Anda di halaman 1dari 2

SK BATU 6 ½ SEGAMA,

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah


Peti Surat 61042,
91119 Lahad Datu, Tel : 011-65744770
SABAH Portal: jpnsabah.moe.gov.my
E-mel : xba3119@moe.gov.my

Rujukan Kami : SKB61/2.600-15/3/7


Tarikh : 08 Julai 2022
Kepada,

IBU BAPA,
SK Batu 6 ½ Segama.

Tuan/Puan

JEMPUTAN ACARA TERBUKA 6KM SEMPENA KEJOHANAN LARIAN MERENTAS DESA


PERINGKAT SK BATU 6 ½ SEGAMA TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan kejohanan larian merentas desa
peringkat SK Batu 6 ½ Segama seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Julai 2022 (Khamis)


Masa : 7.00 pagi
Tempat : SK Batu 6 ½ Segama
Pakaian : Baju Sukan

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput dari kalangan ibu bapa
murid-murid SK Batu 6 ½ Segama untuk menyertai acara terbuka 6km. Penyertaan adalah percuma
dan penyertaan adalah secara atas talian (online) iaitu dalam bentuk Google Forms. Penyertaan
dari kalangan abang atau kakak adalah tidak dibenarkan.

4. Sekiranya tuan/puan berminat menyertai acara terbuka ini, sila isi borang penyertaan bermula
pada hari Selasa/12 Julai sehingga jam 11.59 tengah malam Hari Rabu/ 13 Julai 2022. Link pautan
Google Forms tersebut akan disediakan dalam Group Whatsapp Kelas anak tuan/puan. Tuan/puan
juga boleh mendaftar secara manual dengan cara menulis nama dalam senarai penyertaan yang
akan disediakan oleh guru kelas di dalam Group Whatsapp Kelas. Tuan/puan juga boleh terus
hubungi Setiausaha Sukan SKBESS, En. Awang Mohamad Zihad (010-2119865) untuk sebarang
pertanyaan lanjut.

5. Bersama surat ini dilampirkan bersama peta trek larian. Semoga dengan Kehadiran tuan/puan
dapat memeriahkan lagi acara kejohanan ini. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak
tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………..................
RAMLAN SAMION@SAMIHON
Guru Besar,
SK Batu 6 ½ Segama, Lahad Datu.

“TEKAD UNTUK GEMILANG”


“Pledge For Excellence”
SK BATU 6 ½ SEGAMA,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Peti Surat 61042,
91119 Lahad Datu, Tel : 011-65744770
SABAH Portal: jpnsabah.moe.gov.my
E-mel : xba3119@moe.gov.my

“TEKAD UNTUK GEMILANG”


“Pledge For Excellence”

Anda mungkin juga menyukai