Anda di halaman 1dari 4

NAMA:

KELAS:

4541/1
KIMIA
PPT
OGOS 2022
45 minit

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022

UJIAN AMALI SAINS

KIMIA TINGKATAN 4

45 MINIT
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN
Anda tidak dibenarkan bekerja dengan alat radas bagi 15 minit yang pertama. Tempoh
ini hendaklah digunakan untuk menyemak senarai radas, membaca soalan dan
merancang kerja.
Rekodkan semua pemerhatian dan kesimpulan anda di ruang yang disediakan
Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab setiap soalan.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………. …………………………….. ……………………………..


( SH. NARISAH S A RAHMAN)
Ketua Panitia Kimia
Bil Radas / Bahan Kuantiti Tandakan (√)
1. Tabung uji 3
2. Rak tabung uji 1
3. Tabung didih 1
4. Pemegang tabung uji 1
5. Spatula 1
6. Penunu bunsen 1
7. Kaki retort 1
8. Salur penghantar dan penyumbat getah 1
9. Silinder penyukat 10 ml 1
10. Serbuk kuprum (II) karbonat 1
11. Air kapur 1
12. Larutan plumbum (II) nitrat 1
13. Larutan kalium iodida 1

SOALAN AMALI KIMIA


[15 markah]

Arahan:

Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji tindak balas kimia bagi membentuk
persamaan kimia yang seimbang. Berikut ialah langkah-langkah eksperimen:

A. Pemanasan kuprum (II) karbonat


1. Isikan satu spatula serbuk kuprum (II) karbonat ke dalam tabung didih. Perhatikan warna serbuk
tersebut.
2. Tutup tabung didih dengan menggunakan salur penghantar dan penyumbat getah.
3. Pegang tabung didih tersebut menggunakan kaki retort dan masukkan salur penghantar ke dalam
tabung uji yang telah diisikan dengan air kapur separuh penuh.
4. Panaskan kuprum (II) karbonat dan alirkan gas yang terhasil ke dalam air kapur. Pegang tabung
uji menggunakan pemegang tabung uji.
5. Perhatikan perubahan yang berlaku di dalam tabung didih dan tabung uji.
6. Apabila tindak balas telah selesai, alihkan tabung uji berisi air kapur. Kemudian, hentikan
pemanasan.
7. Rekod pemerhatian anda.

B. Pemendakan plumbum (II) iodida.


1. Tuangkan 2.0 cm3 larutan plumbum (II) nitrat ke dalam tabung uji.
2. Tuangkan 2.0 cm3 larutan kalium iodida ke dalam tabung uji lain.
3. Tuangkan larutan kalium iodidda ke dalam larutan plumbum (II) nitrat dan goncangkan
campuran itu.
4. Perhatikan perubahan yang berlaku dan rekodkan pemerhatian.

Berdasarkan eksperimen ini, jawab semua soalan di bawah;

1. Lukis gambarajah susunan radas berlabel bagi eksperimen A

[2 markah]
2. Catatkan pemerhatian anda dalam jadual di bawah.
Tindak balas Pemerhatian
Pemanasan kuprum (II) karbonat
Pemendakan plumbum (II) iodida
[2 markah]
2. Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas bagi eksperimen A dan B

Eksperimen A:…………………………………………………………….
Eksperimen B: ……………………………………………………………
[2 markah]
3. Nyatakan bahan tindak balas dan hasil tindak balas bagi
Eksperimen A
…………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
4. Nyatakan formula kimia bagi setiap:
Eksperimen A
Bahan tindak balas:…………………………….
Hasil tindak balas:……………………………...
Eksperimen B
Bahan tindak balas:…………………………….
Hasil tindak balas:……………………………...
[4 markah]
5. Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi setiap tindak balas yang berlaku.

Eksperimen A

……………………………………………………………………………………………………….
Eksperimen B

……………………………………………………………………………………………………….
[4 markah]

- SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai