Anda di halaman 1dari 38

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Bahan komposit atau komposit merupakan bahan yang dibuat melalui gabungan dua atau
lebih bahan material campuran yang tidak homogen, dimana sifat mekanik dari setiap
material bentuknya berbeza. Dari campuran tersebut akan dihasilkan material komposit yang
mempunyai sifat mekanik dan ciri yang berbeza dari bentuknya. Salah satu bahan biasanya
gentian yang kukuh seperti gentian kaca, Kevlar aatau gentian karbon yang memberikan
bahan tersebut kekuatan tensil sementara bahan lain biasanya sejenis bahan berdamar seperti
polyester atau epoxy yang memegang gentian dan menjadikan bahan tersebut keras dan
kukuh.
Mengapa penting memerlukan bahan-bahan komposit adalah kerana sifat versatile
mereka yang membolehkan mereka digunakan dalam banyak bidang. Sebab-sebab lain
adalah ringan, ia juga dapat menghalang rintangan hakisan dan ketahanannya yang kuat
membolehkan ia digunakan dimana mana. Kini, bahan komposit banyak digunakan dalam
bidang kejuruteraan secara meluas seperti penerbangan, kereta dan robotika. Hasil paling
maju digunakan di kapal angkasa lepas dalam persekitaran membebankan.

Komposit mempunyai fungsi yang sangat banyak pada kehidupan seharian. Baik pada
kepentingan rumah tangga hingga kepentingan industri yang besar. Dari pembelajaran
tentang komposit ini, paada bidang industri komposit dapat dihasilkan dengan proses dan
bahan yang lebih tepat sehingga mempunyai nilai kekuatan serta nilai jual yang lebih baik.
1.2 PERNYATAAN MASALAH

Selepas dibuat pemerhatian dan kajian pernyataan masalah ini ialah :

i. Bahan mentah aluminium yang sedia ada sangat lembut untuk difabrikasi menjadi
bentuk yang lain.
ii. Kajian terhadap komposit aluminium masih sedikit dari segi sifat bahan.
iii. Kajian terhadap campuran grafit dan ferus kurang.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah sangat penting sebagai garis panduan dalam penghasilan
sesebuah produk atau reka bentuk baru. Ia merujuk kepada sasaran atau tujuan utama
dalam penghasilan produk supaya diakhir nanti kita dapat melihat sasaran objektif kita
tercapai atau tidak. Berikut adalah objektif kajian kami bagi komposite aluminium

i. Mengkaji tiga bahan iaitu kayu, plastik dan besi untuk menghasilkan corak.
ii. Menghasilkan aluminium tulen campuran dengan aluminium+grafit dan
aluminium+ferus.
iii. Pengujian bahan dengan menggunakan ujian kekerasan, ujian ketumpatan dan
porositi

1.4 SKOP KAJIAN

Bagi memastikan objektif kami tercapai, beberapa pengkhususan telah dilaksanakan.


Berikut adalah pengkhususan yang kami letakkan pada produk kami.

i. Menggunakan aluminium tulen sebagai bahan utama.


ii. Untuk campuran kami menggunakan ferus dan serbuk grafite.
iii. Saiz bagi sample adalah 20×20×10
iv. Jenis analisis yang digunakan adalah ialah ujian hardness jenis Rockwell dan
mikrostruktur
1.5 KESIMPULAN

Daripada bab ini dapat dirumuskan bahawa kajian yang ingin dijalankan adalah
mengenai campuran bahan adalah diantara aluminium tulen yang dicampur ferus dan
aluminium tulen yang dicampur serbuk grafite dan membuat perbandingan campuran
mana yang lebih kuat dengan menggunakan ujian Rockwell.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Sifat mekanikal bahan adalah sifat-sifat yang melibatkan tindak balas terhadap beban
yang dikenakan. Sifat-sifat mekanik logam menentukan pelbagai kegunaan bahan dan
menentukan hayat perkhidmatan yang boleh diharapkan. Sifat mekanikal juga digunakan
untuk membantu mengklasifikasikan dan mengenal pasti bahan. Ciri-ciri yang paling umum
adalah kekuatan, kemuluran, kekerasan, rintangan hentaman, dan keliatan patah.

Kebanyakan bahan struktur adalah anisotropik, yang bermaksud bahawa sifat


bahannya berbeza dengan orientasi. Variasi sifat boleh disebabkan oleh arah arah dalam
mikrostruktur (tekstur) daripada pembentukan atau operasi kerja sejuk, penjajaran yang
dikawal tetulang gentian dan pelbagai sebab lain. Ciri-ciri mekanikal biasanya khusus untuk
bentuk produk seperti helaian, plat, penyemperitan, pemutus, penempaan, dan sebagainya.

Sifat mekanik sesuatu bahan bukan pemalar dan sering berubah sebagai fungsi suhu,
kadar beban, dan keadaan lain. Sebagai contoh, suhu di bawah suhu bilik pada umumnya
menyebabkan peningkatan sifat kekuatan aloi logam; manakala kemuluran, keliatan patah,
dan pemanjangan biasanya berkurangan. Suhu di atas suhu bilik biasanya menyebabkan
penurunan sifat kekuatan aloi logam. Kemuluran mungkin meningkat atau berkurang dengan
peningkatan suhu bergantung kepada pembolehubah yang sama.
Ia juga harus diperhatikan bahawa terdapat kebolehubahan yang ketara dalam nilai-
nilai yang diperoleh apabila mengukur sifat-sifat mekanikal. Contoh ujian yang seolah-olah
sama dari bahan yang sama akan sering menghasilkan keputusan yang berbeza. Oleh itu,
pelbagai ujian biasanya dijalankan untuk menentukan sifat mekanikal dan nilai yang
dilaporkan boleh menjadi nilai purata atau nilai minimum statistik dikira. Juga, pelbagai nilai
kadang-kadang dilaporkan untuk menunjukkan kebolehubahan.

2.2 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN

Antara bahan yang akan digunakan untuk membuat projek ini

2.2.1 Aluminium

Aluminium adalah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai


simbol Al dan nombor atom 13. Ia merupakan ahli kumpulan dalam unsur kimia yang
bernama logam lemah dan mempunyai ciri keperakan dan mulur. Aluminium
dijumpai terutamanya dalam bijih bauksit dan adalah terkenal kerana daya tahan
pengoksidaannya (oleh sebab fenomena pempasifan) dan oleh sebab keringanannya.
Aluminium digunakan dalam banyak industri untuk menghasilkan bermacam-macam
keluaran kilang dan adalah sangat penting dalam ekonomi dunia. Komponen
berstruktur yang diperbuat daripada aluminium dan aloi-aloinya adalah penting dalam
industri aeroangkasa dan juga dalam kenderaan serta bangunan, di mana keringanan,
ketahanan, dan kekuatan adalah diperlukan.
Jadual 2.1 : Jadual Berkala Aluminium

Aluminium adalah merupakan logam yang lembut dan ringan, dengan rupa
keperakan pudar, oleh kerana kehadiran lapisan pengoksidaan yang nipis yang
terbentuk apabila didedahkan kepada udara. Aluminium adalah tak bertoksik (dalam
bentuk logam), tak bermagnet, dan tidak menghasilkan cucuh. Aluminium tulen
mempunyai kekuatan tegangan sebanyak 49 megapascal (MPa) dan 700 MPa
sekiranya dibentuk menjadi aloi. Aluminium mempunyai ketumpatan satu pertiga
daripada ketumpatan keluli atau tembaga; adalah boleh tempa, mulur, dan mudah
dimesin dan ditempa; dan mempunyai daya tahan kakisan serta ketahanan yang sangat
baik oleh sebab lapisan pelindung oksidanya. Kemasan cermin aluminium
mempunyai kepantulan yang tertinggi antara semua logam dalam rantau 200-400 nm
(Ultaungu), dan 3000-10000 nm (Inframerah jauh), sementara dalam julat penglihatan
iaitu 400-700 nm ia diatasi sedikit oleh perak, dan dalam julat 700-3000 (Inframerah
dekat) diatasi oleh perak, emas dan tembaga. Ia merupakan logam kedua paling
mudah tertempa (selepas emas) dan keenam paling mulur.

Rajah 2.1 : sekeping logam aluminium dengan panjang


Sebahagian daripada kegunaan-kegunaan aluminium dalam:

i. Pengangkutan (kenderaan, kapal terbang, jentera, kenderaan landasan, kapal


laut, dsb.)
ii. Pembungkusan (tin aluminum, kerajang aluminium, dsb.)
iii. Rawatan air
iv. Pembinaan (tingkap, pintu, sisian, dawai binaan, dsb.
v. Barangan pengguna tahan lama (perkakas, peralatan dapur, dsb.)
vi. Jentera
vii. Serbuk aluminium, agen pemperakan yang biasa digunakan dalam cat.
Serpihan aluminium juga dimasukkan dalam cat alas, terutamanya kayu cat
penyebu — semasa pengeringan, serpihan akan bertindan lalu membentuk
lapisan kalis air.
viii. Aluminium beranod adalah lebih stabil kepada pengoksidaan lanjut, dan
digunakan dalam pelbagai bidang pembinaan.
ix. Kebanyakan penenggelam haba komputer moden dalam unit pemprosesan
pusat adalah diperbuat daripada aluminium kerana ia mudah diperbuat dan
mempunyai kekonduksian haba yang baik. Penenggelam haba tembaga
adalah lebih kecil tetapi adalah lebih mahal dan sukar untuk dikilangkan.

2.2.1.1 Jenis-jenis aluminium :

a) Aluminium tulen
Sifat-sifat aluminium tulen

i. Kekuatan tegangan 100 N/mm2


ii. Kekuatan mampatan 100 N/mm2
iii. Kekerasan 40 (NKB) Nombor Kekerasan Brinell
iv. Kemuluran 30% pemanjangan
v. Suhu lebur 660o C
vi. Ketumpatan 2.6 g/cm3
vii. Lapisan aluminium oksida yang terbentuk di atas aluminium
memberikannya satu daya ketahanan terhadap kakisan atmosfera dan
air
b) Aloi Aluminium

Kebanyakan aluminium yang digunakan adalah didalam


bentuk aloinya. Aloi aluminium adalah keras dan kuat semacam keluli, tetapi
dengan satu kelebihan iaitu ianya 3 kali lebih ringan daripada keluli. Di
antara aloi aluminium yang ada ialah seperti yang berikut.

i. Aloi Aluminium-Magnesium
Ia mengandungi campuran logam-logam yang berikut iaitu Cu-
0.14%, Si-0.5%, Fe-0.7%, Cr-0.5% dan Mg-5.0%. Kekuatan aloi ini
adalah 3 kali ganda lebih kuat daripada Aluminium tulin dan
mempunyai kekerasan 80 NKB. Aloi jenis ini selalu digunakan untuk
membuat badan kapal dan ianya disambung menggunakan rivet
ataupun kimpalan TIG.
ii. Aloi Aluminium-Manganese
Ia mengandungi 1.5% manganese yang menambahkan
kekuatan tegangan 200 N/mm2 tanpa kehilangan
sifat kemulurannya. Aloi ini senang dikerja sejuk serta dikerja
panas dan dengan ini ianya mudah digunakan untuk membuat
membuat berbagai-bagai jenis bentuk barangan. Aloi
jenis ini banyak digunakan untuk membuat bumbung rumah,
berbagai-bagai jenis bekas takungan dan juga untuk membuat badan
bas dan lori.
iii. Duralmin
Ia adalah aloi aluminium yang mengandungi 4% Kuprum. Aloi
ini adalah kuat dan mempunyai kekuatan tegangan sebanyak 400
N/mm2selepas ianya melalui proses rawatan haba. Duralmin
mempunyai kekuatan seperti keluli tetapi ianya lebih
ringan. Kegunaannya ialah di dalam pembuatan badan
kapalterbang, dawai, rivet, kepingan logam dan juga bekas acuanan.
iv. Aloi Aluminium-Silikon
Ia mengandungi 10% hingga 13% silikon. Kekuatan tegangannya
ialah 230 N/mm2. Aloi jenis ini mempunyai daya
ketahanan kakisan terhadap air garam dan atmosfera. Aloi ini selalu
digunakan didalam proses
tuangan untuk membuat blok injin kapal dan injin kereta, kotak giar,
aci dan kotak engkol.
v. Aloi Aluminium-Kuprum Jenis Tuangan
Ia mempunyai kandungan kuprum diantara 1.5% - 4.0%. Aloi ini
apabila diberi rawatan haba akan mempunyai kekuatan tegangan
sebanyak 650 N/mm2. Oleh kerana kekuatan aloi ini tinggi ianya
banyak digunakan untuk membuat blok injin kelajuan tinggi untuk
kereta dan kapalterbang.

2.2.2 Grafit atau karbon

Terdapat tiga jenis grafit semulajadi-amorf, flake atau serpihan kristal, dan
urat atau benjolan. Grafit amorf adalah kualiti terendah dan paling banyak.
Bertentangan dengan sains, dalam industri "amorf" merujuk kepada saiz kristal yang
sangat kecil daripada kekurangan struktur kristal. Amorf digunakan untuk produk
grafit yang lebih rendah dan merupakan grafit berharga paling rendah. Grafit flake
boleh empat kali harga amorfus. Serpihan kualiti yang baik boleh diproses menjadi
grafit diperkembangkan untuk kegunaan banyak, seperti retardan api. Vein atau
gumpalan grafit adalah grafit semulajadi yang paling jarang, paling berharga, dan
berkualiti tinggi. Ia hanya dilombong secara komersial di Sri Lanka.

Karbon merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai


simbol C dan nombor atom 6. Unsur bukan logam, tetravalen yang banyak,
karbon mempunyai beberapa bentuk allotropik:
i. Berlian (galian terkeras diketahui). Struktur: setiap atom terikat secara
tetrahedron kepada empat yang lain, membentuk jaringan 3-dimensi atom
enam ahli cincin bersegi.
ii. grafit (salah satu bahan terlembut). Struktur: setiap atom terikat tiga segi
kepada tiga atom lain, membentuk jaringan 2-dimensi cincin leper enam ahli;
helaian leper terikat dengan lemah. Digunakan dalam pensil untuk
menandakan kertas.

Jelaga terdiri daripada kawasan grafit kecil. Ia tersebar secara rawak, dengan
itu seluruh struktur ialah isotropik.

Jadual 2.2 : Jadual Berkala untuk karbon

Grafit lembut tetapi sangat kuat. Ia tahan panas dan, pada masa
yang sama, konduktor haba yang baik. Ditemui dalam batuan metamorf, ia
kelihatan sebagai bahan metalik tetapi legap dalam warna itu berbeza
daripada kelabu gelap hingga hitam. Grafit adalah berminyak, ciri yang
menjadikannya pelincir yang baik. Grafit juga digunakan sebagai pigmen
dan agen acuan dalam pembuatan kaca. Reaktor nuklear juga
menggunakan grafit sebagai moderator elektron.
Rajah 2.2: serbuk grafit

2.2.3 Besi

Besi adalah unsur dalam jadual berkala yang mempunyai


simbol Fe dan nombor atom 26. Besi merupakan logam yang berada dalam kumpulan
.

Jadual 2.3: Jadual Berkala untuk Ferus

Besi adalah logam paling banyak, dan dipercayai unsur kimia kesepuluh
paling banyak di alam sejagat. Besi juga merupakan unsur paling banyak (menurut
jisim, 34.6%) membentuk Bumi; penumpuan besi pada lapisan berlainan di Bumi
berbeza antara tinggi peratusannya pada lapisan dalam sehingga 5% pada kerak bumi;
terdapat kemungkinan bahawa teras dalam Bumi mengandungi hablur besi tunggal
walaupun ia berkemungkinan sebatian besi dan nikel; jumlah besar besi dalam Bumi
dijangka menyumbang kepada medan magnet Bumi. Simbolnya adalah Fe ringkasan
kepada ferrum, perkataan Latin bagi besi.
Besi adalah logam yang dihasilkan dari bijih besi, dan jarang dijumpai dalam
keadaan unsur bebas. Untuk mendapatkan unsur besi, campuran lain mesti disingkir
melalui pengurangan kimia. Besi digunakan dalam penghasilan besi waja, yang
bukannya unsur tetapi aloi, sebatian logam berlainan (dan sebahagian bukan-logam,
terutamanya karbon).

Besi merupakan logam paling biasa digunakan di antara semua logam, iaitu
merangkumi sebanyak 95 peratus daripada semua tan logam yang dihasilkan di
seluruh dunia. Gabungan harganya yang murah dengan kekuatannya menjadikan ia
amat diperlukan, terutamanya dalam penggunaan seperti kereta, badan
kapal bagi kapal besar, dan komponen struktur bagi bangunan. Besi waja merupakan
aloi besi paling dikenali, dan sebahagian dari bentuk yang dibentuk oleh besi
termasuk:

i. Besi mentah atau Pig iron yang mengandungi 4% – 5% karbon dengan


sejumlah bendasing seperti belerang, silikon dan fosforus. Kepentingannya
adalah ia merupakan perantaraan daripada bijih besi kepada besi
tuang dan besi waja.
ii. Besi tuang (Cast iron) mengandungi 2% – 3.5% karbon dan sejumlah
kecil mangan. Bendasing yang terdapat di dalam besi mentah yang dapat
memberikan kesan buruk kepada sifat bahan, seperti belerang dan fosforus,
telah dikurangkan kepada tahap boleh diterima. Ia mempunyai takat lebur
pada julat 1420–1470 K, yang lebih rendah berbanding dua komponen
utamanya, dan menjadikannya hasil pertama yang melebur apabila karbon dan
besi dipanaskan serentak. Sifat mekanikalnya berubah-ubah, bergantung
kepada bentuk karbon yang diterap ke dalam aloi. Besi tuang 'putih'
mengandungi karbon dalam bentuk cementite, atau besi karbida. Sebatian
keras dan rapuh ini mendominasi sifat-sifat utama besi tuang 'putih',
menyebabkannya keras, tetapi tidak tahan kejutan. Dalam besi tuang 'kelabu',
karbon hadir dalam bentuk serpihan halus grafit, dan ini juga menyebabkan
bahan menjadi rapuh kerana ciri-ciri grafit yang mempunyai pinggir-pinggir
tajam yang merupakan kawasan tegasan tinggi. Jenis besi kelabu yang baru,
yang dinamakan 'besi mulur', adalah dicampur dengan kandungan surih
magnesium untuk mengubah bentuk grafit menjadi sferoid, atau nodul, lantas
meningkatkan ketegaran dan kekuatan besi.
iii. Besi karbon mengandungi antara 0.5% dan 1.5% karbon, dengan sejumlah
kecil mangan, belerang, fosforus, dan silikon.
iv. Besi tempa (Wrought iron) mengandungi kurang daripada 0.5% karbon. Ia
keras, mudah lentur, dan tidak mudah dilakurkan berbanding dengan besi
mentah. Ia mempunyai sejumlah kecil karbon, beberapa persepuluh peratus.
Jika ditajamkan menjadi tirus, ia cepat kehilangan ketajamannya.
v. Besi aloi (Alloy steel) mengandungi kandungan karbon yang berubah-ubah
dan juga logam-logam lain,
seperti kromium, vanadium, molibdenum, nikel, tungsten dsb.
vi. Besi oksida (III) digunakan dalam penghasilan storan magnetik dalam
komputer. Ia sering dicampurkan dengan bahan lain, dan mengekalkan ciri-ciri
mereka dalam larutan.

Sifat besi
i. Terutamanya digunakan untuk kekuatan tegangan dan ketahanan mereka
ii. Terdedah kepada karat / kakisan
iii. Mengandungi iron
iv. Mempunyai sifat magnetik
v. Pembinaan rumah, automotif, bekas industri, paip besar-besaran,
kebanyakan alat dan perkakasan yang anda gunakan di sekitar rumah

2.3 KOMPOSIT

Manusia sejak dari dulu telah berusaha untuk menciptakan berbagai produk yang
terdiri dari gabungan lebih dari satu bahan untuk menghasilkan suatu bahan yang lebih kuat,
contohnya penggunaan jerami pendek, untuk menguatkan batu bata di Mesir, panah orang
Mongolia yang menggabungkan kayu, otot binatang, sutera, dan pedang samurai Jepang yang
terdiri dari banyak lapisan oksida besi yang berat dan liat. Kebanyakan teknologi modern
memerlukan bahan kombinasi sifat-sifat yang luar biasa yang tidak boleh dicapai bahan-
bahan lazim seperti logam besi, seramik, dan bahan polimer. Kenyataan ini adalah benar
bagi bahan yang diperlukan untuk penguaan dalam bidang angkasa lepas, perumahan,
perkapalan, kenderaan dan industri pengangkutan. Kerana bidang-bidang tersebut
memerlukan densiti yang rendah, flexural, dan tensile yang tinggi, viskositi yang baik dan
hentaman yang baik.
2.3.1 Defenisi Bahan komposit
Bahan komposit (atau komposit) adalah suatu jenis bahan baru
hasil rekayasa yang terdiri dari dua atau lebih bahan dimana sifat masing-masing bahan
berbeda satu sama lainnya baik itu sifatkimia maupun fisikanya dan tetap terpisah dalam
hasil akhir bahan tersebut (bahan komposit).

Struktur dan Unsur Utama Pada Bahan Komposit

Pada umumnya bahan material komposit terdiri dari dua bahan utama, iaitu :
a) Serat ( fiber )
i. Sebagai unsur utama pada komposit
ii. Menentukan karakteristik bahan komposit, seperti kekuatan, kekauan,
daan sifat mekanik lainnya.
iii. Menahan sebagian besar gaya yang bekerja pada material komposit.
iv. Bahan yang dipilih harus kuat dan getas, seperti carbon, glass, boron,
dll.

b) Matrik ( resin )
i. Melindungi dan mengikat serat agar dapat bekerja dengan baik.
ii. Bahan yang dipilih bahan yang lunak.

2.3.2 Kepentingan Bahan Komposit

Kemajuan kini telah mendorong peningkatan dalam permintaan terhadap bahan


komposit. Perkembangan bidang sciences dan teknologi mulai menyulitkan bahan
konvensional seperti logam untuk memenuhi keperluan aplikasi baru. Bidang angkasa
lepas, perkapalan, automobile dan industri pengangkutan merupakan contoh aplikasi
yang memerlukan bahan-bahan yang berdensity rendah, tahan karat, kuat, kokoh dan
tegar. Dalam kebanyakan bahan konvesional seoerti keluli, walaupun kuat ianya
mempunyai density yang tinggi dan rapuh.
2.3.3 Kelebihan Bahan Komposit

Bahan komposit mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan bahan


konvensional seperti logam. Kelebhan tersebut pada umumnya dapat dilihat dari
beberapa sudut yang penting seperti sifat-sifat mekanikal dan fisikal, keupayaan
(reliability), kebolehprosesan dan biaya. Seperti yang diuraikan dibawah ini :

a) Sifat-sifat mekanikal dan fizikal


Pada umumnya pemilihan bahan matriks dan serat memainkan peranan
penting dalam menentukan sifat-sifat mekanik dan sifat komposit. Gabungan
matriks dan serta dapat menghasilkan komposit yang mempunyai kekuatan
dan kekakuan yang lebih tinggi dari bahan konvensional seperti keluli.

i. Bahan komposit mempunyai ketumpatan yang jauh lebih rendah


berbanding dengan bahan konvensional. Ini memberikan implikasi
yang penting dan konteks penggunaan kerana komposit akan
mempunyai kekuatan dan kekakuan spesifik yang lebih tinggi dari
bahan konvensional. Implikasi kedua ialah produk komposit yang
dihasilkan akan mmempunyai kerut yang lebih rendah dari logam.
Pengurangan berat adalah satu aspek yang penting dalam industri
pembuatan seperti automobile dan angkasa lepas. Ini karena
berhubungan dengan penghematan bahan bakar.
ii. Dalam industri angkasa lepas terdapat kecendrungan untuk
menggatikan komponen yang diperbuat dari logam dengan komposit
karena telah terbukti komposit mempunyai rintangan terhadap fatigue
yang baik terutamanya komposit yang menggunakan serat karbon.
iii. Kelemahan logam yang agak terlihat jelas ialah rintangan terhadap
kakisa yang lemah terutama produk yang kebutuhan sehari-hari.
Kecendrungan komponen logam untuk mengalami kakisan
menyebabkan biaya pembuatan yang tinggi. Bahan komposit
sebaiknya mempuyai rintangan terhadap kakisan yang baik.
iv. Bahan komposit juga mempunyai kelebihan dari segi versatility
(berdaya guna) yaitu produk yang mempunyai gabungan sifat-sifat
yang menarik yang dapat dihasilkan dengan mengubah sesuai jenis
matriks dan serat yang digunakan.

2.3.4 Paduan Untuk Komposit

Pada umumnya bentuk dasar suatu bahan komposit adalah tunggal dimana
merupakan susunan dari paling tidak terdapat dua unsur yang bekerja bersama untuk
menghasilkan sifat-sifat bahan yang berbeda terhadap sifat-sifat unsur bahan
penyusunnya. Dalam prakteknya komposit terdiri dari suatu bahan utama (matrik –
matrix) dan suatu jenis penguatan (reinforcement) yang ditambahkan untuk
meningkatkan kekuatan dan kekakuan matrik. Penguatan ini biasanya dalam bentuk
serat (fibre, fiber).

Sekarang, pada umumnya komposit yang dibuat manusia dapat dibagi kedalam tiga
kelompok utama:
a) Komposit Matrik Polimer (Polymer Matrix Composites – PMC)
b) Komposit Matrik Logam (Metal Matrix Composites – MMC)
c) Komposit Matrik Seramik (Ceramic Matrix Composites – CMC)

i. Komposit Matrik Polimer (Polymer Matrix Composites – PMC) –


Bahan ini merupakan bahan komposit yang sering digunakan
disebut, Polimer Berpenguatan Serat (FRP – Fibre Reinforced
Polymers or Plastics) – bahan ini menggunakan suatu polimer-
berdasar resin sebagai matriknya, dan suatu jenis serat seperti kaca,
karbon dan aramid (Kevlar) sebagai penguatannya.
ii. Komposit Matrik Logam ( Metal Matrix Composites – MMC ) –
ditemukan telah berkembang pada industri otomotif, dimana bahan
ini menggunakan suatu bahan logam seperti aluminium
yaitu sebagai matrik dan penguatnya dengan serat seperti silikon
karbida.
iii. Komposit Matrik Keramik (Ceramic Matrix Composites – CMC) –
digunakan pada lingkungan bertemperatur sangat tinggi, bahan ini
menggunakan keramik sebagai matrik dan diperkuat dengan serat
pendek, atau serabut-serabut (whiskers) dimana terbuat dari silikon
karbida atau boron nitrida.

Secara umum, sifat-sifat komposit ditentukan oleh:


i. Sifat-sifat serat
ii. Sifat-sifat resin
iii. Rasio serat terhadap dalam komposit (Fraksi Volume Serat –
Fibre Volume Fraction)
iv. Geometri dan orientasi serat pada komposit

Bahan komposit dibentuk pada saat yang sama ketika struktur tersebut
dibuat. Hal ini bermaksud bahawa orang yang membuat struktur menciptakan
sifat-sifat bahan komposit yang dihasilkan, dan juga proses manufaktur yang
digunakan biasanya merupakan bahagian yang kritikal yang berperanan
menentukan kerja struktur yang dihasilkan.

Komposit adalah bahan yang direka dengan menggabungkan dua atau


lebih bahan, yang mempunyai sifat yang lebih baik dan berbeza dari bahan
konstituen yang membentuk komposit. Salah satu komposit yang paling
umum dan biasa ialah gentian kaca, di mana serat kaca kecil tertanam dalam
bahan polimer (biasanya epoksi atau poliester).

Sifat komposit:

i. Tinggi kekuatan kepada nisbah berat


ii. Ringan
iii. Kalis api
iv. Kekonduksian terma yang rendah
v. Ketumpatan rendah
Bahan komposit (atau komposit) merupakan bahan yang dibuat melalui
gabungan dua atau lebih bahan. Salah satu bahan biasanya gentian yang kukuh
seperti gentian kaca, kevlar atau gentian karbon yang memberikan bahan
tersebut kekuatan tensil, sementara bahan lain (dinamakan matriks) biasanya
sejenis bahan berdamar seperti polyester atau epoxy yang memegang gentian
dan menjadikan bahan tersebut keras dan kukuh. Ada bahan komposit yang
menggunakan aggregrat selain daripada, atau bersama-sama gentian.

Contoh bahan komposit:

i. Plastik diperkukuhkan dengan kaca atau GRP


ii. komposit matriks logam
iii. komposit matriks seramik
iv. Perisai Chobham (lihat perisai komposit)
v. papan lapis

Bahan komposit biasanya sesuai bagi pembinaan bangunan,


jambatan dan struktur seperti badan bot, penel kolam renang, badan kereta
lumba, ruang mandi, kolah mandi, tangki simpanan, granit buatan, dan
singki dan atas meja marmar buatan. Hasilan paling maju biasa digunakan
di kapal angkasa lepas dalam persekitaran membebankan.

2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKA BENTUK SEDIA ADA

2.4.1 Papan Tanda Jenis Plastik


Rajah 2.3 : Papan Tanda Plastik

Papan tanda ini dihasilkan menggunakan bahan plastic jenis SG Sign Grade
Acrylite atau SG lembaran akrilik. Lembaran akrilik secara universal untuk pasaran
tanda adalah tegar, kuat dan mudah dibentuk dan dimesin, dan menentang lebur. Ia
sesuai untuk penulisan channel dan flat. Terdapat dalm jelas, tembus atau legap,
lembaran ACRYLITE SG secara konsisten melakukan kedua-dua aplikasi tanda
dalam dan luar. Pilih dripada tujuh warna atau tidak berwarna. Selain tiu, ia juga
terdapat pada gulungan.

2.4.2 Papan Tanda Jenis Kayu

Rajah 2.4 : Papan Tanda Dalam Bentuk Kayu

Papan tanda ini dihasilkan dari bahan kayu dimana untuk menghasilkannya ia
perlulah diukir sendiri dengan menggunakan alat seperti kikir, gergaji, alat mengukir,
pahat dan sebagainya. Ciri-ciri pemilihan kayu perlulah diambil kira untuk
mendapatkan hasil yang baik seperti jenis kayu apa yang sesuai untuk diukir misalnya
kayu jati, cempaka, suar, nagka, kepelam dan sebagainya. Untuk mengetahui kualiti
suatu jenis kayu perlu dipelajari pengetahuan tentang kayu yang menyangkut sifat-
sifat kayu, bahagian-bahagian kayu, faktor perosak kayu, keawetan kayu dan lain-lain.
Akhir sekali bahan untuk kemasan perlulah ada cat, tinner, politer, kertas pasir dan
lain-lain.

2.5 KAJIAN JENIS UJIAN YANG AKAN DIJALANKAN


Terdapat beberapa ujian yang akan dijalankan dalam penghasilan projek akhir ini.
Ujian yang digunakan perlulah mengikut piawai keselamatan dan kehendak yang
diperlukan.

2.5.1 Ujian Kekerasan – Rockwell


Ujian Kekerasan Rockwell juga menggunakan mesin untuk memohon beban
tertentu dan kemudian mengukur kedalaman kesan yang dihasilkan. Indenter mungkin
sama ada bola keluli dari diameter tertentu atau kon berlian bulat 120 ° sudut dan
jejari tip 0.2 mm, yang disebut brale. Beban kecil 10 kg digunakan pertama kali, yang
menyebabkan penembusan awal yang kecil untuk duduk indenter dan menghapus
kesan sebarang penyelewengan permukaan. Kemudian, dail ditetapkan kepada sifar
dan beban utama digunakan. Selepas penyingkiran beban utama, bacaan mendalam
diambil semasa beban kecil masih aktif. Nombor kekerasan boleh dibaca terus dari
skala. Indenter dan beban ujian yang digunakan menentukan skala kekerasan yang
digunakan (A, B, C, dan sebagainya).

Bahan-bahan lembut seperti aloi tembaga, keluli lembut dan aloi aluminium
1/16 "bola keluli diameter digunakan dengan beban 100 kilogram dan kekerasan
dibaca pada skala" B ". Dalam menguji bahan-bahan yang lebih keras, dan banyak
aloi keluli, kon berlian 120 darjah digunakan dengan beban sehingga 150 kilogram
dan kekerasan dibaca pada skala "C". Terdapat beberapa skala Rockwell selain skala
"B" & "C" (yang yang dipanggil skala umum) Nilai Rockwell yang dilaporkan
dengan betul akan mempunyai bilangan kekerasan diikuti oleh "HR" (Kekerasan
Rockwell) dan huruf skala. Sebagai contoh, 50 HRB menunjukkan bahawa bahan
tersebut mempunyai bacaan kekerasan sebanyak 50 pada skala B .

A-Karbida yang dikendalikan, keluli nipis dan kes cetek keluli keras

B -Copper aloi, keluli lembut, aloi aluminium, besi lembut, dll.

C -Steel, besi tuang keras, besi lembut titanium, titanium, kes dalam yang
keras keluli dan bahan lain yang lebih keras daripada B 100

D -Thin keluli dan kes sederhana keluli keras dan besi lembut mutiitik
E-besi, aloi aluminium dan magnesium, mengandungi logam
F-aloi tembaga yang ditanam, logam lembaran lembut nipis
G-Phosphor gangsa, tembaga berilium, besi yang boleh diperbuat
H -Aluminum, zink, plumbum
K, L, M, P, R, S, V - Logam dan lain-lain bahan yang sangat lembut atau
nipis, termasuk plastik.
Rajah 2.5 : Mesin Rockwell

2.6 KESIMPULAN
Kesimpulan diakhir bab ini ialah dengan ujian yang dilakukan dapat dilihat
perbandingan antara papan tanda yang lain dengan papan tanda kajian yang lebih kukuh
dan lain dari yang lain. Jadi dengan pengubahsuaian ini dapat memberi manfaat kepada
pengguna yang minat dalam bidang foundri dan dapat meningkatkan foundri di Malaysia.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi adalah satu kaedah yang digunapakai dalam menghasilkan sesebuah


projek. Metodologi yang digunakan adalah bagi membantu dalam menginovasikan sesuatu
ciptaan dalam menghasilkan satu produk yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif
projek ini. Projek Composite Aluminium For Signage ini adalah dicipta sendiri hasil dari
berbincangan berkumpulan serta nasihat dari penyelia projek berdasarkan kaedah foundri
yang sedia ada. Reka bentuk yang kami hasilkan sesuai untuk membuat papan tanda
dipanggil signage.
3.2 CARTA ALIR

Untuk memastikan projek ini berjaya dan berjalan lancar beberapa langkahlangkah
perlu diikuti. Antara langkah-langkahnya adalah:

Mula

Penyataan Masalah

Kayu Plastik Besi

Analisis Matrik

Ya

Bahan Akhir

Proses Pembuatan
Tidak

Pengujian

Ya
Tamat

Rajah 3.1: Carta Alir Proses Mereka Bentuk


3.3.1 Mula

Dimulakan dengan menyatakan pernyataan masalah diikuti menyenaraikan pemilihan


bahan-bahan yang ingin dikaji antaranya kayu, plastik dan besi. Seterusnya, membuat
pemilihan bahan yang bersesuaian dan melakukan proses pembuatan kajian. Akhir sekali,
melakukan pengujian untuk memastikan kekuatan kajian.

3.3.2 Penyataan Masalah

Kajian antara campuran aluminium tulen masih kurang dikaji. Ia disebabkan oleh sifat
bahan yang sedia ada sangat lembut untuk difabrikasi kepada bentuk yang lain. Selain itu,
oleh kerana harga grafit yang mahal menyebabkan ia masih kurang dikaji oleh pelajar atau
pihak yang berkenaan.

3.3.4 Pemilihan Idea

Rajah 3.2 : bahan 1


Rajah 3.2, mempunyai kebaikan bagi menjimatkan kos kerana seratus peratus hanya
mengunakan kayu. Selain itu, ia juga mudah untuk diukir dalam pelbagai bentuk.

Rajah 3.3 : Bahan 2

Rajah 3.3, menggunakan besi dalam membuat papan tanda yang menarik. Besi dapat
dibentukkan dalam corak yang diingini.

Rajah 3.4 : Bahan 3

Rajah 3.4, papan tanda yang diperbuat daripada foundri. Kelebihan bagi itu boleh melekatkan
pelbagai jenis corak mahupun tulisan.
3.3.3 Analisis Matrik

a) Jadual Penilaian Bermatrik


Pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan konsep
dengan konsep rujukan (Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan
menilai setiap konsep yang terdapat untuk menentukan konsep yang terbaik.
Langkah ini dinamakan Matrik Evaluation Method (jalil M.K.A, 2000) seperti
yang ditunjukkan di jadual 3.1 dibawah. Keputusan yang diperolehi ditentukan
berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang terdapat. Oleh itu, sebarang
kelemahan yang terdapat dalam rekabentuk yang dipilih boleh ditambah baik.

Jadual 3.1 dibawah menunjukkan perbandingan di antara reka bentuk konsep 1.2 dan 3
dengan konsep rujukan.

Jadual 3.1: Matrix Evaluation Method

No Kriteria Kriteria Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3 Konsep


minat rujukan
1. Rekabentuk 4 + - + D
komersial
2. Kos 4 + - - A
3. Saiz 4 + + - T
4. Berat 2 + - + U
5. Bahan 5 - + - M
6. Jumlah + 4 2 2 0
7. Jumlah - 1 3 3 0
8. Jumlah 3 -1 -1 0
keseluruhan
Daripada jadual 3.1 diatas (-) mewakili bagi kriteria kurang memuaskan manakala (+)
mewakili bagi kriteria yang memuaskan.
b) Anggaran kos (Bill of materials)

Jadual 3.2 : Anggaran kos


Bil Item Kuantiti Harga Unit Jumlah
1. Papan 1 RM14 RM14
2. Gam Uhu 5 RM1.90 RM9.50
3. Mata Gergaji 1 Paket RM24.50 RM24.50
4. Minyak Diesel 10 Liter RM45.00 RM45.00
5. Cat Polishe 1 Botol RM7.90 RM7.90
6. Brazing Rod 1 Rod RM6.50 RM6.50
7. Aluminium 5 Kg RM40 RM40
Jumlah RM147.40

3.3.4 Bahan Akhir

Reka bentuk yang dipilih seperti (rajah 3.5), terdapat banyak kelebihan pada reka
bentuk ini iaitu mudah untuk di ukir berbanding yang lain. Selain itu, cuma memerlukan
sedikit masa bagi corak yang halus kerana memerlukan ketelitian. Seterusnya dengan adanya
satu reka bentuk daripada kayu yang boleh membuat corak sama berulang kali seperti
menekap corak tersebut. Di samping itu, dapat menggunakan kaedah foundri dalam membuat
papan tanda. Dengan itu akan mengkaji tiga jenis bahan bagi papan tanda ini untuk
dileburkan dan melihat kelebihan bagi papan tanda ini. Selain itu jarang sekali dapat melihat
kaedah ini dilakukan.

Rajah 3.5 : Reka Bentuk yang Dipilih


3.3.5 Proses pembuatan
Secara umumnya kaedah atau langkah kerja yang akan dijalankan untuk menyiapkan
projek dibahagikan kepada beberapa peringkat yang utama. Proses pemasangan projek seperti
yang dinyatakan dibawah :

a) Menghasilkan bentuk dan ukiran mengikut ukuran yang diberi menggunakan kayu.

Rajah 3. 6: Ukiran Kayu Proses 1

b) Melakukan kaedah foundri, mampatkan kayu didalam serbuk tanah yang sudah di
ayak.

Rajah 3.7: Proses 2

c) keluarkan kayu dari tanah, untuk mendapatkan bentuk


Rajah 3.8 : Proses 3

d) Masukkan beberapa bahan yang ingin dicampurkan ke dalam bentuk tersebut.

Rajah 3.9 : Proses 4

e) Leburkan aluminium dan tuang kedalam bentuk yang disediakan.


Rajah 3.10 : Proses 5

f) Besi yang baru lepas di tuang

Rajah 3.11 : Proses 6

g) Produk yang sudah siap akan dilicinkan dan di cat supaya menjadi lebih menarik dan
cantik.
Rajah 3.12: Proses 7

Senarai alatan bahan yang digunakan :

i. Kayu
Kayu digunakan untuk membuat corak yang igin digunakan dalam kaedah foundri.
ii. Tanah
Digunakan untuk membuat foundri. Tanah perlu di tapis terlebih dahulu untuk
mendapat tanah yang halus.
iii. Pengayak tanah
Untuk mendapat tanah yang halus. Oleh kerana kaedah membuat foundri ini
memerlukan ketelitian. Jika tidak proses pembuatan ini tidak akan menjadi.
iv. Bekas acuan luar
v. Gergaji tangan
Gergaji tangan ini digunakan untuk memotong kayu bagi mendapat saiz yang lebih
kecil.
vi. Gergaji lengkung halus
Digunakan untuk memotong lengkungan corak pada kayu.
vii. Kikir kayu
Untuk melicinkan setiap permukaan yang kasar dan menggunakan mengikut saiz atau
aturan yang betul
viii. Kertas pasir
Selesai menggunakan kikir, kertas pasir digunakan untuk lebih melicinkan kayu.
ix. Gam
Untuk melekatkan diantara kayu-kayu yang lain (mencantumkan)
x. Playar

xi. Aluminium

Rajah 3.13 : Aluminium

xii. Grafit

Rajah 3.14 : Grafit


xiii. Tatal besi

Rajah 3.15 : Tatal Besi

3.3.6 Pengujian

Proses pengujian adalah amat penting dalam proses penghasilan sesuatu rekabentuk
produk. Pengujian juga menentukan kekuatan, objektif yang ditetapkan dan keselamatan
produk yang dihasilkan.

Kerja-kerja pembuatan dan ujikaji bagi produk ini adalah dilakukan selepas proses
tuang. Selain itu, ujikaji adalah amat penting dan bertujuan untuk memastikan setiap produk
yang dilakukan adalah tepat dan keselamatan struktur projek.

a) Ujian rockwell
Rajah 3.16 : Rockwell

Sampel yang digunakan untuk menguji kekerasan bahan.

Rajah 3.17 : Sampel

b) Ujian ketumpatan
Ketumpatan atau ketumpatan jisim sesuatu bahan merupakan sukatan jisim per
unit isipadu. Simbol yang biasanya digunakan untuk ketumpatan ialah ρ (huruf kecil
abjad Yunani rho). Dalam sesetengah industri (terutamanya dalam industri minyak
dan gas di Amerika Syarikat), ketumpatan merupakan berat objek per
unit isipadu;[1] namun begitu, kuantiti ini lebih dikenali sebagai berat spesifik. Bahan
berlainan mempunyai ketumpatan yang berbeza. Oleh itu, ketumpatan merupakan
konsep penting dalam keapungan, ketulenan dan
pembungkusan. Osmium dan iridium merupakan jisim yang paling tumpat
mengikut suhu dan tekanan piawai tetapi kedua-duanya bukanlah bahan yang
mempunyai ketumpatan tertinggi.

Rajah 3.18 :Formula Pengiraan Ketumpatan


Maka,

ϼ=

di mana,

ialah jisim

ialah isipadu

Rajah 3.19 : Contoh Ujian Ketumpatan


c) Ujian Berat

Jisim sesuatu objek tidak berubah walau dimana objek itu berada. Jisim
sesuatu objek ialah jirim yang terkandung didalamnya. Unit S.I bagi jisim ialah
kilogram(Kg). Berat sesuatu objek ialah daya tarikan bumi terhadap objek itu. Daya
tarikan bumi ini dikenali sebagai graviti. Unit S.I bagi berat adalah Newton (N). Berat
sesuatu objek dipengaruhi oleh daya tarikan graviti. Oleh itu, berat sesuatu objek
berbeza ditempat berlainan. Keadah yang dilakukan untuk menguji berat adalah
dengan menggunakan alat penimbang. Berikut adalah rajah bagi alat penimbang yang
digunakan.

Rajah 3.20 : Alat Penimbang

3.4 Rumusan

Hasil daripada penuangan yang sudah di campurkan bahan yang berlainan dapat
memberi kesan yang ketara bagi setiap produk. Ujian ini juga membuktikan ianya memenuhi
kehendak objektif produk kami.
Setelah menjalankan kaedah-kaedah menyiapkan projek, didapati banyak unsur-unsur
yang penting harus dijalankan ketika melakukan projek ini contohnyah carta alir. Carta alir
adalah proses permulaan dimana ia menunjukkan dari mula sampai tamat penghasilan projek.
Selain itu, langkah-langkah kerja haruslah dijalankan dengan betul dan cermat supaya
penghasilan produk kemas dan cantik. Di samping itu, data analisis dapat menunjukkan
kelebihan dan kekurangn bagi setiap sifat produk.
Akhir sekali, kaedah persiapan projek ini diharap dapat menghasilkan projek yang
berkualiti dan bermutu. Produk kami ini berharap dapat memberi manfaat dan bersesuaian
dengan perkembangan teknologi pada masa kini dan akan datang ini kerana produk yang
kami lakukan amat jarang di lakukan bagi pasaran luar.

Anda mungkin juga menyukai