Anda di halaman 1dari 13

\SKEMA MODUL 2

BAHAGIAN A:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

D A C B B D C B A D

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

B D A D C B A A C B

BAHAGIAN B:

SOALAN NO. 21
(a) Takrifkan pertumbuhan ekonomi. [1]
(b) Huraikan tiga alasan sesebuah negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi
yang tinggi [9]
PANDUAN JAWAPAN:
(a) Pertumbuhan ekonomi merupakan perkembangan kegiatan ekonomi dari
semasa ke semasa yang menyebabkan keluaran negara benar semakin
meningkat berbanding tahun sebelumnya.
(b) i. Mengurangkan masalah kemiskinan
▪ peluang pekerjaan meningkat
▪ Semakin ramai penduduk mendapat pekerjaan dan pendapatan
masyarakat meningkat.
▪ masalah kemiskinan dapat dikurangkan dan negara keluar daripada
Putaran ganas kemiskinan.
ii. Meningkatkan hasil kerajaan
▪ Pelaburan meningkat dan lebih banyak syarikat mendapat keuntungan
maka semakin banyak cukai keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan.
▪ Selain itu hasil kerajaan juga meningkat kerana semakin ramai pekerja
yang membayar cukai pemdapatan
iii. hutang kerajaan berkurangan
● Hal ini disebabkan oleh hasil kerajaan yang semakin meningkat dapat
menampung perbelanjaan kerajaan dan membayar balik hutang
kerajaan.
iv. taraf hidup masyarakjat meningkat
● pertumbuhan ekonomi yang tinggi menyebabkan pendapatan negara
meningkat dan pendapatan perkapita turut meningkat.
● peningkatan pendapatan perkapita menggambarkan taraf hidup dan
kebajikan masyarakat meningkat.
v. mencapai kestabilan sosio politik
● kemiskinan yang semakin berkurangan menyebabklan agihan
pendapatan semakin seimbang.
● golongan berpendapatan tinggi akan membayar cukai pendapatan
yang tinggi dan hasil cukai itua akan digunakan oleh kerajaan untuk
diagihkan kepada golongan miskin dalam bentuk subsidi.
● keadan ini akan menyebabkan agihan pendapatan semakin setara,
institusi kekeluargaan semakin baik dan m,asalah jenayah semakin
berkurangan.

mana-mana 3 fakta x 3m = [9m]


Fakta 1m, huraian 2m

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ◉◉◉ ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

SOALAN NO. 22

Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2011/2012, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
per kapita pada tahun 2011 di Malaysia ialah US$9892, manakala di Singapura ialah
US$50 714. Terangkan lima alasan mengapa taraf hidup penduduk di Singapura tidak
semestinya lima kali ganda lebih tinggi berbanding dengan taraf hidup penduduk di
Malaysia [10]
PANDUAN JAWAPAN:
i. Perbezaan tingkat harga umum dan kos sara hidup
● Tingkat harga umum yang tinggi menyebabkan pendapatan perkapita
tinggi tetapi akan menyebabkan kos sara hidup meningkat dan taraf
hidup akan rendah.
● Secara amnya, harga barang di Singapura adalah lebih mahal berbanding
di Malaysia. Ini menyebabkan kos sara hidup di Singapura adalah lebih
tinggi berbanding di Malaysia.
● Hal ini akan mengurangkan taraf hidup penduduk di Singapura.
ii. Perbezaan masa kerja dan masa rehat
● Masa kerja yang panjang menyebabkan pendapatan perkapita tinggi
tetapi taraf hidup adalah rendah kerana masyarakat tidak dapat
meluangkan masa bersama keluarga.
● Pendapatan perkapita Singapura adalah tinggi disebabkan masa kerja di
Singapura adalah lebih panjang berbanding Malaysia.
● Hal ini mengurangkan taraf hidup penduduk Singapura.

iii. Perbezaan kesan eksternaliti negative


● Pembangunan ekonomi yang tinggi menyebabkan pendapatan perkapita
tinggi , namun ianya juga akan menimbulkan kesan eksternaliti negatif
dan menyebabkan taraf hidup masyarakat rendah.
● KDNK perkapita Singapura tinggi mungkin disebabkan oleh projek
pembangunan ekonomi yang pesat yanh mungkin menimbulkan kesan
eksternaliti negative seperti pencemaran kepada rakyat Singapura.
● Hal ini akan mengurangkan taraf hidup rakyat Singapura.

iv. Perbezaan komposisi pendapatan negara


● KDNK perkapita Singapura tinggi berbanding KDNK perkapita Malaysia
mungkin disebabkan oleh corak perbelanjaan negara Singapura yang
lebih banyak membuat perbelanjaan ke atas barang ketenteraan yang
tidak dapat digunakan secara langsung oleh rakyat Singapura berbanding
dengan negara Malaysia yang lebih banyak membuat perbelanjaan ke
atas barang pengguna yang boleh dinikmati secara langsung oleh rakyat
Malaysia.
● Hal ini akan mengurangkan taraf hidup rakyat Singapura berbanding
rakyat Malaysia.
v. Masalah pengangguran
● Data pendapatan perkapita tidak dapat menunjukkan kadar pengangguran
sesebuah negara. Pengangguran yang tinggi akan menyebabkan taraf
hidup rendah.
● Hal ini bermakna, walaupun KDNK perkapita Singapura adalah tinggi
tetapi jika pada masa yang sama kadar penggangguran di Singapura juga
tinggi, ini menyebabkan taraf hidup rakyat Singapura adalah rendah
kerana ramai tenaga buruhnya tidak bekerja.
● 5 fakta x 2m = [10m]
● Fakta 1m, huraian 1m

● ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ◉◉◉ ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

SOALAN NO. 23
(a) Apa yang dimaksudkan dengan lompang deflasi dan jurang KNK? [2]

(b) Dengan bantuan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan agregat (AE-Y),
huraikan bagaimana perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang deflasi dan
jurang KNK. [8]

PANDUAN JAWAPAN:
(a) Lompang deflasi dan jurang KNK

Lompang inflasi ialah kurangan perbelanjaan aggregat untuk capai AE guna tenaga penuh . [1m]
Jurang KNK merupakan perbezaan di antara pendapatan negara pada tingkat guna penuh
dengan pendapatan negara sebenar [1m]

(b) Rajah [2m]

Huraian

● Keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila Y = AEo di titik Eo pada


pendapatan negara Yo [1m]
● Apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaan, maka kegiatan ekonomi akan
bertambah. [1m]

Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke atas dari AEo ke AE f [1m]

● Pada pendapatan negara Yo, berlaku lebihan AE sebanyak EoA dan stok kurang di
pasaran. Harga cenderung naik. Oleh itu firma akan menambahkan keluaran. [1m]
● Keseimbangan baharu tercapai apabila Y=AE f di titik Ef dan pendapatan negara
bertambah daripada Yo kepada Yf [1m]
● Peningaktan perbelanjaan agregat dari AEo ke AEf menunjukkan lompang deflasi
diatasi dan peningkatan pendapatan negara dari Yo ke Yf menunjukkan jurang KNK
di atasi [1m]

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ◉◉◉ ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

SOALAN NO. 24
Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan
bagaimana dasar fiskal menguncup boleh mempengaruhi keseimbangan harga dan pendapatan
negara. [10]

PANDUAN JAWAPAN:
⚫ Rajah [2m]

● Huraian
● Keseimbangan asal apabila ADo bersilang dengan AS di titik Eo pada harga P0 dan pendapatan
negara benar Y o [1m]
● Dasar fiskal menguncup ialah dasar kerajaan menurunkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan
kan cukai. Kenaikan cukai akan menyebabkan Yd turun dan seterusnya C juga turun. [1m]
Penurunan perbelanjaan kerajaan dan kenaikkan cukai menyebabkan AD beralih ke kiri dari
ADo ke AD 1 [1m]
● Pada Po, berlaku lebihan AS, stok banyak dipasaran [1m] harga cenderung turun, dan firma

⚫ mengurangkan keluaran. [1m]


Keseimbangan baru tercapai apabila AD1 bersilang dengan AS di titik E1 pada harga P1 dan

⚫ pendapatan negara benar Y 1.


Harga jatuh ke P1 [1m] dan pendapatan benar berkuarangan ke Y 1 [1m].
[1m]

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ◉◉◉ ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

SOALAN NO. 25
Dengan menggunakan gambar rajah pasaran wang, huraikan bagaimana peningkatan nisbah rizaab tunai
oleh bank pusat memberi kesan terhadap keseimbangan kadar bunga menurut Teori Keutamaan Kecairan
Keynes. [10]

PANDUAN JAWAPAN:
⚫ Rajah [2m]
⚫ Huraian
> Keseimbangan asal dicapai apabila Md=Ms0 pada titik E0 pada kadar keseimbangan bunga r0 dan
kuantiti wang M0 [1m]
> peningkatan nisbah rizab tunai, keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman menurun, proses
penciptaan kredit berkurangan. Ini menyebabkan penawaran wang berkurangan. [1m]
Keluk penawaran wang beralih ke kiri dari Ms0 ke Ms1 [1m]
> Pada kadar bunga r0 yang asal, berlaku lebihan permintaan wang sebanyak E0A [1m]
kekurangan kecairan menyebabkan orang ramai jual bon [1m] , harga bon turun dan kadar bunga
naik [1m],
> keseimbangan baru dicapai apabila Md=Ms1 pada E1 pada tingkat kadar bunga r1 [1m]
> Kesan: kadar bunga naik dari r0 ke r1 [1m]

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ◉◉◉ ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

SOALAN NO. 26
Huraikan empat alasan mengapa sesebuah negara perlu berdagang dengan negara lain. [10]

PANDUAN JAWAPAN:
i. Perbezaan anugerah faktor pngeluaran [1m]
Berbeza bagi setiap negara spt tanah, iklim dan penduduk [1m]
Cth Malaysia iklim/ tanah sesuai dengan tanaman kelapa sawit, manakala Amerika sesuai utk
tanaman gandum [1m]
Perdagangan antarabangsa membolehkan negara2 bertukar barang [1m]

ii. Perbezaan Citarasa [1m]


cita rasa masyarakat yang berbeza cthnya citarasa suka akan barangan import menyebabkann
PAB berlaku. [1m]
Misalnya, walaupun Malaysia mengeluarakan kereta nasional tetapi Malaysia tetap mengimport
kerta dari Jepun dan Jerman untuk memenuhi citarasa masyakat tempatan. [1m]

iii. Perbezaan teknologi [1m]


Negara yang mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi akan mengkhusus dalam pengeluaran
barang berintensif modal [1m]
Perdagangan antarabangsa membolehkan negara kurang maju mengimport teknologi daripada
negara lain [1m]

iv. Perbezaan kemahiran buruh [1m]


Mempengaruhi corak kegiatan ekonomi dan jenis barang yang dikeluarkan [1m]
Cth buruh Malaysia mahir dlm sektor pertanian jadi pengeluaran pertanian diutamakan berbanding
buruh Jepun dalam bidang pembuatan [1m]
Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara mendapatkan barang yang tidak
dikeluarkan. [1m]
mana-mana 4 fakta x 3m = [10m]
Fakta 1m, huraian 2m

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ◉◉◉ ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

BAHAGIAN C:

SOALAN NO. 27
Jadual di bawah menunjukkan jumlah penduduk, jumlah tenaga buruh, kadar
pengangguran dan KDNK pada harga tetap dari tahun 2009 hingga tahun 2011 bagi
sebuah negara.
Tahun Jumlah Kadar KDNK harga tetap
tenaga buruh pengangguran (RM juta)
(juta orang) (%)
2009 12.1 3.7 783 001
2010 12.4 3.4 839 331
2011 12.6 3.3 882 446

(a) Takrifkan tenaga buruh. [1]


(b) Hitung jumlah guna tenaga dari tahun 2009 hingga tahun 2011. [3]
(c) Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga pada tahun 2010 dan tahun
2011. [2]
(d) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan tahun 2011.
[2]
(e) Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada jawapan (c) dan (d)? [2]

PANDUAN JAWAPAN:
(a) Tenaga buruh ialah penduduk yang berumur 15-64 tahun yang sedang
bekerja atau aktif mencari pekerjaan kecuali surirumah, pelajar dan
pesara.
(b) jumlah guna tenaga = jumlah tenaga buruh – jumlah penganggur
Tahun 2009 2010 2011
Jumlah tenaga buruh (juta orang) 12.1 12.4 12.6
Jumlah penganggur 3.7/100 x 12.1 = 0.42 0.42
(juta orang 0.45
Jumlah guna tenaga (juta orang) 12.1 – 0.45 = 11.98 12.18
11.65

(c ) Kadar pertumbuhan guna tenaga


= guna tenaga t –guna tenaga t-1 / guna tenaga t-1 x 100

Tahun Kadar pertumbuhan guna tenaga (%)


2010 11-.98 – 11.65 / 11.65 x 100 = 2.83
2011 1.67
(d) kadar pertumbuhan ekonomi
= KDNK harga tetap t – KDNK harga tetap t-1 / KDNK harga tetap t-1 x
100

Tahun Kadar pertumbuhan ekonomi (%)


2010 839 331 – 783 001 / 783 001 x 100 = 7.19
2011 5.14

(e) kadar pertumbuhan guna tenaga menurun dari 2.83% (2010) kepada
1.67% (2011). Manakala, kadar pertumbuhan ekonomi juga didapati
menurun dari 7.19% (2010) kepada 5.14% (2011).
Oleh itu, rumusan yang boleh dibuat ialah apabila kadar pertumbuhan
ekonomi menurun, kadar pertumbuhan guna tenaga juga menurun.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ◉◉◉ ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

SOALAN NO. 28

28. Maklumat di bawah ini menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah
ekonomi tertutup.
Tabungan, S = -200 + 0.2Yd
Cukai, T = 50
Pelaburan, I = 100
Perbelanjaan kerajaan, G = 150
(semua nilai dalam RM juta)

(a) Nyatakan fungsi tabungan dan fungsi penggunaan dalam sebutan Y. [2]

(b) Hitung:
(i) Tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2]
(ii) Jumlah penggunaan pada tingkat keseimbangan. [1]
(iii) Peratus sumbangan penggunaan terhadap pendapatan negara.
[2]
(c) Jika cukai meningkat sebanyak RM 30 juta, hitung:
(i) perubahan penggunaan [1]
(ii) perubahan pendapatan negara [1]
(iii) keseimbangan pendapatan negara baharu. [1]

PANDUAN JAWAPAN:
(a) - Fungsi tabungan dalam sebutan Y :
S = -200 + 0.2Yd
= -200 + 0.2 (Y-T)
= -200 + 0.2 (Y-50)
= -200 + 0.2Y – 10
= -210 + 0.2Y

- Fungsi penggunaan dalam sebutan Y:


C = 200 + 0.8Yd
C = 200 + 0.8 (Y – 50)
C = 200 + 0.8Y – 40
C = 160 + 0.8Y

(b) (i) Y =C+I+G


Y = 160 + 0.8Y + 100 + 150
Y = 410 + 0.8Y
Y – 0.8Y = 410
Y = 410 / 0.2
Y = RM 2050 juta

(ii) C = 160 + 0.8Y


= 160 + 0.8 (2050)
= RM 1800 juta

(iii) peratus sumbanga penggunaan kepada pendapatan negara


= 1800 / 2050 x 100
= 87.80%

(c ) (i) Perubahan penggunaan:


- ∆ C = mpc x ∆ T
= 0.8 x 30
= RM 24 juta
Penggunaan akan berkurang sebanyak RM24 juta.

(ii) perubahan pendapatan negara


K = ∆Y / -∆C

K = 1 / mps = 1/ 0.2 = 5

Oleh itu, 5 = ∆Y /- 24
∆Y = - 120

Pendapatan negara akan berkurang sebanyak RM120 juta

(iii) Keseimbangan pendapatan negara yang baharu

Y1 = Yo + AY
= 2050 + (-120)
= RM1930 juta

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ◉◉◉ ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

SOALAN NO. 29

Jadual di bawah ini menunjukkan bekalan wang M1, Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) pada harga tetap dan indeks harga pengguna di Malaysia pada tahun
2014 hingga tahun 2016.

Tahun Bekalan Wang M1 KDNK Benar Indeks harga


(RM juta) (RM juta) Pengguna
2014 126 597 262 175 100.0
2015 141 636 275 744 103.6
2016 168 629 505 354 105.7

(a) Nyatakan komponen bekalan wang M1. [1]


(b) Hitung:
(i) Kadar inflasi pada tahun 2015 dan tahun 2016. [2]
(ii) Kadar pertumbuhan bekalan wang M1 pada tahun 2015 dan tahun
2016. [2]
(c) Adakah data yang diberikan bersesuaian dengan Teori Kuantiti Wang?
Terangkan. [3]
(d) Hitung keluaran negara nominal pada tahun 2016. [2]

PANDUAN JAWAPAN:
(a) bekalan wang M1 terdiri daripada mata wang dalam edaran (wang kertas dan
syiling) serta deposit permintaan.

(b) (i) kadar inflasi = IHPt – IHPt-1 / IHPt-1 x 100

Tahun Kadar inflasi (%)


2015 103.6 – 100 / 100 = 3.6
2016 2.03

(ii) Kadar pertumbuhan bekalan wang


= bekalan wang M1t – bekalan wang M1t-1 / bekalan wang M1 t-1 x 100

Tahun Kadar pertumbuhan bekalan wang M1 (%)


2015 141 636 – 126 597 / 126 597 x 100 = 11.88
2016 19.06

(c ) Data yang diberikan tidak bersesuaian dengan Teori Kuantiti Wang. Teori Kuantiti
Wang menyatakan bahawa perubahan penawaran wang (bekalan wang) akan
menyebabkan tingkat harga umum berubah dengan kadar yang sama. Data yang
diberikan menunjukkan kadar kenaikan dalam bekalan tidak diikuti dengan kadar
kenaikan dalam tingkat harga umum

(d) Keluaran negara nominal = 105.7 / 100 x 505 354


= RM 534 159.18 juta

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ◉◉◉ ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Anda mungkin juga menyukai