Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

BAHAGIAN C
GARIS PANDUAN PENGURUSAN GERAN PENYELIDIKAN LUAR USIM
PINDAAN 2020

1.0 TUJUAN
1.1 Untuk menggalakkan penyelidik menjalankan penyelidikan bersama atau dengan
kerjasama pihak luar agar dapat menyebarkan dan membangunkan kepakaran
penyelidikan USIM.
1.2 Untuk mendapat pembiayaan menjalankan penyelidikan selain daripada peruntukan
sumber dalaman Universiti.

2.0 DEFINISI DAN JENIS-JENIS GERAN LUAR


2.1 Geran luar bermaksud semua penyelidikan yang dibiayai daripada sumber luar selain
daripada peruntukan yang dibiayai oleh USIM, dan diketuai oleh kakitangan akademik
USIM, sama ada dana penyelidik disalurkan atau tidak disalurkan ke USIM.
2.2 Jenis-jenis geran penyelidikan ini termasuklah:
2.2.1 Geran yang dibiaya oleh KPT/MOSTI
2.2.2 Geran yang dibiaya oleh badan-badan kerajaan lain
2.2.3 Geran yang dibiaya oleh swasta/industri
2.2.4 Geran yang dibiaya oleh badan-badan NGO, dan
2.2.5 Geran yang dibiaya oleh badan-badan antarabangsa

1
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

3.0 PENGURUSAN GERAN LUAR

Pengurusan geran luar adalah merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:

JENIS PEMBIAYA
AKTIVITI
KPT/MOSTI LAIN-LAIN
Permohonan Dinilai oleh; Dinilai oleh;
1. Universiti 1. Universiti

2. KPT/MOSTI Catatan :
Jika geran yang ditawarkan secara terus kepada penyelidik,
maka proses penilaian permohonan peringkat universiti TIDAK
PERLU DILAKSANAKAN.
Laporan Dinilai oleh; Dinilai oleh;
Kemajuan 1. PPPI 1. Jawatankuasa di Fakulti/Pusat/CoE/PTJ
(setiap 6 2. KPT/MOSTI ATAU
bulan) Pembiaya (jika dinyatakan di dalam garis panduan
pembiayaan)
2. PPPI
Laporan Dinilai oleh; Dinilai oleh;
Akhir (dalam 1. PPPI 1. Fakulti/Pusat/CoE/PTJ (minimum 1 panel)
tempoh 3 2. KPT/MOSTI ATAU
bulan) Pembiaya (jika dinyatakan di dalam garis panduan
3. Diperakukan
pembiayaan)
oleh JKPIU
2. PPPI
3. Diperakukan oleh JKPIU
Tatacara Berdasarkan 1. Berdasarkan Tatacara Kewangan Pembiaya ATAU
Kewangan Tatacara Kewangan 2. Pekeliling Bendahari ATAU
Pembiaya/ 3. Kelulusan TNC P&I (bagi item yang tidak mengikut
kadar sepertimana yang dinyatakan pekeliling
Pekeliling
bendahari)
Bendahari

Dokumen Berdasarkan 1. Berdasarkan dokumen yang disediakan oleh


Perjanjian dokumen yang Pembiaya ATAU
disediakan oleh 2. Dokumen perjanjian USIM ATAU
KPT/MOSTI 3. Borang Pengisytiharan Penyelidikan USIM.

2
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

4.0 PENDAFTARAN GERAN PENYELIDIKAN LUAR


4.1 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada PPPI dengan mengemukakan Borang
Pendaftaran Penyelidikan Geran Luar (Borang PPPI/PGL/001) ATAU Proposal
Penyelidikan yang dikemukakan kepada pihak pembiaya dan satu salinan surat
penawaran geran daripada pihak pembiaya.
4.2 Pemotongan akan dibuat sebanyak 2.5% daripada semua geran penyelidikan luar
kecuali bagi geran yang dinyatakan secara jelas oleh pembiaya bahawa ianya tidak
boleh dipotong. (Minit JKPIU Bil.1/2013 bertarikh 03 Januari 2013)
4.3 Geran yang dibiayai oleh agensi luar tetapi dana tidak disalurkan kepada pihak
Universiti BOLEH didaftarkan dan penyelidik perlu mengemukakan bukti yang jelas
lantikan sebagai ketua penyelidik dan jumlah dana yang diluluskan.
4.4 Dana penyelidikan luar yang dipindahkan ke USIM perlu dikreditkan ke akaun geran
penyelidikan dan pengurusan kewangan tertakluk kepada garis panduan semasa
universiti.

5.0 PENYERAHAN LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN


5.1 Laporan kemajuan/prestasi projek hendaklah dihantar setiap enam (6) bulan sekali
dengan menggunakan format laporan kemajuan yang telah disediakan oleh pembiaya
atau sekiranya tiada, maka format laporan kemajuan USIM perlu digunakan. Prosedur
pelaporan adalah tertakluk kepada tatacara penghantaran laporan kemajuan geran
penyelidikan USIM.
5.2 Salinan surat pengesahan penerimaan laporan kemajuan di peringkat pembiaya (jika
ada) bersama laporan lengkap perlu dikemukakan kepada pihak PPPI bagi tujuan
rekod universiti
5.3 Laporan Kemajuan hendaklah disertakan bersama;
5.3.1 Penyata kewangan penyelidikan yang diperolehi daripada Jabatan
Bendahari/ pihak pembiaya

5.3.2 Mengemukakan bukti setiap hasil penyelidikan yang dilaporkan. (Contoh; satu
salinan muka hadapan artikel yang telah diterbitkan)
5.4 Pihak PPPI berhak membuat usul kepada JKPIU bagi Penyelidik yang gagal
menghantar laporan kemajuan penyelidikan berdasarkan tempoh yang ditetapkan.

6.0 LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN


6.1 Laporan Akhir Penyelidikan hendaklah dihantar mengikut format yang ditetapkan oleh
pembiaya atau sekiranya tiada, maka format laporan akhir USIM boleh digunakan.
Prosedur pelaporan adalah tertakluk kepada tatacara penghantaran laporan akhir
geran penyelidikan USIM.

3
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

6.2 Salinan surat pengesahan penerimaan laporan akhir di peringkat pembiaya (jika ada)
bersama laporan lengkap perlu dikemukakan kepada pihak PPPI bagi tujuan rekod
universiti
6.3 Penghantaran Laporan Akhir Penyelidikan hendaklah dibuat di dalam tempoh tiga (3)
bulan selepas tarikh tamat projek penyelidikan yang ditetapkan.
6.4 Laporan Akhir Penyelidikan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat JKPIU untuk
diperakukan.
6.5 Penyelidik yang didapati gagal mengemukakan Laporan Akhir Penyelidikan selepas
menerima surat ingatan, boleh diambil tindakan atau apa-apa yang disyorkan oleh
JKPIU.

7.0 PERMOHONAN TAMBAH MASA PENYELIDIKAN


7.1 Permohonan tambah masa penyelidikan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak
Universiti atau Pihak pembiaya (jika dinyatakan dalam garis panduan pembiaya).
7.2 Permohonan hendaklah dimajukan kepada PPPI dengan menggunakan format
permohonan tambah masa Geran Penyelidikan Universiti.
7.3 Permohonan tambah masa penyelidikan hendaklah dilampirkan bersama surat
sokongan atau persetujuan daripada pihak pembiaya.
7.4 Permohonan tambahan masa bagi 6 bulan pertama adalah di bawah bidang kuasa
Pengarah PPPI, manakala bagi 6 bulan kedua adalah di bawah bidang kuasa pihak
Universiti (JKPIU/TNCPI) dan Pihak pembiaya (jika dinyatakan dalam garis panduan
pembiaya)
7.5 Permohonan tambah masa hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum berakhirnya
tempoh penyelidikan.
7.6 Maksimum tempoh lanjutan projek penyelidikan yang dibenarkan adalah dua belas
(12) bulan. Geran akan ditamatkan dengan serta merta jika melebihi daripada had
yang ditetapkan kecuali dengan mendapat kelulusan pembiaya atau JKPIU / TNCPI.

8.0 PERTUKARAN KETUA PENYELIDIK


8.1 Pertukaran Ketua Penyelidik boleh dibuat dengan kelulusan pihak universiti atau
Pembiaya dengan justifikasi:
8.1.1 Menamatkan perkhidmatan di USIM
8.1.2 Bercuti belajar
8.1.3 Berkhidmat di mana-mana organisasi lain (secara pinjaman)
8.1.4 Pertukaran Ketua Penyelidik secara sukarela
8.1.5 Cuti Tanpa Gaji
8.1.6 Kematian

4
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

8.2 Permohonan pertukaran Ketua Penyelidik hendaklah dibuat kepada PPPI dalam
tempoh (1) bulan sebelum tarikh penamatan perkhidmatan atau bercuti belajar.
8.3 Ketua Penyelidik yang berpindah Universiti / organisasi lain hendaklah melepaskan
kedudukan sebagai Ketua. Walau bagaimanapun, masih boleh kekal sebagai ahli
dalam kumpulan penyelidikan berkenaan.

9.0 TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH KETUA PENYELIDIK/PENYELIDIK


9.1 Menjalankan penyelidikan sebagaimana yang telah diluluskan oleh pembiaya;
9.2 Mengemukakan laporan Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana selepas (6) bulan dari
tarikh mula projek kepada PPPI.
9.3 Menghantar laporan akhir kepada PPPI
9.4 Memastikan perbelanjaan penyelidikan adalah selaras dengan vot peruntukan sebenar
projek yang diluluskan. Mana-mana tuntutan perbelanjaan yang dibuat di luar daripada
perbelanjaan yang diluluskan adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali dengan
kelulusan pihak Pembiaya (KPT/MOSTI) atau kelulusan PPPI (bagi geran lain-
lain)
9.5 Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab untuk melunaskan mana-mana
keterhutangan Penyelidik jika didapati vot penyelidikan telah habis dipakai.
9.6 Semua urusan kewangan penyelidikan yang dibuat oleh Ahli Penyelidik termasuk
untuk tujuan ke persidangan, perlu mendapat perakuan daripada Ketua Penyelidik.
9.7 Bertanggungjawab memantau dan menyemak dari semasa ke semasa baki
peruntukan geran penyelidikan masing-masing.
9.8 Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas aset penyelidikan yang dibeli di bawah
peruntukan geran penyelidikan.
9.9 Memastikan aset penyelidikan dalam keadaan baik dan dipulangkan ke PPPI sebaik
sahaja projek penyelidikan tamat.
9.10 Bertanggungjawab memastikan output tercapai mengikut jangkaan hasil sepertimana
yang dinyatakan di dalam proposal penyelidikan.
9.11 Penyelidik bertanggungjawab mematuhi terma-terma sebagaimana di tawaran
penyelidikan dan pihak USIM akan bertanggungjawab di atas salah laku penyelidik.

10.0 PENGIKTIRAFAN
Universiti berhak memberi apa-apa bentuk pengiktirafan kepada mana-mana penyelidik yang
telah menghasilkan penyelidikan yang mencapai tahap cemerlang.

5
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

11.0 KUASA NAIB CANSELOR


Naib Canselor melalui Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) boleh
membenarkan apa-apa pengecualian daripada mana-mana bahagian Garis Panduan ini jika
difikirkan sesuai.

12.0 LAIN-LAIN
12.1 PENDAFTARAN PENGLIBATAN SEBAGAI AHLI DENGAN
PENYELIDIKAN LUAR
12.1.1 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada PPPI dengan mengisi Borang
PPPI/PGL/002 dan dilampirkan dengan surat kelulusan geran.

Jaringan Penganjuran persidangan yang melibatkan kerjasama dari pihak luar seperti
Kerjasama agensi, syarikat dan sebagainya.

Persidangan yang menggunakan dana geran penyelidikan untuk membiayai kos


Penyelidikan
penganjuran persidangan.

Anda mungkin juga menyukai