Anda di halaman 1dari 2

ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Di bahagian ini,  memerlukan kemahiran pembaca untuk menganalisis dan mengenal pasti isi


kandungan penting dalam artikel berkenaan. Antara isi kandungan yang penting dalam sesebuah
artikel berbentuk kertas kerja / prosiding / hasil kajian adalah :

1- Tujuan kajian dibuat
2-  Konsep dan tema kajian
3- Teori/method yang digunakan dalam kajian.(kajian lapangan/kajian kepustakaan dll)
4-  Kaedah / method kajian yang digunakan oleh penulis artikel
5-  Hasil kajian yang dibuat oleh penulis artikel
6- Ulasan kritis
- dalam bahagian ini, dikehendaki untuk membuat ulasan kritis iaitu dengan
- menyatakan kritikan, pendapat dan cadangan terhadap artikel berkenaan,

antara aspek yang boleh dimasukkan dalam bahagian ini adalah :

Isi utama kandungan aritikel

a)

 Isu yang menarik, nyatakan mengapa

b)

 Adakah isu yang dibangkitkan adalah relevan bagi anda sebagai seorang penyelidik

c)

 Adakah anda setuju / tidak bersetuju dengan hasil kajian. Mengapa?

d)

Adalah persoalan/objektif penulisan yang dikemukakan oleh penulis terjawab (dihuraikan


dalam kajian)

e)

 Method yang digunakan sesuai atau tidak?

f)

 Dapatan/hasil  kajian meyakinkan dan boleh dipercayai atau tidak

g)

Apakah langkah yang boleh diambil oleh penulis untuk memastikan


kebolehpercayaan kajian yang dibuat.

h)

Apakah kesan artikel terhadap pemikiran / padangan anda dalampenyelidikan anda pada
masa akan datang
KESIMPULAN / PENUTUP

Rumusan kepada penulisan. Kebanyakan kita sering membuat kesilapan dengan mengulang semula
isi kandungan malah ada diantara kita yang hanya menyalin dan menampal ayat bahagian
sebelumnya. Untuk membuat kesimpulan kepada tugasan ulasan artikel, sebenarnya agak sedikit
berbeza di mana tiga perkara yang boleh dimasukkan dalam bahagian ini adalah

1. Nyatakan jika penemuan / hasil artikel dapat memberi pengetahuan baru

2. Bagaimana penulis akan menggunakan pengetahuan tersebut

3. Apakah langkah / strategi yang akan dilakukan untuk memperbaiki kajian

4.penutup rumusan anda.

Anda mungkin juga menyukai