Anda di halaman 1dari 9

CTU 087: ISLAM DAN SAINS

Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Kampus Dengkil


JAN-JUN 2022

CTU 087: ISLAM DAN SAINS

PENYIRAM TUMBUHAN AUTOMATIK

Disediakan untuk : ENCIK MOHD TAKIYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM

Disediakan oleh :

ALISA ZULAIKHA MOHD AZLAN 2021817774

NUR AIN NABILA YAKOB 2021852114

NURELYYANA SABAN 2021200136

NURSYAHIRAH IWANI MOHAMMAD FADZIR 2021601834

SHARIFAH SARAH SYAKIRAH SYED MOHD 2021800906


YUSOF

PI080S36

PENILAIAN MARKAH

PENGENALAN /2

ISI + HURAIAN /10

KESIMPULAN /2

BIBLIOGRAFI /3

ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL /3

JUMLAH /20

1
Asasi Sains,
Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Kampus Dengkil,
43800 Dengkil, Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Arus kemodenan yang semakin pesat menyebabkan manusia semakin sibuk bekerja
sehinggakan mereka lupa akan perkara-perkara lain yang merupakan rutin harian mereka
selama ini. Sebagai contoh, rutin harian mereka menyiram pokok bunga. Kesibukan bekerja
dari pagi hingga ke lewat malam menyebabkan mereka tidak sempat untuk menyiram
tanaman mereka di rumah . Kesannya, pokok bunga mereka layu kerana kekurangan air
akibat tidak disiram pada waktunya. Objektif utama kajian kami adalah untuk membantu
individu-individu yang sibuk bekerja memastikan pokok bunga mereka sentiasa segar
walaupun mereka tiada masa untuk menyiram pokok-pokok bunga tersebut. Inovasi ini
dibangunkan dengan mengaplikasikan teknologi pam air untuk mengepam semula air yang
berlebihan daripada siraman terdahulu melalui PVC paip lutsinar agar boleh digunakan
semula untuk menyiram pokok bunga tersebut. Produk kami ini mempunyai potensi yang
tinggi untuk dikomersialkan terutamanya dalam kalangan individu yang bekerjaya dan pecinta
pokok bunga. Hal ini dikatakan sedemikian kerana produk ini memudahkan urusan mereka
untuk menguruskan pokok bunga mereka disamping kesibukan jadual harian mereka. Oleh
yang demikian, pokok bunga mereka akan sentiasa subur agar dapat menyerikan lagi ruangan
dalaman mahupun luar rumah. Kesimpulannya, produk kami ini mempunyai banyak ciri-ciri
yang sudah pastinya memudahkan urusan-urusan penjagaan pokok bunga. Adanya bekas
takungan air, pam air dan pemasa dapat membantu siraman secara automatik diprogramkan
bagi memastikan pokok bunga mendapat air yang mencukupi tanpa perlu menyiramnya
mereka setiap hari. Akhir kata, produk kami amatlah sesuai untuk pecinta pokok bunga yang
sibuk bekerja untuk meneruskan minat mereka dalam masa yang sama menghias rumah
mereka dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah SWT.

2
1. PENGENALAN

Kesibukan bekerja dari awal pagi hingga ke lewat malam menyebabkan ramai yang tidak
dapat menyiram pokok bunga mereka di rumah. Hal ini kerana mereka tiada masa untuk
pulang ke rumah dalam masa bekerja semata-mata untuk menyiram pokok bunga. Hal ini
menyebabkan pokok bunga mereka layu akibat kekurangan air oleh kerana tidak disiram pada
waktu-waktu yang sepatutnya iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Selain itu, pembaziran
air juga berlaku kerana air siraman yang berlebihan menitis ke atas lantai atau tanah. Apabila
air ini menitis di atas lantai, lantai akan menjadi licin dan kotor. Perkara ini akan
menambahkan lagi kerja kita untuk membersihkannya dengan lebih kerap. Kekurangan pasu
untuk tanaman yang cantik, kreatif dan paling penting memudahkan urusan si penanam juga
merupakan masalah yang dapat diselesaikan dengan adanya produk ini. Objektif utama
produk ini adalah untuk membantu individu-individu yang sibuk bekerja memastikan pokok
bunga mereka kekal segar dan tidak layu. Objektif ini boleh dicapai dengan adanya pam air
yang diaplikasikan pada produk ini. Pam air ini akan mengepam air lebihan yang bertakung
didalam bekas tadahan yang berada di bawah pasu bagi digunakan semula untuk siraman
seterusnya. Penetapan masa automatik yang disertakan sekali pada produk ini digunakan
untuk menetapkan masa siraman mengikut kehendak si penanam. Oleh hal yang demikian,
individu yang bekerja tidak perlu risau pokok bunga mereka akan layu kerana pokok bunga
mereka akan disiram secara automatik mengikut tetapan mereka pada penetapan masa
automatik tersebut. Apabila pokok bunga kekurangan air, kita hanya perlu menyiram sahaja
pokok bunga tersebut mengikut jumlah air yang diingini atau mengisi bekas tadahan dibawah
pasu dengan air. Kesimpulannya, motif penghasilan kajian ini adalah untuk memudahkan
pecinta bunga yang mempunyai jadual harian yang padat untuk memastikan pokok bunga
mereka sentiasa segar serta mendapat nutrien yang cukup dengan bantuan produk ini yang
mengaplikasikan teknologi pam air dan penetapan masa automatik.

3
2. PEMBANGUNAN INOVASI

PANDANGAN HADAPAN

TIMER

PAPAN
PERSPEK _______________

BEKAS
PENYIRAM
PLASTIK

PAIP KECIL

PASU PLASTIK

BEKAS
PLASTIK
LEPER
PAM AIR TIUB

4
PANDANGAN SISI

5
3. POTENSI PASARAN/NILAI KOMERSIAL

Menurut kajian, kami menawarkan produk terbaik dan moden yang selaras dengan arus
kemodenan pada masa kini sambil memerhati permintaan orang ramai. Dalam pemerhatian
kami, kami menyasarkan dua domain utama iaitu orang yang berkerjaya dan pecinta bunga.
Mereka ialah orang yang berminat yang akan membeli barang inovasi kami supaya dapat
memudahkan urusan mereka. Dengan penciptaan produk ini, kami akan memberi banyak
kemudahan kepada pengguna dengan membuat penyelidikan dan analisis mengikut kehendak
konsumer.

Orang yang berkerjaya dan mempunyai jadual yang padat adalah target market kami yang
utama. Hal ini demikian kerana, rata-rata pekerja perlu keluar pada awal pagi untuk ke tempat
kerja untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama yang bekerja di bandar dan pulang
pada lewat petang. Hal ini menyebabkan mereka tidak sempat untuk menyiram tanaman
mereka terutamanya untuk tanaman hiasan dalam rumah yang memerlukan air yang
secukupnya untuk kekal segar dan hidup. Sebagai contoh tanaman yang sering digunakan
untuk hiasan rumah ialah Chinese Evergreen yang memerlukan penjagaan yang rapi walaupun
tanaman ini sesuai untuk diletakkan dimana-mana sahaja dan kurang pencahayaan tetapi
masih memerlukan air yang secukupnya. Oleh hal yang demikian, dengan adanya pemasa
pada produk kami, orang yang sibuk bekerja tidak perlu risau kerana mereka dapat
memastikan tanaman mereka sentiasa segar dengan hanya setkan masa untuk air dialirkan ke
tanaman dalam tempoh tertentu.

Selain itu, target market yang seterusnya adalah pecinta bunga. Hal ini demikian kerana
dapat meringankan kerja penjagaan tanaman hiasan. Hal ini kerana, produk ini mempunyai
kelebihan seperti mempunyai pam air kecil yang membantu untuk mengepam semula air yang
berlebihan ke tempat takungan dan akan digunakan semula untuk siraman yang seterusnya.
Oleh disebabkan itu, penggunaan air dapat dijimatkan. Selain itu, pecinta bunga hiasan juga
akan terasa lebih seronok ketika bercuti kerana produk ini dapat membantu untuk menyiram
tanaman mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan. Tamsilnya, pokok Succulents
(kaktus mini), hanya perlu disiram seminggu sekali dan masa yang selebihnya boleh
digunakan untuk menjaga tanaman yang memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Di samping
itu, salah satu ciri yang sangat menarik perhatian pengguna adalah saiz produk yang kecil dan
sesuai untuk hiasan tanaman di dalam rumah dan pengguna juga boleh memilih untuk
meletakkannya di atas meja ataupun menggantungkannya sebagai hiasan yang sudah pastinya
akan menambah seri rumah.

Secara konklusinya, terdapat pelbagai ciri yang akan menarik minat pembeli kerana bukan
sahaja dapat memudahkan rutin harian untuk menyiram tanaman malah dapat juga menjadi
sebahagian daripada hiasan rumah dan dapat membantu peredaran udara di dalam rumah serta
membantu menceriakan. Oleh hal yang demikian, produk ini dapat membantu untuk
meringankan kerja penjagaan tanaman hiasan.

6
NILAI KOMERSIAL

3.1 Harga jualan

Bahan Kuantiti Harga

Bekas penyiram 1 RM0.70

Bekas plastik leper 1 RM0.80

Pam air tiub 1 RM 4.00

Pasu plastik 1 RM 1.00

Bateri saiz D 2 RM4.00

Timer 1 RM4.00

Paku 10 RM 1.50

Penyangkut 2 RM 0.50

Perspek 1 RM1.00

Jumlah 20 RM 17.50

Jadual 1: Kos setiap bahan untuk satu unit penyiram tumbuhan automatik

7
3.2 Margin keuntungan

Harga kos

RM 17.50

Harga jual

RM25.00

Peratus keuntungan

Harga jual - Harga kos = Harga untung (1)

RM25.00 - RM17.50 = RM7.50

(Harga untung / Harga kos) x 100 = Peratus keuntungan (2)

(RM7.50 / RM17.50) x 100 = 43%

Margin

Margin untung bersih = (hasil - kos) / kos (3)

(RM25.00 - RM17.50)/RM25.00 = 0.3

Peratus margin = 0.3 x 100 = 30%

8
4. KESIMPULAN

Rumusan yang kami dapat perolehi daripada projek ini adalah dengan adanya penyiram
pokok automatik ini, seseorang itu dapat menjimatkan masa dengan menyiram pokok pada
masa yang ditetapkan walaupun dalam keadaan yang sibuk. Selain itu, penyiram pokok
automatik dapat dimiliki oleh hampir seluruh masyarakat di Malaysia dan luar negara kerana
harganya sangat berpatutan. Oleh sebab itu, ianya dapat menjimatkan wang untuk kegunaan
lain. Di samping itu, penggunaan projek kami dapat mengurangkan penggunaan air dengan
adanya pam air. Oleh itu, air yang telah digunakan dapat digunakan semula untuk menyiram
pokok untuk buat kali seterusnya supaya pokok tersebut tetap segar. Kami juga ada
mencadangkan idea-idea yang bernas untuk ditambah pada projek kami pada masa hadapan
iaitu; tong air disambungkan pada sistem perpaipan di rumah supaya air dapat diisi
secukupnya. Kedua, menggunakan bekas pasu yang lebih besar supaya dapat menanam pokok
yang lebih besar. Ketiga, menambahkan pembersih automatik pada tong air supaya dapat
membersihkan tong air itu apabila tong itu sudah kotor dan berkarat. Tambahan pula, kami
juga ingin menambahkan kuantiti pasu dan menggunakan tong air yang lebar agar dapat
menanam lebih banyak pokok. Dengan menanam pokok, kita dapat menambahkan kadar
peratus gas oksigen pada persekitaran. Di samping itu, manusia juga dapat mendekatkan diri
kepada Allah SWT dan mencintai alam sekitar.

RUJUKAN

[1] Janssen, D. (n.d.). Choosing Clay or Plastic Pots for Plants | Nebraska Extension in
Lancaster County. Nebraska Extension in Lancaster County.
https://lancaster.unl.edu/hort/articles/2002/clay-or-plastic-pots
[2] Majidi, R. A. (2021, January 01). Report for Design of Water Pump. Water Pump.
https://www.researchgate.net/publication/348569461_Report_for_Design_of_water_p
ump_station
[3] Seungbin, J. (n.d.). The latest in global design and creativity. If It's Hip It's Here | The
latest in global design and creativity. Retrieved February 17, 2022, from
https://www.ifitshipitshere.com/the-rainy-pot/
[4] Acrylic Plastic Material | Clear Plastic Uses & Properties of Acrylic | Curbell. (n.d.).
Curbell Plastics. Retrieved February 17, 2022, from
https://www.curbellplastics.com/Research-Solutions/Materials/Acrylic
latest in global design and creativity. Retrieved February 17, 2022, from
https://www.ifitshipitshere.com/the-rainy-pot/
[5] Anisa Prihandini, R., Kurniawan, A., Dwi Putra, R., Tampubolon, O. P., Siregar, K. B. S.,
& Kadafi, A. R. (2022). TASLAMPOT (Tanaman Hias Dalam Pot) Pembudidayaan
Tanaman Hias Di Masa Pandemi Covid 19. Entrepreneur: Jurnal Bisnis Manajemen
Dan Kewirausahaan, 3(1), 463-468.
https://doi.org/10.31949/entrepreneur.v3i1.1252

Anda mungkin juga menyukai