Anda di halaman 1dari 2

CERPEN : BEG SEKOLAH BAHARU

Di suatu negeri yang penuh pemandangan indah, hiduplah sebuah


keluarga di tengah- tengah hutan. Keluarga ini hidup dalam keadaan
serba kekurangan tetapi bahagia. Mereka tinggal di sebuah pondok usang.
Sang bapa merupakan seorang petani manakala ibunya merupakan suri
rumah dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mariam dan
Luqman. Anak-anak Pak Hamid sangat rajin dan pintar.
Setiap hari sebelum anak-anak pulang daripada sekolah, sang ibu
akan mengambil satu-satunya periuk kesayangan beliau untuk menjerang
air hingga masak. Itulah antara makanan harian dalam keluarga ini.
Kadang kala makanan yang mereka makan adalah hasil tanaman petani
yang diusahakan. Walaubagaimanapun mereka tetap bersyukur dengan
kehidupan yang mereka lalui.
Setiap pagi sebelum Mariam dan Luqman pergi ke sekolah, mereka
akan menunaikan solat berjemaah. Mereka berdua sangat akrab dan rajin
membantu ibu bapanya. Bapanya akan menghantar mereka ke sekolah
dengan menaiki basikal tua dengan melalui jalan yang penuh liku.
Apabila bapanya sudah menghantar Mariam dan Luqman, bapanya akan
bekerja sebagai petani mencari hasil tanaman sebagai sumber pendapatan.
Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang daripada sekolah, tiba -
tiba beg yang dibawa oleh Mariam tersangkut di bahagian roda basikal.
Keadaan beg itu seperti terkoyak dan menyukarkan Mariam untuk
menyimpan buku. Mariam balik ke rumah berasa amat sedih lalu
mengadu kepada ibunya tentang yang koyak itu. Mariam memberitahu
ibunya, begnya sudah koyak dan ingin membeli beg baru. Ibunya berkata
“ Mariam, ibu ayah tidak mampu untuk membeli beg baru kepada kamu
kerana waktu sekarang ini, kita kekurangan sumber pendapatan kerana
cuaca persekitaran yang kerap hujan. Jadi ayah kamu tidak dapat turun
untuk pergi bertani. Ibu minta maaf Mariam.” Mariam berdiam diri lalu
masuk ke dalam bilik meninggalkan ibunya tadi.
Dalam keheningan malam yang sunyi dengan bunyi hujan yang
lebat, sebelum Ibu Mariam tidur, Ibu Mariam ada bersuarakan pada
suaminya tentang keinginan Mariam untuk membeli beg baharu.
Suaminya hanya mendiamkan diri dan cuba memikirkan perkara tersebut
lalu terus diulit mimpi indah. Pada keesokkan harinya, Mariam seperti
biasa hadir ke sekolah dan pulang ke rumah dengan beg yang koyak.
Mariam. Mariam meletakkan begnya di atas kerusi. Tiba-tiba, ibunya
menerpa lalu memanggil nama Mariam dan riak wajah Mariam seperti
terkejut. Ibunya berbisik, “ Mariam, ibu masih tidak mampu untuk
belikan beg Baharu, boleh kita jahit sahaja beg tersebut.” Mariam pun
menjawab “ Boleh ibu!”. Suara seakan -akan pasrah dan redha dengan
apa yang berlaku. Mariam dan ibunya jahit beg tersebut sehingga lewat
malam.
Keesokannya bertarikh 15 Julai 2021 merupakan hari lahir
Mariam. Seperti biasa, keluarga Mariam hanya memberi ucapan dan
mendoakan sahaja pada Mariam sempena Hari Lahir. Tetapi kali ini
berbeza sedikit sambutan hari lahir Mariam iaitu dengan kejutan yang
dibuat oleh bapanya sendiri Pak Hamid. Pak Hamid memberikan sebuah
kotak besar kepada Mariam yang berisi beg baharu yang cantik. Mariam
sangat gembira dan terharu apabila menerima beg tersebut lalu memeluk
bapanya dengan erat dan mengucapkan terima kasih. Hati Mariam sangat
gembira pada hari tersebut. Walaupun ayahnya mempunya masalah
kewangan, ayahnya tetap jua menunaikan hasrat anaknya dan
mengembirakan anaknya dengan hadiah kejutan Hari Lahir.

Anda mungkin juga menyukai