Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF (KPSK)

PROGRAM SENI LIBERAL


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

KOD KURSUS / NAMA KURSUS:


FFM 123 THEATER AND SCRIPT BREAKDOWN

NAMA PENSYARAH:
RAJA NOR AMINAH RAJA AYOB

TUGASAN:
FILEM JERANGKUNG DALAM ALMARI

NAMA:
MUHAMMAD ZULFAREEZ BIN ZULKEFLI

NO. PELAJAR:
2022777493

TARIKH HANTAR:

10 NOVEMBER 2022
PENGENALAN

Jerangkung Dalam Almari adalah sebuah filem seram yang telah diterbitkan pada tahun
2022 di bawah arahan Shadan Hashim. Filem ini telah mengeluarkan kos sebanyak
RM800,000 dan memecahkan panggung sebanyak RM2.15 Juta. Filem. Filem
Jerangkung Dalam Almari menjalani penggambaran pada April 2019 selama 26 hari dan
dijadualkan untuk tayangan sekitar 2020, tertunda akibat pandemik coronavirus dan PKP,
akhirnya menemui penonton pada 4 Ogos 2022.

Pendapat Movie Jerangkung Dalam Almari

SINOPSIS

Kehidupan Fikri tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari
dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin dan anaknya.

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan, Fikri pulang semula ke rumah lama,
tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali yang menyimpan rahsia gelap di
sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.
WATAK DAN PERWATAKAN

Jerangkung Dalam Almari ialah sebuah filem seram yang diterbitkan pada 2022 tulisan
dan arahan Shadan Hashim. Ia menceritakan tentang kehidupan Fikri lakonan Dato’ Adi
Putra, yang tidak tenteram akibat gangguan Lembaga yang menjelma dari dalam sebuah
almari.

Jerangkung Dalam Almari menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Dato’
Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah,
ZaidiOmar dan Amerul Affendi.

Barisan pelakon Jerangkung Dalam Almari.

Dato’ Adi Putra sebagai Fikry


Sophia Albarakbah sebagai Shikin
Hasnul Rahmat sebagai Ali
Wan Hanafi Su sebagai Pak Hassan
Anne Abdullah sebagai Kak Itah
Isaac Iman sebagai Adam
Zaidi Omar sebagai Wak Ipin
Fazlina Ahmad Daud sebagai Hamidah
Amerul Affendi sebagai Ramdan.
PENDAPAT SAYA

Pada pendapat saya jalan cerita filem Jerangkung Dalam Almari ini terdapat
pelbagai konflik yang timbul dalam keluarga Fikry ini yang membuatkan filem ini
lebih menarik serta menambah tanda tanya pada movie tersebut.

Selain itu kerja keras seorang suami (Fikry) ini juga dapat menambahkan lagi
elemen-elemen menarik dalam cerita ini yang membuatkan penonton yang
menonton filem tersebut akan menjadi tanda tanya serta berasa ingin tahu
apakah kesudahan filem ini.

Oleh sebab itu, filem ini bagi saya sangat menarik walaupun di media sosial
banyak orang yang mengatakan bahawa filem ini antara filem yang seram yang
agak membosankan.Selain itu, bagi saya filem ini juga terdapat pelbagai nilai-
nilai yang baik untuk dijadikan teladan dalam kehidupan harian kita.

KONFLIK DAN HALANGAN


Terdapat pelbagai konflik dan beberapa halangan yang terdapat dalam Filem
Jerangkung Dalam Almari yang membuatkan filem itu dapat menarik ramai orang
untuk menontonnya.

Konflik pertama:
Khianat.
Apabila pertolongan Wak Ipin untuk menyelamatkan isterinya tidak dapat dibantu oleh
Hamidah (ibu kepada Fikri), sejak dari itu Wak Ipin mula berdendam kepada Hamidah
kerana tidak lama kemudian isterinya meninggal dunia. Selepas itu, Wak Ipin telah
menghantar santau kepada Hamidah. Hal ini telah merungsingkan kehidupan Hamidah
sehingga membuat dia meninggal dunia.
Konflik antara adik beradik.

Perkara yang lebih merumitkan keluarga Fikri apabila dia selalu bergaduh dengan
abangnya Ali. Ali beranggapan bahawa Fikri punca keluarga jadi sebegitu tetapi
sebaliknya. Dengan kembalinya Fikri ke rumah arwah ayahnya di mana Ali tinggal
bersama isterinya, pelbagai perkara misteri telah terungkap. Ini lebih membuatkan Ali
lebih marah terhadap Ali akan kembalinya dia ke rumah itu semula.

Gangguan jin.

Tibanya Fikri ke rumah arwah ayahnya, terungkap lah pelbagai kisah tentang kematian
ibunya dan ayahnya. Demi ingin mengetahui lebih tentang santau itu, Fikri telah pergi ke
rumah Wak Ipin bersendirian. Akan tetapi pemergian dia ke sana membawa perkara
buruk terhadapnya apabila ia hanya perangkap terhdapnya. Dia hampir mati oleh jin-jin
yang berada di dalam rumah Wak Ipin tersebut. Dia terselamat apabila berjaya melawan
dan melarikan diri. Justeru itu, kedatangan Pak Hassan dapat menenangkan dirinya.

Anda mungkin juga menyukai