Anda di halaman 1dari 20

Bincangkan dengan kritis kegunaan Kegunaan kimia nuklear dalam bidang arkeologi dan

teknologi makanan dalam kehidupan moden hari ini dari aspek kepentingan dan kesannya
ke atas alam sekitar.

1.0 Pendahuluan

Kimia nuklear merupakan sejenis teknik yang digunakan secara meluas dalam
pelbagai bidang untuk meningkatkan kualiti kehidupan moden dengan lebih holistik.

1.1 Pengenalan Arkeologi

Arkeologi merupakan kajian tentang sejarah manusia kuno melalui pemerhatian

terhadap barangan seperti alat litik, kerangka manusia dan piramid (Jarus, 2014). Dalam
konteks ini, teknik kimia nuklear seperti radiokarbon dating (radiocarbon dating) telah
digunakan untuk menentukan umur bagi bahan sehingga membawa revolusi besar kepada
bidang arkeologi (Cubizolle et al., 2007).

1.2.1 Kegunaan Radiokarbon Dating dalam bidang arkeologi: Karbon-14

Karbon-14 merupakan isotop radioaktif karbon yang mempunyai separuh hayat iaitu
5730 tahun (Blakemore, 2019). Karbon-14 dapat dihasilkan melalui sinaran kosmik pada
atom nitrogen dengan menambah satu neutron padanya seperti rajah berikut:

(Keisch, 1972)

Umur sesuatu benda hidup kuno yang dijumpai dapat ditentukan masa umurnya
melalui perbandingan terhadap ratio bagi isotop Karbon-12 dan Karbon-14 yang terdapat
dalam bahan (Moyer, 2012). Dalam konteks ini, organisma yang mati akan berhenti
menyerap Karbon-14 daripada persekitaran, maka Karbon-14 yang terdapat dalam
organisma mula mereput secara radioaktif dan berkurang menjadi separuh setiap 5730
tahun. Dengan ini, tarikh kematian organisma dapat dianggarkan dengan mengukur
radioaktiviti bagi kandungan karbon-14 yang masih terdapat dalam organisma tersebut.
Rajah 1 Proses Radiokarbon dating untuk Karbon-14
(Hajdas, 2008)

1.2.2 Kegunaan Radiokarbon Dating dalam bidang arkeologi: Uranium-238

Selain itu, bahan radioaktif seperti Uranium-238 juga digunakan untuk menentukan
jangka masa bagi benda bukan hidup seperti batu atau tembikar. Uranium-238 pada
permukaan sampel batu mengalami pereputan dan membelah kepada dua isotop Uranium-
235 lalu meninggalkan laluannya. Bilangan laluan telah dikirakan untuk mengetahui bilangan
Uranium dalam batu tersebut. Laluan yang sama telah disinarkan dengan kuantiti yang
diketahui neutron dalam reaktor nuklear (Keisch, 1972). Jadi, bilangan bagi pembelahan
yang baharu telah menjadikan pengiraan kepada bilangan Uranium-238 untuk mengetahui
umur batu tersebut. Pengiraan umur melalui Uranium-238 seperti formula berikut:
t = masa sejak sampel terbentuk

Nt = bilangan laluan semula jadi yang diperhatikan di kawasan tertentu

Nu = bilangan atom Uranium-238 dalam kawasan yang sama

1.2 x 1016 merupakan pemalar yang berkaitan dengan kadar pembelahan spontan Uranium-
238

(Keisch, 1972)

Rajah 2 Proses Pembelahan Dating

1.3 Kepentingan Penggunaan Radiokarbon Dating

Radiokarbon Dating adalah penting dalam membekalkan bukti secara fakta untuk
mengelaskan koleksi objek dan maklumat yang tepat mengenai informasi seperti tarikh
pembentukan atau sumbernya (Keisch, 1972). Selain itu, radiokarbon bagi peninggalan
sisa tumbuhan juga adalah mustahak dalam menyumbang kepada sejarah tumbuh-
tumbuhan tempatan (Nowak et al., 2017). Jadi, penggunaan radiokarbon dating dapat
memberi sumbangan besar kepada bidang arkeologi dalam mengenali sejarah pada
zaman dahulu.

1.4 Kesan Penggunaan Radiokarbon Dating ke Atas Alam Sekitar

Apabila didedahkan dengan jumlah besar isotop Karbon-14 ke alam sekitar seperti
terkena pada kulit, menelannya secara tidak sengaja atau menghirupnya, kesannya lebih
ketara pada organ kritikal iaitu lemak seluruh badan dan tulang (Yale Environmental Health
& Safety, 2021). Untuk Uranium-238 pula yang disedut atau ditelan, risiko untuk barah paru-
paru dan barah tulang ditingkatkan (Institut for Energy and Environment Research, 2012).
Uranium juga adalah beracun pada kepekatan tinggi sehingga merosakkan dalaman organ
seperti buah pinggang.

2.1 Pengenalan Teknologi Makanan

Teknologi makanan merupakan penggunaan ilmu sains untuk menghasilkan,

memproses dan menguruskan makanan mentah supaya dapat bertahan lebih lama serta
selamat untuk dimakan (IFT, 2019).

2.2 Pengawetan makanan dengan radiasi sinar gamma

Radiasi ionisasi yang mempunyai cukup tenaga dapat mengionisasikan molekul

untuk membunuh bakteria tanpa kenaikan suhu. Sinar gamma biasanya digunakan untuk
menembus makanan dan bertujuan untuk membunuh bakteri dalamnya sehingga ia
berfungsi sebagai pengawet makanan (BATAN, 2018). Tenaga maksimum pengawetan
makanan dengan radiasi sinar Gamma, sinar X adalah pada 3 Mev (Maha, 1988). Sinar
Gamma dari Cobalt 60 mempunyai tenaga 1.32 Mev manakala radiasi dari Sesium 137
hanya mempunyai 0.66 Mev. Dengan ini, kedua-dua isotop ini boleh digunakan sebagai
sumber pengawet makanan.

Proses radiasi dimulakan dengan menyinar makanan dengan sinaran gamma lalu
dibungkuskan. Makanan tersebut kemudian dapat bertahan selama 40 hari.

Rajah 3 Proses radiasi sinar gamma terhadap buah-buahan

Semasa proses radiasi, makanan berkemungkinan mengalami perubahan dari aspek

fizikal, kimia atau biologinya. Pada umumnya buah-buahan atau makanan yang
mengandung air menjalani proses ini akan mengalami tindak balas kimia berikut (IGN Made
Berata,1993):

Elektron-elektron yang dibebaskan akan bertindak balas dengan molekul-molekul air dari
persekitarannya seperti persamaan berikut.

Berdasarkan persamaan tindak balas di atas, H2O+ dan H2O- yang tidak stabil akan
menjalankan tindak balas berikut untuk mencapai kestabilan:

OH* dan H* yang bebas dari tindak balas berkemungkinan akan menjalani proses-proses
berikut:

Apabila oksigen ditambah ke dalam bekas maka elektron bebas dapat menggabung
dengannya

Dan seterusnya:
Atom hidrogen dan elektron merupakan agen penurunan yang kuat, manakala
radikal hidroksil merupakan agen pengoksidaan yang kuat. Hal ini menyebabkan perubahan
[H] pada makanan disinari dalam proses radiasi (Ida Suryaningati, 1988).

Sumber radiasi disimpan di dalam bekas yang dilapis dengan logam tebal. Logam-
logam tersebut tidak tertembus oleh radiasi sinar Gamma supaya memberbahayakan
manusia.

Rajah 4: Bekas yang digunakan sebelum menjalani proses radiasi

Rajah 5: Bekas yang digunakan semasa menjalani proses radiasi

2.2 Kepentingan pengawetan makanan dengan radiasi sinar gamma

Sebahagian besar makanan adalah mudah rosak dan menyebabkan tempoh

kesegaran bahan menjadi amat pendek. Dengan menggunakan teknik radiasi, kualiti
makanan dapat ditingkatkan dan membantu ekonomi rakyat petani dan nelayan supaya
hasil mereka boleh tahan lama untuk dieksport ke luar negara. Dalam kes ini, radiasi
mempunyai peranan yang sangat penting atas sifatnya seperti:

1. Melambatkan ubi tumbuh.

2. Melambatkan kematangan buah.
3. Membunuh bakteria yang menyebabkan makanan busuk

2.3 Kesan pengawetan makanan ke Atas Alam Sekitar

Apabila didedahkan dengan jumlah besar isotop Cobalt 60 dan Sesium 137 ke alam
sekitar seperti terkena pada kulit, maka kesannya akan menyebabkan kerosakan pada tisu
dan organ badan. Individu yang terdedah secara langsung boleh menjejaskan pertumbuhan
sel-sel dalam badan, meningkatkan risiko kanser dan menyebabkan mutasi genetik untuk
generasi akan datang (KKM,2021).

3.0 Penutup

Walaupun tenaga kimia nuklear memang dapat meningkatkan taraf hidup kita, tetapi
kita mestilah bergunanya dengan cara yang betul supaya tidak membahayakan kita.
Rujukan

Batan. (2018). Iradiator solusi untuk pengawetan makanan.

http://www.batan.go.id/index.php/id/kedeputian/pendayagunaan-teknologi-nuklir/
diseminasi-dan-kemitraan/4832-iradiator-solusi-untuk-pengawetan-makanan

Blakemore, E. (2019, July 12). Radiocarbon helps date ancient objects—but it's not perfect.
National Geographic .
https://www.nationalgeographic.com/culture/article/radiocarbon-dating-
explained#:~:text=Over%20time%2C%20carbon%2D14%20decays,even%20dead
%20animals%20and%20humans.

Cubizolle, H., Bonnel, P., Oberlin, C., Tourman, A. & Porteret, J. (2007). Advantages and
limit of radiocarbon dating applied to peat inception during the end of the late glacial
and the holocene: The example of mires in the eastern massif central (france).
Quaternaire, 18(2), 187-208. https://www.researchgate.net/profile/Christine-
Oberlin/publication/
30435710_Advantages_and_limits_of_radiocarbon_dating_applied_to_peat_incepti
on_during_the_Late_Glacial_and_the_Holocene_the_example_of_mires_in_the_ea
stern_Massif_Central_France/links/55f69fec08ae63926cf517fe/Advantages-and-
limits-of-radiocarbon-dating-applied-to-peat-inception-during-the-Late-Glacial-and-
the-Holocene-the-example-of-mires-in-the-eastern-Massif-Central-France.pdf

Hajdas, I. (2008). Radiocarbon dating and its applications in Quaternary studies.

Quaternary Science Journal, 57(1), 2-24.
https://www.researchgate.net/publication/265118404_Radiocarbon_dating_and_its_
applications_in_Quaternary_studies
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2021). Sinaran mengion. MyHEALTH.
http://www.myhealth.gov.my/sinaran-mengion/

Ida Suryaningati. (1988). Pengaruh perendaman air perlakuan ph dan zat homion terhadap
Pertambahan biji jagung yang diradiasi dengan sinar gamma. Fak. Pertanian UGM.
Munsia

IGN Made Berata. (1993). Pengawetan dengan radiasi sinar gamma. Cakrawala
Pendldikan Nemer, 2(7), 121 – 130.
https://journal.uny.ac.id/index.php/cp/article/viewFile/8976/pdf#:~:text=Berdasarkan
%20sifat%20radiasi%20sinar%20Gamma,pemakaian%20bahan%20kimia
%20sebagai%20pengawet
Intermediate-Range Nuclear Forces Treaty, IFT. (2019). About food science and technology.
IFT. https://www.ift.org/career-development/learn-about-food-science/food-facts/
about-fs-and-t#:~:text=What%20is%20Food%20Technology%3F,control%2C%20and
%20food%20safety%20management

Institut for Energy and Environment Research. (2012). Uranium: Its uses and hazards.
[Factsheets]. https://ieer.org/resource/factsheets/uranium-its-uses-and-hazards/

Jarus, O. (2014). What is archaeology?. LiveScience. https://www.livescience.com/44448-

what-is-archaeology.html

Keisch, B. (1972). Secrets of the past: Nuclear energy applications in art and archaeology.
United States Atomic Energy Commission.
https://www.osti.gov/includes/opennet/includes/Understanding%20the%20Atom/
Nuclear%20Energy%20Applications%20in%20Art%20and%20Archaeology.pdf

Maha. (1988). Keamanan bahan pangan yang diawetkan dengan radiasi 1988. Badan
Tenaga Atom Nasional.

McKie, R. (2019). Perhaps the most important isotope: How carbon-14 revolutionised
science. The Guardian. https://www.theguardian.com/science/2019/aug/10/most-
important-isotope-how-carbon-14-revolutionised-science#img-1
Moyer, M. (2012, Dec 5). How does radiocarbon dating work - Instant Egghead #28.
[video]. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=phZeE7Att_s

Nowak, M., Hoyo, M.M., Mueller-Bieniek, A., LITYŃSKA-ZAJĄC, M., & Kotynia, K. (2017).
Benefits and weakness of radiocarbon dating of plant material as reflected by
neolithic archaeological sites from poland, slovakia and hungary. [Conference
Proceedings]. Conference Proceedings of the 12th International Conference
“Methods of Absolute Chronology” May 11-13th, Gliwice-Paniówki, Poland.
http://www.degruyter.com/view/j/geochr

Yale Environmental Health & Safety. (2021). Carbon-14 (14 C) safety information and
specific handling precautions. [Factsheets].
https://ehs.yale.edu/sites/default/files/files/radioisotope-c14.pdf
Lampiran

Refleksi Kendiri (HENG CHIN MIAW)

Melalui penulisan esei, saya telah lebih mengenali terhadap penggunaan kimia
nuklear dalam bidang arkeologi dan makanan. Contohnya, bahan kimia nuklear yang biasa
digunakan untuk bidang arkeologi ialah karbon-14 dan Uranium-238 manakala untuk
bidang makanan, sinar Gamma dari Cobalt 60. Setelah membaca terhadap pelbagai
rujukan yang diperoleh melalui Youtube, laman web, dan Ebook, bidang arkeologi telah
menggunakan bahan kimia nuklear untuk mengirakan umur bagi bahan kuno melalui
formula manakala bidang makanan telah menggunakan bahan kimia nuklear dalam proses
menghasilkan makanan untuk membunuh bakteria.

Walaupun kegunaan kimia nuklear adalah berguna dan berkesan, namun, ia juga
dapat memberi kesan kepada alam sekitar. Jadi, pengendalian bahan isotop seharusnya
dipandang serius dengan memakai sarung tangan dan juga topeng mulut untuk
mengelakkan diri daripada terkena pada kulit yang tidak terlindungi dan juga terhidup gas-
gas yang terbebas.

Melalui penulisan esei juga, saya juga telah bekerjasama dengan ahli kumpulan di
mana kami telah menjalankan perbincangan dan membuat penambahbaikan terhadap isi
dan huraian untuk memastikan ayat yang dihasilkan adalah mudah difahami serta rujukan
yang ditulis adalah berdasarkan format APA yang betul. Selain itu, saya juga mempelajari
dalam mengestrak isi yang berguna melalui pelbagai rujukan dan menyusun atur
persembahan idea supaya info yang dihasilkan adalah ringkas tetapi padat dan mudah
difahami.

Anda mungkin juga menyukai