Anda di halaman 1dari 1

Senarai Program

PERTANDINGAN QUIZ-A-THON

Rumusan Program

Pertandingan kuiz merupakan cara yang berkesan


untuk menjadikan pembelajaran STEM mudah dan
boleh diakses oleh semua golongan masyarakat.
Minat generasi kini terhadap bidang berkaitan
STEM semakin berkurangan di mana perhatian
mereka lebih bertumpu kepada bidang Seni dan
Kemanusiaan, Pendidikan, Sains Sosial, Perniagaan
dan Penghakiman. Pertandingan ini memerlukan
interaksi secara berterusan dari para peserta di
mana siri-siri pengetahuan berkaitan topik STEM
seperti sains, robotik, dron, kejuruteraan dan
sebagainya akan diuji secara berkala sepanjang
berlangsungnya Malaysia Techlympics. Peserta
dibahagikan mengikut kategori sekolah rendah,
sekolah menengah dan juga belia. Pemenang akan
ditentukan mengikut kategori kumpulan umur.

Pemfokusan bidang teknologi:

Pengkomputeran & Reka Bentuk Kreatif &


Mikrokomputer Animasi

Sains Matematik

Cetakan 3D dan Kejuruteraan


Pembangunan

Dron IOT

Nanoteknologi Robotik

Kelayakan:

Pelajar Sekolah Rendah


Pelajar Tahun 1 (lahir pada 1 Januari 2015 – 31
Disember 2015) sehingga Pelajar Tahun 6 (lahir
pada 1 Januari 2010 – 31 Disember 2010).
Penyertaan hanya dibenarkan secara berkumpulan
dengan 2 ahli bagi setiap kumpulan.

Pelajar Sekolah Menengah


Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31
Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir
pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).
Penyertaan hanya dibenarkan secara berkumpulan
dengan 2 ahli bagi setiap kumpulan.

Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004


– 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun (lahir pada
1 Januari 1992 – 31 Disember 1992).

REMAJA,

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF

Rumusan Program

Bidang penghasilan video merupakan bidang


teknikal yang diminati ramai. Para inovator muda
mampu menghasilkan pelbagai video yang kreatif
dan menjana hasil pendapatan melalui kebolehan
mereka dalam bidang ini. Malaysia kini dalam
perjalanan untuk menjadikan inovasi sebagai
peneraju ekonomi negara. Maka, memupuk minat
dalam kalangan generasi muda untuk menghargai
inovasi yang berlaku di sekeliling mereka dan
mempunyai aspirasi untuk berkongsi pengetahuan
dengan dunia menerusi elemen kreativiti adalah
sangat wajar. Peserta perlu menghasilkan video 15
minit yang bertemakan inovasi di Malaysia.
Kategori pertandingan ini adalah terbuka untuk
belia di mana daya kreativiti peserta dalam
mempamerkan inovasi di sekeliling mereka atau
perkongsian pengetahuan secara kreatif dan
informatif. Sistem permarkahan adalah terbahagi
kepada 2 : 1) Jumlah tontonan dan reaksi, dan 2)
Sistem pemarkahan oleh panel hakim terpilih.

Pemfokusan bidang teknologi:

Pengkomputeran & Reka Bentuk Kreatif &


Mikrokomputer Animasi

Sains Matematik

Cetakan 3D dan Kejuruteraan


Pembangunan

Dron IOT

Nanoteknologi Robotik

Kelayakan:

Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004


– 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun (lahir pada
1 Januari 1992 – 31 Disember 1992). Penyertaan
terbuka secara individu atau berkumpulan bagi
setiap kategori. Walau bagaimanapun,
pembahagian hadiah untuk penyertaan secara
berkumpulan adalah tanggungjawab pemilik akaun
media sosial.Hanya satu penyertaan dibenarkan
bagi satu pemilik akaun media sosial.

CABARAN MINECRAFT

Rumusan Program

Apakah cara yang interaktif yang boleh digunakan


untuk memantapkan pengetahuan teknikal dan
mencungkil kemahiran manipulatif perisian dalam
kalangan pelajar? Generasi yang berkemahiran
dalam bidang kejuruteraan diperlukan bagi
memenuhi keperluan Malaysia sebagai negara
yang membangun. Kurangnya pengetahuan
teknikal dan kemahiran dalam kalangan generasi
kini akan memberi impak yang negatif kepada
negara. Peserta Cabaran Minecraft perlu mencipta
permainan mereka sendiri berdasarkan tema yang
diberikan.

Pemfokusan bidang teknologi:

Reka Bentuk Kreatif & Sains


Animasi

Kelayakan:

Pelajar Sekolah rendah


Pelajar Tahun 4 (lahir pada 1 Januari 2012 – 31
Disember 2012) sehingga Pelajar Tahun 6 (lahir
pada 1 Januari 2010 – 31 Disember 2010).

Pelajar Sekolah Menengah


Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31
Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir
pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).

CABARAN MATH WHIZ

Rumusan Program

Minat pelajar dalam bidang matematik boleh


dipertingkatkan dengan menggunakan kaedah
kuiz atau pertandingan. Subjek matematik selalu
dianggap sebagai subjek yang membosankan dan
susah kerana hanya melibatkan nombor dan tidak
ada kaitan dengan kehidupan seharian. Tambahan
pula, pelajar yang tidak mempunyai asas yang baik
dalam matematik akan ketinggalan semasa
menghadapi masalah matematik yang lebih
kompleks. Cabaran 'Math Whiz' adalah cabaran
anjuran bersama Cerebry di mana platform
matematik yang digunakan adalah berlandaskan AI
yang boleh menyesuaikan soalan berdasarkan
tahap kemampuan peserta. Cabaran ini terbuka
kepada pelajar sekolah menengah di mana pada
peringkat kelayakan setiap peserta diberikan masa
45 minit untuk menjawab semua soalan. Hanya 50
peserta daripada peringkat kelayakan akan dipilih
untuk menyertai peringkat akhir di mana peserta
akan diuji dengan soalan yang lebih sukar. 5
pemenang daripada setiap kategori akan dipilih
sebagai juara. Cabaran ini akan berlangsung secara
berperingkat selama beberapa minggu. Contoh:
Tingkatan 1 (3 minggu), Tingkatan 2 (3 Minggu) dan
seterusnya. Peringkat akhir akan berlangsung
selama 2 hari.

Pemfokusan bidang teknologi:

Matematik

Kelayakan:

Pelajar Sekolah Menengah


Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31
Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir
pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).

Pertandingan ini adalah secara individu.

CABARAN 3 MINIT TIKTOK

Rumusan Program

Platform media sosial boleh digunakan sebagai satu


cara untuk menarik minat golongan muda
mengenai subjek STEM. Selain daripada itu, industri
kreatif juga memerlukan suntikan daya inovatif
daripada para inovator muda. Bidang berkaitan
STEM dianggap membosankan. Pada masa ini,
dengan menggunakan media sosial, banyak ilmu
dan maklumat boleh dikongsi secara kreatif.
Bagaimanakah kita boleh memanfaatkan platform
sedia ada untuk mempromosikan bidang STEM?
Peserta Cabaran 3 minit TikTok akan menghasilkan
video yang menarik dan menyeronokkan tentang
teknologi ataupun bagaimana teknologi telah
mengubah hidup mereka. Video-video yang
dihasilkan perlu dihantar ke saluran TikTok Malaysia
Techlympics.

Pemfokusan bidang teknologi:

Pengkomputeran & Reka Bentuk Kreatif &


Mikrokomputer Animasi

Sains Matematik

Kejuruteraan

Cetakan 3D dan
Pembangunan

Dron IOT

Robotik

Nanoteknologi

Kelayakan:

Pelajar Sekolah Menengah


Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31
Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir
pada 1 Januari 2005 – 31 Disember
2005). Penyertaan terbuka secara individu atau
berkumpulan bagi setiap kategori. Walau
bagaimanapun, pembahagian hadiah untuk
penyertaan secara berkumpulan adalah
tanggungjawab pemilik akaun TikTok.

Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi satu akaun


TikTok.

Peserta berumur 18 tahun (lahir pada 1 Januari 2004


– 31 Disember 2004) sehingga 30 tahun pada (1
Januari 1992 – 31 Disember 1992).Penyertaan
terbuka secara individu atau berkumpulan bagi
setiap kategori. Walau bagaimanapun,
pembahagian hadiah untuk penyertaan secara
berkumpulan adalah tanggungjawab pemilik akaun
TikTok.

Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi satu akaun


TikTok.

PENULIS KOD TERPANTAS FC-1

Rumusan Program

Memandangkan subjek pengaturcaraan dan


mikropengawal baru diperkenalkan, pelajar
mempunyai masalah untuk memahaminya dan
juga merasakan tiada kepentingan untuk
mempelajari dan menguasai kemahiran ini. Kurang
pengetahuan dan minat untuk menguasai subjek
pengaturcaraan dan mikropengawal dalam
kalangan pelajar kerana kurangnya pendedahan
tentang kepentingan untuk menguasai kemahiran
ini. Para peserta akan diberikan latihan asas
mengenai pengaturcaraan dan konsep
mikropengawal. Mereka juga akan boleh
mengakses aplikasi pengaturcaraan (Make
Arduino) secara percuma untuk pembelajaran ini.
Program latihan akan memenuhi DSKP dan Silibus
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar
sekolah rendah dan menengah.

Pemfokusan bidang teknologi:

Kejuruteraan

Pengkomputeran &
Mikrokomputer

Robotik

Kelayakan:

Pelajar Sekolah rendah


Pelajar Tahun 4 (lahir pada 1 Januari 2012 – 31
Disember 2012) sehingga Pelajar Tahun 6 (lahir
pada 1 Januari 2010 – 31 Disember 2010).

Satu pasukan terdiri daripada 2 orang pelajar.

Pelajar Sekolah Menengah


Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31
Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir
pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).

Satu pasukan terdiri daripada 2 orang pelajar.

CABARAN KENDERAAN MASA DEPAN

Rumusan Program

Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta


untuk mengenali sumber tenaga alternatif dan juga
meningkatkan kemahiran kejuruteraan
terutamanya dalam teknologi membuat kereta di
samping menggalakkan inovasi dan daya saing.
Subjek RBT telah diperkenalkan di sekolah-sekolah
seluruh Malaysia. Salah satu topik yang perlu
dijalankan untuk subjek ini ialah penghasilan
produk dan reka bentuk projek. Walau
bagaimanapun, minat dan kemahiran pelajar
adalah terhad kerana kurangnya cabaran dan
pendedahan tentang kepentingan subjek ini. Para
peserta akan diberi latihan mengenai cara mereka
cipta kenderaan yang dikuasakan menggunakan
tenaga solar. Untuk peringkat sekolah, pelajar akan
mencipta kereta solar yang dijanakan
menggunakan solar sel 45mm x 45mm, sebuah
motor mini dan gear yang sesuai. Kereta yang
terpantas akan memenangi peringkat sekolah dan
daerah. Kit-kit yang sesuai akan dibekalkan untuk
peringkat negeri dan kebangsaan secara percuma.
Pelajar akan diminta untuk menghasilkan
kenderaan solar mengikut tugasan yang akan
diberikan. Kenderaan terpantas yang menyiapkan
tugasan tersebut akan menang. Tugasan adalah
berbentuk pernyataan masalah berkaitan
kejuruteraan.

Pemfokusan bidang teknologi:

Sains Kejuruteraan

Matematik Reka Bentuk Kreatif &


Animasi

Kelayakan:

Pelajar Sekolah Rendah


Pelajar Tahun 4 (lahir pada 1 Januari 2012 – 31
Disember 2012) sehingga Pelajar Tahun 6 (lahir
pada 1 Januari 2010 – 31 Disember 2010

Pelajar Sekolah Menengah


Pelajar Tingkatan 1 (lahir pada 1 Januari 2009 – 31
Disember 2009) sehingga Pelajar Tingkatan 5 (lahir
pada 1 Januari 2005 – 31 Disember 2005).

Anda mungkin juga menyukai