Pendidikan Agama Lebih Baik

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

Back



 Archive
 Move
 Delete
 Spam

Kenapa Pendidikan Spiritual/Rohani Lebih Utama Berbanding Pendidikan Lain


Yahoo/Inbox

 Alaf Training <marketing.alaftraining@gmail.com>

To:Hai Rul

Nov 7 at 9:31 AM
1. Pesanan pertama Luqman Al Hakim kepada anaknya adalah jangan
mensyirikkan Allah
"Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar" Surah Luqman ayat 12.

2. Dua pertiga Al-Quran adalah ayat Makkiyah. Makkiyah adalah ayat tentang
keimanan kepada 6 rukun iman atau spiritual. Dan ia adalah permulaan 13 tahun
pertama dakwah Rasulullah.

3. Syarat utama untuk masuk ke syurga adalah beriman kepada Allah. Terhapus
segala kebaikan yang kita lakukan atas dunia jika tiada iman kepada Allah.
Rugi.

4. Pada tahun 1997, pakar neurologi bernama VS Ramachandran dari California


Universiti menemukan kewujudan saraf dalam otak depan manusia yang
berfungsi sebagai pusat spritual. Ia adalah 'hardware' yang tercipta pada semua
manusia. Saraf ini sangat aktif apabila manusia mencapai makna kehidupan.
Walaupun ia tidak mencapai tahap keimanan namun ia bukti bahawa manusia
adalah makhluk yang memiliki elemen spiritual.

5. Peralihan kecenderungan manusia dari minat benda fizikal kepada perkara


yang membawa ketenangan hati. Karl Rabeder, jutawan dari Austria akhirnya
menjual segala hartanya termasuk rumah, kereta mewah dan jet peribadi
kemudian wang itu digunakan untuk kerja kebajikan.

6. Kegemilangan masyarakat Islam zaman dahulu, di mana kemuncaknya


adalah pada zaman kerajaan Abbasiyah berpunca pada pegangan agama yang
kuat. Tokoh perubatan Ibnu Sina, tokoh matematik Al Khawarizmi, tokoh
astronomi Al-Farghani, tokoh falsafah Al Farabi, mereka semua hebat di
lapangan ilmu bahkan juga manusia yang taat pada Allah. Tanpa iman bangsa
Arab akan jadi bangsa terhina atas muka bumi.

7. Tiga ranking terbaik SPM Malaysia sehingga kini adalah pelajar Muslim dari
sekolah agama bahkan diakui baik dari sudut penghayatan agamanya. Azali
Azlan 21A SPM SMKA Kedah, Nik Nur Madihah 20A SPM dan Fathimah
Mokhtar 18A SPM dari Maahad Muhammadi Kelantan.

8. Jepun dan Korea Selatan walaupun merupakan negara yang maju, memiliki
kuasa ekonomi yang hebat, rakyatnya punyai akhlak yang baik (kecerdasan
emosi), namun negara mereka juga mempunyai kes bunuh diri yang tinggi
dalam ranking dunia. Orang yang bunuh diri adalah manusia yang telah hilang
makna kehidupannya. Laporan WHO 2015 menyebut Korea Selatan menduduki
tangga ke 10, manakala Jepun ke 26.
9. Diri kita sendiri Allah ciptakan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai yang
universal. Contohnya menghormati, memuliakan orang tua, jadi kaya jangan
lupa berbudi, walaupun miskin tetap kena kuat berusaha, tidak boleh mengambil
hak orang lain tanpa izin, semua nyawa adalah haram untuk dibunuh,
persetubuhan tanpa ikatan yang sah adalah haram dan semua nilai-nilai ini
membuktikan manusia adalah datang dari yang satu iaitu Allah dan akan
kembali ke tempat yang satu iaitu Allah juga.

.
Wallahuaklam.

Semoga menguatkan keyakinan anda untuk terus membangkitkan iman pada


diri anak-anak. Jangan putus asa. Jemput follow FB saya untuk terus dapatkan
tip mendidik anak secara Islam.

FACEBOOK CHE'MAT

445, Tingkat 1, Jalan Bandar Senawang 18, Pusat Bandar Senawang, 70450, Seremban, Malaysia

You may unsubscribe or change your contact details at any time.

Powered by:

o
o
o
o

 Reply
 ,
 Reply All
 or
 Forward

Send

Anda mungkin juga menyukai