Anda di halaman 1dari 10

RASULULLAH SAW SEBAGAI SURITELADAN

Oleh : Suhendi, SE.MA


Dosen STEI Iqra Annisa Pekanbaru

1. Pendahuluan.

Umat Islam adalah kelompok yang diikat oleh akidah Islam sepanjang sejarah. Maka
siapapun yang mengikuti Nabi mereka sejak Nabi Adam a.s. hingga Nabi Muhammad s.a.w,
atau siapa saja yang akan senantiasa berjalan diatas hidayah dan petunjuknya hingga hari
Kiamat dan beriman dengan Tuhannya, maka mereka adalah umat Islam. Ikatan priomordial
mereka adalah akidah, bukan bahasa ataupun historis. Bukan pula ikatan geografis atau asal-
usul dan yang lainnya.1

QS : Yusuf 111:

Artinya :
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pelajaran yang baik-baik bagi orang
orang yang berakal.

Setiap zaman memiliki sejarah yang berbeda, pemikiran-pemikiran yang berbeda dan
tokoh-tokoh yang berbeda jua. Islam yang diklaim sebagai agama yang komprehensif, baik
dari kalangan intern maupun kalangan ekstern- bahkan orientalis sekalipun juga mempunyai
cerita tersendiri dalam sejarah ke-tata negaraannya.
Empat belas abad sudah Islam bertahan sebagai agama yang dipegang di daerah
Jazirah Arab, tentunya bukan merupakan waktu yang singkat, dan seiring waktu yang terus
berputar, segala permasalahan yang belum terjamah oleh sejarah-sejarah Islam sebelumnya,
menjadi sebuah problematika dalam kehidupan, dan terdesak untuk dilegitimasikan oleh
Islam, maka muncul para pemikir yang handal serta menggagaskan konsep pemikirannya dan
sampailah kepada kita buah tangan dari mereka yang siap dikaji ulang serta siap untuk
diperbaharui oleh kita melihat dari situasi dan kondisi kita saat ini.
Sejarah merupakan suatu rujukan yang sangat penting saat kita akan membangun masa
depan. Sekaitan dengan itu kita bisa tahu apa dan bagaimana perkembangan Islam pada masa
1
Ahmad al-Usairy, Terj,Sejarah Islam Sejak Nabi Adam Hingga Abad XX (Jakarta : Akbar Eka Sarana, 2003),
h.17.
lampau. Namun, kadang kita sebagai umat Islam malas untuk melihat sejarah. Sehingga kita
cenderung berjalan tanpa tujuan dan mungkin mengulangi kesalahan yang pernah ada dimasa
lalu. Disnilah sejarah berfungsi sebagai cerminan bahwa dimasa silam telah terjadi sebuah
kisah yang patut kita pelajari untuk merancang serta merencanakan matang-matang untuk
masa depan yang lebih cemerlang tanpa tergoyahkan dengan kekuatan apa pun.
Perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat adalah
merupakan Agam Islam pada zaman keemasan, hal itu bisa terlihat bagaimana kemurnian
Islam itu sendiri dengan adanya pelaku dan faktor utamanya yaitu Rasulullah SAW.
QS : Al-Ahzab 21 :

Artinya :
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu, suri teladan yang baik bagimu, yaitu
bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia
banyak menyebut Allah.

2. Perkembangan Yang Mulia

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi
pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah sekitar tahun 570 M (52 sebelum Hijrah) di Makkah. Bayi
yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapak bayi
tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan
yaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab.
Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian
diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan
Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi
sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita
dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mau
menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa
pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya.
Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-
kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan
sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang
semula ke pedalaman.
Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai
lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada
ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka
yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada
Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh
ditemui.
Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun.
Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada
Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul
Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa
anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm
Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapak baginda. Baginda
ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang
semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang
memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka
sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ
juga. Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat
sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan
datuk yang dicintainya dan bapak-bapak saudaranya.
Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia
lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu
kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan
yang luas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan
makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah
yang dalam kesusahan.
Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk
menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding
saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di
kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi
anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu
Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat
melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya
tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti
baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut
dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah
dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari
keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar
sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti
Arab.
3. Perilaku Dan Akhlaknya
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala
kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung
tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala
pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia,
sesuai dengan gelaran yang diberikan yaitu “Al-Amin”.
Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa
banyak berfikir, tidak pernah beristirshat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan,
banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-
katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau
berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa
membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu
memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran
dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain, dikatakan bahwa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan
dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu
dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela
kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk
kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila
baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan
tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,
dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan
bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum,
dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk
membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan
dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat
tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang.
Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun
ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad
menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran
baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
4. Pengangkatan Sebagai Rasul.
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat
sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung
dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat
Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada
Muhammad.
Surat : Al-‘Alaq : 1-3
Artinya :
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dan telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang
maha pemurah.

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang
cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada
Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum
kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang
menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian
baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran
baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya
sahaja.
5. Dakwah Secara Terang-terangan.
Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-
terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.” (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda.
Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara
baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun
dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum
Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab
Rasulullah yang bermaksud:
“Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan
bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan
menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa
kerananya”

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan


daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah.
Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya
juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima
siksaan yang berat.
Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy
kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin
bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri
bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa
serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda
dirundung kesedihan.
6. Penghijrahan Ke Madinah.
Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat
selepas pemergian isteri dan bapa Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang
mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai
oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.saudara
baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan
ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar
kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan
baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam
didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum
Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain.
Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang
mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam.
Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang
saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah
dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua
rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi
dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-
undang Madinah.
Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan
amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27
kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang
ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang
Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan
diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk
Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah
diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630
M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan
pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah
menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah
menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang
bermaksud:
“Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu
semua adalah daripada satu keturunan yaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-
mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa.
Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-
lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran
dan Sunnah Rasulullah.”

7. Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah.
Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara.
Saat wafatnya beliau berusia 63 tahun. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang
benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan.
Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Rasulullah telah mendirikan Negara Islam pertama di Madinah. Negara Islam itu
didasarkan pada prinsip-prinsip keadilan, persamaan, cinta, dan solidaritas sosial yang
sempurna. Maka, sempurnalah manhajnya dan sistemnya diatur dengan sebaik-baiknya,
satuhal yang seharusnya kaum muslimin mengikuti jejaknya.
Allah telah merahmati Rasulullah. Beliau merupakan embusan samawi yang Allah
hadirkan kebumi dengan sifat-sifat yang indah dan mulia. Beliau telah menghadirkan dari
tangannya satu agama yang memang cocok untuk menjadi agama terakhir karena beliau
mampu mengatur dan memberi arahan cara hidup dunia dan akhirat.
8. Penutup
Ditengah-tengah kerusakan moral manusia itulah risalah Muhammad s.a.w. datang.
Risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw menghimpun semua misi kerasulan dan
kenabian sebelumnya. Sekalugus sebagai penutup kerasulan dan kenabian serta menghapus
semua kenabian sebelumnya. Artinya, kenabian Rasulullah Muhammad mencakup semua
anak manusia di dunia.
QS : Saba’ 28 :
Artinya :
Tidaklah Kami utus engkau kecuali kepada seluruh alam menjadi pemberi kabar
gembira dan pemberi peringatan.
Risalah Rasulullah adalah untuk semua tempat dan waktu. Oleh sebab itulah, bisa
dipastikan bahwa pembawa risalah ini memiliki derajat dan kemampuan yang sanggup untuk
membawak risalah tersebut yang Allah pilih dengan kelebihan-kelebihan khusus.
Keutamaan-keutamaan Nabi Muhammad saw adalah sebagai berikut :
a) Allah memilihnya dari bangsa Arab yang merupakan bangsa pertengahan. Beliau
dijadikan dari tengah-tengah orang Quraisy yang merupakan kabilah paling utama
dikalangan Arab. Sedangkan nasabnya berasal dari yang paling mulianya golongan
Quraisy yakni Bani Hasyim.
b) Negerinya berada ditengah-tengah yang memungkinkan dakwah menyebar kesgala
penjuru.
c) Allah memilihnya dari satu umat yang sedikit nabi-nabinya sehingga beliau memiliki
nilai yang demikian tinggi.
d) Allah mengutusnya disaat terjadi kesenjangan kenabian (fatrah) para Rasul dengan
tujuan agar jiwa manusia siap menerima kedatangannya.
QS : Al-Maidah 19 :
Artinya :

Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami,
menjelaskan (syariat Kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman) rasul-
rasul.

e) Allah telah mengabarkan tentang akan diutusnya Muhammad didalam kitab-kitab


samawi sebelumnya.
f) Allah memilihnya dari sebuah bangsa yang lebih dekat kepada pedusunan yang belum
dirusak oleh pola dan budaya kota dan perdaban yang ada.
g) Allah mengutusnya dari sebuah bangsa yang ummi ( yang tidak bisa baca tulis) yang
tidak mengerti tentang filsafat dan ilmu pengetahuan.
h) Allah menjadikan seluruh perjalan hidupnya diketahui dengan jelas dan lengkap serta
terperinci dengan tujuan agar perilakunya bisa dijadikan sebagai suri teladan.
i) Perjalanan hidupnya mencakup semua sisi dan demensi kehidupan.
j) Perjalanan hidupnya bisa diamalkan dan realistis, yang bisa dilakukan oleh setiap
orang kapan saja dan dimana saja.
DAFTAR KEPUSTAKAAN

Al-Quran Dan Terjemahan, Departemen Agama Republik Indonesia. Semarang : Toha Putra,
1989
Ali, M.Daud. Sistem Ekonomi Islam Zakat Dan Wakaf. Jakarta : Universitas Indonesia Press
(UIP), 1988
Al-Usairy, Ahmad. Sejarah Islam Sejak Zaman Nabi Adam Hingga Abad XX, Jakarta : Akbar
Media Eka Sarana, 2003.
Perwata atmaja, Karnaen & Antonio, M. Syafi’i. Apa & Bagaimana Bank Islam.Yogyakarta :
Dana Bhakti Wakaf, 1992
Prawiranegara, Sjafruddin. Ekonomi dan Keuangan Makna Ekonomi Islam. Jakarta : Haji
Masagung, 1988
Shihab, M.Quraish. Sejarah & Ulum Al-Quran. Jakarta : Pustaka Firdaus, 2000
Siddiqi, M. Nejatullah. Kegiatan Ekonomi Dalam Islam. Jakarta : Bumi Aksara, 1991
Syafri Harahap, Sofyan. Akuntansi Islam. Jakarta : Bumi Aksara, 2001
Suhendi, Hendi. Fiqh Muamalah Membahas Ekonomi Islam. Jakarta : Raja Grafindo Persada,
2002
Qardhawi, Yusuf. Norma dan Etika Ekonomi Islam. Jakarta : Gema Insani Press,1997
Wilson, Rodney. Bisnis Menurut Islam Teori Dan Praktek, Jakarta : Intermasa, 1988

Anda mungkin juga menyukai