Anda di halaman 1dari 7

PUSAT ASASI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


CAWANGAN SELANGOR
KAMPUS DENGKIL

BOTELLA

PENSYARAH
USTAZAH SITI NORIDA BINTI ABDUL KADIR

PI020T13

BIL AHLI KUMPULAN NO PELAJAR

1. NUR NASIHAH BT MOHD NASIR 2022489608

2. NURHAZIRAH ATHIRAH BINTI MOHD 2022488824


FAUDZI

3. NURUL ALIYYA ZAHIRAH BINTI 2022483678


MOHAMMAD ALI

4. NUR ADRIANA AZWA BINTI ROHAN 2022619774

BIL KANDUNGAN MARKAH

1. PENGENALAN /2

2. ISI+HURAIAN /1O

3. KESIMPULAN /2

4. RUJUKAN /3

5. ETIKA & MORAL PROFESIONAL /3

TOTAL /20

1
CTU072: PENDIDIKAN ISLAM
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Kampus Dengkil
JAN-JUN 2023

BOTELLA

Karnival Sains Teknologi Islam (KSTI 2023)


1
Nur Nasihah Bt Mohd Nasir (2022489608), 2NurHazirah Athirah Binti Mohd Faudzi
(2022488824), 3Nurul Aliyya Zahirah Binti Mohammad Ali (2022483678),
4
Nur Adriana Azwa Binti Rohan (2022619774)
Asasi TESL
Pusat Asasi, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Kampus Dengkil,
43800 Dengkil, Selangor, Malaysia

hazirah0402@gmail.com

ABSTRAK

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai cuaca tidak menentu dan hal ini
semestinya membawa kesulitan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian mereka.
Ketika cuaca yang terlalu panas, masyarakat terpaksa berjalan dalam keadaan yang sangat
tidak selesa dan berpotensi untuk mengalami strok haba dan dehidrasi. Manakala ketika
waktu hujan, masyarakat terpaksa berlari dalam keadaan basah kuyup di kawasan tidak
berbumbung. Situasi ini juga boleh menjejaskan kesihatan masyarakat kerana masyarakat
berpotensi untuk demam jika berada di bawah hujan terlalu lama. Namun, walaupun
situasi-situasi seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat negara kita, payung masih
bukan menjadi keutamaan untuk dibawa ketika di luar. Hal ini kerana kebanyakkan payung
yang berada di pasaran sekarang bersaiz terlalu besar dan mengakibatkan masyarakat
mengelak untuk membawa payung ke mana-mana kerana ia mengambil ruang dan membawa
kesulitan untuk bergerak ke mana-mana. Maka untuk mengatasi masalah ini, kami telah
mereka cipta satu produk inovasi yang dinamakan “Botella”. Produk ini merupakan gabungan
“bottle” dan “umbrella”. Idea ini tercetus apabila kami cuba untuk mengaplikasikan payung
ke dalam satu produk yang sering dijadikan keutamaan dan dibawa ke mana-mana sahaja oleh
masyarakat. Setelah menjalankan kajian, kami dapati bahawa botol air merupakan antara
produk yang sentiasa berada di tangan pengguna di mana sahaja mereka berada dan ia
merupakan produk yang paling sesuai untuk digabungkan dengan payung kerana saiznya
yang tidak terlalu kecil untuk memuatkan payung dan tidak terlalu besar untuk dibawa ke
mana-mana sahaja. Objektif utama produk ini adalah untuk menyelesaikan masalah
masyarakat yang memerlukan payung ketika waktu kecemasan. Produk “Botella” ini
mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana harganya yang mampu milik dan sesuai untuk
penggunaan semua peringkat umur.

Kata kunci: payung; botol; Botella; memerlukan payung ketika waktu kecemasan

2
1. PENGENALAN

Oleh kerana kedudukan Malaysia yang berada di garisan Khatulistiwa [1], rakyat
Malaysia seringkali berhadapan dengan masalah cuaca yang tidak menentu. Cuaca yang
terlalu panas atau musim hujan menyebabkan rakyat Malaysia sentiasa memerlukan
perlindungan semasa berada diluar rumah, iaitu payung. Namun begitu, tidak semua rakyat
Malaysia mempunyai payung yang sedia untuk digunakan semasa waktu kecemasan seperti
hujan lebat atau panas terik [2] . Hal ini kerana segelintir daripada mereka merasakan bahawa
saiz payung yang dijual di pasaran terlalu besar dan tidak sesuai untuk dibawa ke mana-mana
seperti pergi ke sekolah atau pergi ke tempat kerja [3]. Selain itu, sesetengah rakyat Malaysia
juga berpendapat bahawa payung bukanlah menjadi keutamaan mereka apabila berada di luar.
Oleh kerana itu, dengan adanya produk Botella ini secara tidak langsung mampu
memudahkan aktiviti harian rakyat Malaysia. Antara objektif utama produk kami adalah
untuk menyelesaikan masalah pengguna yang memerlukan payung kecemasan, menggalakkan
pengambilan air minuman yang mencukupi, menawarkan produk 2 dalam 1 tanpa mengambil
ruang yang banyak dan menawarkan produk kemudahan untuk semua lapisan masyarakat.

2. PEMBANGUNAN INOVASI

Rajah 1: Prototaip Inovasi

3
Kajian ini dilakukan bagi membuat sebuah inovasi terhadap botol dan payung yang
sedia ada dipasaran dengan menggabungkan serta menambahkan ciri-ciri khas pada
kedua-dua botol dan payung tersebut. Ciri – ciri ini adalah bertujuan bagi memudahkan
kehidupan penggunanya dan membantu dalam menghadapi cuaca yang tidak menentu di
mana sahaja pengguna itu berada. Di antara ciri – ciri yang ditambahkan pada botol dan
payung ini adalah ruang untuk menyimpan payung di dalam botol, butang bagi memudahkan
payung dikeluarkan serta penyedut minuman.

Ruang tambahan di dalam botol bertujuan untuk menyimpan payung di dalam botol
minuman. Payung yang tersedia di dalam botol tersebut saiznya setakat ini memadai untuk
seorang pengguna, iaitu saiz payung sedia kala tidak sebesar payung komersial. Dengan
adanya ruang tambahan tersebut, pengguna dapat membawa air dan payung sekaligus ke
mana-mana sahaja. Tambahan pula, ruang tambahan tersebut memastikan payung sentiasa
kering dan tersimpan dengan elok di dalam botol.

Selain itu, butang bagi memudahkan pengeluaran payung ditambah di penutup botol
tersebut. Kesannya, penutup botol tidak perlu dibuka. Hanya dengan satu butang, payung itu
akan terkeluar sedikit dan pengguna dapat menariknya keluar secara keseluruhan. Payung itu
juga terlipat dan diikat dengan kemas agar senang untuk dikeluarkan dan disimpan semula.
Penambahan butang itu turut bertujuan untuk mempercepatkan proses pengguna yang hendak
menggunakan payung tersebut. Payung tersebut akan dibuka secara manual dimana gelongsor
payung akan ditolak ke atas sehingga payung meregang sepenuhnya. Mekanisme ini dipilih
kerana ianya lebih ringan daripada mekanisme lain dan kurang mahal jadi terdapat
pengurangan kos yang dapat dilakukan [4].

Akhir sekali, penyedut minuman ditambah di dalam botol tersebut agar dapat
memudahkan pengguna menyedut air di dalam botol tersebut tanpa perlu membuka penutup
botol. Hal ini kerana ruang tambahan di tengah-tengah botol menimbulkan sedikit kesukaran
untuk air diminum. Oleh itu, penyedut minuman disediakan.

3. POTENSI PASARAN/NILAI KOMERSIAL

Penggunaan “Botella” merupakan sebuah produk inovasi yang masih belum wujud di
pasaran di dalam negara mahupun luar negara. Pembeli atau pengguna produk “Botella” yang
disasarkan ialah semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, kami menyasarkan pembeli
produk “Botella” ialah dari golongan pekerja dan pelajar di semua peringkat institusi,
mahupun peringkat sekolah atau universiti. Inovasi yang telah diterapkan dalam Botella
adalah sangat lain daripada payung dan botol air yang sedia ada di pasaran sekarang. Hal ini
demikian kerana Botella mempunyai ciri-ciri khas yang telah diterapkan yang mampu
memudahkan lagi kehidupan seharian seseorang. Antara masalah yang boleh diselesaikan
oleh Botella adalah dapat membantu apabila individu perlu mengarungi cuaca hujan dan
secara tidak sengaja terlupa untuk membawa payung sebagai penyediaan untuk menghadapi
cuaca yang buruk tersebut. Seterusnya, memudahkan individu untuk membawa payung dan
botol air pada waktu yang sama. Akhir sekali, dengan adanya Botella, ia menjimatkan ruang
beg individu untuk menyimpan botol air dan payung. Mengikut situasi yang telah
dibentangkan di pendahuluan di atas, dua bahan yang digabungkan untuk dijadikan produk
Botella ini dapat memberikan pelbagai impak positif pada kehidupan seseorang untuk
menjalani kehidupan seharian apabila perlu menghadapi cuaca yang tidak diingini.

4
Dengan adanya Botella, pelbagai syarikat boleh melabur pada Botella bagi kelancaran
pencapaian inovasi ini pada masa hadapan. Misalnya, kepelbagaian fungsi dalam satu alat
turut dapat diterapkan pada alat yang lain dan secara tidak langsung membawa kesan positif
kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana kewujudan produk seperti Botella. Hal ini sangat
berguna pada masa hadapan bagi pembaharuan alat-alat selain daripada payung dan botol air
agar dapat memudahkan kehidupan seharian masyarakat.

Mengikut kos yang telah dikaji, projek ini menggunakan kos sekurang-kurangnya RM
33.69 dan berkemungkinan dapat dikurangkan jika tenaga kerja dapat dikembangkan.
Mengikut kajian, ramai orang mampu untuk membeli sebuah payung dan botol air. Oleh itu,
harga pengeluaran hanya dikeluarkan sebanyak RM33.69 bagi setiap pembelian. Walau
bagaimanapun, diharapkan harga masih mampu untuk diminimalkan bagi menarik lagi
perhatian orang ramai untuk menghadiahkan atau membeli untuk diri sendiri supaya dapat
membantu mereka untuk kekal terlindung dari cuaca tidak diingini dan kekal bertenaga.

Jadual
Berikut merupakan kos pembuatan Botella :

Jadual 1: Kos pembuatan Botella


Bil. FItur Dan Barangan Mentah Kos pembuatan (USD)

1 Payung $ 1.97

2 Botol air $ 2.26

3 Upah pemasangan bagi satu pengeluaran $ 3.39

Anggaran kasar dalam RM Total = RM 33.69

1 USD = RM 4.42

Jadual 2 : Margin keuntungan


Kos pembuatan (RM) Harga pasaran (RM) Untung kasar (RM)
termasuk tenaga kerja

RM 40 RM 55 RM 15

5
4. KESIMPULAN

Kesimpulannya, terbukti rekaan inovasi Botella ini mampu memberikan pelbagai


kemudahan kepada pengguna. Pertama, Botella dapat memudahkan kelangsungan aktiviti
harian pengguna kerana pengguna tidak lagi perlu membawa pelbagai barang yang hanya
akan memenuhi ruang beg untuk ke sekolah, kerja dan sebagainya. Kedua, Botella dapat
menyelesaikan masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna ketika cuaca panas serta hujan
iaitu terpaksa berjalan dalam keadaan yang tidak selesa dan boleh menggugatkan kesihatan
pengguna kerana pembawaan payung ke mana-mana tidak menjadi keutamaan. Ketiga,
Botella sebagai produk fungsi 2 dalam 1 mampu membawa kemudahan kepada pengguna dari
segi kos, tenaga dan masa. Namun, produk Botella masih boleh ditambah baik agar lebih
pelbagai objektif dapat dicapai. Antara penambahbaikan yang boleh diaplikasikan pada
produk Botella ialah memasang tali agar pengguna dapat membawa Botella ke mana-mana
dengan lebih mudah. Selain itu ialah menjadikan botol itu sendiri sebagai pemegang payung
jadi pengguna tidak perlu memegang botol dan payung secara berasingan ketika
menggunakan payung. Akhir sekali ialah memvariasikan reka bentuk Botella dari segi warna,
corak dan saiz untuk menarik perhatian para pembeli. Jadi produk Botella seharusnya
dipasarkan besar-besaran kerana ia dapat memberi kemudahan dan kebaikan kepada
masyarakat tanpa mengira umur.

5. PENGAKUAN/ PENGIKTIRAFAN/ AKREDITASI

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat dan izinnya, kami dapat
menyiapkan kertas kerja ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada
pensyarah bagi kursus Islam dan Sains yang kami hormati iaitu Ustazah Siti Norida atas
segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam menjalankan projek ini. Seterusnya
terima kasih juga atas pihak UiTM Dengkil yang menyediakan pelbagai fasiliti yang
memudahkan kami dalam mencari maklumat dalam menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa
juga kepada ahli kumpulan ini, NurHazirah Athirah, Nur Adriana Azwa, Nur Nasihah dan
Nurul Aliyya Zahirah yang bertungkus lumus dan komited dalam menyelesaikan tugasan ini.
Akhir sekali jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Semoga projek ini dapat membawa manfaat kepada pengguna dan orang
di luar sana.

RUJUKAN

[1] MyGOV - Malaysia Information | Location. (n.d.). Government of Malaysia. Retrieved

March 27, 2023, from https://www.malaysia.gov.my/portal/content/142?language=my

[2] Mertes, A. (2020, July 23). How Are Umbrellas Made? Quality Logo Products. Retrieved

March 27, 2023, from

https://www.qualitylogoproducts.com/promo-university/how-are-umbrellas-made.htm

[3] Parkinson, J., & Hoogendoorn, G. (2014, December 15). Can the umbrella be improved?

6
BBC. Retrieved March 14, 2023, from

https://www.bbc.com/news/magazine-30450980

[4] Schirmmacher - Branded umbrellas & tents. (n.d.). Umbrella opening mechanisms |

Schirmmacher. Schirmmacher - Branded umbrellas & tents. Retrieved March 14,

2023, from https://schirmmacher.eu/umbrella-opening-mechanisms

[5] Umbrella Market Size: Global Industry Demand, Growth, share & Forecast 2027. (2023,

February 14). Research Nester. Retrieved March 27, 2023, from

https://www.researchnester.com/reports/umbrella-market/1919

Anda mungkin juga menyukai