Anda di halaman 1dari 41

3.

1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

TP 1
3.1.1 MAKSUD PEMASARAN

Pemasaran merupakan aktiviti perniagaan yang


menyalurkan barang atau perkhidmatan daripada
pengeluar kepada pengguna.

Pemasaran bertujuan mencari keuntungan dengan


memenuhi kehendak penguna.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

3.1.2 PERANAN REKA BENTUK DALAM PEMASARAN TP 2

Peranan reka bentuk dalam pemasaran adalah


untuk berkomunikasi dan mengukuhkan
penjenamaan serta menekankan mesej kempen
pemasaran.

Oleh itu, reka bentuk memainkan peranan yang


penting dalam usaha pemasaran.
Peneraju Pendidikan Negara
3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

Peranan reka bentuk dalam pemasaran memberi penekanan kepada aspek


berikut : (b) Reka (c) Kekuatan
bentuk Dan kelemahan
produk produk dari segi
(a) Fungsi
fungsi dan reka
produk
bentuk
(d) Nilai produk

PERANAN
REKA BENTUK
DALAM
(h) Trend
PEMASARAN
produk (e) Ciri
tersendiri
produk
(g) Reka bentuk
sebagai rakan (f) Rangkaian
strategik perkongsian
perniagaan produk dan
teknologi

Peta Buih : Peranan Reka Bentuk Dalam Pemasaran

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Peranan reka bentuk dalam pemasaran memberi penekanan kepada aspek berikut :

a)Fungsi produk
Produk yang dipasarkan boleh berfungsi dan memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Peranan reka bentuk dalam pemasaran memberi penekanan kepada aspek berikut :

(b) Reka bentuk produk


Reka bentuk produk yang dihasilkan bersesuaian dengan aktiviti
atau keperluan pengguna.
Pelbagai bentuk kasut dihasilkan mengikut jenis aktiviti seperti
berkebun, bersukan, kasual atau kerja lasak.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Peranan reka bentuk dalam pemasaran memberi penekanan kepada aspek berikut :
(c) Kekuatan dan kelemahan produk dalam fungsi dan reka bentuk.
 Setiap produk yang dihasilkan mempunyai kekuatan dan kelemahan
tersendiri.
 Terdapat produk yang mempunyai kekuatan dari segi reka bentuk tetapi
mempunyai kelemahan dari segi fungsi. Contohnya lampu hiasan gantung.
 Terdapat produk yang mempunyai kekuatan dari segi fungsi tetapi
mempunyai kelemahan dari segi reka bentuk. Contohnya mesin perakam
masa.
Kekuatan dari segi reka Kekuatan dari segi fungsi
bentuk tetapi lemah dari tetapi lemah dari segi reka
segi fungsi bentuk

 Hiasan yang menarik  Berfungsi dengan baik


tetapi tidak memenuhi fungsi dalam perekodan data masa
sebagai lampu untuk tetapi mempunyai reka bentuk
menerangi ruang. yang tidak menarik.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Peranan reka bentuk dalam pemasaran memberi penekanan kepada aspek berikut :
(d) Nilai produk bagi pelanggan

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Peranan reka bentuk dalam pemasaran memberi penekanan kepada aspek berikut :
(d) Nilai produk bagi pelanggan
Kehendak pelanggan Bukan kehendak pelanggan
Telefon pintar yang mempunyai pelbagai Telefon yang tidak mempunyai
aplikasi dan sambungan internet. sambungan internet.

Smart TV yang boleh menyokong Televisyen reka bentuk lama yang


aplikasi internet. menggunakan sistem konvensional.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Peranan reka bentuk dalam pemasaran memberi penekanan kepada aspek berikut :
(e) Ciri tersendiri produk (Product characteristic) – Platform DNA
 Setiap produk mempunyai identitinya yang tersendiri dalam mempengaruhi nilai pasaran.
Identiti setiap produk ditonjolkan melalui jenama, kesetiaan, dikenali, boleh ingat,
kebolehpercayaan terhadap produk oleh pengguna.
Jenama
Pengguna dapat mengenali setiap kereta
keluaran Ferrari dengan hanya melihat
kepada logonya sahaja.

Kesetiaan
Pengguna yang setia kepada sesuatu
produk akan hanya menggunakan produk
tersebut walaupun terdapat banyak lagi
produk yang sama dalam pasaran.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Peranan reka bentuk dalam pemasaran memberi penekanan kepada aspek berikut :
(e) Ciri tersendiri produk (Product characteristic) – Platform DNA

Dikenali
Walt Disney merupakan syarikat yang telah
lama bertapak dalam pasaran, maka setiap
watak kartun keluarannya dikenali dengan
mudah oleh penonton.
Boleh ingat
Setiap lampin pakai buang dipanggil
‘pampers’ oleh pengguna kerana istilah
tersebut sinonim dengan lampin pakai
buang.
Kebolehpercayaan
Pengguna mempunyai persepsi yang tinggi
terhadap produk keluaran Apple.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Peranan reka bentuk dalam pemasaran memberi penekanan kepada aspek berikut :
f) Rangkaian perkongsian produk dan teknologi
 Saling berkongsi produk dan teknologi yang sama untuk pengeluar yang
berlainan.

PERODUA TOYOTA PROTON MITSUBISHI


(MYVI) (PASSO) (WIRA) (LANCER)

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

(g) Reka bentuk sebagai


rakan strategik perniagaan

 Gabungan reka bentuk dari


pelbagai sumber yang
berbeza untuk menghasilkan
satu produk yang baharu.
Contoh, burger terdiri
daripada reka bentuk roti
burger, daging, dan sos.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

(h) Trend Produk


 Produk yang memenuhi citarasa pelanggan dan trend terkini.
 Produk yang dihasilkan dapat bersaing dalam pasaran global
dan menjadi trend semasa.

Go pro Dash Cam Drone

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
3.1.3 MENGENAL PASTI KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN
Pengiklanan
• Pengiklanan didefinisikan segala macam bentuk penyajian dan promosi idea, barang
atau jasa non-personal yang dibayar oleh sponsor tertentu (Kotler, 1999).
Tujuan pengiklanan
• Tujuan pengiklanan adalah untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan
atau melariskan jualan sesuatu produk, perkhidmatan ataupun idea oleh penaja
yang dikenalpasti.
Jenis media pengiklanan
TP 4 • Media pengiklanan merupakan satu medium yang digunakan untuk memperkenalkan
produk yang baharu dan sedia ada dipasaran.
• Media pengiklanan yang biasa digunakan adalah media massa dan media cetak.
Pemilihan media pengiklanan yang tepat dapat menyampaikan mesej dengan segera
tentang produk atau perkhidmatan.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
JENIS MEDIA PENGIKLANAN
a) Media massa
• Merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai
sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi massa.
• Teknologi melalui komunikasi dilakukan dengan cara yang pelbagai. Media
siaran seperti radio, rakaman muzik, filem, televisyen, dan internet
(laman web, blog , emel, dan laman sosial) akan menyalurkan maklumat atau
pengiklanan mereka melalui peralatan elektronik yang ada.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
JENIS MEDIA PENGIKLANAN
b) Media cetak
• Media cetak pula menggunakan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah,
atau komik untuk menyebarkan maklumat mereka.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN

MATLAMAT
PRODUK
KIASAN/
IBARAT PENYAMPAIAN
FAKTA

KAEDAH REKA
BENTUK
GAMBAR PENGIKLANAN
PEGUN KENYATAAN
MERANGSANG

DEMONSTRASI PERBANDINGAN
KELUARAN

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN


a) Matlamat produk
* Produk yang diiklankan
memfokuskan hanya kepada
matlamat produk tersebut.
Sebagai contoh, iklan polident
dihasilkan dengan matlamat
membantu pengguna gigi palsu
mengekalkan kebersihan gigi
masing-masing setelah
digunakan.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN


b) Penyampaian fakta
• Menyampaikan fakta secara tepat kepada pengguna. Teknik ini
biasanya untuk produk yang memerlukan bantuan teknikal dari
segi penggunaan dan pengendalian produk

Contoh :-
Iklan-iklan Smart shop
menyiarkan fakta dan cara
penggunaan barangannya.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN

c) Kenyataan merangsang
• Iklan dimulakan dengan soalan yang
merangsang pemikiran pengguna.
Kaedah ini biasanya digunakan pada
iklan media cetak.
• Contoh :- Tajuk-tajuk akhbar biasanya
akan memaparkan tajuk-tajuk sensasi
yang akan menarik perhatian pengguna
untuk mengetahui dengan lebih lanjut isi
kandungannya.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN

d) Perbandingan Keluaran
• Membuat perbandingan
antara produk yang ingin
dipasarkan dengan
produk pesaing.
• Contoh :- Iklan lampin
pakai buang.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN


e) Demonstrasi
• Menunjukkan ciri-ciri tertentu sesuatu produk.
• Demontrasi ini boleh ditunjukkan dalam dua
keadaan iaitu:-
i) Keadaan sebenar - menunjukkan
kefungsian sebenar produk.
Contoh :-
Lampin pakai buang dicurahkan dengan air
pada kuantiti tertentu. Selepas itu, sebiji
gelas diambil dan digolekkan pada
permukaan lampin tersebut untuk
membuktikan kadar serapan air yang baik
pada produk tersebut.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN

ii. Keadaan simulasi - Membuat demonstrasi dalam keadaan


seolah - olah berada dalam situasi sebenar.

Contohnya, iklan kemalangan jalan raya


menggunakan patung bagi menggantikan
manusia untuk menunjukkan impak yang
diterima oleh tubuh manusia yang terlibat
dalam kemalangan sekiranya tidak
menggunakan tali pinggang keselamatan
semasa memandu.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN


f) Gambar pegun
• Produk / sesuatu keluaran akan menjadi fokus atau tumpuan
dalam sesuatu iklan terutamanya untuk iklan media cetak.
• Contohnya, memfokuskan hanya kepada bahagian dalaman kereta
untuk menunjukkan kelebihan terhadap sesebuah kereta keluaran
terbaharu.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN


g) Kiasan / ibarat
• Mengambil contoh lain yang lebih kreatif untuk menunjukkan kesan yang
dialami oleh pengguna apabila menggunakan sesuatu produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan.
• Contohnya, iklan oleh syarikat Shell yang mempamerkan pengalaman
pemanduan kereta biasa sama seperti kereta Ferrari F1 setelah menggunakan
petrol terbaharu keluarannya.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

3.1.4 MEMILIH KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN YANG SESUAI


UNTUK MEMASARKAN PRODUK YANG DIHASILKAN
Reka bentuk pengiklanan merujuk kepada penciptaan dan penghasilan karya
seni visual yang digunakan dalam iklan untuk memasarkan produk atau
perkhidmatan.
Iklan yang berkesan seharusnya memperlihatkan ciri-ciri berikut:
1. Daya penarik yang dinamik.
2. Warna yang berkesan.
3. Mesej yang jelas.
4. Kesesuaian ilustrasi bersama tema.
5. Cogan kata bersama penggunaan prinsip rekaan.
6. Unsur-unsur seni yang sesuai.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

Contoh reka bentuk pengiklanan menggunakan poster.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

3.1.5 MENGANALISIS KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN YANG DIPILIH


Pemilihan pengiklanan secara media Warna merah memberikan
Tulisan berwarna putih menunjukkan
cetak menggunakan kaedah penegasan maklumat yang
keyakinan terhadap keberkesananan
penyampaian fakta. hendak disampaikan.
produk.

Daya penarik yang dinamik pada


produk iaitu ketahanannya sehingga
Matlamat produk 5 tahun.
dinyatakan dengan
jelas iaitu untuk
membunuh anai-anai.
Maklumat berkaitan bahan
dinyatakan dengan terperinci.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Warna biru menggambarkan
keyakinan

Saiz perkataan
yang besar dan
berwarna merah
Pemilihan latar belakang
untuk
berwarna putih untuk
menyerlahkan
menyerlahkan hasil produk
fokus utama iklan
yang bersih dan selamat.

Pemilihan pengiklanan melalui


Penggunaan daya penarik yang media cetak iaitu flyers (edaran)
dinamik melalui tawaran tempoh menggunakan kaedah kenyataan
jaminan dan potongan harga. merangsang.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
Grafik menjadi satu bentuk seni komunikasi yang berfungsi menyampaikan
mesej.

Perkataan, ilustrasi dan warna yang menarik mampu untuk mempengaruhi


psikologi kelompok sasaran. Impak dari iklan membawa kesan psikologi seperti
tarikan ada rasa, terpikat, teruji, teruja, terpujuk, ingin mencuba, rasa
berpunya dan sebagainya

Cara pengolahan muka taip dan bahan ilustrasi dapat digabungkan dalam
media yang pelbagai. Olahan yang berkesan menjadikan iklan itu segar, subur,
hidup dan menampakkan keharmonian muka taip yang serasi dengan
temanya. Muka taip bersama mesej dan muka taip
beriringan dengan ilustrasi adalah keserasian yang harmoni dalam
penampilan sesebuah iklan.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

Contoh jadual analisa kaedah reka bentuk pengiklanan

1. Nama produk Kerepek pisang

2. Sasaran pasaran Pelanggan baru

3. Sasaran pelanggan Kanak-kanak

4. Kaedah pengiklanan Gambar pegun

5. Media pengiklanan Helaian edaran (Flyers)

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
3.1.6 MEMBUAT RUMUSAN KAEDAH REKA BENTUK PENGIKLANAN YANG
SESUAI DENGAN PRODUK
Setelah analisis dilakukan, didapati kaedah pengiklanan yang dipilih sesuai dengan produk yang
hendak dipasarkan.

Antara kriteria yang diguna pakai adalah seperti berikut :

 Sasaran pasaran dan pelanggan


Merangkumi golongan pembeli semasa dan yang berpotensi untuk sesuatu keluaran.

 Pemilihan kaedah pengiklanan


Kaedah pengiklanan yang dipilih mestilah sesuai dengan produk yang hendak dipasarkan.

 Pemilihan media pengiklanan


Media pengiklanan yang dipilih mestilah dapat memberikan impak segera untuk pengguna
membeli produk yang diiklankan dalam pasaran.

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN
TP
3.1.7 MENGHASILKAN REKA BENTUK PENGIKLANAN 3, 5

• Reka bentuk pengiklanan mengandungi maklumat produk, cara


persembahan, pemilihan perkataan dan grafik untuk pengiklanan.

• Langkah-langkah penghasilan iklan adalah seperti berikut :


1. Mengenalpasti dan menganalisis sasaran pasaran
Merujuk kepada projek brief yang telah dibincangkan bersama pelanggan.

2. Menyatakan objektif pengiklanan dibuat


Contoh objektif pengiklanan ialah:
• Memperkenalkan produk baharu (untuk produk baharu dikeluarkan)
• Meningkatkan jualan (digunakan untuk produk yang sedia ada di pasaran)
• Mengekalkan produk dalam pasaran (produk yang telah lama di pasaran)

Peneraju Pendidikan Negara


3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

3.1.7 MENGHASILKAN REKA BENTUK PENGIKLANAN

3. Mereka bentuk platform / asas pengiklanan


Membuat penentuan dari segi pemilihan;
• Grafik
• Muka taip
• Warna
• Mesej
• Illustrasi
4. Menentukan kesesuaian pengiklanan
Kesesuaian merujuk kepada :
• Produk
• Sasaran pasaran
• Objektif
Peneraju Pendidikan Negara
3.1 REKA BENTUK SEBAGAI INSTRUMEN PEMASARAN

3.1.7 MENGHASILKAN REKA BENTUK PENGIKLANAN

5. Membangun perancangan media


• Merujuk kepada pemilihan media yang akan digunakan
untuk pengiklanan sama ada media massa , media cetak
atau media lain.
6. Menghasilkan reka bentuk pengiklanan yang dipilih
7. Menilai keberkesanan
• Mengedar borang soal selidik berkaitan produk kepada
orang ramai.
• Membuat penambahbaikan sekiranya objektif tidak tercapai.

Peneraju Pendidikan Negara


CONTOH REKA BENTUK PENGIKLANAN DALAM
MEDIA CETAK

Contoh reka bentuk


pengiklanan dalam
media cetak

Peneraju Pendidikan Negara


CONTOH REKA BENTUK PENGIKLANAN DALAM
MEDIA MASSA

Papan
penceritaan
(storyboard)

Iklan di Youtube

Peneraju Pendidikan Negara


CONTOH REKA BENTUK PENGIKLANAN DALAM
MEDIA LAIN

Iklan papan tanda Iklan pameran

Peneraju Pendidikan Negara


3.1.7 Menghasilkan reka bentuk pengiklanan
TP 6

Peneraju Pendidikan Negara


Ilustrasi promosi Saiz tulisan yang berbeza
Nama produk menggunakan menggunakan warna Penggunaan ikon
warna merah muda untuk dan berwarna merah
merah untuk menarik untuk menyakinkan
menunjukkan produk yang untuk menarik perhatian
perhatian pengguna pengguna
feminin pengguna terhadap iklan

Latar belakang Ilustrasi sebenar produk yang Maklumat pembekal produk Maklumat berkaitan kelebihan
berwarna biru laut digabungkan dengan bunga menggunakan latar belakang dan harga produk untuk rujukan
menghasilkan lavender untuk menunjukkan berwarna kuning untuk menarik pengguna
ketenangan keanggunan tumpuan pengguna.
Peneraju Pendidikan Negara
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
http://bpk.moe.gov.my

Peneraju Pendidikan Negara

Anda mungkin juga menyukai