Anda di halaman 1dari 4

PERIBAHASA BUKU TEKS TINGKATAN 5 KSSM

PERIBAHASA BUKU TEKS TINGKATAN 5 KSSM

BIL PERIBAHASA MAKSUD

1 Sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai Sesudah mendapat kecelakaan, baru hendak
(hal. 8) beringat-ingat.

2 Belukar sudah menjadi rimba (hal. 9) Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.

3 Malang tidak berbau (hal. 17) Kecelakaan yang tidak dapat diketahui
sebelumnya.

4 Duit tepi (hal. 32) Pendapatan sampingan atau wang tambahan.

5 Duduk sama rendah berdiri sama tinggi (hal. 46) Orang yang sama darjat.

6 Cerdik seperti kancil (hal. 60) Kepandaian berasaskan tipu helah.

7 Rajin seperti semut (hal. 60) Orang yang rajin bekerja.

8 Hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai Sesuatu usaha yang pantang menyerah tidak
(hal.60) berhenti akan memberi hasil yang maksima.

9 Usaha tangga kejayaan (hal. 60) Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih
untuk menempa kejayaan.

10 Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah
(hal. 60) dengan sabar, sehingga mencapai kejayaan.

11 Masa itu umpama emas / masa itu emas (hal. 61) Masa itu sangat berharga.

12 Sudah terhantuk baru tengadah (hal. 68) Sesudah mendapat kesusahan baru hendak
beringat-ingat.

13 Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau
kehabisan harta.

14 Nasi sudah menjadi bubur Sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi.

15 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak Sebelum mengerjakan atau melakukan
berguna sesuatuhendaklah difikir habis-habisan. / Fikir
masak-masak sebelum berbuat sesuatu
supaya jangan menyesal.

16 Sediakan payung sebelum hujan (hal. 106) Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.
PERIBAHASA BUKU TEKS TINGKATAN 5 KSSM

17 Gading mana yang tidak retak / tak ada gading Tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna.
yang tak retak (hal.

18 Bumi mana yang tidak ditimpa hujan (hal. 107) Setiap orang pasti pernah melakukan
kesilapan.

19 Gulung tikar (hal. 120) Muflis.

20 Anak buah (hal. 144) Pekerja di bawah jagaan kita.

21 Bersekutu Bertambah Mutu (hal. 144) Bekerjasama antara satu sama lain akan
menghasilkan kecemerlangan.

22 Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk (hal. Sama-sama bertanggungjawab.


144)

23 Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
semua (hal.144) menyebabkan orang lain menerima akibatnya.

24 Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan
barulah memanjat puncak junjung (hal. 145) mengikut aturannya.

25 Bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat (hal. Mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim.
145)

26 Air tangan (hal. 157) Masakan seseorang.

27 Adat dikelek, hukum dijunjung (hal. 160) Adat dikuatkuasakan dan undang-undang
ditegakkan.

28 Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas (hal. Adat yang tidak berubah, sesuatu yang sudah
160 utuh.

29 Dicabut layu, diubah mati (hal. 160) Tidak dapat diubah lagi (keputusan).

30 Disuruh pergi, dipanggil datang (hal. 160) Perihal seseorang yang patuh menurut
perintah.

31 Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung Tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-
(hal. 161) tiap negeri mempunyai kebiasaannya.

32 Langkah bendul (hal. 161) Adik berkahwin lebih dahulu daripada


kakaknya.

33 Jong pecah, yu yang kenyang (hal. 173) Jika ada kerusuhan, tentu ada orang yang
mendapat keuntungan daripada kerusuhan
PERIBAHASA BUKU TEKS TINGKATAN 5 KSSM

itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi


orang lain.

34 Bahasa ibunda (hal. 182) Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.

35 Celik huruf (hal. 185) Orang yang tahu membaca dan menulis.

36 Membaca membuka minda (hal. 186) Dengan membaca memudahkan kita berfikir.

37 Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat
(hal. 188) seseorang, makin merendah diri.

38 Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh Orang yang berusaha dalam senyap beroleh
sekampung; ikutlah resmi penyu, telur beribu banyak hasil berbanding yang sedikit
tak siapa tahu. / Penyu bertelur beratus-ratus diperoleh tetapi diheboh-hebohkan.
senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung
(hal. 188)

39 Melentur buluh biarlah daripada rebungnya (hal. Mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu
189) masih kecil.

40 Nama pena (hal. 190) Nama yang digunakan oleh penulis pada
karyanya.

41 Bahasa Menunjukkan Bangsa (hal. 191) Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti
bangsa.

42 Bak cendawan tumbuh selepas hujan (hal. 198) Terlalu banyak pada sesuatu masa.

43 Daripada segenggam, jadi segantang (hal. 205) Bernasib baik.

44 Di mana air bertakung, di situ ikan berkampung Di mana-mana tempat berpeluang mencari
(hal. 205) rezeki orang akan bertumpu.

45 Senduk besar tak mengenyang (hal. 205) Janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak
ditepati.

46 Hutang budi / berhutang budi (hal. 208) Kebaikan yang diperoleh dan wajar dibalas.

47 Membalas budi (hal. 208) Balas jasa dan berterima kasih.

48 Kurang ajar (hal. 209) Tidak bersopan, kurang beradab.

49 Buah tangan (hal. 210) 1. Barang yang dibawa dari perjalanan.


PERIBAHASA BUKU TEKS TINGKATAN 5 KSSM

2. Hasil pekerjaan.

50 Darah daging (hal. 212) Anak dan saudara-mara dari keturunan


sendiri.

51 Alah membeli menang memakai (hal. 214) Walaupun terasa berat membeli sesuatu
barang yang mahal harganya, tetapi barang
itu bermutu dan tahan lama.

52 Ketam mengajar anaknya berjalan betul Orang yang hanya tahu memberi nasihat
tetapi dia sendiri tidak melakukan sedemikian.

53 Baik hati (hal. 217) Bersikap baik dan penyayang (suka


menolong).

54 Bukit sama didaki, lurah sama dituruni (hal. 221) Sepakat (seia sekata).

55 Anak ayam kehilangan ibu Kesusahan yang dialami oleh seseorang


apabila dirinya kehilangan tempat
bergantung.

Anda mungkin juga menyukai