Anda di halaman 1dari 1

DOA LAWATAN menteri

‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه‬


َ ‫سالَ ُم َعلَى‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِيْنَ َوال‬ ,  َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِميْن‬
َ‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِعيْن‬
ْ ‫َوَأ‬
Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

‫َيا هللاُ َيا َك ِريم َيا َودُود‬

Segala puji untuk-Mu Ya Allah, Tuhan yang mempunyai segala sifat keagungan dan kesempurnaan,
kepada-Mu sahaja kami sembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan dan perlindungan.
Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan hamba-Mu yang sentiasa mendapat keampunan dari segala
dosa, mendapat hidayah dalam segala usaha dan cita-cita serta mendapat rahmat dan keberkatan dalam
setiap amalan dan pekerjaan.

Allahuma Ya Allah, kami dengan penuh kusyuk dan tawaduk menadah tangan dengan menzahirkan
kesyukuran di atas hidayah dan inayah-Mu dapatlah kami melaksanakan MAJLIS KUPI KUPI BERSAMA
DR RADZI JIDIN MENTERI KANAN PENDIDIKAN pada kali ini, diserikan dengan hamparan petunjuk,
keredhaan dan keberkatan daripada-Mu Ya Allah.
   
Allahumma Ya Mujibus Saailin

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau amat mengetahui akan niat dan tujuan kami merencana dan
melaksanakan majlis ini. Sesungguhnya tanpa hidayah, bimbingan dan panduan daripada-Mu maka
majlis ini tidak akan Berjaya dan sempurna. Oleh itu Ya Allah, jadikanlah majlis ini sebagai platform bagi
mewujudkan kesatuan hati, fikiran dan tindakan untuk kami merancang dan melaksanakan setiap
agenda. Bukakanlah ruang, peluang dan kesempatan untuk bekerjasama dalam apa jua perkara yang
membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan Negara kami.

Ya Allah, jadikanlah majlis yang penuh berkat ini sebagai landasan untuk kami bertukar-tukar
pandangan, melontarkan buah fikiran dan merencana tindakan dalam mencapai kecemerlangan dan
kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.
Allahumma Ya Hanan, Ya Badi’us Samaa wa ti Wal’ard, Ya Zaljala liwal  ikram,
Ya Allah, peliharalah kami sekalian, para pemimpin kami yang berwawasan dan jauh pandangan, agama
kami yang kami pegang, Negara kami yang kami sayang dari sebarang musibah, huru-hara dan bala-
bencana. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa atas sesuatu.
‫سنُ التَّ ْدبِ ْي َر اللّ ُه َّم الطُفْ بِنَا َفِإنَّ َك َما َتشَا ُء َق ِدي ٌر َو بِاِإل َجابَ ِة َج ِدي ٌر‬ ِ ‫اللّ ُه َّم َدبِّرنَا فَاِنَّا الَ نُ ْح‬
َ ‫ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا‬، ‫ص ْو ًما‬
‫شقِيًّا‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
ْ ‫ اَللَّ ُه َّم‬ 
. ‫َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫ِ ر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ

‫هَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬ ‫ َوا ْل َح ْم ُد‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫ َءالِ ِه ِ َو‬ َ  ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai