Anda di halaman 1dari 44

Modul PdP

#learning@home

MATEMATIK TAHUN 5
TAJUK 1 HINGGA TAJUK 6
(NOMBOR BULAT & OPERASI ASAS)
Tajuk : Nombor dan Operasi
: Nombor Bulat Hingga 1 000 000
Standard Kandungan : 1.1 Nilai nombor
Standard Pembelajaran : 1.1.i Membaca, menyebut dan menulis sebarang
nombor hingga 1 000 000 yang diberi dalam
perkataan dan angka

Cadangan PdPc/Nota:
1) Murid-murid dibimbing untuk menama dan menyebut nombor dengan betul
kerana sebutan yang betul menentukan murid menulis nombor
dalam perkataan dengan betul.

Kaedah 1
a) Murid-murid dikenalkan dengan nilai tempat dahulu. Guru memberi contoh
dari nombor yang kecil ke nombor yang besar. Dengan menggunakan carta
nilai tempat.

Ratus Puluh Sebutan nombor dalam


Juta Ribu Ratus Puluh Sa
ribu ribu perkataan
6 Enam
5 6 Lima puluh enam
Tiga ratus lima puluh
3 5 6
enam
Tujuh ribu tiga ratus lima
7 3 5 6
puluh enam
Sembilan puluh tujuh ribu
9 7 3 5 6 tiga ratus lima puluh
enam
Satu ratus sembilan
1 9 7 3 5 6 puluh tujuh ribu tiga ratus
lima puluh enam
1 0 0 0 0 0 0 Satu Juta

b) Angka disebut dan ditulis dalam perkataan dari kiri ke kanan

c) Digit 0 (sifar) tidak disebut dan tidak ditulis dalam perkataan.


2
Kaedah 2
Contoh soalan 1 :

345 125
Ribu
Jawapan : Tiga ratus empat puluh lima ribu seratus dua puluh lima

Contoh soalan 2 :
700 004
Ribu
Jawapan : Tujuh ratus ribu empat

a) Murid-murid dibimbing untuk mengumpulkan 3 digit - 3 digit daripada nilai


tempat yang paling kecil.

b) Kemudian murid-murid dikehendaki membuat satu garisan antara tiga digit


yang dikumpulkan. Guru mesti menegaskan garisan yang memisahkan
kumpulan tersebut adalah ribu.

3
Latihan 1

Tulis nombor dalam perkataan.

Nombor Perkataan
a 93 207
b 104 518
c 700 003
d 819 006
e 900 120
f 510 084
g 456 631
h 1 000 000
i 245 670
j 25 008

Tulis nombor dalam angka

Nombor dalam perkataan Angka


1 Lima ratus dua belas ribu empat ratus tiga puluh
sembilan
2 Tujuh ratus lapan puluh tiga ribu enam ratus sepuluh
3 Sembilan ratus satu ribu lima ratus dua puluh tujuh
4 Satu Juta
5 Sembilan ratus sembilan puluh sembilan ribu
sembilan ratus sembilan puluh sembilan
6 Enam ratus dua puluh satu ribu lima ratus lapan
puluh
7 Empat ratus tiga puluh tujuh ribu enam ratus lima
puluh
8 Seratus tiga puluh satu ribu lima ratus empat puluh
tujuh
9 Tujuh puluh ribu enam ratus tiga puluh sembilan
10 Seratus ribu satu

4
Bina lima nombor 6 digit daripada kad-kad digit yang diberi. Pastikan digit 1 berada
di nilai tempat ribu. Kemudian, tuliskan nombor itu dalam perkataan.

9 0 3 4 5
1

5
Tajuk : Nombor dan Operasi
: Nombor Bulat Hingga 1 000 000
Standard Kandungan : 1.1 Nilai Nombor
Standard Pembelajaran : 1.1. ii Menamakan nilai tempat dan nilai digit bagi
sebarang nombor.
1.1.iii Mencerakinkan sebarang nombor mengikut nilai
tempat dan nilai digit

Cadangan PdPc / Nota :


a) Murid-murid dibimbing menamakan nilai tempat dan nilai digit seterusnya
mencerakinkan sebarang nombor yang diberikan.
b) Guru menyediakan nota PDF tajuk yang berkaitan.

Link nota:

https://documentcloud.adobe.com/link/track?uri=urn%3Aaaid%3Ascds%3AUS%3A7c
ffbfc2-4e66-451a-94e0-ba3d3e4b59ad

c) Murid-murid dibimbing dengan memberikan contoh-contoh lain. Dengan


menggunakan kad imbasan dan power point.

6
Latihan 2

Nyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi digit yang bergaris.

Bil Nombor Nilai Tempat Nilai Digit


1 512 438
2 437 650
3 642 479
4 131 547
5 268 125
6 391 651
7 117 389
8 157 083
9 291 161
10 1 000 000

Lengkapkan

a) 435 159 = + 3 puluh ribu + 5 ribu + + 1 ratus + 5puluh + 9 sa

b) 567 210 = 500 000 + + + 200 +

c) 325 678 = + + + + +

d) 4 ratus ribu + 3 ribu + 1Puluh + 7 sa =

e) 200 000 + 30 000 + 5000 + 700 + 40 + 2 =

7
Tajuk : Nombor dan Operasi
: Nombor Bulat Hingga 1 000 000
Standard Kandungan : 1.1 Nilai Nombor
Standard Pembelajaran : 1.1. iv Menyusun nombor hingga 1 000 000 mengikut
tertib menaik dan tertib menurun.

Cadangan PdPc/ Nota:

a) Murid-murid dibimbing menyusun sebarang nombor yang diberikan


dengan berpandukan kepada nota yang diberikan. Merujuk kepada URL

https://documentcloud.adobe.com/link/track?uri=urn%3Aaaid%3Ascds%3A
US%3A3eb10d07-2018-442c-b206-162dad74bd36

b) Guru menerangkan Kaedah 1 dan Kaedah 2

8
c) Murid-murid diberikan latihan dengan menggunakan contoh-contoh lain.

9
LATIHAN OBJEKTIF

1 Rajah menunjukkan sekeping kad nombor.

915 624
A 50 C 5 000
B 500 D 50 000

2 6 ratus ribu + 9 ribu + 7 ratus + 6 puluh

A 6 976 C 609 760


B 609 706 D 690 760

3 Nombor 253 013 ditulis dalam perkataan ialah

A Dua ratus lima puluh ribu tiga C Dua ratus tiga ribu tiga belas
ratus tiga

B Dua ratus lima puluh tiga ribu D Dua ratus lima ribu tiga ratus tiga
tiga belas belas

4 “Lima puluh ribu tiga ratus enam ditulis” dalam angka ialah

A 50 306 C

B 50 316 D

5 Apakah nilai tempat bagi digit 8 pada nombor 813 237?

A Ribu C Pulu ribu


B Ratus D Ratus ribu

6 Apakah nilai digit bagi nombor yang bergaris pada 73 414?

A 4 C 400
B 4 000 D 40 000

7 Cerakinkan 503 412 =

A 50 000 + 300 + 40 + 12 C 500 000 + 3000 + 400 + 12

B 50 000 + 3000 + 400 + 10 + 2 D 500 000 + 3000 + 400 + 10 + 2

10
8 4 ratus ribu + 3 puluh ribu + 4 ribu + 3 puluh + 4 sa =

A 434 304 C 404 304


B 434 034 D 443 304

9 Sembilan ratus sembilan ribu dua ratus sembilan puluh tujuh

A 909 297 C 909 927


B 990 297 D 909 729

10 Antara berikut yang manakah susunan menaik?

A 123 725 , 340 276 , 340 816 C 252 107 , 947 215 , 400 306
B 325 106 , 215 106 , 145 247 D 230 106 , 103 214 , 93 270

11
Tajuk : Nombor dan Operasi
: Nombor Bulat Hingga 1 000 000
Standard Kandungan : 1.2 Anggaran bagi sesuatu kuantiti
Standard Pembelajaran : 1.2.1 Menganggar bilangan objek dengan menyatakan
kuantiti yang munasabah berdasarkan set rujukan
yang diberi.

Cadangan Pdpc / Nota:

Langkah 1:

Dengan bantuan gambar rajah, bimbing murid menganggar bilangan - menjadi


separuh atau satu suku daripadanya.

https://www.cikgusaffuan.com/jurnal/april-14th-2017

Langkah 2:

Seterusnya, guna gambar rajah yang berlainan di mana nombornya lebih besar nilai.

Langkah 3

Galakkan murid menganggar menggunakan kemahiran menganggar yang telah


dipelajri

2 contoh daripada buku teks dibincangkan bersama murid

Latihan 4

Latihan KBAT – menganggar bilangan kacang untuk botol ketiga sekiranya botol
pertama dan kedua telah diketahui.

12
Tajuk : Nombor dan Operasi
: Nombor Bulat Hingga 1 000 000
Standard Kandungan : 1.3 Nombor dalam bentuk pola
Standard Pembelajaran : 1.3.i Mengelaskan pola bagi urutan nombor genap
dan nombor ganjil.

Cadangan Pdpc / Nota:

Langkah 1:

1. Permainan nombor.

15 18 26 37 188 903

2. Beberapa keping kad nombor dipaparkan di papan putih.

3. Minta murid bahagikan setiap nombor di atas dengan 2.

4. Minta murid memberi respon kepada soalan guru dengan mengaitkan tajuk
pembelajaran iaitu pola nombor genap dan nombor ganjil.

Catatan :

Nombor berbaki ialah nombor ganjil.

Nombor tidak berbaki ialah nombor genap.

13
Langkah 2:

1. Paparkan satu situasi seperti contoh di bawah:

Satu bancian tentang golongan penduduk yang masih menggunakan perkhidmatan


bas awam telah dilakukan di beberapa buah negeri oleh sebuah jabatan kerajaan.

Hasil laporan adalah seperti dalam jadual berikut:

Negeri Bilangan penduduk


Kedah 490 005
Perak 520 000
Kelantan 480 000
Terengganu 510 218
Selangor 490 215
Kuala Lumpur 600 000
Negeri Sembilan 400 217
Pahang 390 093
2. Berdasarkan jadual, murid dibimbing mengelaskan pola bagi urutan nombor
genap dan nombor ganjil menggunakan kaedah pelbagai strategi
penyelesaian masalah.

a. Membuat senarai secara bersistem.

Susunkan pola nombor mengikut urutan menaik.Kenal pasti nombor-

nombor genap dan ganjil. Asingkan mengikut kumpulan nombor:

Nombor genap : 480 000, 510 218, 520 000, 600 000.

Nombor ganjil : 390 093, 400 217490 005, 490 215,

b. Membina Graf

Murid dibimbing membina graf menunjukkan pola nombor genap

dan ganjil secara urutan.

3. Murid mengulas hasil dapatan.

14
Lembaran Kerja

Soalan subjektif

Jawab semua soalan.

Tuliskan semula nombor ganjil dan nombor genap di dalam jadual di bawah mengikut
urutan menaik berdasarkan nombor-nombor yang diberi.

632 279 642 285


652 284 662 288
672 292 682 296
357 483 458 267
559 041 760 592

NOMBOR

Genap Ganjil
1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. 5.

15
Tajuk : Nombor dan Operasi
Nombor Bulat Hingga 1 000 000
Standard Kandungan : 1.3 Nombor dalam bentuk pola
Standard Pembelajaran : 1.3.i Melengkapkan pola bagi nombor genap dan
nombor ganjil
Cadangan Pdpc / Nota:
Langkah 1:

1. Paparkan nombor pada slaid.

Contoh : 2, 3, 5, 8, A, 17

Soalan : Cari nilai A.

Penyelesaian :

1. Kenal pasti turutan pola nombor itu.


2. Gunakan kaedah cuba jaya. Pastikan pola yang digunakan adalah betul.
3. Contoh jawapan :

2(+1), 3(+2), 5(+3), 8(+4), 12(+5), 17.

A = 12

Langkah 2:

1. Paparkan set nombor lain.

Contoh : 35, B, 28, 26, 25

Soalan : Cari nilai B.

Penyelesaian :

1. Kenal pasti turutan pola nombor itu.

2. Gunakan kaedah cuba jaya. Pastikan pola yang digunakan adalah betul.
3. Contoh jawapan :

25(+1),26(+2),28(+3),31(+4)

B = 31

16
Langkah 3:

1. Paparkan satu situasi seperti contoh di bawah:

Sebuah kilang makanan ringan telah mengeluarkan sebanyak 48 220


peket pada bulan Januari. Pada bulan April, pengeluarannya berjumlah
510 220 manakala pada bulan Mei sebanyak 520 220.Jika jualan pada
setiap bulan meningkat dengan bilangan yang sama, berapakah
pengeluaran makanan ringan pada bulan Februari dan Mac?

Contoh :

Selesaikan Secara Jadual

Bulan Pengeluaran Beza


Januari 480 220 }10 000
Februari ? }10 000
Mac ?
April 510 220
Mei 520 220

Penyelesaian :
480 220
+ 10 000
490 220
+ 10 000
500 220

Jawapannya: Pengeluaran pada bulan Februari dan Mac masing- masing ialah
sebanyak 490 220 dan 500 220.

17
Lembaran Kerja
Soalan Subjektif
A. Lengkapkan rangkaian nombor di bawah mengikut polanya.

1) __________, 567 512, 578 664, __________, ____________.

2) __________, 472 193, __________, 520 633, 544 853.

3) __________, ___________, 264 777, 285 817, __________

4) 990 245, 910 245, 850 245, __________, __________, 790 245

5) __________, 345 694, 345 494, __________, __________

B. Kepadatan penduduk di lima buah bandar di bawah telah disusun mengikut


polanya. Lengkapkan graf tersebut.

Graf Kepadatan Penduduk di 5


Buah Bandar

250 000 280 000 X 340 000 y

X = __________ y = __________

18
C. Rajah menunjukkan satu pola nombor.

80 81 82 83 84 85
86 87 88 89 90
Berdasarkan pola nombor di atas:
i. Apakah pola nombor itu?
[1 markah]

ii. Daripada pola nombor itu nyatakan bilangan nombor ganjil dan
genap di antara nombor 80 hingga 90.

[2 markah]

19
Tajuk : Nombor dan Operasi
: Nombor Bulat Hingga 1 000 000
Standard Kandungan : 1.4
Standard Pembelajaran : 1.4.1, 1.4.2

Cadangan Pdpc / Nota:


Langkah 1:
Bincangkan bagaimana pembundaran nombor digunakan dalam kehidupan harian.

Langkah 2:

 Bimbing murid membundarkan nombor sehingga ratus ribu yang terdekat


dengan menggunakan kaedah.Miskin-Kaya. Boleh melayari laman sesawang
ini :

https://www.youtube.com/watch?v=CqFGHAPP2Fw

 Kenalkan murid dengan NOMBOR MISKIN = 0-4 dan NOMBOR KAYA = 5-9

https://www.youtube.com/watch?v=mK-n9yZ_nbk

 BULATKAN kehendak soalan.

 Jika soalan minta Bundar kepada PULUH RIBU terdekat, BULATKAN


nombor PULUH RIBU.

 Jika soalan minta Bundar kepada RATUS RIBU terdekat, bulat nombor
RATUS RIBU.

 Buat DUA PILIHAN JAWAPAN -

Jawapan pertama ialah NOMBOR ITU sendiri (nombor yang dibulatkan) dan
nombor selepasnya WAJIB ditukarkan menjadi ‘0’ (sifar).5. Jawapan kedua
MESTI LEBIH SATU (nombor yang dibulatkan) dari jawapan pertama dan
nombor selepasnya tukar menjadi ‘0’ (sifar). Sekiranya nombor sebelah
kanan itu NOMBOR MISKIN, maka jawapannya juga MISKIN. Sekiranya
nombor kanan itu NOMBOR KAYA, maka jawapannya mesti KAYA.

https://www.youtube.com/watch?v=mK-n9yZ_nbk

20
 Selain guna ayat nombor Miskin nombor Kaya, boleh juga guna nombor Kecil
nombor Besar. Berdasarkan pengalaman mengajar, cara ini paling mudah
untuk murid sederhana dan laju faham. Murid slow akan guna teknik Turun Naik
Bukit atau Rumah JIRAN.

Langkah 3:

Bincangkan nombor yang mewakili suatu nombor yang telah dibundarkan sehingga
ratus ribu yang terdekat seta lingkungannya.

Langkah 4:

Latihan pentaksiran bagi membundarkan nombor sehingga ratus ribu yang terdekat

Langkah 5:

Latihan KBAT-Tuliskan 3 nombor yang boleh menjadi 400 000 apabila dibundarkan
kepada ratus ribu yang terdekat.

21
Soalan Objektif

1. Bundarkan 346 728 kepada puluh ribu yang terdekat.


A 351 000 C 346 000
B 350 000 D 345 000

2. _____________ dibundarkan kepada ratus ribu yang terdekat menjadi 300 000.
A 299 000 C 350 000
B 245 000 D 360 000

3. Bundarkan nombor 647 596 kepada puluh ribu yang terdekat.


A 640 000 C 650 000
B 600 000 D 647 000

Soalan Subjektif
1. Nyatakan 3 nombor yang menjadi 700 000 apabila dibundarkan kepada ratus
ribu terdekat.
i. _________________________
ii _________________________
iii _________________________

2. Pilih jawapan yang betul.


(107 501, 107 948, 108 712) dibundarkan kepada ratus ribu yang terdekat

menjadi 108 000.

22
Tajuk : Nombor dan Operasi
: Nombor Bulat Hingga 1 000 000
Standard Kandungan : Penggunaan anu dalam operasi asas
Standard Pembelajaran : 2.1.ii , 3.1.ii, 4.1.ii, 5.1.ii

Cadangan Pdpc / Nota:

Langkah 1

1. Guru pelbagaikan teknik penyoalan.

 Kenapa kita menolak?

 Soalan ini selalu saya tanyakan kepada murid, kenapa kita menggunakan
tolak dan bila kita menggunakan operasi tolak?

 Kenapa operasi tolak dan bahagi menggunakan operasi yang berbeza untuk
mencari nilai anu?

Langkah 2

1. Apakah situasi harian yang berkait rapat dengan tolak melibatkan anu?
a) Berikut merupakan situasi harian yang melibatkan operasi tolak
Kuantiti barang berkurangan disebabkan:
i. kita beri kepada orang,
ii. gunakan barang tersebut seperti wang,
iii. mengasingkan sesuatu yang bercampur - barang rosak dan elok,
jantina lelaki atau perempuan dan lain-lain

b) Berikut merupakan situasi harian yang melibatkan operasi bahagi.


i. mengagihkan secara sama banyak - dari suatu kuantiti yang
banyak dipecahkan kepada kuantiti yang lebih kecil.
ii. menyimpan ke dalam bekas yang sama banyak
iii. berapa unit kecil bagi suatu kuantiti besar. Contohnya ada berapa
250 gram dalam 1 kilogram?

23
Langkah 3

1. Pengukuhan Konsep Matematik jika penggunaan anu dalam ayat matematik.

Contoh-contoh relevan

https://www.cikgusaffuan.com/jurnal/anu-oh-anu
https://ms-my.facebook.com/hallaevol/videos/781688382209970/

Tambah
1 + A = 2 (tolak untuk mencari A)
B + 3 = 5 (tolak untuk mencari B)

Tolak
4 – C = 2 (tolak untuk mencari C)
D - 1 = 3 (tambah untuk mencari B)

Darab
2 x E = 4 (bahagi untuk mencari E)
F x 2 = 8 (bahagi untuk mencari F)

Bahagi
10 ÷ G = 2 (bahagi untuk mencari G)
H ÷ 2 = 6 (darab untuk mencari H)

24
Lembaran Kerja

Latihan Subjektif

1. Cuba fahamkan dua situasi di bawah

a) Situasi Pertama

Remy mempunyai 10 biji gula-gula. Di memberikan gula-gula secara sama


banyak kepada beberapa orang rakannya. Di dapati setiap rakannya
mempunyai 2 biji gula-gula.
10 ÷ A = 2
Bagaimana proses supaya Remy dapat mengetahui berapa orang rakan?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

a) Situasi Kedua

Remy mempunyai beberapa biji gula-gula. Di memberikan gula-gula secara


sama banyak kepada 5 orang rakannya. Di dapati setiap rakannya
mempunyai 2 biji gula-gula.
B÷5=2
Bagaimana proses supaya Remy dapat mengetahui berapa biji gula-gula yang
dia ada?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

25
Huraian Jawapan Sebenar;

Kedua-dua situasi melibatkan anu operasi bahagi, tetapi pendekatan yang berbeza
untuk menyelesaikan masalah. Situasi pertama menggunakan operasi bahagi untuk
mendapatkan nilai anu A manakalah situasi kedua menggunakan operasi darab untuk
mendapatkan nilai anu B.

Saya cuba menggunakan simulasi untuk menerangkan kenapa cara penyelesaian


situasi pertama tidak sama dengan situasi kedua. Jika kita melakukan simulasi murid
akan lebih faham kenapa bahagi dan kenapa darab kerana mereka mengalami sendiri
pengalaman atau proses yang sedang berlaku.

26
Soalan Objektif

1 9 000 – 69 – = 8 106

A 8 15

B 8 17

C 8 25

D 8 80

2. 64 205 - - 365 = 7 198. Cari nombor yang tertinggal dalam petak itu.

A 20 507
B 53 357
C 56 642
D 71 038

3. - 20 138 = 10 010 - 4539. Apakah nombor yang perlu diisi dalam


petak itu?

A 25 719
B 25 609
C 5 581
D 5 471

27
Tajuk : Operasi Bergabung

Standard Kandungan : 6.1 Operasi bergabung

Standard Pembelajaran : 6.1(i) Mengira bagi operasi bergabung dan hasilnya


dalam lingkungan 1 000 000

Contoh Soalan : 24 560 – 703 X 24 =

Cadangan PdPc/Nota :

1. Untuk menyelesaikan operasi bergabung, murid perlu diingatkan agar


mematuhi hukum BODMAS (ku da ba ta tol). Untuk pemahaman lebih lanjut
boleh menonton video ini.
https://www.youtube.com/watch?v=agV5IyVF2Lw&t=940s

2. Untuk mengelakkan kecuaian, sebelum murid menjawab, murid perlu:

a) membulatkan operasi yang terlibat pada ayat matematik.

b) melakarkan rajah piramid BODMAS dan membulatkan simbol operasi


terlibat.

28
 Operasi asas +, -, × dan ÷ dalam matematik perlu dikuasai oleh semua murid.
Guru perlu membentuk kumpulan operasi iaitu kumpulan tambah dan tolak
yang boleh dinamakan sebagai “kumpulan anak” dan kumpulan darab dan
bahagi yang dinamakan “kumpulan bapa”.

 Murid juga boleh melihat kepada kedudukan hierarki pada piramid BODMAS
di mana operasi pada kedudukan lebih tinggi didahulukan. Sekiranya dua
operasi berada pada aras yang sama, selesaikan operasi yang jumpa dahulu.

 Apabila operasi bergabung yang melibatkan soalan seperti contoh di atas,


operasi bapa perlu diselesaikan dahulu. Kemudian diikuti dengan operasi
anak.

 Pelbagai strategi pengiraan boleh dilakukan (asalkan logik) mengikut


kecerdasan murid.

29
Standard Kandungan : 6.3 Operasi bergabung melibatkan tanda kurung

Standard Pembelajaran : 6.3(i) Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung


termasuk melibatkan tanda kurung dalam
lingkungan 1 000 000

Contoh Soalan : (63 + 579) ÷ 6 =

 Apabila operasi bergabung yang melibatkan kurungan diberi, maka ia perlu


diselesaikan dahulu tanpa mengira operasi didalamnya.

 Teknik penceritaan boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman murid


(selain daripada peraturan operasi iaitu BODMAS atau KUDABATATOL atau
pelbagai strategi lain yang difikirkan sesuai).

 Murid boleh menonton video ini untuk lebih pemahaman.


https://www.youtube.com/watch?v=lYShxfp_u5M&t=88s

https://www.youtube.com/watch?v=lYShxfp_u5M&list=PLPEh61e-
2oYdCIecOrPSedqx_jKYjIyIx&index=14

Cadangan PdPc/Nota :

1. Untuk menyelesaikan operasi bergabung, murid perlu diingatkan agar mematuhi


hukum BODMAS (ku da ba ta tol)

2. Untuk mengelakkan kecuaian, sebelum murid menjawab, murid perlu:

a) membulatkan operasi yang terlibat pada ayat matematik.

b) melakarkan rajah piramid BODMAS dan membulatkan simbol operasi terlibat.

3. Selesaikan operasi dalam kurungan dahulu dalam bentuk lazim atau strategi yang
difikirkan sesuai.
1 1

30
6 3

+ 5 7 9

6 4 2

4. Untuk mengelakkan kesilapan atau kecuaian adalah disarankan murid memotong


nombor-nombor yang terlibat dengan operasi dalam kurungan tadi dan
menggantikannya dengan hasil tambah tersebut.

642
63 +579 ÷ 6 =

5. Langkah seterusnya adalah melakukan operasi bahagi.

6. Kaedah bahagi mengikut tahap murid.

7. Murid tahap sederhana yang tidak menguasai sifir boleh menggunakan kaedah 3
iaitu menolak secara berturut-turut

Nota:

 Tolakkan dengan nilai pembahagi selagi boleh. Jika ada baki hantar ke rumah sebelah
 Kirakan bilangan berapa kali tolak dengan cara membulatkan simbol operasi.
 Bilangan itu mewakili hasil bahagi tersebut.

8. Murid yang agak lemah boleh menggunakan kaedah 4 iaitu membuat kaedah ala-
gundalan.

Nota:

 Gundalan pada setiap baris harus disusun mengikut nilai pembahagi.


 Baris yang sama dengan nilai pembahagi kemudian diikat.
 Bilangan ikatan mewakili niai bahagi tersebut.
 Jika ada baki pada baris terakhir bawanya ke rumah sebelah.

31
 Murid yang menguasai sifir

Kaedah 1: (Bentuk lazim) Kaedah 2:

1 0 7 1 0 7

6 6 4 2 6 6 4 42

̶ 6 ̶ 6 ̶ 0 ̶ 42

0 4 0 4 00

̶ 0

4 2

̶ 4 2

0 0

 Murid yang tidak menguasai sifir

Tajuk : Operasi Bergabung

32
Standard Kandungan : 6.2 Penyelesaian masalah

Standard Pembelajaran : 6.2(i) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan


operasi bergabung dan hasilnya dalam lingkungan
1 000 000

Contoh 1 :

Seorang penjaja membeli 145 biji tembikai dan 8 kotak oren. Setiap kotak oren
mengandungi 48 biji oren. Berapakah bilangan tembikai dan oren yang dibeli oleh
penjaja itu kesemuanya?

Cadangan PdPc/Nota:

1. Murid harus membaca dan memahami maklumat yang diberi apa yang
dikehendaki.

2. Cari kata kunci untuk membantu menentukan operasi yang sesuai dalam
menjawab soalan tersebut. Kata kunci ini perlu diingat dan ditukar sebagai
operasi.

3. Murid boleh menyelesaikannya dengan menggunakan pelbagai strategi


penyelesaian masalah yang mungkin antaranya :

i. Strategi simulasi.

ii. Membina jadual.

iii. Membina graf

iv. Melukis gambarajah

v. Membina pola.

vi. Mencuba kes yang lebih mudah.

vii. Menyenarai secara sismatek.

viii. Menaakul secara mantik.

ix. Bekerja dari belakang

4. Menggariskan atau membulatkan isi-isi penting dan kata kunci akan lebih
membantu dalam membuat keputusan operasi dan kaedah penyelesaian yang
akan digunakan.
33
5. Untuk lebih pemahaman murid boleh menonton video berkaitan ini dipautan
seperti berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=zfTJ-uDGPrs

https://www.youtube.com/watch?v=e3umdhYavpU

https://www.youtube.com/watch?v=yyqvUuANpkM

https://www.youtube.com/watch?v=YTQ94Zu5dI4

6. Sebelum memulakan pengiraan, murid disarankan menulis ayat matematik


dengan betul kerana ia akan membantu dari segi pemarkahan.

Contoh Penyelesaian

 Diberi : 145 biji tembikai dan 8 kotak oren. Setiap kotak oren mengandungi 48
biji oren.

 Dicari: bilangan buah kesemuanya (beerti perlu menambah tetapi jumlah


buah oren tidak dinyatakan maka,perlu dicari terlebih dahulu)

 Operasi : Tambah dan darab

384

 Selesaikan: 145 + 8 X 48 =
6 1
4 8 1 4 5

X 8 + 3 8 4

3 8 4 5 2 9

 Hati-hati dalam soalan penyelesaian masalah melibatkan operasi bergabung,


hukum BODMAS perlu diberi penekanan.

34
Contoh 2:

Ah Hong ada 2 580 biji guli. Dia memberikan 600 biji guli kepada Diana. Baki guli

yang tinggal diisi secara sama ke dalam 6 buah bekas. Berapakah bilangan guli di

dalam sebuah bekas?

Cadangan PdPc/Nota:

1. Murid harus membaca dan memahami maklumat yang diberi apa yang
dikehendaki.
2. Cari kata kunci untuk membantu menentukan operasi yang sesuai dalam
menjawab soalan tersebut. Kata kunci ini perlu diingat dan ditukar sebagai
operasi.
3. Murid boleh menyelesaikannya dengan menggunakan pelbagai strategi
penyelesaian masalah yang mungkin antaranya :

i. Strategi simulasi.

ii. Membina jadual.

iii. Membina graf

iv. Melukis gambarajah

v. Membina pola.

vi. Mencuba kes yang lebih mudah.

vii. Menyenarai secara sismatek.

viii. Menaakul secara mantik.

ix. Bekerja dari belakang

1. Menggariskan atau membulatkan isi-isi penting dan kata kunci akan lebih
membantu dalam membuat keputusan operasi dan kaedah penyelesaian yang
akan digunakan.
2. Sebelum memulakan pengiraan, murid disarankan menulis ayat matematik
dengan betul kerana ia akan membantu dari segi pemarkahan.

35
Contoh Penyelesaian

 Diberi : 2 580 biji guli. 600 biji guli diberikan kepada Diana. Bakinya diisi sama
banyak ke dalam 6 buah bekas.

 Dicari: bilangan guli dalam sebuah bekas

 Operasi : Tolak dan bahagi

36
Latihan Objektif

1 65 × (4 114 ̶ 3 448) =

A 4 140

B 43 290

C 53 360

D 65 556

2 8 997 + 725 ÷ 5 =

A 145

B 1 944 baki 4

C 9 142

D 9 722

3 5 056 + 3 024 x 50=

Bundarkan jawapan kepada puluh ribu yang terdekat.

A 150 000

B 160 000

C 400 000

D 410 000

4 Osman ada 1 240 biji guli. Dia memberikan 200 biji guli kepada Samad. Dia
membahagi sama banyak bakinya ke dalam 8 bekas.
Berapakah bilangan guli dalam setiap bekas?
A 130

B 180

C 8 320

D 11 520

37
5 34 500 – 100 x 15 =

A 33 000

B 32 000

C 31 000

D 30 000

6 3 792 ÷ 12 + 24 809 =

A 474

B 24 821

C 25 283

D 72 209

7 (32 + 13) X 809 =

A 36 405

B 10 549

C 10 517

D 45

8 10 008 ÷ (139 – 127) =

A 12

B 55

C 72

D 834

38
9 (402 X 5) ̶ (19 X 24) =

A 456

B 1 554

C 2 010

D 2 466

10 7 209 ÷ 9 – 510 =

A 2 000 + 90 + 1

B 2 000 + 900 + 10

C 2 000 + 900 + 1

D 200 + 90 + 1

Latihan Subjektif

1. Bandar Larut mempunyai 84 336 orang penduduk. Bilangan penduduk


Bandar Matang adalah 3 kali bilangan penduduk Bandar Larut.
Hitung jumlah penduduk Bandar Larut dan Bandar Matang?

39
2. Jadual menunjukkan bilangan kotak tepung dan gula dalam sebuah
gudang.

Barang Tepung Gula

Bilangan (kotak) 360 280

Setiap kotak tepung mengandungi 24 peket manakala setiap kotak gula


mengandungi 12 peket.
Berapakah beza antara bilangan peket tepung dengan bilangan peket gula
dalam gudang itu?

3. Jadual menunjukkan bilangan donat coklat dan donat gula di dalam kotak.

Donat Coklat Gula

Bilangan donat 6 9
sekotak

Puan Hasnah telah memesan 18 kotak donat coklat dan 8 kotak donat gula.

Berapakah jumlah donat yang dipesan oleh Puan Hasnah?

40
4. Seorang penjual ikan memasukkan 15 ekor ikan ke dalam setiap bakul.
Penjual ikan itu ada 18 bakul. Dia menjual 60 ekor ikan tepung.
Berapakah ekor ikan yang tinggal?

5. Rajah menunjukkan bilangan manik di dalam sebuah kotak dan sebuah


balang.

100 biji
manik
2 100 biji manik

Manik di dalam kotak itu dibahagikan sama banyak ke dalam 100 kotak
kecil.
Berapakah jumlah bilangan manik dalam satu kotak kecil dan balang itu?

41
6. Sebuah pasar raya telah memesan 135 kotak sos cili. Selepas satu bulan,
88 kotak sos cili itu telah dijual. Setiap kotak mengandungi 12 botol sos cili,
hitung bilangan botol sos cili yang belum dijual selepas tempoh sebulan.

7. Sebuah kilang menghasilkan 12 365 helai kemeja berlengan pendek dan 9


475 helai kemeja berlengan panjang. Kemeja-kemeja itu diedarkan secara
sama banyak kpoada 8 buah pasar raya.
Hitung bilangan kemeja yang diterima oleh setiap pasar raya.

8. Sempena Hari Kanak-Kanak, sebuah syarikat telah menaja 560 batang pen
biru dan 280 batang pen merah. Pen-pen itu diagihkan kepada 20 orang
kanak-kanak lelaki dan 15 orang kanak-kanak perempuan yang miskin
secara sama rata.
Berapakah bilangan pen yang diterima oleh setiap kanak-kanak?

42
9. Jadual yang tidak lengkap menunjukkan bilangan murid dalam dua buah
sekolah.

Sekolah K L

Bilangan murid lelaki 636

Bilangan murid perempuan 816

Jumlah 760

Bilangan murid perempuan sekolah L adalah 3 kali bilangan murid


perempuan sekolah K.
Hitung bilangan murid lelaki dalam sekolah K.

10. Johan menjual 48 helai baju. Zihan menjual empat kali jumlah baju yang
dijual oleh Johan.
Berapakah jumlah baju yang dijual oleh mereka?

43
PENGHARGAAN

PENYELARAS

Khairul Farez bin Nahrawi Penolong Pengarah Sains & Matematik


Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

PENGGUBAL

1 ZETY AKHZAM BINTI ZAHARI SK HAJI MAHMUD


2 HAPPYZA BIN AHMAD SK JALAN PEGOH
3 MOHAMAD NASROL BIN MOHAMAD YUSOFF SK LEMPOR
4 NOOR FARIZA BINTI AHMAD SHARIF SK PEREMPUAN METHODIST
5 AZLINA BINTI MOHD ALI SK JELAPANG
6 AZTA ILMI BIN ARSAT SK PARIT HJ WAHAB
7 FAISAL BIN HASANUDDIN SK LONG JAAFAR
8 FARIDAH BT RAHMAT SK DEGONG
9 FAZILAH BINTI AHMAD SK KAMPUNG BAHARU
10 HAIRANI BINTI BAHARI SK TUALANG SEKAH
11 HASLINA BT PIN SEK.REN.ISLAM AL-EHYA ASSHARIFF
12 HASLIZA BINTI CHE ISMAIL SK SIMPANG EMPAT
13 JAM SARIM B MOHAMAD DAHALAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH HITAM
14 KHAIRUL AZAR BIN IBARAHIM SK TANJUNG TUALANG
15 MOHD JORAZLEY BIN MAT ISA SK BARU PARIT BUNTAR
16 MUHAMAD SHAMSUL BIN SAAD SK CHIKUS
17 NATRAH BINTI AHMAD SK HAJI HASAN
18 NAZARIAH BINTI ABDUL KARIM SK BASIA LAMA
19 NOR HIDAYU BT. JAMALI SK CONVENT KOTA
20 NORAZLIN BINTI ABU KASIM SK TAN SRI GHAZALI JAWI
21 RAFITAH BINTI OTHMAN SK MATANG
22 ROHANI BINTI ISMAIL SK TAMAN JANA
23 ROZAINI BT. TAJON AROS SK SRI KERIAN
24 SALWANI BINTI MOHAMED ZAIN SK METHODIST
25 SARASWATHY A/P GOVNRASS SK PADANG GAJAH
26 WAN MOHD MURSHID BIN WAN AHMAD PUAD SK SERI TANJUNG
27 ZAFIRAH BINTI AHMAD TAZINI SK PUSING
28 ZURINA BINTI BISTAMAN SK KING EDWARD VII (2)

44

Anda mungkin juga menyukai