Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SENGAYAN

NAMA MURID : LOVELYNA ALLYZANDRA ANAK DANIEL

TAJUK : SOMBONG MEMBAWA RUGI

PENGARANG : NURUL JAWAHIR MD ALI

PENERBIT : INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA BERHAD

(ITBM)

Hai kawan-kawan. Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis,

para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang disayangi serta rakan-rakan

sekalian. Pada hari yang indah ini, saya Lovelyna Allyzandra Anak Daniel ingin

menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Sombong Membawa Rugi.

Di sebuah taman di pinggir kota, tinggal dua ekor beluncas, Kiki dan Nini.

Mereka sangat akrab seperti isi dengan kuku. Di taman itu juga tinggal

seekor ulat beluncas lain, Jiji. Jiji amat bangga dengan kecantikannya. Bagi

Jiji, ulat beluncas lain tidak secantik dia. Namun begitu, Jiji cemburu dengan

Kiki dan Nini. Hai Kiki, kenapa awak berkawan dengan ulat beluncas yang

hodoh tu? Lebih baik awak berkawan dengan saya yang cantik ni, tegur Jiji.

Kiki dan Nini tidak mempedulikan kata-kata Jiji. Mereka terus berlalu dari situ.

Hari demi hari, Nini dan Kiki semakin membesar. Nini dan Kiki akhirnya

berubah menjadi kepompong. Jiji juga begitu. Mereka menunggu sayap

mereka tumbuh sepenuhnya dengan sabar. Namun, ada ulat beluncas yang
SEKOLAH KEBANGSAAN SENGAYAN

tidak sabar. Ulat beluncas itu cuba keluar dari kepompongnya lalu jatuh

kerana sayapnya koyak.

Setelah lama menanti, Kiki dan Jiji akhirnya keluar dari kepompong. Jiji

bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. Sayapnya bewarna hitam kuning. Ia

mentertawakan Kiki kerana sayap Kiki bewarna putih bertompok hijau. Kiki

tidak mempedulikan Jiji. Ia menunggu Nini yang masih belum keluar dari

kepompongnya.

Akhirnya, Nini keluar dari kepompongnya. Nini telah bertukar menjadi kupu-

kupu yang sangat cantik. Sayapnya bewarna perang dan merah serta

mempunyai corak yang indah. Jiji bertambah cemburu. Eh, tak sangka

awak cantik rupanya, tapi taklah secantik saya, sindir Jiji. Nini dan Kiki tidak

menghiraukan Jiji. Mereka terbang meninggalkan Jiji. Mereka hinggap di atas

bunga yang tidak jauh dari situ.

Tanpa mereka sedari, ada dua pasang mata sedang memerhatikan kupu-

kupu di sebalik semak. Wah, cantiknya! Jom, kita tangkap kupu-kupu itu.

Sementara itu, Jiji sedang seronok terbang sambil menayangkan sayapnya.

Tiba-tiba, Jiji dan rama-rama lain telah ditangkap. Jiji meronta-ronta untuk

melepaskan diri, tetapi tidak berjaya. Kanak-kanak itu memasukkan Jiji ke

dalam balang kaca. Mereka melepaskan kupu-kupu yang tidak cantik.


SEKOLAH KEBANGSAAN SENGAYAN

Nini dan Kiki terkejut apabila melihat kejadian itu. Mereka tidak berdaya

untuk menolong Jiji. Nini, Kiki dan kupu-kupu lain terus terbang

menyelamatkan diri.

Begitulah kisahnya kawan-kawan. Pengajaran dari cerita yang saya

sampaikan tadi ialah janganlah kita bersikap sombong kerana orang yang

sombong itu selalunya rugi. Jadi, banyakkan bersyukur kerana bersyukur

akan mencegah kesombongan dalam diri kerana itu merupakan bahaya yang

sangat besar. Setiap orang pasti mempunyai kelebihan sendiri tanpa perlu

ditonjolkan dengan kesombongan. Sekian, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai