Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK LADANG SAPONG Kod Sekolah: XBA1332

1. Nama Guru LAURA PETRUS

2. Judul KEMAHIRAN MANIPULATIF 3. Bidang: PENDIDIKAN


DALAM PENDIDIKAN KHAS
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini mempunyai 144 muka surat, ditulis oleh Mahfuzah Zainol, seorang pakar dalam bidang
Terapi Cara Kerja (Occupational Theraphy). Buku ini memberi panduan dalam melaksanakan
aktiviti pembelajaran Kemahiran Manipulatif kepada guru-guru Pendidikan Khas dan juga ibu
bapa yang mempunya anak istimewa. Buku ini turut memberi penerangan bergambar bagi
memudahkan pembaca memahami apa yang disampaikan oleh penulis dan memudahkan guru
atau ibu bapa dalam mempraktikkan aktiviti kemahiran motor kasar dan motor halus untuk murid
berkeperluan khas. Panduan yang diberikan dalam buku ini amat mudah untuk difahami selain
mempunyai fasa pemeringkatan dalam menjalankan aktiviti kemahiran manipulative bersama
murid berkeperluan khas.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah saya dapat mempertingkatkan
kemahiran saya dalam merancang lebih banyak aktiviti kemahiran moto kasar dan motor halus
yang sesuai untuk murid berkeperluan khas daripada seorang pakar dalam bidang Occupational
Theraphy.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pengetahuan dalam bidang Kemahiran motor kasar dan motor halus dalam mata pelajaran
Kemahiran Manipulatif dapat dipertingkatkan dan diperkembangkan dan mampu meningkatkan
kualiti pengajaran guru dalam subjek tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Laura Petrus ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK LADANG SAPONG Kod Sekolah: XBA1332

1. Nama Guru LAURA PETRUS

2. Judul TERISTIMEWA KISAH KAU, AKU DAN 3. Bidang: PEMBANGUNAN DIRI


DIA
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Buku ini mengisahkan pengalaman sebenar guru-guru pendidikan khas di Prasekolah Pendidikan Khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi Rendah dan Menengah. Semua kisah dan pengalaman yang ditulis
dalam buku ini merupakan kisah kolektif daripada beberapa orang guru pendidikan khas dari sekolah
dan negeri yang berbeza. Terdapat pelbagai kisah yang dipaparkan di dalam buku ini. Ada kisah sedih,
gembira dan tidak kurang juga kisah lucu. Saya percaya, setiap pembaca akan melalui emosi yang
bersilih ganti semasa membca buku ini. Para penulis buku turut selitkan bersama loghat di negeri
masing-masing yang sememangnya sangat menarik selain memberi pengalaman baru kepada semua
pembaca. Kisah-kisah benar yang guru-guru ini kongsikan adalah kisah benar yang dilalui saban hari di
dalam kelas pendidikan khas integrasi mahupun di kelas prasekolah pendidikan khas.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan daripada buku ini saya dapati terdapat banyak persamaan apa yang kami lalui
namun cara kami respon dalam setiap situasi adalah berbeza. Keunikan setiap respon ini dapat
membantu saya dan juga mengubah persepsi saya dalam hal-hal yang dilalui semasa di dalam kelas.
Selain itu, perkongsian mereka membuka mata saya bahawa mengajar murid berkeperluan khas perlu
sentiasa sabar dan positif agar mampu memberikan pembelajaran bermakna kepada murid
berkeperlluan khas. Selain itu, ia turut mengubah cara saya dalam menerima keadaan tertentu yang
sebelum ini menyumbang kepada tahap stress. Namun selepas membaca semua perkongsian rakan-
rakan guru pendidikan khas, saya mula mengubah cara saya respon terhadap stress tersebut dan
sentiasa tanamkan keseronokan berkerja dalam dunia pendidikan khas. Kini saya sedar bahawa kita
tidak perlu stress dengan benda yang kita tidak boleh ubah, sebaliknya sentiasa meraihkan apapun
bentuk pencapaian murid berkeperluan khas walaupun dipandang enteng bagi mereka yang bukan
dalam bidang pendidikan khas tetapi maknanya besar bagi guru pendidikan khas dan juga dalam
kehiduapn murid tersebut.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Hasil pembacaan buku ini, saya lebih bermotivasi dan ikhlas dalam mendidik kanak-kanak berkeperluan
khas dan sentiasa bersyukur kerana diberi peluang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, dan
mereka banyak mengajar saya menjadi insan yang penuh empati dan kasih sayang. Saya bertekad
sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak istimewa yang saya didik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
........................................................ ........................................................
(Laura Petrus ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai