Anda di halaman 1dari 13

SEJARAH NABI MUHAMMAD

Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi
pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah ( 20 April 571 M ) di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal
membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama
Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda
7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu
disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama
Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan
Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi
sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita
dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu
menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa
pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya.
Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-
kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan
sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula
ke pedalaman. Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad Pada usia dua tahun,
baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih.
Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad.
Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya
anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan
kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh
ditemui. Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama
itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah
dan keluarganya.
Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah. Datuk
baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke
Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak
suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya
Abdullah serta tempat dia dikuburkan. Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun
bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah
menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun
begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia
lalu dikuburkan di situ juga. Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan
perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu.
Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia
mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha,
93: 6-7) Abdul Mutallib Wafat Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama.
Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul
Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati,
berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia
selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu
penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh Abu Talib Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib
mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu
Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang
paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad
seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad
yang mulia. Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu
Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat
melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya
tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda
sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia
tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan
mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari
keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-
sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing
keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang
kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran
manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai
dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk
membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan
dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat
tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang.
Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun
ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad
menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran
baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Turunnya Wahyu Pertama Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang
pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan
sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka
datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama
diturunkan kepada Muhammad. "Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq,
96: 1) Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba
menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah
tentang kejadian yang telah berlaku. Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-
sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada
penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang
mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman
dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan
keluarganya sahaja. Dakwah Secara Terang-terangan Setelah turunnya wahyu memerintahkan
baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan
ajaran Islam secara lebih meluas. "Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa
yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr,
15:94) Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda.
Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara
baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia
sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum
Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah
yang bermaksud: "Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku
dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan
menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa
kerananya" Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan
daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah.
Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya
juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan
yang berat.
Wafatnya Khadijah dan Abu Talib Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia
ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh
mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun
sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam
dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan
Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan. Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu
Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang
dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Mendapatkan pengikut

Selama tiga tahun pertama sejak pengangkatannya sebagai rasul, Muhammad hanya
menyebarkan Islam secara terbatas di kalanganteman-teman dekat dan kerabatnya, hal ini untuk
mencegah timbulnya reaksi akut dan masif dari kalangan bangsa Arab saat itu yang sudah sangat
terasimilasi budayanya dengan tindakan-tindakan amoral, yang dalam konteks ini bertentangan
dengan apa yang akan dibawa dan ditawarkan oleh Muhammad. Kebanyakan dari mereka yang
percaya dan meyakini ajaran Muhammad pada masa-masa awal adalah para anggota keluarganya
serta golongan masyarakat awam yang dekat dengannya di kehidupan sehari-hari, antara lain
Khadijah, Ali, Zaid bin Haritsah dan Bilal. Namun pada awal tahun 613, Muhammad
mengumumkan secara terbuka agama Islam. Setelah sekian lama banyak tokoh-tokoh bangsa
Arab seperti Abu Bakar, Utsman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf,
Ubaidah bin Harits, Amr bin Nufail yang kemudian masuk ke agama yang dibawa Muhammad.
Kesemua pemeluk Islam pertama itu disebut dengan As-Sabiqun al-Awwalun atau Yang
pertama-tama.

Penyebaran Islam

Sekitar tahun 613 M, tiga tahun setelah Islam disebarkan secara diam-diam, Muhammad
mulai melakukan penyebaran Islam secara terbuka kepada masyarakat Mekkah, respon yang ia
terima sangat keras dan masif, ini disebabkan karena ajaran Islam yang dibawa olehnya
bertentangan dengan apa yang sudah menjadi budaya dan pola pikir masyarakat Mekkah saat itu.
Pemimpin Mekkah Abu Jahal menyatakan bahwa Muhammad adalah orang gila yang akan
merusak tatanan hidup orang Mekkah, akibat penolakan keras yang datang dari masyarakat
jahiliyyah di Mekkah dan kekuasaan yang dimiliki oleh para pemimpin Quraisy yang
menentangnya, Muhammad dan banyak pemeluk Islam awal disiksa, dianiaya, dihina,
disingkirkan, dan dikucilkan dari pergaulan masyarakat Mekkah.
Walau mendapat perlakuan tersebut, ia tetap mendapatkan pengikut dalam jumlah besar,
para pengikutnya ini kemudian menyebarkan ajarannya melalui perdagangan ke negeri Syam,
Persia, dan kawasan jazirah Arab. Setelah itu, banyak orang yang penasaran dan tertarik
kemudian datang ke Mekkah dan Madinah untuk mendengar langsung dari Muhammad,
penampilan dan kepribadiannya yang sudah terkenal baik memudahkannya untuk mendapat
simpati dan dukungan dalam jumlah yang lebih besar. Hal ini menjadi semakin mudah ketika
Umar bin Khattab dan sejumlah besar tokoh petinggi suku Quraisy lainnya memutuskan untuk
memeluk ajaran islam, meskipun banyak juga yang menjadi antipati mengingat saat itu sentimen
kesukuan sangat besar di Mekkah dan Medinah. Tercatat pula Muhammad mendapatkan banyak
pengikut dari negeri Farsi (sekarang Iran), salah satu yang tercatat adalah Salman al-Farisi,
seorang ilmuwan asal Persia yang kemudian menjadi sahabat Muhammad.

Penyiksaan yang dialami hampir seluruh pemeluk Islam selama periode ini mendorong
lahirnya gagasan untuk berhijrah (pindah) ke Habsyah (sekarang Ethiopia). Negus atau raja
Habsyah, memperbolehkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya dan melindungi mereka
dari tekanan penguasa di Mekkah. Muhammad sendiri, pada tahun 622 hijrah ke Yatsrib, kota
yang berjarak sekitar 200 mil (320 km) di sebelah Utara Mekkah.

Kronologi Kehidupan Muhammad

Tanggal dan lokasi penting dalam hidup Muhammad

569 Meninggalnya ayah, Abdullah

570 Tanggal lahir (perkiraan), 20 April: Makkah

570 Tahun Gajah, gagalnya Abrahah menyerang Mekkah

576 Meninggalnya ibu, Aminah

578 Meninggalnya kakek, Abdul Muthalib

583 Melakukan perjalanan dagang ke Suriah

595 Bertemu dan menikah dengan Khadijah

Wahyu pertama turun dan menjadi Nabi sekaligus Rasul, kemudian mendapatkan
610
sedikit pengikut: As-Sabiqun al-Awwalun

613 Menyebarkan Islam kepada umum: Makkah

614 Mendapatkan banyak pengikut:

615 Hijrah pertama ke Habsyah

616 Awal dari pemboikotan Quraish terhadap Bani Hasyim


619 Akhir dari pemboikotan Quraish terhadap Bani Hasyim

619 Tahun kesedihan: Khadijah dan Abu Thalib meninggal

Dihibur oleh Allah melalui Malaikat Jibril dengan cara Isra' dan Mi'raj sekaligus
620
menerima perintah salat 5 waktu

621 Bai'at 'Aqabah pertama

622 Bai'at 'Aqabah kedua

622 Hijrah ke Madinah

624 Pertempuran Badar

624 Pengusiran Bani Qaynuqa

625 Pertempuran Uhud

625 Pengusiran Bani Nadir

625 Pertempuran Zaturriqa`

626 Penyerangan ke Dumat al-Jandal: Suriah

627 Pertempuran Khandak

627 Penghancuran Bani Quraizhah

628 Perjanjian Hudaibiyyah

628 Melakukan umrah ke Ka'bah

628 Pertempuran Khaybar

629 Melakukan ibadah haji

629 Pertempuran Mu'tah

630 Pembukaan Kota Makkah

630 Pertempuran Hunain

630 Pertempuran Autas

630 Pendudukan Thaif

631 Menguasai sebagian besar Jazirah Arab


632 Pertempuran Tabuk

632 Haji Wada'

632 Meninggal (8 Juni): Madinah

Hijrah ke Madinah

Masyarakat Arab dari berbagai suku setiap tahunnya datang ke Mekkah untuk beziarah
ke Bait Allah atau Ka'bah, mereka menjalankan berbagai tradisi keagamaan dalam kunjungan
tersebut. Muhammad melihat ini sebagai peluang untuk menyebarluaskan ajaran Islam. Di antara
mereka yang tertarik dengan ajarannya ialah sekumpulan orang dari Yatsrib. Mereka menemui
Muhammad dan beberapa orang yang telah terlebih dahulu memeluk Islam dari Mekkah di suatu
tempat bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka lalu
bersumpah untuk melindungi para pemeluk Islam dan Muhammad dari kekejaman penduduk
Mekkah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yatsrib datang lagi ke Mekkah,
mereka menemui Muhammad di tempat mereka bertemu sebelumnya. Abbas bin Abdul
Muthalib, yaitu pamannya yang saat itu belum menganut Islam, turut hadir dalam pertemuan
tersebut. Mereka mengundang orang-orang Islam Mekkah untuk berhijrah ke Yastrib
dikarenakan situasi di Mekkah yang tidak kondusif bagi keamanan para pemeluk Islam.
Muhammad akhirnya menerima ajakan tersebut dan memutuskan berhijrah ke Yastrib PADA
TAHUN 622 M.

Masjid Nabawi, berlokasi di Madinah, Arab Saudi.

Mengetahui bahwa banyak pemeluk Islam berniat meninggalkan Mekkah, masyarakat


jahiliyah Mekkah berusaha mengcegahnya, mereka beranggapan bahwa bila dibiarkan berhijrah
ke Yastrib, Muhammad akan mendapat peluang untuk mengembangkan agama Islam ke daerah-
daerah yang jauh lebih luas. Setelah selama kurang lebih dua bulan ia dan pemeluk Islam terlibat
dalam peperangan dan serangkaian perjanjian, akhirnya masyarakat Muslim pindah dari Mekkah
ke Yastrib, yang kemudian setelah kedatangan rombongan dari Makkah pada tahun 622 dikenal
sebagai Madinah atau Madinatun Nabi (kota Nabi).

Di Madinah, pemerintahan (kekhalifahan) Islam diwujudkan di bawah pimpinan


Muhammad. Umat Islam bebas beribadah (salat) dan bermasyarakat di Madinah, begitupun
kaum minoritas Kristen dan Yahudi. Dalam periode setelah hijrah ke Madinah, Muhammad
sering mendapat serangkaian serangan, teror, ancaman pembunuhan dan peperangan yang ia
terima dari penguasa Mekkah, akan tetapi semuanya dapat teratasi lebih mudah dengan umat
Islam yang saat itu telah bersatu di Madinah.

Pertempuran Badar
Pertempuran Badar

Bagian dari Perang Muslim-Quraisy

Ilustrasi Pertempuran Badar pada Siyer-i Nebi, karya abad ke-16 masa Kesultanan Utsmaniyah
yang sekarang tersimpan di Museum Topkapi, Turki.

Tanggal 17 Maret 624 M/17 Ramadan 2 H

Lokasi Kota Badar, 80 mil baratdaya Madinah

Hasil Kemenangan Muslim

Pihak yang terlibat

Muslim dari Madinah Quraisy dari Mekkah


Komandan

Muhammad, Hamzah,
Abu Jahal
Ali

Kekuatan

300-350 <900-1000

Korban

50-70 tewas
14 tewas
43-70 tertawan

Pertempuran Badar (bahasa Arab: ‫غزوة بدر‬, ghazawāt badr), adalah pertempuran besar
pertama antara umat Islam melawan musuh-musuhnya. Perang ini terjadi pada 17 Maret 624
Masehi atau 17 Ramadan 2 Hijriah. Pasukan kecil kaum Muslim yang berjumlah 313 orang
bertempur menghadapi pasukan Quraisy[1] dari Mekkah yang berjumlah 1.000 orang. Setelah
bertempur habis-habisan sekitar dua jam, pasukan Muslim menghancurkan barisan pertahanan
pasukan Quraisy, yang kemudian mundur dalam kekacauan.

Sebelum pertempuran ini, kaum Muslim dan penduduk Mekkah telah terlibat dalam
beberapa kali konflik bersenjata skala kecil antara akhir 623 sampai dengan awal 624, dan
konflik bersenjata tersebut semakin lama semakin sering terjadi. Meskipun demikian,
Pertempuran Badar adalah pertempuran skala besar pertama yang terjadi antara kedua kekuatan
itu. Muhammad saat itu sedang memimpin pasukan kecil dalam usahanya melakukan pencegatan
terhadap kafilah Quraisy yang baru saja pulang dari Syam, ketika ia dikejutkan oleh keberadaan
pasukan Quraisy yang jauh lebih besar. Pasukan Muhammad yang sangat berdisiplin bergerak
maju terhadap posisi pertahanan lawan yang kuat, dan berhasil menghancurkan barisan
pertahanan Mekkah sekaligus menewaskan beberapa pemimpin penting Quraisy, antara lain
ialah Abu Jahal alias Amr bin Hisyam.

Bagi kaum Muslim awal, pertempuran ini sangatlah berarti karena merupakan bukti
pertama bahwa mereka sesungguhnya berpeluang untuk mengalahkan musuh mereka di Mekkah.
Mekkah saat itu merupakan salah satu kota terkaya dan terkuat di Arabia zaman jahiliyah.
Kemenangan kaum Muslim juga memperlihatkan kepada suku-suku Arab lainnya bahwa suatu
kekuatan baru telah bangkit di Arabia, serta memperkokoh otoritas Muhammad sebagai
pemimpin atas berbagai golongan masyarakat Madinah yang sebelumnya sering bertikai.
Berbagai suku Arab mulai memeluk agama Islam dan membangun persekutuan dengan kaum
Muslim di Madinah; dengan demikian, ekspansi agama Islam pun dimulai.

Kekalahan Quraisy dalam Pertempuran Badar menyebabkan mereka bersumpah untuk


membalas dendam, dan hal ini terjadi sekitar setahun kemudian dalam Pertempuran Uhud.
Pertempuran Uhud
Pertempuran Uhud

Bagian dari Perang Muslim-Quraisy

Gunung Uhud, lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan Quraisy Mekkah.

Tanggal 23 Maret 625

Lokasi Di lembah yang terletak di depan Gunung Uhud, sekitar 5 mil dari Madinah

Hasil kemenangan Quraisy

Pihak yang terlibat

Muslim Persekutuan pimpinan Quraisy Mekkah

Komandan

Muhammad Abu Sofyan

Kekuatan

700 infanteri, 3,000 infanteri,


2 kavaleri 200 kavaleri

Korban

75 27

Pertempuran Uhud adalah pertempuran yang pecah antara kaum muslimin dan kaum
kafir Quraisy pada tanggal 22 Maret 625 M (7 Syawal 3 H). Pertempuran ini terjadi kurang lebih
setahun lebih seminggu setelah Pertempuran Badr. Tentara Islam berjumlah 700 orang
sedangkan tentara kafir berjumlah 3.000 orang. Tentara Islam dipimpin langsung oleh Rasulullah
sedangkan tentara kafir dipimpin oleh Abu Sufyan. Disebut Pertempuran Uhud karena terjadi di
dekat bukit Uhud yang terletak 4 mil dari Masjid Nabawi dan mempunyai ketinggian 1000 kaki
dari permukaan tanah dengan panjang 5 mil.

Rasulullah menempatkan pasukan Islam di kaki bukit Uhud di bagian barat. Tentara
Islam berada dalam formasi yang kompak dengan panjang front kurang lebih 1.000 yard. Sayap
kanan berada di kaki bukit Uhud sedangkan sayap kiri berada di kaki bukit Ainain (tinggi 40
kaki, panjang 500 kaki). Sayap kanan Muslim aman karena terlindungi oleh bukit Uhud,
sedangkan sayap kiri berada dalam bahaya karena musuh bisa memutari bukit Ainain dan
menyerang dari belakang, untuk mengatasi hal ini Rasulullah menempatkan 50 pemanah di
Ainain dibawah pimpinan Abdullah bin Jubair dengan perintah yang sangat tegas dan jelas yaitu
"Gunakan panahmu terhadap kavaleri musuh. Jauhkan kavaleri dari belakang kita. Selama kalian
tetap di tempat, bagian belakang kita aman. jangan sekali-sekali kalian meninggalkan posisi ini.
Jika kalian melihat kami menang, jangan bergabung; jika kalian melihat kami kalah, jangan
datang untuk menolong kami."

Di belakang pasukan Islam terdapat 14 wanita yang bertugas memberi air bagi yang haus,
membawa yang terluka keluar dari pertempuran, dan mengobati luka tersebut. Di antara wanita
ini adalah Fatimah, putri Rasulullah yang juga istri Ali. Rasulullah sendiri berada di sayap kiri.

Posisi pasukan Islam bertujuan untuk mengeksploitasi kelebihan pasukan Islam yaitu
keberanian dan keahlian bertempur. Selain itu juga meniadakan keuntungan musuh yaitu jumlah
dan kavaleri (kuda pasukan Islam hanya 2, salah satunya milik Rasulullah). Abu Sufyan tentu
lebih memilih pertempuran terbuka dimana dia bisa bermanuver ke bagian samping dan belakang
tentara Islam dan mengerahkan seluruh tentaranya untuk mengepung pasukan tersebut. Tetapi
Rasulullah menetralisir hal ini dan memaksa Abu Sufyan bertempur di front yang terbatas
dimana infantri dan kavalerinya tidak terlalu berguna. Juga patut dicatat bahwa tentara Islam
sebetulnya menghadap Madinah dan bagian belakangnya menghadap bukit Uhud, jalan ke
Madinah terbuka bagi tentara kafir.

Tentara Quraish berkemah satu mil di selatan bukit Uhud. Abu Sufyan mengelompokkan
pasukan ini menjadi infantri di bagian tengah dan dua sayap kavaleri di samping. Sayap kanan
dipimpin oleh Khalid bin Walid dan sayap kiri dipimpin oleh Ikrimah bin Abu Jahl, masing-
masing berkekuatan 100 orang. Amr bin Al Aas ditunjuk sebagai panglima bagi kedua sayap tapi
tugasnya terutama untuk koordinasi. Abu Sufyan juga menempatkan 100 pemanah di barisan
terdepan. Bendera Quraish dibawa oleh Talha bin Abu Talha.
Sebab kekalahan dalam Perang Uhud

Peta pertempuran uhud

Kisah ini ditulis di Sura Ali ‘Imran ayat 140-179. Dalam ayat2 di Sura Ali ‘Imran, Muhammad
menjelaskan kekalahan di Uhud adalah ujian dari Allah (ayat 141) – ujian bagi Muslim mu’min
dan munafik (ayat 166-167).

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-
orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar (ayat 142)? Bahkan
jika Muhammad sendiri mati terbunuh, Muslim harus terus berperang (ayat 144), karena tiada
seorang pun yang mati tanpa izin Allah (ayat 145). Lihatlah para nabi yang tidak menjadi lemah
karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah (ayat 146). Para Muslim tidak boleh taat
pada kafir (ayat 149), karena Allah Akan Kami masukkan ke dalam hati orang-orang kafir rasa
takut (ayat 151)."

Ayat2 di atas tidak menunjukkan sebab yang sebenarnya mengapa Muhammad dan Muslim
kalah perang di Uhud. Penjelasan yang lebih lengkap bisa dibaca di Hadis Sahih Bukhari,
Volume 4, Book 52, Number 276

Sebagaimana manusia biasa, wajar bila seseorang terlupa akan sesuatu. Begitu juga
pasukan yang berjaga di atas bukit Uhud. Mereka terlupa dan akhirnya turun ke lembah untuk
mengambil hak pemenang perang. Melihat banyak pasukan dari pihak islam yang meninggalkan
pos di atas bukit, Khalid bin Walid memerintahkan pasukan kafir yang tersisa untuk berbalik
kembali dan menyerang pasukan islam. Pos di atas bukit direbut oleh kafirin dan pasukan islam
yang tersisa di sana dibunuh, termasuk Hamzah paman Rasulullah.

Islam Tidak Kalah

Setelah berhasil merebut pos di atas bukit, pasukan kafir merasa telah menang, apalagi
karena tidak melihar Rasulullah. Abu Sofyan mengira bahwa Rasulullah telah wafat dalam
perang. Ia pun bersorak di atas bukit, "Muhammad telah mati! Perang sudah berakhir! Kami lah
pemenang!!!" Namun ia salah duga. Rasulullah masih hidup. Sesaat setelah Abu Sofyan
memberi pengumuman tersebut, Rasulullah keluar dari tempatnya --beliau terluka akibat baju
perangnya mengenai wajahnya sehingga harus diobati--. Beliau memberitahukan wahyu yang
baru ia dapat, QS Ali Imran 139-140, untuk menenangkan hati pasukan islam yang sedih karena
banyak yang akhirnya terbunuh.

Abu Sofyan heran karena dugaannya salah. Ia takut kalau semangat umat islam kembali
lagi dan kembali menyerang pasukannya. Ia pun memerintahkan untuk mundur kembali ke
Mekah. Tujuan awal pasukan kafirin hendak menyerang muslimin tidak tercapai. Kedua hal
inilah yang menjadi penyebab dapat dikatakan bahwa umat islam tidak kalah. Pasukan yang
menyerah itulah yang kalah. Dalam hal ini, pasukan kafir yang menyerah. Mereka pulang dengan
tidak mencapai tujuan awal akan melakukan perang.

Ada yang mengatakan bahwa jumlah pasukan islam yang mati lebih banyak dari pasukan
kafir yang mati. Pasukan islam yang mati berjumlah 70 orang sedangkan pasukan kafir
berjumlah 23 orang. Tapi tidak bisa dilihat dari jumlahnya saja, perlu dihitung secara rumus
perang. Total pasukan islam hanya 650an orang sedang pasukan kafir 3000 orang. Harusnya
pasukan yang berjumlah besar tidak mungkin kalah, tetapi dalam perang ini pasukan kafir
menderita kekalahan 23 orang. Bila jumlah pasukan kedua kubu disamakan, yang mati dari pihak
kafir melebihi yang mati dari pihak islam.

Pada bulan syawal 5 hijriah pasukan kafir kembali menyerang pasukan muslim. perang
ini dinamakan perang khandaq. pada perang ini pasukan kafir membawa 10.000 orang pasukan
dan pasukan muslim yang ikut berperang berjumlah 3.000 orang pasukan.

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Rasulullah mengadakan perjanjian dengan kaum quraisy yang diwakili Suhail bin Amru.
Mereka sepakat bahwa tidak akan saling berperang dalam jangka waktu 10 tahun. Dalam masa
perjanjian itu banyak tokoh dan kaum quraisy yang masuk islam.

Pembebasan Mekkah

Tahun 629 M, tahun ke-8 H setelah hijrah ke Madinah, Muhammad berangkat kembali ke
Makkah dengan membawa pasukan Muslim sebanyak 10.000 orang, saat itu ia bermaksud untuk
menaklukkan kota Mekkah dan menyatukan para penduduk kota Mekkah dan madinah.
Penguasa Mekkah yang tidak memiliki pertahanan yang memadai kemudian setuju untuk
menyerahkan kota Makkah tanpa perlawanan, dengan syarat kota Mekkah akan diserahkan tahun
berikutnya. Muhammad menyetujuinya, dan ketika pada tahun berikutnya ketika ia kembali, ia
telah berhasil mempersatukan Mekkah dan Madinah, dan lebih luas lagi ia saat itu telah berhasil
menyebarluaskan Islam ke seluruh Jazirah Arab.

Muhammad memimpin umat Islam menunaikan ibadah haji, memusnahkan semua


berhala yang ada di sekeliling Ka'bah, dan kemudian memberikan amnesti umum dan
menegakkan peraturan Islam di kota Mekkah.
Muhammad pertama kali diangkat menjadi rasul pada malam hari tanggal 17 Ramadhan/
6 Agustus 611 M, diriwayatkan Malaikat Jibril datang dan membacakan surah pertama dari
Quran yang disampaikan kepada Muhammad, yaitu surah Al-Alaq. Muhammad diperintahkan
untuk membaca ayat yang telah disampaikan kepadanya, namun ia mengelak dengan berkata ia
tak bisa membaca. Jibril mengulangi tiga kali meminta agar Muhammad membaca, tetapi
jawabannya tetap sama. Jibril berkata:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal
darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia
dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya”.(Al-Alaq 96: 1-5)

Muhammad berusia 40 tahun 6 bulan dan 8 hari ketika ayat pertama sekaligus
pengangkatannya sebagai rasul disampaikan kepadanya menurut perhitungan tahun kamariah
(penanggalan berdasarkan bulan), atau 39 tahun 3 bulan 8 hari menurut perhitungan tahun
syamsiah atau tahun masehi (penanggalan berdasarkan matahari). Setelah kejadian di Gua Hira
tersebut, Muhammad kembali ke rumahnya, diriwayatkan ia merasakan suhu tubuhnya panas dan
dingin secara bergantian akibat peristiwa yang baru saja dialaminya dan meminta istrinya agar
memberinya selimut.

PERANG TABUK

Perang ini tidak jadi terlaksana dan mereka menarik mundur pasukannya. Di Akabah
terjadi percobaan pembunuhan kapada Nabi oleh kaum munafik tetapi rencana tersebut gagal
karena AllahSWT telah memberitahu rasul-Nya. Di dekat masjid Quba kaum munafik
mendirikan masjid tetapi Allah melarang kaim muslimin unyuk shalat disitu. Akhirnya masjid
tersebut di bakar atas perintah Nabi.

HAJI PERPISAHAN

Pada peride ini kaum quraisy dan kabilah-kabilah arab pun masuk islam dengan suka
rela. Kaum muslimin dari berbagai kabilah dating ke Madinah untuk berhaji bersama Rasulullah.
Pada saat Nabi usai melaksanakan shalat di Arafah turunlah wahyu dari Allah bahwa Rasulullah
telah memenuhi dan menyelesaikan tugasnya dan bahwa agama Islam telah sempurna. Pada saat
haji ini Nabi menyampaikan Khutbah terakhirnya dihadapan ribuan jamaah haji dan khutbah ini
terkenal dengan sebutan Khutbatul Wada’.

WAFAT RASULULLAH

Rasulullah telah kembali ke Madinah dan beliau sakit keras. Rasulullah wafa di pangkuan
Aisyah pada tanggal 6 Juni 632 M ( 17 Rabiul Awal 11 H ) dalam usia 63 tahun. Kedudukan
beliau di Arab digantikan oleh sahabatnya Abu Bakar Sidik. Setelah itu umat Islam mengalami
berbagai titik kejayaan dan kemunduran secara silih berganti.

Anda mungkin juga menyukai