Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN PENDIDIKAN & LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KULIAH 3
SEMESTER SEMESTER 1 TAHUN 1 DIPLOMA SESI 1/2021

JABATAN JABATAN PERNIAGAAN

PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN

KOD / KURSUS DBE 1113 PERAKAUNAN KEWANGAN 1

K1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN


KOMPETENSI K2 IMBANGAN DUGA
K3 PENYATA KEWANGAN BULANAN
K4 LAPORAN PENGURUSAN BULANAN

KOMPETENSI UNIT 3.1 Mengenalpasti laporan akhir bulanan


3.2 Menyemak laporan kewangan akhir bulanan
3.3 Melaksanakan tindakan pembetulan yang perlu jika terdapat
perbezaan baki.
4.1 Membandingkan prestasi secara berkala
4.2 Memberikan justifikasi item/ pergerakan tidak normal dan
mengenalpasti format MMR
4.3 Menganalisis prestasi semasa dengan tempoh masa perbandingan
1. Menerangkan konsep perakaunan, Imbangan Duga , Penyata Kewangan
Bulanan dan Laporan Pengurusan Bulanan. (C2, PLO 1, CLUSTER 1)
2. Menyediakan Imbangan Duga Terselaras, Penyata Kewangan Bulanan
HASIL dan Laporan Pengurusan Bulanan berdasarkan maklumat dari buku-buku
PEMBELAJARAN perakaunan.(C3,PLO 3, CLUSTER 2)
3. Mengamalkan kemahiran personal dalam menyediakan satu kitaran
perakaunan yang lengkap bagi satu perniagaan.(A2, PLO 6, CLUSTER
4a)
PLO 1 Mengaplikasi pengetahuan ilmu perakaunan dan perniagaan dalam Perakaunan

PLO 3 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secaran kreatif, inovatif dan efektif
dalam bidang Perakaunan
PLO 6 Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan
bertanggungjawab selari dengan kod amalan profesion

MAKLUMAT PELAJAR
NAMA

TARIKH

TAJUK / TITLE :

PENYATA KEWANGAN BULANAN


LAPORAN PENGURUSAN BULANAN
TUJUAN PEMBELAJARAN / INSTRUCTIONAL AIMS :

Nota kuliah ini dibuat untuk pelajar-pelajar menguasai dan mengaplikasi pengetahuan
dan kefahaman tentang teori dan amali berkaitan penyediaan Laporan Pengurusan
Bulanan dan penyemakan Penyata Kewangan Bulanan iaitu :

(i) Membandingkan prestasi secara berkala iaitu mengenalpasti


pergerakan tidak normal (abnormal movement) di Penyata Pendapatan
dan Kunci Kira-kira
(ii) Memberikan justifikasi item / pergerakan tidak normal dan mengenalpasti
format MMR (Monthly Management Report)
(iii) Menganalisis prestasi semasa dengan tempoh masa perbandingan.

(iv) Mengenalpasti laporan akhir bulanan

(v) Menyemak laporan kewangan akhir bulan

(vi) Melaksanakan tindakan pembetulan yang perlu jika terdapat perbezaan


baki.

PENERANGAN / INFORMATION

Proses penyemakan Penyata Kewangan Bulanan dimulakan dengan mengumpul


maklumat dari laporan akhir bulanan seperti berikut :
i. Lejar Am -mengandungi rekod segala urus niaga perniagaan.
ii. Imbangan Duga -dapat menyemak ketepatan pengiraan dalam buku catatan
pertama dan lejar, pengeposan daripada buku catatan pertama ke lejar dan
catatan urusniaga berdasarkan catatan bergu. Memudahkan penyediaan
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira – Kira .
iii. Penyata Pendapatan -meringkaskan kesan kegiatan perniagaan bagi sesuatu
tempoh perakaunan sama ada keuntungan atau kerugian diperolehi dalam
tempoh tersebut.
iv. Kunci Kira-Kira menunjukkan:
 kedudukan kewangan perniagaan
 kedudukan aset ,liabiliti dan modal yang dilabur oleh pemilik
perniagaan (ekuiti pemilik)
Selepas pengumpulan maklumat, proses untuk menyemak laporan kewangan akhir
bulan dilakukan dengan membandingkan dan menyemak:

1. Baki Lejar Am dengan baki Imbangan Duga


2. Item Penyata Pendapatan dengan Item di Imbangan Duga
3. Item Kunci Kira-kira dengan Item Imbangan Duga
4. Jadual Aset dengan Item Imbangan Duga

1. Unjuran Aliran Tunai

Seorang peniaga yang bijak mengendalikan wang sentiasa memastikan


perniagaannya mempunyai wang tunai yang cukup supaya perniagaan dapat
berjalan dengan lancar, sistematik dan terkawal. Peniaga mesti memastikan
modal perniagaan tidak terikat pada stok atau aset tetap yang sukar ditukar ke
bentuk tunai.

Oleh kerana baki tunai di tangan perniagaan sentiasa berubah, peniaga harus
memastikan terdapat tunai yang cukup untuk membeli stok baru,membiayai
segala perbelanjaan pengendalian perniagaan , serta menjelaskan hutang
kepada pemiutang.

Untung adalah penting bagi menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.


Keuntungan tidak dapat dicapai atau dikekalkan sekiranya aliran tunai tidak
diuruskan dengan sebaiknya. Tunai umpama minyak untuk menghidupkan
perniagaan.

Penyata Aliran Tunai melaporkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai yang
dikelaskan mengikut tiga (3) aktiviti utama iaitu operasi, pelaburan dan
pembiayaan. Penyata ini melaporkan aliran tunai masuk bersih atau aliran tunai
keluar bersih bagi setiap aktiviti bagi perniagaan secara keseluruhan.
Proses Penyediaan Unjuran Aliran Tunai

1. Sumber dokumen yang diperlukan


 Jurnal Am iaitu bahagian penerimaan dan pembayaran.
 Buku Tunai iaitu bahagian penerimaan dan pembayaran
2. Catatkan maklumat penerimaan dan pembayaran ke dalam Unjuran Aliran Tunai.
3. Hitung baki akhir.
4. Nilai baki akhir yang diperolehi mesti sama dengan maklumat Bank dalam Kunci
Kira-kira.

Format Unjuran Aliran Tunai

Nama Perniagaan :
Tajuk : Unjuran Aliran Tunai Tempoh ………………………….

Perkara/Bulan Jan Feb Dec Jumlah


Penerimaan/Tunai diterima
 Modal
 Penghutang
 Tunai ditangan
 Hibah
Jumlah penerimaan/jumlah
tunai diterima
Pembayaran/Tunai keluar
 Tunai runcit
 Pemiutang
 Sewa
 Gaji
Jumlah pembayaran/jumlah
tunai keluar
Lebihan/(kurangan)Tunai
Bulanan
Baki Awal
Baki Akhir
2. Unjuran Penyata Pendapatan Terkini
Penyata pendapatan mempunyai dua komponen utama iaitu:
I. Hasil
II. Belanja

Penyata Pendapatan memberi maklumat sama ada sesuatu perniagaan


memperolehi keuntungan atau kerugian bagi suatu tempoh perakaunan.

Unjuran Penyata Pendapatan Terkini disediakan adalah untuk mengetahui


keuntungan atau kerugian terkumpul bagi sesebuah perniagaan.

Proses Penyediaan Unjuran Penyata Pendapatan Terkini


1. Sumber dokumen yang diperlukan ialah Penyata Pendapatan.
2. Pindahkan maklumat dari Penyata Pendapatan ke dalam Unjuran Penyata
Pendapatan Terkini.
3. Hitung untung/rugi terkumpul.
4. Nilai untung/rugi terkumpul mestilah sama dengan nilai di dalam Penyata
Pendapatan di akhir tempoh perakaunan.
Format Unjuran Penyata Pendapatan Terkini
Nama Perniagaan :
Tajuk : Unjuran Penyata Pendapatan Terkini Untuk Tempoh ……………………….

Perkara/Bulan Jan Feb Dis


Jualan
 Jualan Kredit
 Jualan Tunai
Jumlah Jualan
Kos Jualan
 Stok awal
 Belian
 Angkutan Masuk
 Stok akhir

Jumlah Kos Jualan
Untung Kasar
Pendapatan
Perbelanjaan
Untung/(Rugi) Bulanan
Untung/(Rugi) Awal
Untung/(Rugi) Terkumpul

3. Unjuran Penyata Pendapatan Bulanan


Kaedah Penyediaan Unjuran Penyata Pendapatan Bulanan:
1. Sumber dokumen yang diperlukan ialah Unjuran Penyata Pendapatan Terkini.
2. Pindahkan maklumat dari Unjuran Penyata Pendapatan Terkini ke dalam Unjuran
Penyata Pendapatan Bulanan. Hitung mengikut bulan.
3. Hitung untung/rugi bagi bulan tersebut. Untung / rugi akhir bulan akan menjadi
baki awal untung/rugi bulan berikutnya.
Format Unjuran Penyata Pendapatan Bulanan
Nama Perniagaan :
Tajuk : Unjuran Penyata Pendapatan Bulanan Untuk Tempoh ………………………….

Perkara/Bulan Jan Feb Dis Jumlah


Jualan
 Jualan Kredit
 Jualan Tunai
Jumlah Jualan
Kos Jualan
 Stok awal
 Belian
 Angkutan Masuk
 Stok akhir
Jumlah Kos Jualan
Untung Kasar
Pendapatan
Perbelanjaan
Untung/(Rugi) Bulanan
Untung/(Rugi) Awal
Untung/(Rugi) Terkumpul

** Nota : Contoh Modal bulan Februari. Nilai modal Februari dalam Unjuran Penyata
Pendapatan Terkini ditolak dengan nilai modal Januari dalam Unjuran Penyata
Pendapatan Terkini bagi mendapatkan modal Februari bagi Unjuran Penyata
Pendapatan Bulanan.
4. Unjuran Kunci Kira-Kira

Kaedah Penyediaan Unjuran Kunci Kira-Kira:


1. Sumber dokumen yang diperlukan ialah Kunci Kira-Kira.
2. Pindahkan maklumat dari Kunci Kira-kira ke dalam Unjuran Kunci Kira-kira.
3. Hitung jumlah Aset dan Ekuiti Pemilik serta Liabiliti.

Format Unjuran Kunci Kira-kira


Nama Perniagaan :
Tajuk : Unjuran Kunci Kira-kira Untuk Tempoh ……………………………..

Perkara/Bulan Jan Feb Dis


Hartanah, Loji & Peralatan
 Peralatan Pejabat
 Perabot
 Komputer
Aset Semasa
 Tunai runcit
 Bank
 Penghutang
(-) Liabiliti Semasa
 Pemiutang Niaga
 Pemiutang Lain
 Akruan Sewa
ASET SEMASA BERSIH
JUMLAH ASET
Ekuiti Pemilik
 Modal
 Untung/rugi terkumpul
JUMLAH EKUITI PEMILIK &
LIABILITI
Setelah kesemua unjuran siap dibuat, kita perlu menyemak dan mengenal pasti jika ada
kesilapan dan perlu membuat jurnal pelarasan dan mengemaskini Lejar Am.

Proses kerja penyediaan Laporan Kewangan Terselaras boleh dibuat menggunakan


Helaian Kerja Imbangan Duga Terselaras.
N AMA SYA RIKAT:
PELA RA SA N IMBAN GA N DUGA PA DA : …………………………………..

PERKARA / BULAN BAKI AWAL DEBIT KREDIT BAKI AKHIR PETUNJUK FORMULA
ASET
HARTANAH, LOJI & PERALATAN

LAIN-LAIN ASET
K

ASET SEMASA

L
LIABILITI SEMASA

M
ASET/(LIABILITI) SEMASA BERSIH N (L - M)
O (J + K + N)

(= I)

LIABILITI JANG KA PANJANG

P (= O)
JUALAN
JUALAN KREDIT
JUALAN TUNAI
A
KOS JUALAN
STOK AWAL
BELIAN
ANGKUTAN MASUK

B
STOK AKHIR
KERJA DALAM PROSES
C
JUMLAH KOS JUALAN D (B - C)
UNTUNG KASAR E (A - D)

LAIN-LAIN PENDAPATAN
HIBAH F

JUMLAH PENDAPATAN G (E + F)

PERBELANJAAN
AIR DAN ELEKTRIK
ALAT TULIS & PENCETAKAN
BONUS
CUKAI JALAN & INSURANS
CUKAI PERKHIDMATAN
DENDA
DERMA
FAEDAH SEWA BELI
GAJI
KERAIAN
KWSP
PENYELENGARAAN PEJABAT
PENYELENGARAAN PERALATAN PEJABAT
PENYELENGGARAAN KENDERAAN
PERJALANAN
PERKESO
PERKHIDMATAN BANK
PERUBATAN
PETROL
SEWA
SEWA PERALATAN PEJABAT
SUSUT NILAI
TELEFON
TOL DAN PARKING
YURAN PENGARAH
YURAN SETIAUSAHA SYARIKAT
PERBELANJAAN PEJABAT
ELAUN

UNTUNG BERSIH H
I (G - H)
LATIHAN:
1. Jelaskan tujuan penyediaan laporan berikut :
(i) Penyata Pendapatan
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
(ii) Kunci Kira-Kira
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

2. Nyatakan dua sumber dokumen yang diperlukan untuk penyediaan Unjuran


Penyata Aliran Tunai.
(i)……………………………………………………………………………………………
(ii)…………………………………………………………………………………………

3. Lengkapkan format Unjuran Penyata Pendapatan Terkini berikut:

Perkara/Bulan Jan Feb Dis


Jualan
 Jualan Kredit
 Jualan Tunai
Jumlah Jualan
Kos Jualan
 Stok awal
 Belian
 Angkutan Masuk
 Stok akhir

Jumlah ………………..
Untung Kasar
Pendapatan
…………………………….
Untung/(Rugi) Bulanan

………………………….
…………………………….
RUJUKAN (REFERENCES):

Rujukan Utama

1. Morni Hayati Jaafar Sidik et.al, (2021), Financial Accounting 1, SJ Learning.


2. Zaimah Abdullah (2020), Financial Accounting and Reporting 1, UUM Press
3. Azlina Ahmad et al (2019), Financial Accounting and Reporting 1, Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

RujukanTambahan

1. Syaiful Bahari, Nazura Arif, Hasmawazi Hamzah (2015), Financial Accounting 1,


Oxford Fajar Sdn Bhd

2. Syaiful Bahari, Nazura Arif, Hasmawazi Hamzah (2015), Financial Accounting 2,


Oxford Fajar Sdn Bhd

3. Syaiful Bahari, Nazura Arif, Hasmawazi Hamzah (2015), Financial Accounting 3


& 4, Oxford Fajar Sdn Bhd

4. Syaiful Bahari, Nazura Arif (2015), Financial Accounting 1 Workbook, Oxford


Fajar Sdn Bhd

5. S.Susela Devi (2015), Financial Accounting And Reporting 1, Oxford Fajar Sdn
Bhd

6. Wan Madznah Wan Ibrahim (2015), PerakaunanTeks STPM, Penggal 2, Oxford


FajarSdn. Bhd.

7. Bahan Simulasi Amali Industri, Kursus Pemantapan SKM Tahap 4 (2014), Institut
Xelfact, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai