ____________________________________________


melebihi _____________________________________ pada tingkat guna tenaga penuh.
2. Namakan setiap label di dalam rajah di bawah.

Ygtp : ____________________________________________
W/J
Ye : _____________________________________________
W
Keluk W : ______________________________________

Keluk J : ________________________________________

A Jarak antara Ygtp dan Ye : ______________________


E J
Jarak AB ; _______________________________________

B
Ygtp Ye Y

3. Berdasarkan kepada rajah dalam soalan (2) di atas, mengapakah Y e lebih besar daripada
Ygtp?

57
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________

4. Dalam sebuah ekonomi tertutup, fungsi penggunaan, C = RM200 + 0.8Yd, pelaburan, I =


RM200 juta dan perbelanjaan kerajaan, G = RM200 juta dan cukai, T = RM100 juta.
Ekonomi ini telah mencapai guna tenaga penuh pada tingkat keseimbangan pendapatan
negara RM1 600 juta. Hitungkan nilai lompang inflasi bagi ekonomi ini.

58
5. Dalam sebuah ekonomi tertutup, fungsi tabungan, S = -RM200 + 0.2Yd, pelaburan, I =
RM200 juta dan perbelanjaan kerajaan, G = RM200 juta dan cukai, T = RM100 juta.
Ekonomi ini telah mencapai guna tenaga penuh pada tingkat keseimbangan pendapatan
negara RM1 200 juta. Hitungkan nilai lompang inflasi bagi ekonomi ini.

59
Lompang Deflasi
Perkara Huraian

Definisi ❖ Suatu keadaan di mana penawaran agregat melebihi


perbelanjaan agregat (AS˃AE) pada guna tenaga penuh.
❖ Lompang deflasi berlaku semasa jurang KNK yang wujud
akibat pendapatan negara potensi melebihi pendapatan
negara sebenar.
❖ Semasa lompang deflasi, pendapatan negara keseimbangan
dicapai sebelum guna tenaga penuh (Ye ˂ Ygtp).

Rajah
AE
Pendekatan Y = AE

L
AE0
D
E0 Jurang KNK

60
Ye Ygtp Y

❖ Keseimbangan pendapatan negara sebenar dicapai pada titik


E0 dengan tingkat pendapatan negara pada Ye manakala,
pendapatan negara potensi dicapai pada Ygtp.
❖ Pada Ygtp berlaku kekurangan perbelanjaan agregat berbanding
penawaran agregat sebesar LD iaitu lompang deflasi.

Rajah
Pendekatan W=J W/J
W
L

61
D
E J

Ye Ygtp Y

❖ Keseimbangan pendapatan negara sebenar dicapai pada titik E


dengan tingkat pendapatan negara pada Ye yang kurang
daripada pendapatan negara potensi Ygtp.
❖ Pada Ygtp telah berlaku lebihan bocoran sebanyak LD iaitu
lompang deflasi.

Rumus Lompang defflasi = Jurang KNK


Pengganda
= Ye - Ygtp___

62
Pengganda

Contoh Dalam sebuah ekonomi tertutup, fungsi penggunaan, C = RM100


juta + 0.75Yd, pelaburan, I = RM100 juta, perbelanjaan kerajaan, G
= RM200 juta dan cukai T = RM100 juta. Ekonomi ini telah
mencapai guna tenaga penuh pada tingkat keseimbangan
pendapatan negara RM1 700 juta. Hitungkan nilai lompang inflasi
bagi ekonomi ini.

Langkah 1: Hitungkan Ye
Y = AE
Y=C+I+G
Y = RM100 juta + 0.75Yd + RM100 juta + RM200 juta
Y = RM400 juta + 0.75(Y – T)
Y = RM400 juta + 0.75(Y – RM100 juta)
Y = RM400 juta + 0.75Y – RM75 juta
Y = RM325 juta + 0.75Y
Y – 0.75Y = RM325 juta
0.25Y = RM325 juta
Y = RM325 juta
0.25
Y = RM1 300 juta

Langkah 2: Cari pengganda


Pengganda, k = 1____
1 – MPC
= 1____
1 – 0.75
= 1__
0.25
=4

Langkah 3: Hitung lompang inflasi


Lompang inflasi = Ygtp – Ye___

63
Pengganda
= RM1 700 juta – RM1 300 juta
4
= RM400 juta
4
= RM100 juta

Aktiviti 3.11

1. Lompang deflasi ialah suatu keadaan di mana ____________________________________________


melebihi _____________________________________ pada tingkat guna tenaga penuh.
2. Namakan setiap label di dalam rajah di bawah.

AE Ygtp : ____________________________________________

Ye : _____________________________________________
Y
Keluk AE: ______________________________________

Jarak antara Ygtp dan Ye : ______________________


L
AE Jarak LD ; _______________________________________

D
E0

Ye Ygtp Y

3. Berdasarkan kepada rajah dalam soalan (2) di atas, mengapakah Y gtp lebih besar daripada
Ye?
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________

64
4. Dalam sebuah ekonomi tertutup, fungsi penggunaan, C = RM200 + 0.8Yd, pelaburan, I =
RM200 juta dan perbelanjaan kerajaan, G = RM200 juta dan cukai, T = RM100 juta.
Ekonomi ini telah mencapai guna tenaga penuh pada tingkat keseimbangan pendapatan
negara RM3 600 juta. Hitungkan nilai lompang deflasi bagi ekonomi ini.

65
5. Dalam sebuah ekonomi tertutup, fungsi tabungan, S = -RM200 + 0.2Yd, pelaburan, I =
RM200 juta dan perbelanjaan kerajaan, G = RM200 juta dan cukai, T = RM100 juta.
Ekonomi ini telah mencapai guna tenaga penuh pada tingkat keseimbangan pendapatan
negara RM3 600 juta. Hitungkan nilai lompang inflasi bagi ekonomi ini.

66
67

Anda mungkin juga menyukai