Anda di halaman 1dari 4

MEMO KELULUSAN PELAKSANAAN SEBAGAI ‘PIT-STOP’ PROGRAM SPYCAMP

INNOVATION IN THE LIBRARY 3.0 DI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM).

Kepada : YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi


Ketua Pegawai Eksekutif

Daripada : Puan Alida binti Mahmod


Ketua Seksyen

Salinan Kepada : Puan Norliana binti Ali Akbar


Ketua Seksyen Kewangan & Akaun

Ruj. Fail : IIM.SP.100-11/3/11(12)


Tarikh : 18 Julai 2022

YBhg Datuk,

PERKARA : KELULUSAN PELAKSANAAN SEBAGAI ‘PIT-STOP’ PROGRAM


SPYCAMP INNOVATION IN THE LIBRARY 3.0 DI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA
(IIM)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Memo ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan YBhg.
Datuk untuk membenarkan Institut Integriti Malaysia (IIM) menjadi ‘Pit-Stop’ program
‘Spycamp Innovation in the Library 3.0’ anjuran Kementerian Pembangunan
Antarabangsa & Industri (MITI).

3. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memperkukuhkan nilai-nilai kerjasama


dan perkongsian aktiviti serta idea di kalangan warga MITI dan Agensi-agensi di
bawah MITI serta Jabatan/Institusi kerajaan sekitarnya yang dijemput termasuk untuk
melahirkan warga kerja yang terlibat dengan menggunakan kaedah menyelesaikan
masalah secara kreatif dan inovatif.

4. Untuk makluman YBhg. Datuk, program ini dicadangkan untuk diadakan pada 27
September 2022 (Selasa), bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program akan
bermula dengan pendaftaran, taklimat dan pelepasan peserta bertempat di
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) manakala
pengakhiran program akan bertempat di MITI dengan upacara penutup dan
penyampaian hadiah. Jangkaan sebanyak 19 buah Agensi/Jabatan/Institusi termasuk
kejiranan sekitar MITI dengan penyertaan seramai 76 orang peserta akan terlibat
dalam program ini.

5. Sebanyak 5 buah ‘Pit-Stop’ telah terpilih di dalam program ini dengan IIM dipilih untuk
menjadi ‘Pit-Stop’ terakhir iaitu hentian yang kelima. Antara ‘Pit-Stop’ yang terpilih
adalah MATRADE, MIDF, MIDA dan Arkib Negara Malaysia. Setiap ‘Pit-Stop’ akan
menjalankan aktiviti berkonsepkan ‘explore race’ dan permainan berasaskan aktiviti
secara berpasukan. ‘Pit-Stop’ yang terpilih hendaklah membangunkan aktiviti atau
permainan yang akan dilakukan oleh peserta program dengan mengambil kira
kepada ciri-ciri daya usaha kreativiti, inovasi, penyelesaian masalah dan penghasilan
idea yang kritis serta praktikal.

6. Untuk tujuan pelaksanaan ‘Pit-Stop’ berkenaan, disertakan juga anggaran


perbelanjaan kewangan bagi pelaksanaan program berkenaan untuk rujukan dan
kelulusan YBhg. Datuk:

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA PENGIRAAN JUMLAH

Perbelanjaan kenderaan
1. pejabat sebagai medium RM 50.00 (Minyak & tol) RM50.00
pengangkutan peserta program

Perbelanjaan aktiviti/permainan
2. RM 500.00 RM500.00
di ’Pit-Stop’

1. Sandwich / Buah:
RM1.00 × 100 =
Perbelanjaan makanan & RM100.00
3. minuman sampingan untuk RM150.00
urus setia & peserta 2. Air Mineral:
RM1.00 × 50 =
RM50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 700.00


7. Beserta dengan memo ini juga dilampirkan slaid pembentangan program yang
disediakan oleh pihak MITI untuk makluman IIM dan YBhg. Datuk jua. Dengan
hormatnya permohonan ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan dari YBhg.
Datuk.

8. Berdasarkan para (3) di atas, Seksyen Pentadbiran mohon untuk pembayaran


perbelanjaan bagi melaksanakan Pelaksanaan sebagai ‘Pit-Stop’ Program Spycamp
Innovation In The Library 3.0 di Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan amaun
berjumlah (Ringgit Malaysia : 700.00 Sahaja).

☒ Pemindahan Pesanan
Tunai ☐ ☐ ☐ Kredit Kad
Elektronik Pembelian

(sila pastikan makluman bank pembekal dinyatakan/dilampirkan bagi tujuan pembayaran


kelak)

9. Pertimbangan dan kelulusan YBhg. Datuk bagi perkara ini didahului dengan ucapan

ribuan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“INTEGRITI. KERJA BERPASUKAN. PROFESIONAL”

Saya yang menjalankan amanah,

-------------------------------------
ALIDA BINTI MAHMOD
Ketua Seksyen Pentadbiran

---------------------------- di isi oleh Seksyen Kewangan & Akaun ------------------

Ulasan:
______________________________________________________________

______________________________________________________________

--------------------------------
NORLIANA BINTI ALI AKBAR
Ketua Seksyen Kewangan & Akaun

Tarikh :
---------------------------------- di isi oleh Kuasa Melulus --------------------------------

Permohonan ini diluluskan / tidak diluluskan (potong yang mana tidak berkenaan)

Ulasan:
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

--------------------------------------------------------------------
DATUK WAN SURAYA BINTI WAN MOHD RADZI
Ketua Pegawai Eksekutif

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai