Anda di halaman 1dari 9

Bina Insan Guru(BIG) PISMP AMBILAN JUN 2014 Fasa 2

KERTAS KERJA
PROGRAM BINA INSAN GURU
BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( PISMP AMBILAN JUN 2014 )

1.0 Pengenalan Program BIG

Guru merupakan pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti


tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu,
berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan
wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai
kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap
serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai
dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat
negara.

Program ini akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
(IPGKTAR) iaitu Taklimat (3 jam) dan Khidmat Sosial (7 jam). Kedua-dua aktiviti ini dilakukan
pada hari yang berbeza. Seramai 48 orang peserta yang akan mengikuti program ini. Selain
itu, kursus BIG bertujuan untuk melahirkan seseorang guru yang memiliki ciri-ciri dan
perwatakan insan pendidikan yang berpengetahuan, berdaya maju dan berdaya saing.
Pendekatan kursus ini diberikan terhadap pembentukan seseorang guru yang holistik dan
kontekstual. Melalui program ini, para guru pelatih akan diterapkan dengan ciri-ciri, potensi
dan citra diri seseorang guru, membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat
refleksi diri dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam profesion perguruan pada masa
yang akan datang.

Kursus Bina Insan Guru (BIG) turut merupakan suatu wahana ke arah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua
pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester
tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self)
dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat
melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi
Bina Insan Guru(BIG) PISMP AMBILAN JUN 2014 Fasa 2

serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus
globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar
bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha
memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan
pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan
insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut
Pendidikan Guru (IPG).
Bina Insan Guru(BIG) PISMP AMBILAN JUN 2014 Fasa 2

2.0 Matlamat dan Objektif Program BIG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan salah satu usaha pencetus kepada pembinaan
guru yang berakhlak mulia, mempunyai nilai-nilai kerohanian dan keguruan, bersemangat
juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta bermanfaat kepada
keluarga, masyarakat dan negara. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan
sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan yang
akan dilaksanakan pada awal semester kedua. Melalui program Bina Insan Guru (BIG) iaitu
aktiviti Taklimat dan Khidmat Sosial, para peserta dapat mencapai matlamat berikut:

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza.

2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan


atau aktiviti

3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,


kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan


menyelesaikan masalah.

7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan
sosial.

8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugas secara berkumpulan.

9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan
Bina Insan Guru(BIG) PISMP AMBILAN JUN 2014 Fasa 2

3.0 Jawatankuasa Induk

AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM BINA INSAN GURU

BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PISMP JUN 2014)

Pengerusi : Andreas anak Alexander

Naib Pengerusi : Bernadine Permai Steven Clement

Setiausaha : Arlyn Daniel

Naib Setiausaha : Jenny Geoffrey

Bendahari : Syed Aieman Bin Syed Mahamud

Naib Bendahari : Christopher Lau Pick Zhao

Ketua Ahli Jawatankuasa

AJK Kebersihan : Umairah Najihah Binti Ismail


Priscella Sofea Ak Sudin
Angely Jeni anak Sabum

AJK Peralatan : Afdal Shyarmeezan Binti Sapawi


Ismail Libar
Joe Luiz
Jonathan Janting
Nathan Jay Jeremy

AJK Dokumentasi : Florence Sendie Anak Nandong

AJK Kebajikan dan Keselamatan : Jeremy Hon Chin Ee


Wiriany Luna

AJK Protokol : Nursyafiqah Binti Madnan


Nur Syahira Binti Mohd Naruddin
Doreen Ting Jia Chzin
Hafizan
Shereen Wong

AJK Makanan : Beatrice Lim


Amalina
Nur Ain Nawwar Binti Mohd Amin
Bina Insan Guru(BIG) PISMP AMBILAN JUN 2014 Fasa 2

Pengacara Majlis : Michelle anak Kamar


Romario Ansam anak Rungah

Bacaan Doa : Syed Ammar Bin Syed Mahamud

3.1 MAKLUMAT AHLI JAWATANKUASA INDUK

(Lampiran 1)

4.0 SENARAI NAMA PELAJAR DAN MAKLUMAT WARIS PELAJAR


(Lampiran 2)

4.1 SENARAI NAMA PELAJAR YANG MEMPUNYAI ALERGI DAN PENYAKIT


BERDASARKAN KUMPULAN
(Lampiran 3)

5.0 PERANCANGAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PROGRAM BIG

5.1 TENTATIF AKTIVITI

(Lampiran 4)

5.2 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS


BIG
Bina Insan Guru(BIG) PISMP AMBILAN JUN 2014 Fasa 2

Bil Jawatankuasa Bidang Tugas


.
1. Pengerusi  Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
induk dan mesyuarat perancangan BIG.
 Melantik jawatankuasa kerja BIG.
 Memastikan kesemua ahli jawatankuasa
menjalankan tugas masing-masing.
2. Naib Pengerusi  Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
induk dan mesyuarat perancangan BIG .
 Melantik jawatankuasa kerja BIG.
 Membantu pengerusi dalam menjalankan bidang
tugas.
3. Setiausaha  Menyediakan kertas kerja BIG.
 Membuat post mortem dan laporan selepas BIG.
 Membuat memo bagi memberi makluman kepada
pihak-pihak yang terlibat.
4 Naib Setiausaha  Membantu setiausaha menjalankan tugasan dan
tanggungjawabnya.
 Bekerjasama dengan setiausaha dalam
menjalankan tugas BIG dari semasa ke semasa
dengan baik.
5 Bendahari  Menyediakan laporan anggaran perbelanjaan
barangan yang diperlukan.
 Mencatatkan wang masuk dan keluar dalam
laporan kewangan.
 Melaporkan kedudukan kewangan dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
 Memungut wang kutipan dari semua para
peserta.
6 Naib Bendahari  Memeriksa dan menyemak laporan kewangan.
 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan
dengan betul.
7 AJK Kebersihan  Memastikan keadaan persekitaran bersih
sebelum dan selepas digunakan.
 Menyediakan plastik sampah.
6 AJK Peralatan  Menyediakan dan memastikan semua peralatan
PA sistem berfungsi dengan baik.
 Memastikan barang-barang bagi khidmat sosial
Bina Insan Guru(BIG) PISMP AMBILAN JUN 2014 Fasa 2

mencukupi.
 Menyediakan peralatan bagi PA sistem.
 Menyediakan peralatan siaraya.
 Memastikan jumlah peralatan yang digunakan
selepas BIG.
 Memastikan peralatan disimpan semula pada
tempat yang betul.
7 Kebajikan dan  Memastikan keselamatan pelajar sepanjang
Keselamatan aktiviti.
 Menyediakan peralatan kecemasan dan ubat-
ubatan.
9 AJK Protokol  Menyediakan tentatif dan buku program.
 Memastikan tetamu yang akan hadir.
 Memastikan kelancaran majlis.
 Menyediakan cenderahati kepada tetamu
kehormat.
10 AJK Makanan  Mengenalpasti menu makanan yang sesuai bagi
aktiviti-aktiviti.
 Mencari sumber untuk mendapatkan makanan.
 Mengagihkan makanan kepada para peserta.
 Memastikan makanan mencukupi.
 Membuat senarai makanan nama pelajar yang
mempunyai alergi / penyakit
 Menyediakan bekalan air yang mencukupi.
11 Pengacara Majlis  Menyediakan teks pengacaraan majlis
 Mengawal keadaan dewan semasa aktiviti
taklimat dijalankan.
 Memberikan makluman
 Mengacara majlis

5.3 SENARAI BARANG YANG DIPERLUKAN DAN KOSNYA

** Kutipan bagi setiap pelajar ialah RM30.


Bina Insan Guru(BIG) PISMP AMBILAN JUN 2014 Fasa 2

BILANGAN
JUMLAH
KUMPULAN GURU YURAN JUMLAH
KESELURUHAN
PELATIH
PISMPMZ 1614 15 15 x RM 30.00 RM 450.00
PISMPPM 1614 12 12 x RM 30.00 RM 360.00 RM 1440
PISMPBI 1614 21 21 x RM 30.00 RM 630.00

5.4 SENARAI PERSEDIAAN PELAJAR

Persediaan yang perlu dibuat oleh pelajar:

a. Perlantikan AJK/ mesyuarat AJK / agihan Tugas AJK

b. Penyediaan kertas kerja

c. Maklumat ahli jawatankuasa induk

d. Senarai maklumat waris pelajar/ senarai nama pelajar yang mempunyai


alergi/penyakit
e. Tentatif aktiviti

f. Surat jemputan kepada Pengarah/ Ketua Jabatan HEP

g. Buku program dan kad jemputan

h. Teks ucapan pengarah

i. Borang/ jadual bertugas sesi moral dan kerohanian

j. Senarai pinjaman kit kecemasan

k. Senarai alatan untuk khidmat sosial

l. Makanan (kos anggaran / jadual makan dan menu / urusan pembelian)

m. Lain-lain pinjaman

n. Tandanama dan lain-lain persediaan peralatan peribadi


Bina Insan Guru(BIG) PISMP AMBILAN JUN 2014 Fasa 2

6.0 PENUTUP

Setelah mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) yang dijalankan sepanjang empat hari
tiga malam, diharapkan semua peserta dapat menjadi seorang guru yang vemerlang dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam mendepani transformani
pendidikan negara. Para pelajar juga diharapkan dapat menggunakan daya usaha kendiri
dalam menghadapi kekangan semasa penglibatan. Segala kerjasama daripada semua pihak
amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Ucapan ribuan terima kasih kami
ucapkan kepada pensyarah-pensyarah Unit Kokurikulum kerana telah banyak memberi
bimbingan dan panduan dalam melaksanakan program ini terutamanya penyelaras bagi
program ini iaitu Encik Michael Belekum. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Program Bina Insan Guru ini
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :

_______________________ _______________________

( ARLYN DANIEL ) (ENCIK MICHEAL BELEKUM)

Setiausaha BIG Ketua Unit KoKurikulum

Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru

Kampus Tun Abdul Razak Kampus Tun Abdul Razak

Kota Samarahan, Sarawak. Kota Samarahan, Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai