Anda di halaman 1dari 29

PANDUAN

PENGURUSAN
KUMPULAN PENGAKAP
DI SEKOLAH
Semakan 29 Januari 2020

Ditulis dan disusun oleh


Mohd. Hafidzuddin bin Mohd. Maarof

MAKLUMAN
Buku Panduan Pengurusan ini akan sentiasa dikemaskini dari
semasa ke semasa bagi memastikan setiap Kumpulan Pengakap
dapat diurus dengan berkesan dan sepatutnya.

Halaman 1
© HAK CIPTA TERPELIHARA.
Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian, ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk atau apa jua cara
sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, imbasan, mekanikal,
rakaman atau lain-lain cara sebelum mendapat izin secara bertulis
daripada penulis.

HAD LIABILITI.
Modul ini ditulis dan diterbitkan dengan niat untuk membantu para
Pemimpin dan Penolong Pemimpin Unit Pengakap Kanak-Kanak serta
semua ahli Pengakap Kanak-Kanak di semua sekolah rendah di
Malaysia. Susunan item bagi setiap modul adalah selaras dengan
ketetapan skim latihan dan dirujuk sepenuhnya kepada Buku Skim
Latihan Pengakap Kanak-Kanak yang telah diterbitkan oleh Pasukan
Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia.

Penulis dan penyusun serta pereka bentuk grafik :


Mohd. Hafidzuddin bin Mohd. Maarof

Dicetak dan diedarkan oleh :


Mohd. Hafidzuddin bin Mohd. Maarof
Email : mhmaarof@yes.my
Tel. : 018 – 3250 298

Halaman 2
HURAIAN SKIM LATIHAN
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
BERDASARKAN BUKU SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-
KANAK YANG DITERBITKAN OLEH PASUKAN LATIHAN NEGARA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
RUMAH B-P, JALAN HANG JEBAT, 50150 KUALA LUMPUR

1. PENDAHULUAN
Buku ini dihasilkan bagi memudahkan para Pemimpin Pengakap di
sekolah khususnya di sekolah rendah untuk memahami 7 aspek utama
pengurusan kumpulan Pengakap di sekolah rendah iaitu :

i. Pengurusan organisasi Pemimpin Kumpulan.


ii. Pemilihan dan pengurusan sekawan Pengakap Kanak-kanak.
iii. Pengurusan penubuhan dan pendaftaran tahunan keahlian.
iv. Skim Latihan Unit Pengakap Kanak-Kanak.
v. Keberhasilan Pengakap Kanak-kanak.
vi. Rancangan Pengajaran Tahunan
vii. Perancangan Strategik Kumpulan Pengakap Kanak-kanak.

Buku ini TIDAK SAMA SEKALI mengambil alih fungsi Buku Skim
Latihan Unit Pengakap Kanak-Kanak telah disusun oleh Pasukan Latihan
Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia. Buku ini hanya bersifat
rujukan dalam membantu menghuraikan secara terperinci yang boleh
dalam memastikan para pemimpin mengetahui apa yang sepatutnya
dilakukan apabila diberikan amanah sebagai Pemimpin Pengakap
Kumpulan di sekolahnya.

2. SASARAN KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN TAHUNAN KEAHLIAN


Menurut Buku Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak yang dikeluarkan
oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, bagi Sekolah Rendah, ahli
Pengakap boleh dipilih dari seawal umur 8 tahun dan tidak melebihi umur
13 tahun. Namun demikian, ia bergantung kepada budi bicara Unit
Kokurikulum setiap sekolah rendah dalam membuat penetapan.
Walaupun demikian, kelazimannya pemilihan ahli Pengakap Kanak-
kanak

Halaman 3
di kebanyakan sekolah rendah bermula seawal umur 10 tahun (Darjah 4)
hingga umur 12 tahun (Darjah 6).

3. TEMPOH KEAHLIAN & PENDAFTARAN KUMPULAN


Tempoh keahlian Pengakap sekolah adalah 1 tahun iaitu bermula 1 Mac
tahun semasa hingga 28 atau 29 Februari tahun berikutnya. Manakala
pendaftaran kumpulan adalah sekali seumur hidup kumpulan di
sesebuah sekolah.

4. LATIHAN KEPIMPINAN
Bagi seorang Pemimpin Pengakap adalah sewajarnya anda telah
mengikuti kursus-kursus latihan yang dianjurkan oleh Persekutuan
Pengakap Malaysia Negeri atau Daerah masing-masing. Kursus latihan
untuk para Pemimpin Pengakap ini dinamakan sebagai Kursus Manikayu
2 Butir. Kursus ini dikendalikan oleh para jurulatih bertauliah yang
ditetapkan sahaja dan setiap Kursus Manikayu 2 Butir yang dilaksanakan
wajiblah berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia. Berikut
adalah sepintas lalu pelaksanaan Kursus Manikayu 2 Butir untuk para
Pemimpin Pengakap :

KURSUS TEMPOH FOKUS


Manikayu
8 jam Sila rujuk Pesuruhjaya Daerah anda
Pengenalan

Manikayu 3 hari
Sila rujuk Pesuruhjaya Daerah anda
Peringkat I 2 malam

Manikayu
6–8
Peringkat II Sila rujuk Pesuruhjaya Daerah anda
minggu
(amali)

Manikayu 6 hari
Sila rujuk Pesuruhjaya Daerah anda
Peringkat III 5 malam

Halaman 4
Manikayu
6–8
Peringkat IV Sila rujuk Pesuruhjaya Daerah anda
minggu
(amali)

5. PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP


Jika sekolah anda belum lagi menubuhkan pasukan Pengakap, maka
sewajarnya anda ikuti dan patuhi 20 prosedur penubuhan yang
dinyatakan di bawah (Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah).

5.1 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja.


5.2 Mengemukakan Surat Permohonan Penubuhan Pasukan Pengakap
melalui Pemimpin Kumpulan kepada Pengetua / Guru Besar.
5.3 Menerima Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pengakap dari
Pengetua / Guru Besar kepada Jawatankuasa Penaja melalui
Pemimpin Kumpulan.
5.4 Mewujudkan Ahli Jawatankuasa kumpulan Pengakap sekolah.
Jawatan yang akan dikemukakan untuk pemilihan pelantikan adalah
seperti mana berikut :
5.4.1 Penganjur (Pengetua / Guru Besar)
5.4.2 Pengerusi (Penolong Kanak Kokurikulum)
5.4.3 Setiausaha Kehormat (Pemimpin Kumpulan)
5.4.4 Bendahari Kehormat
5.4.5 AJK 1 (Wakil Ibu bapa / Penjaga)
5.4.6 AJK 2 (Wakil Ibu bapa / Penjaga)
5.4.7 AJK 3 (Wakil Ibu bapa / Penjaga)
5.4.8 AJK 4 (Wakil Ibu bapa / Penjaga)
5.4.9 Pemimpin Kumpulan (PK)
5.4.10 Pemimpin Pengakap Kanak-kanak (PPKK)
5.5 Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga berkaitan penubuhan
kumpulan Pengakap Kanak-kanak di sekolah melalui Surat
Pemberitahuan Penubuhan Unit Pengakap Kanak-kanak (PKK) dan
Borang Permohonan Keahlian Tahunan Pengakap.

Halaman 5
5.6 Menerima dan membuat rumusan enrolmen permohonan keahlian.
5.7 Melengkapkan Borang PPM-8(a) : Permohonan Pendaftaran
Kumpulan Pengakap yang boleh diperolehi secara dalam talian atau
Pesuruhjaya Daerah masing-masing. Lengkapkan dalam 3 salinan.
5.8 Melengkapkan Borang PPM-1(a) : Pendaftaran Keahlian Tahunan
i. Pendaftaran Pemimpin
ii. Pendaftaran Ahli Biasa
- Guru Besar
- Penolong Kanak Kokurikulum
- Wakil Ibu bapa / Penjaga
iii. Pendaftaran Ahli Pengakap
5.9 Melengkapkan Borang PPM-1(b) : Borang Kawalan
5.10 Semua Pemimpin Pengakap di sekolah wajib mempunyai tauliah
sebelum boleh diamanahkan untuk mengendalikan kumpulan
Pengakap di sekolah. Tauliah Pemimpin berkenaan terbahagi
kepada 2 iaitu Tauliah Pemimpin Tetap dan Tauliah Pemimpin
Sementara. Semua Pemimpin dikehendaki melengkapkan Borang
PPM-9(a) : Permohonan Tauliah Sebagai Pemimpin.
5.11 Menghantar borang-borang berikut ke Pesuruhjaya Pengakap
Daerah masing-masing.
i. Borang PPM-8(a) : Permohonan Pendaftaran Kumpulan
ii. Borang PPM-1(a) : Pendaftaran Keahlian Tahunan
iii. Borang PPM-1(b) : Borang Kawalan
iv. Borang PPM-9(a) : Permohonan Tauliah Sebagai Pemimpin
5.12 Pihak sekolah dikehendaki menunggu perkara berikut dari
Pesuruhjaya Daerah :
i. Sijil Pendaftaran Kumpulan
ii. No. Pendaftaran Kumpulan
iii. No Kumpulan
iv. Daerah Kumpulan
5.13 Mengemukakan Surat Permohonan Pengesahan Penubuhan
Kumpulan Pengakap dari Jawatankuasa Penaja kepada Pengetua /
Guru Besar. Pengesahan ini dirujuk di bawah Unit Kokurikulum

Halaman 6
sekolah anda berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan
(A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998. Sertakan dokumen berikut
sebagai lampiran :
i. Akta 784 : Akta Persekutuan Pengakap Malaysia
ii. Sijil Pendaftaran Kumpulan
iii. Perancangan Strategik Kumpulan
iv. Takwim Aktiviti / Carta Gantt Tahunan
5.14 Surat Pelantikan Pemimpin Pengakap atas jawatan berikut beserta
bidang tugasnya :
i. Pemimpin Kumpulan (PK)
ii. Pemimpin Pengakap Kanak-kanak (PPKK)
iii. Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak (PPPKK)
5.15 Surat Penurunan Kuasa dari Pengetua / Guru Besar kepada
Pemimpin Kumpulan untuk menjalankan tanggungjawab terhadap
kumpulan.
5.16 Mengemukakan Surat Permohonan Mengutip Yuran / Sumbangan
kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak kepada Pengetua / Guru
Besar.
5.17 Menerima Surat Kelulusan Permohonan Mengutip Yuran /
Sumbangan dari Pengetua / Guru Besar
5.18 Mengemukakan Surat Kutipan Yuran Keahlian Tahunan /
Sumbangan kepada ibu bapa / penjaga.
5.19 Mengemukakan Garis Panduan Pemakaian Uniform Pengakap
kepada ibu bapa / penjaga dan maklumat asas Skim Latihan
Pengakap Kanak-kanak.
5.20 Membuat Pelantikan Jawatankuasa Kumpulan Murid. Pastikan ahli
Pengakap Kanak-kanak dibahagikan kepada 6 kumpulan atau lebih
dikenali sebagai sekawan. Jumlah ahli daam setiap sekawan adalah
terpulang atas budi bicara Pemimpin. Pelantikan adalah
berdasarkan jawatan berikut :
i. Ketua Pek
ii. Ketua Sekawan

Halaman 7
iii. Penolong Ketua Sekawan
iv. Quarter Master (QM)

Makluman Penting :
Jika kumpulan Pengakap di sekolah anda telah pun berdaftar,
Pendaftaran Kumpulan TIDAK PERLU DILAKUKAN lagi. Pemimpin
Kumpulan hanya perlu mendaftarkan Keahlian Tahun Semasa Ahli dan
Permohonan Tauliah Sebagai Pemimpin (jika ada pemimpin baharu
sahaja).

6. CADANGAN STRATEGI PELAKSANAAN SKIM LATIHAN.


Skim Latihan PKK ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai format dan
situasi. Ia bergantung ata budi bicara dan hasil perbincangan serta
persetujuan para pemimpin. Namun demikian, berdasarkan pengalaman,
skim latihan boleh dilaksanakan dalam 3 format iaitu :
6.1 Perjumpaan Unit Beruniform (minimum 18 kali setahun)
6.2 Perkhemahan Bersiri Pasukan Pengakap. Perkhemahan ini
dilaksanakan mengikut Lencana Kemajuan, Lencana Wajib atau
Lencana Kepandaian yang ingin ditawarkan.
6.3 Perkhemahan Skim Lencana yang dijalankan oleh PPM Daerah
atau PPM Negeri.
6.4 Di luar waktu PdPc atau di rumah. Kaedah ini membolehkan ahli
PKK menyiapkan tugasan dalam Buku Log secara konsisten dan
berperingkat. Melalui kaedah ini juga, ibu bapa / penjaga atau ahli
keluarga boleh dilibatkan di samping mengurangkan tekanan
tugasan kepada ahli Pengakap.

7. PENGURUSAN BUKU LOG


Buku Log merupakan rekod pencapaian penting bagi setiap ahli
Pengakap. Buku Log mesti disediakan dengan kemas, teratur dan jelas.
Penyediaan Buku Log oleh PKK ini terpulang atas budi bicara dan
kebijaksanaan Pemimpin di sekolah. Antara faktor yang wajar diambil
kira sebelum memberikan arahan penyediaan Buku Log kepada PKK
ialah :

Halaman 8
i. Tahap kemampuan ahli PKK dari segi kebolehan menulis
dengan baik dan kemas serta mencari maklumat dengan
pantas.
ii. Mengambil kira jadual aktiviti ahli PKK seperti waktu
persekolahan, kerja sekolah, sekolah agama, kelas tambahan /
tuisyen dan urusan peribadi tertentu.
iii. Keboleh capaian ahli PKK terhadap maklumat yang diperlukan
berdasarkan kehendak yang telah diperuntukkan dalam Skim
Latihan Pengakap Kanak-kanak.
iv. Bahan yang perlu disediakan dan sumber rujukan yang perlu
disediakan oleh ahli PKK sebelum serta semasa melengkapkan
Buku Log.

Antara fungsi utama Buku Log Pengakap ialah :


i. mengukur pencapaian dan penguasaan ahli PKK terhadap
sesuatu kemahiran.
ii. Melatih ahli PKK mencatat dan mencari maklumat.
iii. Menanamkan minat yang tinggi dalam dunia Pengakap.
iv. Memberi ilmu dan kemahiran baharu kepada ahli PKK.
v. Mewujudkan semangat setia kawan dan kerjasama antara ahli
dalam sekawan.
vi. Mewujudkan persaingan sihat di antara ahli PKK.
vii. Memberi peluang kepada Pemimpin dan ahli PKK itu sendiri
mengenali potensi diri.
viii. Melahirkan ahli PKK yang bertanggungjwab dan berkualiti.

8. PENGANUGERAHAN LENCANA DAN PERSIJILAN.


Pelaksanaan ujian Skim Lencana Keahlian, Lencana Wajib, Lencana
Kemajuan dan Lencana Kepandaian boleh dijalankan diperingkat
sekolah. Pengetua / Guru Besar merupakan Kuasa Penganjur berfungsi
sebagai pengesah kepada semua Skim Latihan dan Sijil Lulus Lencana
yang dijalankan. Ini bermaksud :

Halaman 9
8.1 Skim Latihan dan Ujian Lencana di bawah Skim Latihan Pengakap
Kanak-kanak boleh diilaksanakan di peringkat sekolah dengan
para pemimpin bertindak sebagai penguji.
8.2 Sijil Penganugerahan Lencana Keahlian, Lencana Wajib, Lencana
Kemajuan dan Lencana Kepandaian ditanda tangani oleh
Pengetua
/ Guru Besar.

Namun demikian, ahli PKK di sekolah anda boleh juga mengikuti Ujian
Lencana di peringkat Daerah atau Negeri di mana Sijil Penganugerahan
Lencana akan ditanda tangani oleh Ketua Kursus atau Pesuruhjaya
Daerah / Negeri itu sendiri.

9. PENGANUGERAHAN RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK


Rambu Pengakap Kanak-kanak (Biru) merupakan Anugerah Cemerlang
yang diberikan kepad ahli PKK yang telah berjaya melengkapkan semua
ujian kemahiran Skim Latihan Lencana Unit PKK. Ia merupakan
Anugerah Tertinggi dan juga merupakan Anugerah Pesuruhjaya Negeri.
Maka untuk memastikan anugerah ini benar-benar diiktiraf, maka adalah
sebaiknya ahli PKK mengikuti siri Perkhemahan Rambu PKK yang
dianjurkan oleh PPM Negeri. Ini adalah kerana PPM Negeri akan
mengeluarkan Sijil Penganugerahan Rambu Pengakap Kanak-kanak
yang ditanda tangani sendiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

10. CADANGAN RUJUKAN PENGAKAP WAJIB ADA DI SEKOLAH.


Setiap sekolah, Pemimpin dan Ahli PKK diwajibkan memiliki Buku Skim
Latihan Pengakap Kanak-kanak sebagai rujukan dan rekod pencapaian.
Manakala bahan rujukan pula, tiada sebarang rujukan khusus ditetapkan.
Namun demikian, setiap Kumpulan Pengakap sekolah disarankan
menjadikan bahan berikut sebagai rujukan / panduan dalam
melaksanakan aktiviti pengakapan dan Skim Latihan Lencana Pengakap
Kanak-kanak iaitu :

Halaman 10
i. Portal Persekutuan Pengakap Malaysia
ii. Portal Pesekutuan Pengakap Negeri
iii. Portal Persekutuan Pengakap Daerah
iv. Kawad dan Istiadat Pengakap diterbitkan oleh Pasukan
Latihan Negara.
v. Ilmu Pengakap bagi Budak-budak diterjemahkan oleh Dato’
Syed Hashim bin Abdullah, Mantan ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara (1969-1987) terbitan EDUSystem
vi. Ilmu Pengakap karangan Abdul Alim Abdul Rahim terbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
vii. Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak
karangan Abdul Alim Abdul Rahim terbitan Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
viii. Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering Untuk
Pengakap dan Pandu Puteri karangan Abdul Alim Abdul
Rahim terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
ix. Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap
Muda, karangan bersama Ab Alim Abdul Rahim dan
Muhammad Aisamuddin bin Ab. Alim terbitan Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
x. Panduan Skim Lencana Kemajuan Pengakap Muda,
karangan Gordon Koh Hong Kian terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
xi. Panduan Lencana Tertinggi Pengakap Remaja dan
Anugerah Pengakap Raja, karangan Gordon koh Hong Kian
terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Halaman 11
11. ISU BERBANGKIT DALAM PENGURUSAN PENGAKAP DI
SEKOLAH. Isu ini hanya lebih tertumpu kepada pengurusan di Sekolah
Rendah sahaja kerana perbincangan dalam buku ini hanya menumpukan
kepada Pengurusan Unit Pengakap Kanak-kanak. Antara isu berbangkit
ialah :

i. Guru yang dilantik sebagai Pemimpin tidak mempunyai minat


dan terpaksa.
ii. Pemimpin bertukar-tukar unit uniform setiap tahun atas arahan
pentadbiran sekolah.
iii. Pemimpin tidak mempunyai kemahiran dan ilmu berkaitan
Pengakap serta tidak mempunyai inisiatif untuk meningkatkan
ilmu dalam bidang Pengakap.
iv. Pemimpin tidak berminat untuk mengikuti Kursus Manikayu.
v. Pemimpin tidak diberikan garis panduan yang jelas berkaitan
pelaksanakaan dan pengendalian kumpulan Pengakap di
sekolah.
vi. Sekolah dan para pemimpin tidak pernah membaca,
memahami apatah lagi memiliki Buku Skim Latihan Pengakap
Kanak-kanak terbitan Pasukan Latihan Negara yang
dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
vii. Tidak diperjelaskan jenis uniform Pengakap yang dipakai,
kaedah pemakaian lencana dan wording dengan betul serta
senarai keperluan uniform yang wajib dimiliki oleh setiap ahli
Pengakap.
viii. Penyediaan dan penyemakan Buku Log oleh ahli PKK.
ix. Pemimpin kurang jelas pengisian kemahiran dan ilmu yang
ingin difokuskan dalam setiap kali perjumpaan unit beruniform.
x. Pembayaran Yuran, Kad Keahlian, No Keahlian dan
Pentauliahan para Pemimpin.

Halaman 12
12. PERINCIAN SKIM LATIHAN
Bahagian ini akan memberikan penerangan secara terperinci keperluan
dan aktiviti berdasarkan lencana skim yang ditawarkan. Setiap ahli
Pengakap Kanak-Kanak diwajibkan mengikuti dan menyelesaikan setiap
aktiviti yang diperuntukkan di bawah setiap skim lencana secara
berperingkat-peringkat dan mengikut urutan. Semua bahan berbentuk
buku log, hasil kerja ahli dan bukti pelaksanaan aktiviti hendaklah
disimpan dan dikemukakan semasa ahli diuji. Ini untuk memastikan ahli
layak untuk diiktiraf lulus lencana yang diuji dan layak untuk mengikuti
skim lencana yang berikutnya.

Sebelum kita perincikan sukatan Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak,


sebaiknya kita teliti terlebih dahulu Jadual Carta Alir Skim Latihan
Pengakap Kanak-kanak ini. Secara khususnya, Skim Latihan Pengakap
Kanak-Kanak terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :
i. Lencana Keahlian.
ii. Lencana Wajib.
iii. Lencana Kemajuan.
iv. Lencana Kepandaian.
v. Anugerah Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-Kanak.

Manakala Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak ini boleh dicapai dengan


melengkapkan 9 PERINGKAT UTAMA. Para Pemimpin sewajarnya
menggalakkan ahli Pengakap Kanak-kanak untuk mengikuti dan
melengkapkan semua peringkat. Namun demikian, para pemimpin perlu
peka dan akur dengan tahap kemampuan ahli. Pasukan Latihan Negara
tidak menetapkan sebarang had pencapaian minima sebaliknya
mengingatkan para Pemimpin Pengakap Kanak-kanak agar berusaha
sedaya upaya memastikan ahli Pengakap Kanak-kanak di bawah
pimpinannya mengikuti dan memenuhi sedapatnya skim latihan yang
telah ditetapkan.

Halaman 13
PERINGKAT PELAKSANAAN SKIM LATIHAN LENCANA
1 TAHUN 4 LENCANA KEAHLIAN
LENCANA WAJIB
(pilih 1 sahaja)
2 TAHUN 4
1. Penunggang Basikal
2. Ahli Renang
Lencana Kemajuan 1 :
3 TAHUN 4
KERIS GANGSA
Lencana Kepandaian :
KEGEMARAN
( pilih 2 sahaja )
1. Ahli Koleksi Hobi
4 TAHUN 4 2. Ahli Kraftangan
3. Peladang Kecil
4. Pelukis
5. Pembaca Buku
6. Penghibur
Lencana Kemajuan 2 :
5 TAHUN 5
KERIS PERAK
Lencana Kepandaian :
PENGETAHUAN
( pilih 2 sahaja )
1. Ahli Olahraga
2. Ahli Pasukan Permainan
3. Ahli Sains
6 TAHUN 5
4. Pencinta Alam
Semulajadi
5. Pembaca Peta
6. Pemeliharaan
Alam Sekitar
7. Pengembara
Lencana Kepandaian :
PERKHIDMATAN
( pilih 2 sahaja )
7 TAHUN 5 1. Pekerja Am
2. Pengurus Rumah
3. Penyelamat Nyawa
4. Ahli Pertolongan Cemas
Lencana Kemajuan 3 :
8 TAHUN 6
KERIS EMAS

Halaman 14
Anugerah Cemerlang
RAMBU PENGAKAP KANAK-
KANAK
9 TAHUN 6
( setelah Berjaya
memenuhi syarat-syarat
yang telah ditetapkan )

Maka kesimpulan pelaksanaan Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak


adalah seperti mana berikut :

TAHUN / SKIM LATIHAN PKK


DARJAH Jumlah skim lencana yang perlu diselesaikan mengikut tahun / darjah.

1. Lencana Keahlian
2. Lencana Wajib
4 3. Lencana Kemajuan Keris Gangsa
4. Lencana Kepandaian : Kegemaran 1
5. Lencana Kepandaian : Kegemaran 2

1. Lencana Kemajuan Keris Perak


2. Lencana Kepandaian : Pengetahuan 1
5 3. Lencana Kepandaian : Pengetahuan 2
4. Lencana Kepandaian : Perkhidmatan 1
5. Lencana Kepandaian : Perkhidmatan 2

1. Lencana Kemajuan Keris Emas


6
2. Rambu Pengakap Kanak-kanak

Manakala berikut pula dinyatakan secara terperinci kemahiran yang wajib


dikuasai oleh ahli Pengakap Kanak-kenak dalam Skim Latihan Pengakap
Kanak-kanak. Perlu diingatkan bahawa item-item yang dinyatakan di
bawah adalah huraian terperinci berdasarkan Buku Skim Latihan
PKK yang bertujuan untuk membantu para pemimpin lebih fokus
dalam menjalankan latihan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak
kumpulannya. Ia SAMA SEKALI TIDAK MENGAMBIL ALIH FUNGSI
BUKU SKIM
LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK yang dikeluarkan oleh Pasukan
Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia.

Halaman 15
12.1 LENCANA KEAHLIAN
10.1.1 Lambang Pengakap Malaysia
10.1.2 Lambang Pengakap Sedunia (WOSM)
10.1.3 Persetiaan Pengakap
10.1.4 Undang-undang Pengakap
10.1.5 Rukun Negara Malaysia
10.1.6 Hormat Pengakap
10.1.7 Cogankata Pengakap
10.1.8 Sejarah Pergerakan Pengakap
10.1.9 Cerita Hutan
10.1.10 Istiadat Laung Agung

12.2 LENCANA WAJIB


1. AHLI RENANG
[1] Peraturan keselamatan di air.
[2] Cara memulakan berenang.
[3] Kemahiran keselamatan diri di air
[4] Berenang tanpa henti sejauh 20 meter dengan
berpakaian seragam pengakap lengkap. ( kedalaman
air adalah paras pinggang).
[5] Situasi renang :
a. Berenang mengapar menimbulkan diri
(mushroom float).
b. Berenang menyebarang dengan cara telungkup,
telentang, gaya biasa.
[6] Cara mengendalikan jaket keselematan.

2. AHLI PENUNGGANG BASIKAL


[1] Menyatakan 4 Undang-undang jalan raya.
[2] Menyatakan 10 Peraturan semasa
mengunggang basikal di jalan raya.
[3] Isyarat tangan semasa mengunggang basikal.

Halaman 16
[4] Menyatakan 10 perkara / punca yang
menyebabkan kemalangan semasa menunggang
basikal.
[5] Cara menjaga kebersihan basikal.
[6] Cara membaiki kerosakan kecil pada basikal.
[7] Amali menunggang basikal di jalan yang
ditetapkan oleh Penilai / Penguji.

12.3 LENCANA KEMAJUAN KERIS GANGSA


[A] KESETIAAN
[A.1] Lagu kebangsaan ‘Negaraku’.
 Amali menyanyikan lagu kebangsaan.
 Senikata lagu kebangsaan.
 Cara menghormati lagu kebangsaan.
[A.2] Bendera Malaysia.
 Lukis dan warnakan Bendera Malaysia
 Maksud pada Bendera Malaysia
[A.3] Bendera Negeri (negeri ahli pengakap).
 Lukis dan warnakan Bendera Negeri.
 Maksud pada Bendera Negeri.
[A.4] Lambang Pengakap Malaysia.
 Lukis dan warnakan lambang
Pengakap Malaysia.
 Maksud pada lambang Pengakap Malaysia.
[A.5] Organisasi Pengakap Sekolah.
 Kuasa Penganjur / Guru Besar.
 Pemimpin Kumpulan.
 Penolong Pemimpin Kumpulan.
 Ahli Biasa (Pen. Kanan Kokurikulum).
[A.6] Senarai agama dan rumah ibadat bagi
setiap agama di Malaysia.

Halaman 17
[B] KESIHATAN & KESELAMATAN
[B.1] Kepetingan menjaga kesihatan.
[B.2] Kepentingan menjaga kebersihan diri.
[B.3] Mengetahui bahaya menelan apa jua jenis pila
tau gula-gula yang diberikan oleh orang yang
tidak dikenali.
[B.4] Bahaya bermain dengan benda-benda tajam.
[B.5] Bahaya bermain dengan alat yang
mengandungi bahan letupan seperti mercun dan
bunga api.
[B.6] Mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan.
 Cara mendapatkan bantuan jika
berlaku kecemasan di hadapan anda.
 Alamat dan no telefon jika berlaku kecemasan.
[B.7] Peraturan berjalan kaki ketika :
 Menyeberang jalan raya.
 Melintas di lampu isyarat.
 Berjalan kaki melalui terowong dan jejantas.

[C] KECEKAPAN
[C.1] Latihan asas kawad kaki.
 Buka barisan
 Tutup barisan
 Luruskan barisan
 Senang diri dan baris sedia.
 Pergerakan kawad statik.
[C.2] Cara memanjat tali (tinggi tali tidak melebihi
3 meter).
[C.3] Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam
di kawasan tempat tinggal dan menunjukkan
cara bagaimana untuk membantu orang lain
yang memerlukan bantuan untuk ke tempat
awam berkenaan.
[C.4] Pakaian uniform Pengakap.

Halaman 18
 Nama setiap bahagian pakaian.
 Nama setiap lencana.
 Kedudukan setiap lencana pada uniform.
[C.5] Isyarat Pengakap dan maksudnya.
 Isyarat Sulit
 Isyarat Wisel
 Isyarat Tangan
[C.6] Ikatan Buku Sila :
 Amali ikatan Buku Sila di hadapan penguji.
 Kegunaan ikatan Buku Sila.

[D] PENYERTAAN
[D.1] Menjadi ahli perpustakaan sekolah /
perpustakaan awam.
 Bukti sebagai ahli perpustakaan.
 Membaca, membuat ulasan dan menceritakan
semula isi cerita TIGA buah buku yang telah
di baca oleh ahli kepada ahli sekawan dan
pemimpin.
[D.2] Menghasilkan SATU barang permainan rekaan
sendiri menggunakan bahan kitar semula /
bahan terbuang.
[D.3] Melakukan SATU daripada aktiviti-aktiviti berikut :
 Membuat persembahan pentas di sekolah.
 Membuka akaun simpanan di bank.

[E] PERKHIDMATAN
[E.1] Membantu ibu bapa / penjaga menyelesaikan
tugasan di rumah setiap hari. (pengesahan ibu
bapa
/ penjaga diperlukan).

Halaman 19
[E.2] Membantu guru atau kaki tangan sekolah dalam
menjaga kebersihan sekolah. (pengesahan guru
/ kaki tangan sekolah diperlukan).

12.4 LENCANA KEPANDAIAN :

KEGEMARAN [G.1] AHLI KOLEKSI

HOBI
Pilih SATU HOBI. Anda boleh rujuk contoh hobi berikut :
 Mengumpul sekurang-kurangnya 15 jenis setem
Malaysia berbeza-beza.
 Menghasilkan Buku Skrap berkaitan tumbuhan, buah-
buahan, haiwan, sukan, mercu tanda, bunga atau
seumpamanya.
 Apa sahaja hobi yang bersesuaian dan memberi
faedah kepada ahli pengakap. Kemukakan bukti
pelaksanaan hobi berkenaan kepada pemimpin untuk
pengesahan.

[G.2] AHLI KRAFTANGAN


Pilih hanya SATU AKTIVITI KRAFTANGAN daripada
senarai aktiviti yang diberikan.
 Asas kraftangan tradisional.
i. Anyaman Kelarai.
ii. Boleh membuat simpai (woggle) dari bahan
yang ditentukan.
 Penanda Buku
i. Disediakan untuk diri sendiri dan rakan ahli lain.
ii. Disediakan dengan menarik, berwarna, kreatif
dan mempunyai kata-kata hikmah / motivasi.
 Membuat rekaan dari kertas
i. Rekaan untuk kegunaan harian seperti bag.
ii. Rekaan binaan seperti topeng.
iii. Rekaan permainan seperti kapal terbang.

Halaman 20
[G.3] PELADANG KECIL
Pilih hanya LIMA AKTIVITI daripada senarai aktiviti yang
diberikan.
 Tapak Semaian
i. Cara menyediakan tapak semaian.
ii. Cara memindahkan hasil semaian ke batas.
 Batas
i. Amali menyediakan batas berukuran 8’ x 3’ x 1’
ii. Cara menanam sayuran pilihan.
iii. Cara membaja
 Penjagaan Tanaman.
i. Cara menjaga tanaman sayuran/keratin/raizom.
ii. Cara membaja semasa pokok telah ditanam.
 Junjung Tanaman.
i. Cara membuat junjung untuk tanaman sayur
jenis memanjat.
 Penanaman Pokok.
i. Bukti bergambar penanaman pokok buah-
buahan yang dilakukan di sekolah atau
bersama keluarga.
ii. Bukti bergambar penanaman pokok tanaman
berubi yang dilakukan di sekolah atau bersama
keluarga.
 Pemeliharaan Haiwan.
i. Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor anak
ayam sebagai ternakan asas.
ii. Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan
air tawar dalam kolam.
iii. Aktiviti boleh dilakukan secara bersendirian,
berkumpulan atau bersama keluarga.
iv. Sertakan bukti bergambar menunjukkan ahli
pengakap terlibat dalam aktiviti pemeliharaan
haiwan ternakan.

Halaman 21
 Catatan Ceramah berkaitan Pertanian.
i. Musuh tanaman.
ii. Teknik pembajaan yang bersesuaian.
iii. Kesuburan tanah.
iv. Cara menyemai benih sayuran dan cara
memindahkan benih dari tapak semaian ke
batas.
v. Cara membina dan ukuran batas yang betul.
vi. Cara pemeliharaan sayuran dari mula
bercambah hingga berdaun dan berbuah.
 Catatan Ceramah berkaitan Pemeliharaan Haiwan.
i. Pemilihan baka ternakan / haiwan yang ingin
dipelihara.
ii. Cara memelihara haiwan peliharaan semasa
kecil dari segi diet pemakanan dan
pencegahan penyakit.

[G.4] PELUKIS
Pilih hanya EMPAT AKTIVITI daripada senarai aktiviti yang
diberikan.
 Hasilkan SATU LUKISAN gambaran marga dari
Cerita Rimba “The Jungle Book” karangan Rudyard
Kipling. Pilih SATU WATAK sahaja. (sila rujuk Buku Skim
Latihan Pengakap Kanak-Kanak halaman 12).

 Pelangi
i. Hasilkan lukisan pelangi yang menarik dan
diwarnakan dengan betul.
ii. Hasilkan sebuah Colour Wheel dengan betul.
 Warna
i. Nyatakan warna Primary Colours.
ii. Nyatakan warna Secondary Colours.
iii. Cara mengadun warna dan senaraikan
warna adunan dan hasil warna yang
dihasilkan.

Halaman 22
 Lukisan.
i. Lukisan berdasarkan gambaran bagi suatu
peristiwa yang telah berlaku ATAU
ii. Lukisan berkaitan sau watak berdasarkan
cerita pendek yang diceritakan oleh
pemimpin.
 Kad Ucapan Perayaan di Malaysia.
 Aktiviti menggunakan bahan terbuang / kitar semula.
 Buku Lukisan yang mengandungi sekurang-
kurangnya 20 tajuk lukisan dari pelbagai jenis hasil
lukisan.

[G.5] PEMBACA BUKU


Pilih hanya EMPAT AKTIVITI daripada senarai aktiviti
yang diberikan.
 LAPAN buah buku. Baca dan fahami serta buat
ulasan berkaitan buku berkenaan. (rujuk Buku Skim Latihan
Pengakan Kanak-Kanak halaman 13)

i. Prosa Tradisional
ii. Prosa Moden
iii. Puisi Tradisional
iv. Puisi Moden
v. Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / Inggeris
 Membaca teks dengan intonasi yang betul dan jelas
di samping mematuhi semua jenis tanda bacaan
dengan betul.
 Membuat ulasan komentar berdasarkan bahan
bacaan pilihan.
 Membuat rumusan petikan tidak kurang 150 patah
perkataan ATAU menterjemah petikan yang dibaca
secara lisan.
 Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata
hikmah dan peribahasa.
 Membina kamus sendiri.

Halaman 23
 Menjadi ahli perpustakaan sekolah.

[G.6] PENGHIBUR
Pilih hanya LIMA AKTIVITI daripada senarai aktiviti yang
diberikan
 Pilih dan mainkan TIGA buah lagu dengan
menggunakan alat muzik.
i. Lagu kanak-kanak
ii. Lagu Tradisional Masyarakat
iii. Lagu Tarian Asli
iv. Lagu Pengakap
 Menyanyikan DUA buah lagu pilihan.
i. Lagu Patriotik
ii. Lagu pilihan
 Boleh mengajar DUA buah lagu ATAU SATU jenis
tarian kepada ahli sekawan Pengakap.
 Mengambil bahagian dalam SATU persembahan
tarian tradisional.
 Cara menggunakan alat perakam.
 Boleh mengacara persembahan atau majlis.
 Boleh memainkan DUA jenis alat muzik.

12.5 LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK


[A] KESETIAAN
[A.1] Nama Orang Kenamaan/Tokoh Negara & Tempatan
 DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong dan DYMM Raja Permaisuri
Agong.
 DYMM Sultan dan Sultanah
 Perdana Menteri.
 Menteri Besar / TYT Yang Di Pertua Negeri /
Ketua Menteri.

Halaman 24
[A.2] Kenali Kepimpinan Pengakap Daerah
 Pesuruhjaya Daerah
 Barisan Penolong Pesuruhjaya Daerah
[A.3] Cara / Rukun Solat mengikut agama.

[B] KESIHATAN & KESELAMATAN


[B.1] Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
[B.2] Faedah senaman.
[B.3] Cara berhentikan darah yang keluar dari hidung.
[B.4] Cara mengendalikan alatan elektrik bagi
mengelakkan bahaya / kemalangan.
[B.5] Cara mengendalikan alatan gas bagi mengelakkan
bahaya / kemalangan.
[B.6] Peti Pertolongan Cemas
 Isi kandungan bahan dalam Peti Kecemasan.
 Fungsi setiap bahan dalam Peti Kecemasan.

[C] KECEKAPAN
[C.1] Asas Kawad Kaki
 Asas Kawad Kaki Lencana Keris Gangsa
 Buka Barisan
 Tutup Barisan
[C.2] Ikatan & Simpulan
 Pengukuhan Ikatan Buku Sila
 Bunga Geti
 Simpul Sentak
[C.3] Bendera
 Memasang bendera
 Menaikkan dan menurunkan bendera
 Mengibarkan bendera
 Melipat bendera

Halaman 25
[D] PENYERTAAN
[D.1] Menghuraikan ciri-ciri khusus 5 jenis haiwan pilihan.
[D.2] Menghuraikan Proses Fotosintesis.
 Cara tumbuhan mendapatkan makanan.
 Cara tumbuhan menyimpan makanan.
[D.3] Cara-cara mengelakkan makanan dari
tercemar. [D.4] Asas penggunaan komputer.
 Cara menghidup dan mematikan komputer.
 Cara mencari laman sesawang pilihan.
 Mengenali bahagian-bahagian komputer.
[D.5] Penggunaan telefon.
 Cara menggunakan telefon awam.
 Cara menggunakan telefon persendirian.
 Cara menggunakan Buku Panduan Telefon.

[E] PERKHIDMATAN
[E.1] Isyarat Wisel.
[E.2] Mendengar ceramah dan membuat catatan ceramah
[E.3] Cara memberi asas pertolongan kepada seseorang
di air dengan menggunakan peralatan.

1. LENCANA KEPANDAIAN : PENGETAHUAN


Sila rujuk Buku Skim Pengakap Kanak-
kanak halaman 17 - 21
[TH.1] AHLI OLAHRAGA
[TH.2] AHLI PASUKAN PERMAINAN
[TH.3] AHLI SAINS
[TH.4] AHLI PENCINTA ALAM SEMULAJADI
[TH.5] PEMBACA PETA
[TH.6] PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
[TH.7] PENGEMBARA

Halaman 26
2. LENCANA KEPANDAIAN :
PERKHIDMATAN Sila rujuk Buku Skim
Pengakap Kanak-kanak halaman 22 - 25
[KH.1] PEKERJA AM
[KH.2] PENGURUS RUMAH
[KH.3] PENYELAMAT NYAWA
[KH.4] AHLI PERTOLONGAN CEMAS

12.6 LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS


[A] KESETIAAN
[A.1] Menyanyikan 2 buah lagu patriotik.
[A.2] Mengenali warna, elemen dan maksud pada jata
 Jata Negara Malaysia
 Jata Negeri masing-masing
[A.3] Nama dan jawatan Tokoh Tempatan
[A.4] Pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia
 Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negera
 Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
[A.5] Ajaran agama masing-masing

[B] KESIHATAN & KESELAMATAN


[B.1] 5 peraturan hidup sihat / gaya hidup sihat.
[B.2] Penyakit Selesema
 Cara mengatasi penyakit selesema
 Cara menjauhi jangkitan selesema
[B.3] Pertolongan Cemas
 Maksud pertolongan cemas.
 Cara mendapatkan bantuan kecemasan.
[B.4] Anduh
 Anduh kepala
 Anduh tangan

Halaman 27
 Anduh tapak tangan
 Anduh lutut
 Anduh kaki
[B.5] Menghasilkan Buku Skrap
Pilih salah satu tajuk berikut :
 Anti Dadah
 Bahaya Merokok
 Keracunan Makanan

[C] KECEKAPAN
[C.1] Asas Kawad Kaki
 Pengukuhan asas kawad kaki Lencana
Kemajuan Keris Gangsa
 Pengukuhan asas kawad kaki Lencana
Kemajuan Keris Perak
 Asas Kawad Kaki : Kawad Jalan
[C.2] Latihan asas ala komando.
[C.3] Kemahiran Ikatan & Simpulan.
 Buku Sila Pengukuhan Lencana Keris Gangsa

 Bunga Geti Pengukuhan Lencana Keris Perak

 Simpul Sentak Pengukuhan Lencana Keris Perak

 Tindih Kasih
 Simpul Manuk
 Lilit Dua Simpul
[C.4] Menguruskan Khemah
 Mengenali bahagian-bahagian dan alatan
 Mendirikan khemah
 Menurun / meruntuhkan khemah
 Melipat khemah
 Menyusun peralatan khemah

Halaman 28
[D] PENYERTAAN
[D.1] Mengenali 5 jenis tumbuhan hutan.
 Ciri-ciri tumbuhan
 Fungsi tumbuhan kpada manusia
[D.2] Pilih dan lakukan SATU sahaj aktiviti berikut :
 Menghasilkan Peti Pertolongan Cemas atau
Peti Surat atau Peti Tabung Duit dari bahan
kitar semula.
 Menghasilkan patung sarung jari puppet atau
patung puppet bertali.
 Menghasilkan layang-layang.
 Membaiki permainan kanak-kanak yang
menggunakan bateri.
[D.3] Menyanyikan 2 buah lagu Pengakap

[E] PERKHIDMATAN
[E.1] Aktiviti Pek gotong-royong
[E.2] Persiapan perkhemahan.
 Mengenali dan menyusun alatan khemah.
 Senarai keperluan perkhemahan.
[E.3] Peta lakar kawasan tempat tinggal.

12.7 RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK


Sila rujuk Buku Skim Pengakap Kanak-kanak halaman 28

Halaman 29

Anda mungkin juga menyukai