Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF (KPSK)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

COURSE CODE / NAME:


FWS422 / PENULISAN SKRIP FILEM PENDEK

LECTURER:
Ibrahim Bin Jamaluddin

TITLE OF ASSIGNMENT:
‘PARATAKNORMAL’

NAME:
Muhamad Syakir Aiman Bin Mohd Sarip (2022464526)
Akmal Aizuddin Shaharuddin (2022464174)
Nur Rusyda Binti Abas (2022888104)

PROGRAM/GROUP:
CAFF2322A

DUE DATE:
2 MEI 2023
1. Zikri memulakan live di TikTok sambil menjual produk kosmetik di biliknya. Tetapi,
hanya terdapat lima penonton sahaja dan salah seorang daripadanya adalah penipu
old money collector. Zikri asyik mengulang ayat yang sama untuk menunggu lebih
ramai penonton sebelum mula menjual. Timelapse: masa berjalan selama hampir satu
jam dan penonton hanya tinggal seorang, iaitu si old money collector. Zikri geram dan
terus mengakhiri live itu. Kelihatan bil-bil rumah yang tertunggak tertampal di biliknya.

2. Zikri berjumpa dengan Datuk Aming Sabri (D.A.S), jutawan kosmetik. D.A.S tidak
berpuas hati dengan prestasi TikTok Zikri yang menurun dan mengugut untuk
memecat Zikri sebagai pempengaruh rasmi produk kosmetiknya. Zikri merayu untuk
diberi peluang kedua dan telah dipersetujui oleh D.A.S tetapi dengan syarat: Zikri perlu
buat satu video viral yang akan menaikkan semula namanya.

3. Zikri balik rumah dan kelihatan barang-barangnya bersepah di luar rumah. Di pintu
rumahnya pula tertampal notis pengusiran.

4. Zikry tinggal dalam kereta untuk beberapa hari. Dia berusaha untuk membuat
sebanyak mungkin video trending di TikTok-nya tetapi masih gagal untuk mencapai
jumlah tontonan yang memuaskan. D.A.S memberikan lebih banyak tekanan kepada
Zikri.

5. Zikri jumpa video live di TikTok yang viral di mana aktiviti paranormal dijalankan. Video
itu mengutip jumlah tontonan yang tinggi dan menerima hadiah yang banyak daripada
penonton. Dia mendapat idea untuk meniru video itu.

6. Zikri buat live paranormal di hutan pada waktu malam dan ramai penonton yang
berminat. Meskipun takut dan mudah terkejut walau dengan bunyi tapak kaki sendiri,
Zikri tetap berlagak bahawa dia lah orang yang paling berani.
7. Zikri menerima pelbagai cabaran daripada penonton yang menginginkannya
melakukan aksi berani seperti memasang lagu-lagu mistik dan menyeru makhlus
halus. Seorang penonton livenya terlihat dua kelibat mahluk halus yang berada di
kawasan tersebut dan memberitahu Zikri mengenai hal tersebut. Secara tiba-tiba riak
muka Zikri berubah daripada seorang yang berlagak terus menjadi pucat.

8. Zikri diejek oleh penonton apabila wajahnya berubah dan rasa tercabar. Selepas itu,
Zikri menyeru dua kelibat mahluk halus tersebut untuk memunculkan diri walaupun
sebenarnya gerun. Pada ketika itu lah, dia terlihat dengan jelas dua “makhluk halus”
yang duduk berehat di tepi pokok besar.

9. Di bawah pokok, Fadel dan Suarez yang merupakan pelakon tambahan sebagai hantu
berehat dan menunggu babak seterusnya. Suarez ternampak cahaya putih yang
menembusi matanya dan dia mengajak Fadel untuk kearah tersebut. Zikri berjalan
menghampiri pokok tapi malangnya dia tersadung kaki dan jatuh bergolek. Ketika
Fadel dan Suarez menghampiri Zikri, Zikri terus bangun dan melihat dua kelibat
berada di hadapan mukanya. Ketiga-tiga orang tersebut terkejut melihat antara satu
sama lain dan berlari dengan pecut meninggalkan kawasan tersebut. Tanpa mereka
sedari, aksi ketiga-tiga mereka dirakam oleh kamera di set penggambaran tersebut.

10. Video tersebut viral sehingga netizen menjadikan wajah ketakutan Zikri sebagai meme
yang trending.

11. Nama Zikri naik semula dan menjana lebih banyak pengikut di TikTok berbanding
sebelumnya dan lebih dikenali sebagai meme tersebut. D.A.S mengotakan janjinya
dan menyambung kontrak pempengaruh Zikri bersama syarikatnya. Masalah
kewangan Zikri dapat diselamatkan.

Anda mungkin juga menyukai