Anda di halaman 1dari 34

1.

0 PENGENALAN

Pre-eclampsia (PE) dicirikan dengan hipertensi pada lewat kehamilan


iaitu melebihi 20 minggu gestasi dengan BP sistolik melebihi 140 mmHg atau
distolik melebihi 90 mmHg dan dengan kehadiran proteinuria,
thrombocytopenia, renal insufficiency, pulmonary oedema dan hepatic
disfunction. Apabila PE tidak dirawat dengan segera, akan menjadi penyebab
kepada komplikasi yang teruk berlaku kepada ibu dan fetus kerana boleh
membawa kepada mobiditi dan mortality. Hypertension Disorder in pregnancy
(HDP) ataupun dikenali sebagai gangguan hipertensi yang memberi komplikasi
kepada kehamilan terus menjadi penyebab utama mortaliti dan morbidity
kepada ibu dan bayi baru lahir. (Kalie F. and Jenny L.Sones, 2019)

Kelaziman kejadian yang berlaku adalah kira-kira 8.8% daripada semua


kehamilan di Nigeria dan 8–10% di seluruh dunia. Dalam tahun-tahun
kebelakangan ini, pemahaman penting mengenai patogenesis dan patofisiologi
Pre Eklamsia (PE) menunjukkan kemajuan dalam kalangan anggota kesihatan,
tetapi kebanyakan faktor yang menyumbang kepada penyakit ini masih ada
yang tidak jelas. (Musa J et al 2018)

Justeru itu dengan mengendalikan kes-kes berisiko seperti ini, dapat


membantu saya mengetahui secara lebih mendalam berkaitan PE meliputi
pengurusan, penyelidikan serta rawatan spesifik yang diberikan kepada ibu
dan fetus. Ini akan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan mendatangkan
manfaat kepada saya dan pesakit yang memerlukan perkhidmatan saya

Hypertension Disorder in Pregnancy (HDP) didefinisikan sebagai


bacaan tekanan darah adalah melebihi 140/90 mmHg sebanyak 2 kali yang
diambil selepas rehat dalam selang masa di antara 4 hingga 6 jam atau
peningkatan bacaan sistolik blood pressure sebanyak 30 mmHg dan
peningkatan distolik BP sebanyak 15 mmHg berbanding dengan bacaan
sebelum kehamilan.(Fifth Korotkoff sound is more reliable sound in pregnancy)

1
1.2 KLASIFIKASI HIPERTENSI IN PREGNANCY

a) Mild hypertension
Tekanan darah sistolik 140-149 mmHg,tekanan darah diastolik 90-99 mmHg,

b) Moderate hypertension
Tekanan darah sistolik 150-159 mmHg,Tekanan darah diastolik 100-109
mmHg

c) Severe hypertension
Tekanan darah sistolik 160 mmHg atau lebih tinggi, Tekanan darah diastolik
110 mmHg atau lebih tinggi,

d) Chronic hypertension
Ini adalah tekanan darah tinggi yang terdapat pada lawatan awal (booking)
atau sebelum 20 minggu, atau jika wanita tersebut sudah makan ubat
antihipertensi dan tekanan darah masih tinggi perlu dirujuk kepada doktor

e) Gestional hypertension
Ini adalah hipertensi baru selepas 20 minggu kehamilan pada seorang ibu
normotensive sebelum kehamilan. Keadaan ini dijangka akan kembali normal
selepas puerperium.

f). Pre-eclampsia
Ini adalah hipertensi baru selepas 20 minggu dengan proteinuria yang ketara.
Ibu juga akan mengalami oliguria iaitu urin kurang 400ml dalam masa 24 jam

g). Severe pre-eclampsia


Ini adalah pre-eklampsia dengan hipertensi yang teruk dan / atau dengan
gejala, dan atau gangguan hematologi. ibu akan mengadu frontal headache,
blur vision, abdominal atau epigastric pain, hyper-reflexia. Klasifikasi

2
seterusnya adalah eclampsia, iaitu peringkat sawan pada seorang ibu dengan
pre-eclampsia berlaku semasa antenatal, puerperium dimana tiada kaitan
dengan cerebrum.

1.3 INSIDEN

Gangguan hipertensi dalam kehamilan menjejaskan sehingga 8%


daripada kehamilan dan merupkan punca utama morbidity dan mortaliti
kepada ibu dan fetus di seluruh dunia terutama negara membangun, (Jonah
musa et.al 2018).PE merupakan penyebab utama kematian ibu semasa
hamil. Menurut World Health Organization, 10 kematian ibu daripada jumlah
kematian di Asia, adalah disebabkan Hypertension semasa kehamilan,
terutamanya Pre-Eklampsia. Secara global, PE merupakan satu punca utama
morbiditi dan mortaliti maternal dan fetus. (Sammour, El-Kabarity, Fawzy, &
Schindler, 2011) PE berlaku antara 3% hingga 7% untuk nullipara dan
0.8% hingga 5% untuk multipara. PE adalah punca kematian ibu dan
morbiditi, kelahiran pramatang, kematian perinatal, dan pertumbuhan
intrauterine. (Barbosa et al., 2015). Di Malaysia menurut (Department of
Statistics Malaysia, 2019), masalah penyakit yang dihadapi oleh ibu sebelum
mengandung mempengaruhi masalah kesihatan ibu semasa kelahiran,
puerperium dan direkodkan sebagai penyebab utama kematian ibu pada
tahun 2018 iaitu sebanyak 22.9 peratus diikuti oleh Obstetric embolism
(20.3%), Ectopic pregnancy (14.4%), Postpartum haemorrhage (12.7%) dan
Gestational [pregnancy – induced] hypertension with significant proteinuria
(5.1%).

1.4 ETIOLOGI

Etiologi berlakunya HDP adalah disebabkan oleh keadaan luarbiasa


pada placenta. Faktor immunology atau genetic seperti uteroplacenta
ischaemia dimana kekurangan oksigen dan nutrien ke dalam desidua
menyebabkan tisu plasenta menjadi infarct dan berlakunya keabnormalan
placentation. Seterusnya adalah berlaku kegagalan pada endothelial dan boleh
menyebabkan komplikasi pada system vascular dimana jika tidak dirawat boleh
3
menyebabkan vasospasm yang akan mengakibatkan tisu hipoksia serta
kegagalan fungsi organ. Selain daripada itu, poor trophoblastic perfusion iaitu
corak pemakanan yang tidak baik seperti pengambilan makanan bergaram yg
tinggi dimana ia boleh menyebabkan retensi air dan seterusnya mengakibatkan
berlakunya oedema.

1.5 PATOFISIOLOGI
Semasa hamil, jumlah darah di dalam badan akan bertambah untuk
membekalkan ke placenta untuk menampung jumlah darah telah bertambah,
salur darahakan mengembang supaya [engaliran darah menjadi lancer dari ibu
ke placenta dan seterusnya ke pada fetus. Bagi memastikan darah sentiasa
banyak, maka kandungan air didalam salur darah akan manjadi banyak, iaitu
55% darah adalah plasma dan 91% plasma adalah air.
Untuk memastikan kandunga air di dalam salur darah mencukupi maka
kandungan albumin akan meningkat untuk menyerap air. Bila albumin
berkurangan maka air tidak dapat di serap, maka tisu-tisu akan menyerap air
dan tercetusnya edema. Apabila kandungan air dalam darah berkurangan,
jumlah darah dengan secara tidak langsung akan berkurangan. Apabila renal
mengesan berlaku kekurangan darah maka renal akan merembeskan hormone
renin secara automatic. Hormon renin yang dibebsakan akan merangsang
hormone yang lain dan seterusnya menyebabkan salur darah mengecut
Walaupun salur darah sudah mengecut, badan tetap akan menghasilkan darah
yang banyak ia disebabkan salur darah telah menjadi sempit dan pengaliran
darah yang banyak berlaku, maka tekanan darah akan melonjak naik. Ini juga
menyebabkan kurang pengaliran darah ke placenta seterusnya menyebabkan
fetus kurang mendapat oksigen dan makanan.Perubahan patologikal yang
berlaku pada pelbagai organ dalam kes PE telah banyak direkodkan. Diantara
perubahan-perubahan tersebut adalah “Uteroplacental Bed” – Berlaku ‘infarct’
pada placenta. Terdapat kawasan-kawasan “Acute Infarct” yang jelas kelihatan
pada “Maternal Surface of Placenta”. “Acute Arthrosis of Spiral Arteries with
Obliteration of the Lumen” iaitu satu keadaan di mana 1/3 fungsi placenta
terjejas di Interavillous kesan dari perubahan pada salur darah maternal. Ini
akan mengakibatkan perubahan pada placenta yang boleh membahayakan
fetal.
4
1.6 MANIFESTASI KLINIKAL

Ibu yang mengalami masalah HDP akan menunjukkan manifestasi


klinikal seperti frontal headache, blur vision, abdominal /epigastric pain, hyper-
reflexia, nausea and vomiting. Dalam penyiasatan urine pula akan mengesan
kehadiran protein. Keputusan darah menunjukkan low platelet count,
peningkatan pada creatinine. Dalam kes severe, ibu akan menunjukkan
oedema pada muka dan abdomen dengan peningkatan berat badan secara
ketara iaitu 1 kg dalam masa seminggu. Ibu juga akan mengalami pulmonary
oedema, retinal heamorrhage atau papiloedema. Seterusnya masalah pada
pembesaran fetus, akan mengalami IUGR.

1.7 DIAGNOSIS DAN PENYIASATAN

Penyiasatan yang akan dilakukan untuk mengesan PE adalah seperti


Urine analysis 24 hours,urine collection for total protein (>300mg) and
creatininie (>30mg/mmol),Full blood count (platelet and hematocrit), Renal
function test (urid acid,Cretinine, urea),Plasma urate concentration, Liver
function test ( ALT, .albumin), Coag, CTG, Doppler velocimetry, placental
maturity, Opthalmological examination. Ultrasound - Growth parameter, fetal
maturity, amniotic fluid indek, umbilical arteryulation profile.

1.8 PENGURUSAN

Pengurusan bagi ibu yang mengalami masalah HDP adalah semasa


jagaan antenatal, hendaklah mengesan awal masalah PE dengan mengambil
sejarah. Jururawat hendaklah mengenal pasti faktor risiko, masalah medikal
dan masalah obtetrik. Jururawat juga mestilah mengesan awal simptom PE
dengan mendengar aduan dan pemeriksaan setiap kali lawatan ke klinik.
Selain itu, lakukan pemeriksaan fizikal kepada ibu untuk mengesan tanda
5
oedema, pengambilan BP untuk mengesan peningkatan tekanan darah pada
ibu melebihi paras normal. Pengambilan sejarah medikal seperti ibu tersebut
mempunyai penyakit chronic renal failure, diabetes atau SLE. Sejarah keluarga
ibu yang menghidapi penyakit hypertension. Selain itu. Pengambilan sejarah
obtetrik lalu adakah ibu mengalami PE pada kehamilan lalu. Seterusnya
sejarah kehamilan sekarang iaitu pengambilan berat badan untuk mengesan
peningkatan berat badan secara ketara, dan ibu mengadu simptom PE seperti
headache di bahagian frontal, nausea vomiting, epigastric pain. Lakukan
pemeriksaan urin untuk menegsan kehadiran protein.

1.9 KOMPLIKASI

Antara komplikasi HDP kepada ibu iaitu boleh menyebabkan berlakunya


eclampsia iaitu sawan, placenta Abruption iaitu kelekangan placenta lebih awal
sebelum fetus dilahirkan, gangguan pada haematologi (darah) akan
mengakibatkan kerosakkan yang serius pada kidney,paru-paru,jantung dan
hati. Seterusnya komplikasi HDP juga boleh berlaku pada fetus iaitu boleh
menyebabkan Intrauterine Growth Retardation,Placenta insufficiency
menyebabkan kekurangan bekalan nutrien kepada fetus.Intrauterine hypoxia.
Placenta akan tertanggal awal menyebabkan bahagian Tersebut akan
mati,bayi tidak akan dapat bekalan nutrisi dan oksigen yang cukup dan boleh
menyebabkan bayi pramasa dan intra uterine death (IUD)

6
2.0 KAJIAN KES

2.1 PENGENALAN KES KAJIAN

Data Demografik

Nama :Puan S

Age : 37 tahun

RN : Hrpz 74123

I/C No. : 850608-03-xxxx

Tarikh Lahir : 08.06.1985

Alamat : PT 1990,Jalan SBJ Putra/16,Taman SBJ Putra Pasir

Pekan 16250 Tumpat Kelantan

Taraf Pendidikan : Ijazah

Pekerjaan : Retail Executive

Taraf perkahwinan : Berkahwin ( 29.05.2015)

Gravida :Gravida 4 Para 1 + 2

L.M.P :16.01.2022

EDD : 23.10.2022

Berat Badan : 80.5kg

Tinggi : 160cm

First Booking : Klinik Kesihatan Wakaf Bharu

Antenatal Checkup : Klinik Kesihatan wakaf Bharu

Tagging Buku Anbtenatal : Tagging Kuning


7
BIODATA SUAMI

Nama : Encik Ir

Umur : 35 Tahun

No Kad Pengenalan : 870630-56-xxxx

Tarikh Lahir : 30.06.1987

Taraf perkahwinan : SPM

Pekerjaan : Pemandu Grab

8
2.2 SEJARAH FIRST BOOKING DI KLINIK KESIHATAN

Pada 19.05.2022, merupakan lawatan ke klinik yang pertama oleh Puan S.


Beliau datang ke klinik Kesihatan Wakaf Bharu untuk first booking.
Pengambilan data perihal sejarah obstetrik yang lalu sangat penting dan perlu
direkod kerana ia boleh dijadikan rujukan. Berkaitan dengan masalah yang
dialami oleh beliau, kemungkinan akan berulang pada kandungan sekarang.
Oleh itu langkah-langkah pengesanan dan pencegahan awal boleh diambil.
Sejarah kandungan lalu dinyatakan dalam carta dibawah

Pregnancy Child
No Year Gestation Place of Labour/ Compli Weight sex Breastfeeding comment
delivery delivery cation (kg) Yes/no

1 2016 NP TERM HKL EMLSCS Nil 3.35 kg Boy 2 tahun Hidup


FOR POOR sihat
PROGRESS
2 2020 3/12 ABORTION D & C DONE AT
HOSPITAL
3 2021 4/52 ABORTION D & C DONE AT
HOSPITAL

Puan S mempunyai 1 orang anak iaitu seorang lelaki dengan berat badan
semasa lahir adalah normal iaitu diantara 2.9kg hingga 3.6kg. Melalui temubual
Puan S pernah menjalani Dilate and Curettage (D & C) pada tahun 2020 dan
2021 kerana mengalami keguguran semasa kandungan 12 minggu dan 4
minggu Beliau telah menjalani EMLSCS kerana prolonge second stage of
labour semasa melahirkan anak pertama pada tahun 2016. Tiada komplikasi
selepas bersalin yang dialami oleh Puan S. Beliau telah menyusukan bayinya

9
dengan susu ibu sehingga umur diantara 6 bulan hingga 2 tahun dan anaknya
hidup sihat tanpa sebarang masalah kesihatan.

2.3 PENGAMBILAN SEJARAH PESAKIT

i. Sejarah Perubatan Lalu

Daripada temubual yang dilakukan, didapati Puan S tidak mempunyai penyakit


medikal seperti Hypertension, Diabetes Mellitus, Heart Disease dan renal
disease, yang mana penyakit sedemikian akan mempengaruhi kesihatan ibu
dan fetus semasa hamil, bersalin dan masa peuperium.

ii. Sejarah Pembedahan Lalu

Sejarah pembedahan diambil bagi mengenalpasti sekiranya ibu pernah


menjalani pembedahan dibahagian abdomen dan berlaku sebarang komplikasi
semasa pembedahan seperti pendarahan. Bagi Puan S, beliau pernah
menjalani pembedahan “lower segment caesarean section” pada tahun 2016
ketika melahirkan anak pertama disebabkan Prolonge second stage of labour.
Tiada komplikasi selepas bersalin.

iii. Sejarah Menstrual

Temubual dilakukan kepada Puan S tentang sejarah menstrual beliau dan


menurut Puan S, beliau menarche pada umur 12 tahun. Pusingan haidnya
adalah tetap dan teratur, iaitu 28 hingga 30 hari. Durasinya 6 hingga 7 hari dan
amaun adalah normal.Tiada masalah menorrhagia dan dysmenorrhea. Melalui
temubual dengan beliau memberitahu Tarikh Last Menstrual Period LMP
adalah 16.01.2021

iv. Sejarah Obstetrik dan Gynaecology

Melalui temubual yang dilakukan kepada Puan S, beliau pernah mangalami


abortion pada tahun 2020 dan 2021, pada usia kandungan 12 minggu dan 4
minggu Dillation and curretage dilakukan di HRPZ ll. Dillation and curretage
dilakukan bertujuan untuk mengeluarkan semua product of conception. Ini

10
adalah kerana Puan S mengalami missed abortion dan sekiranya D&C tidak
dilakukan kemungkinan akan menyebabkan pendarahan dan septisaemia.

2.4 FAKTOR RISIKO

Puan S mempunyai faktor risiko iaitu BMI melebihi 30, maternal obesity,
mempunyai masalah HDP pada kehamilan sekarang

2.5 RINGKASAN JAGAAN ANTENATAL DI KLINIK KESIHATAN

Puan S telah menjalani pemeriksaan kehamilan di Klinik Kesihatan Wakaf


Bharu . Beliau telah datang “booking” pada 19.05.2021.
Pegiraan Estimate Delivery Date (EDD) dilakukan untuk mengetahui tarikh
yang dijangka bersalin

16. 1. 2021
+ 7 +9 +1
23. 10. 2022

Tarikh EDD bagi Puan S adalah 23.10.2022

Pengiraan Period Of Amenorrhea (POA) dilakukan pada tarikh 19.05.2022 iaitu


tarikh lawatan pertama untuk mengetahui Period of Gestatioanl (POG)
sekarang

Last Menstrual Period (L.M.P) : 16.1..2022

BULAN HARI

16.01.2022 16

02.2022 28

03.2022 31

04.2022 30

19.05.2022 19
11
124

POA =124 =17/52 +5/7


7

Gestasi kandungan Puan S pada lawatan pertama ke klinik adalah 17/52+5/7.


Puan S mengikuti jadual lawatan ke klinik secara teratur. Beliau tidak
mengalami sebarang masalah sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah usia
kandungan memasuki trimester kedua bacaan tekanan darah beliau 149/93
mmHg sebanyak 2 kali dalam keadaan rehat. Beliau juga mengalami slightly
oedema di ankle dan tibia. Puan S dirujuk kepada doktor dan doktor
mengarahkan pemberian ubat Tablet Methyldopa 250mg TDS. Puan S
diarahkan untuk melakukan pemeriksaan EOD BP monitoring di Klinik
Kesihatan Wakaf Bharu. Pada lawatan ke klinik seterusnya bacaan BP Puan
S kembali normal. Pada lawatan ke klinik semasa 36/52+ 5/7 kehamilan,
beliau mengalami peningkatan tekanan darah iaitu 149/93 mmHg. Puan S
juga mengadu sakit kepala di bahagian frontal.

Berikut adalah jadual lawatan ke klinik Puan S sepanjang tempoh kehamilan

Ujian Pemeriksaan
Tarikh LK/ Al Gul Hb Berat Tekana Edema Gestasi Tingg
LR b a (gm bada n darah (minggu) i
%) n (kg) (mmHg) Rahi
m
(cm)
19.05.2 LK Nil Nil 11.3 80.5 110/70 Nil 17/52 mass
2 +5/7

14.06.2 LK Nil Nil 10.7 81 107/82 Nil 21/52+2/ mass


2 7
14/07/2 LK Nil Nil 10.5 83 119/80 Nil 25/52+6/ 27cm
2 7
08.08.2 LK Nil Nil 11.4 82 107/81 Nil 29/52+ 31cm
2 3/7

23.08.2 LK Nil Nil 10.4 84 120/93 Slight 31/52+4/ 30cm

12
2 edema at 7
pedal
06.09.2 LK Nil Nil 11.1 84.5 121/95 Slightly 33/52+5/ 32cm
2 oedema 7
at ankle
20.09.2 LK Nil Nil 10.9 83.5 129/90 Nil 35/52+5/ 36cm
2 7
27.09.2 LK Nil Nil 11.0 85.5 149/93 Nil 36/52+5/ 38cm
2 7
04.10.2 LK Nil Nil 85.5 139/90 Nil 37/52+1/ 38cm
2 7
11.10.2 LK 2+ Nil 87 140/90 Slightly 38/52+3/ 40cm
2 oedema 7
at pedal
18.10.2 LK 2+ Nil 88 149/91 Edema 39/52+4/ 38cm
2 abdomin 7
al and
both leg

2.6 RINGKASAN PEMERIKSAAN FIZIKAL ANTENATAL

Pemeriksaan fizikal setiap kali datang lawatan ke klinik dilakukan kepada Puan
S dan menunjukkan keputusan yang normal. Tetapi pada lawatan pada usia
kandungan 31/52+4/7 Puan S mengalami oedema di bahagian pedal dan pada
lawatan terakhir Puan S, pemeriksaan fizikal menunjukkan terdapat oedema
pada abdomen dan kedua-dua kaki . Puan S dirujuk kepada doktor

1. Pemeriksaan fizikal dilakukan dari kepala hingga kaki,antaranya:


a. Mata -Subkonjuktiva warna pink.
b. Mulut -Bibir lembap, Lidah moist dan pink.Tiada kesan luka
disudutnya. Tiada aduan pendarahan.

c. Leher -Tiada pembesaran kelenjar tiroid dan jagular vein not


prominent
d. Tangan -Tiada tremors,tiada clubbing finger dan tiada spoon shap
13
dihujung
-Jari untuk kesan simptom kronik anemia
e. payudara -Dari pemerhatian payu dara simetri,sama saiz kulit tiada
“dimpling of skin”,secondary areola dan Montgomery tubercle
jelas kelihatan. Nipple sesuai untuk penyusuan.Dari palpasi
yang dilakukan tiada ketulan dirasai dan tiada pembesaran
lymph node di axilla.
f. Abdomen a.Melalui pemerhatian saiz abdomen sesuai dengan usia
kandungan.Kulit linea nigra dan striae gravidarum jelas
kelihatan.Terdapat parut pembedahan.Tiada aduan
kesakitan atau“tenderness” pada bahagian parut
pembedahan.dan terdapat oedema pada abdomen
b.Pemeriksaan abdomen.
-Fundal palpasi dilakukan dan mendapati fundus height
sesuai dengan “period of gestation
-Lateral palpasi dilakukan untuk mengetahui lokasi
belakang
fetus. Setelah melakukan lateral palpasi “fetal back” dirasai
disebelah kanan abdomen ibu.
-Pelvic palpasi dilakukan untuk mengetahui bahagian fetus
yang berada di pelvis (presentation) iaitu cephalic dan
mengetahui engagement.of fetal Head masih not engage.
c. Auskaltasi
-Dilakukan selepas palpasi abdomen untuk mengetahui
Denyutan. Jantung janin dengan menggunakan “pinnard
stetoskop” atau dapton. Denyutan jantung janin beliau
adalah 132 bpm,regular dan “good Volume”.Normal
fetus heart rate antara 110bpm hingga 150bpm.
g. Kaki -Terdapat “slight oedema” dibahagian pedal pada kedua-dua
kaki apabila di tekan 10 saat. Tiada varicose vein di poplitheal
fosa.

h. Vulva -Dari temubual, ibu tidak mengalami keluaran discaj yang

14
berlebihan,tidak berbau dan tidak mengalami kegatalan di
vulva. Semasa pemeriksaan vagina tiada oedema dan tiada
varicose vein

2.7 RINGKASAN KEMASUKAN PESAKIT KE WAD

Bacaan tekanan darah Puan S adalah tinggi iaitu 149/91 mmHg sebanyak 2
kali. Pemeriksaan fizikal ke atas Puan S mendapati beliau mengalami
oedema pada bahagian abdomen dan kedua-dua pedal. Beliau juga
mengalami peningkatan berat badan 2.5kg dalam tempoh 2/52. Puan S juga
15
mengadu sakit kepala. Berdasarkan pemeriksaan dan simptom yang
ditunjukkan ini menunjukkan beliau mempunyai sign and symptom Pre-
Eclampsia. Puan S dirujuk kepada doktor. Doktor mengarahkan pemberian
tablet Nifediphine 25 mg STAT given @1130h. BP diperiksa selepas 30 minit
menunjukkan bacaab 133/89 mmHg. Doktor telah merujuk Puan S ke HRPZ ll
dengan segera kerana masalah Pre- Eclampsia, Hypertension Disorder in
Pregnancy, with 1 previous scar. Puan S di bawa Ke HRPZ ll pada pukul
1700 H diiringi oleh Staff Nurse KK Wakaf Bharu dengan ambulance. Suami
Puan S diberitahu.

2.8 PENGURUSAN DI HOSPITAL

Pada 18.10.2022 @1800H, Puan S tiba di Labour Room HRPZ ll dan


dibawa ke PAC. Setelah selesai pendaftaran, Puan S di bawa masuk.
Pemeriksaan Vital sign mendapati: BP: 175/95 mmHg PR: 95/min Resp:
20/min,Temperature : 37’C,FHR :148bpm, Glucometer : 5.0 mmol/L, Urine
sugar: Nil, Urine protein: 2 + ,CTG : Reactive (appendix 1)
Setelah dilihat oleh doktor, arahan kemasukan ke wad 25 untuk memantau
tekanan darah dan untuk rawatan selanjutnya bagi mengelakkan sebarang
komplikasi.
Pada 19.10.2022 @0130h Puan S di bawa ke wad 25 dan berada di
katil 17. Semasa sampai di wad 25, Puan S mengadu mild frontal headache.
Aduan diberitahu kepada doktor dan vital sign diperiksa BP: 160/91 mmHg,
PR:90/minit, RR: 19/ minit , Spo2 :100%, Temp: 37’C, Pain Score: 5

Doktor mengarahkan pemberian Tablet labetolol 200mg STAT dan 100 mg tds
untuk menurunkan tekanan darah. Setelah 30 minit BP diperiksa 140/94
mmHg.
Doktor C melakukan palpasi abdomen kepada Puan S seperti berikut:
-Pelvic Palpasi mendapati Presentasi cephalic, fetal head not engaged (0/5th)
-Lateral Palpasi menunjukklan Lie Longitudinal
-Auskaltasi menunjukkan Fetal heart rate: 152bpm

16
Pada 23.10.2022 pukul 1700h, Puan S mengadu keluar showed tetapi
tiada kontraksi uterus. Puan S di rehatkan dikatil, Pada pukul 1800H puan S
mengadu frontal headache, dan blur vision dan mengalami muntah semasa
pulang dari tandas. vital sign diperiksa BP: 170/104mmHg, PR :100/minit, Resp
:19/minit, SPo2 :98%, FHR:156 bpm, Contraction : no contraction in 10 minit

Setelah diberitahu kepada Doktor C dan discuss dengan pakar DR M,


plan for Emergency LSCS for severe Pre-Eclampsia, 1 previous scar.
Doktor C mengarahkan IV magnesium sulphate Dilute 8ml (4gm) dengan 12ml
normal saline, dan menjadi 20ml dan diberikan secara IV slow bolus diberikan
oleh doktor C. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya eclampsia
kepada ibu dan megelakkan sebarang komplikasi kepada ibu dan fetus.
Seterusnya Intravena Labetolol 10mg (2mls) over 1 minute STAT given by Dr.
C untuk menurunkan tekanan darah ke paras normal. BP perlu di stabilkan
sebelum prosedur LSCS untuk mengelakkan komplikasi yang teruk ketika
prosedur LSCS

Setelah 30 minit pemberian ubatan diberikan Puan S memberitahu


masalah frontal headache berkurang dan blur vision sudah tiada, Pemeriksaan
vital sign dilakukan BP: 139/91mmHg, PR :92/minit, Resp :19/minit,
SPo2 :98%, FHR:156 bpm, Contraction : no contraction in 10 minit. Persedian
pembedahan dilakukan dengan segera. Booking form untuk pembedahan telah
diisi dan dihantar ke bilik bedah dan doktor C telah post case.

2.8.i) Pengurusan EMLSCS

Sebelum Puan S menjalani EMLSCS, beberapa perkara perlu dilakukan untuk


memastikan prosedur berjalan dengan lancar. Antara tindakan kejururawaan
yang perlu dilakukan sebelum Puan S menjalani EM. LSCS adalah:

1. Sokongan Emosi
Puan S diberi penerangan tentang pembedahan yang akan dihadapi
untuk mengurangkan ketakutan dan kebimbangan beliau.
2. Kebenaran Pembedahan

17
Puan S telah diberi penerangan tentang prosedur dengan teliti oleh
Doktor Ernie, kenapa pembedahan perlu dilakukan, risiko yang
mungkin berlaku dan tindakan yang akan dibuat jika sebarang
komplikasi semasa pembedahan di jalankan seperti persetujuan
pemindahan darah jika berlaku perdarahan yang teruk kepada puan S.
Puan S telah memahami dengan penerangan yang telah diterangkan
dan telah menandatangani borang persetujuan pembedahan dan
persetujuan pemindahan darah.
3. Penyiasatan makmal
Ujian makmal diambil sebagai persediaan untuk pembedahan iaitu ;
Blood FBC telah diambil untuk mengetahui tahap Heamoglobin.
WBC : 126 x 10g/d
RBC: :3.78u
HGB :10.8gm%
Haematocrit : 33.0 %
Mean Cell Volume : 81.5 %
MCH : 27.5 %
MCH concentration : 33.6
PLT : 358
-GXM 2 paint pack cell diambil sebagai persediaan semasa
pembedahan jika berlaku kecemasan.
4. Persediaan Kulit
Persediaan kulit dilakukan iaitu “Inverted T’ dari simfisi pubis hingga ke
pertengahan paha bertujuan untuk mengurangkan mikro organisma
semasa pembedahan dilakukan. Ia dilakukan sebelum Puan S dihantar
ke dewan bedah Fairuz.

5. Nil Orally by Mouth (NBM)


Puan S telah dipuasakan sewaktu dimasukkan ke bilik bedah, dimana
Puan S perlu dipuasakan sekurang-kurangnya 6 jam sebelum
pembedahan untuk mengelakkan Aspiration Pneumonia. Intra vena
Normal Saline maintance dimasukkan bertujuan untuk gantian dan
mencegah ketidakseimbangan cecair dan elektrolit.

18
6. Persediaan Bladder
Catheter bladder drainage (CBD) dipasangkan kepada Puan S untuk
monitor pengeluaran urine dan mengosongkan bladder bagi
mengelakkan risiko kecederaan semasa prosedur pembedahan
dengan aseptic teknik.

7. Pre-medication
Pre medication diberikan kepada Puan S iaitu IV Ranitidine 50 mg, IV
Maxolon 10 mg dan Sodium Citrate 30 ml” STAT dose”. Pre medication
akan diberikan sebelum Puan S di hantar ke dewan bedah bertujuan
untuk mengurangkan penghasilan sekresi stomach.dan meneutralkan
asid hidroklorik. IV Augmentin 1.2gram STAT juga diberikan sebelum
pembedahan sebagai prophylaxis.

8. Pengambilan tanda vital. BP:130/89 mmHg, Pulse:103/minit,


Resp:19/minit, Temperature: 37 °C, FHR: 152 bpm, Contraction:No
contraction in 10 minit Pain score: 2

Puan S dibawa ke dewan bedah pada pukul 1910H. BHT, checklist


pembedahan, consent pembedahan dan consent pemindahan darah, buku
antenatal dan dokumen berkaitan di bawa bersama. Prosedur pembedahan
berjalan lancar. Puan S telah delivered alive baby boy wt: 3.6 kg pada
23.10.2022 jam 1947H with apgar score 9 in 1 minute and 10 in 5 minute.
Pembedahan EMLSCS Puan S selesai pada pukul 2030H. Tiada sebarang
komplikasi dilaporkan. Anggaran EBL puan S adalah 700cc. IV heamabate
given. IV Pitocin 40unit in 1 pint Normal saline/ 6hour given untuk uterus
kontrak dan retrak dan elakkan komplikasi seperti PPH. Tekanan darah
sepanjang di dewan bedah adalah diantara sisitolik:130-160 mmHg dan
distolik antara 90-110 mmHg.

2.8.ii) Pengurusan Bayi

Puan S telah melahirkan bayi lelaki pada 23.10.2022 jam 1947-hour


Bayi Puan S dibersihkan. Tangging bayi lelaki berwarna biru dilakukan oleh
19
JM L, Antropometri dilakukan, berat lahir 3.60kg, ukuran panjang 56 cm, ukur
lilit kepala 34 cm. Bayi dilihat oleh Dr A (PAED) dan diletakkan dibawah
Headbox.hasil pemeriksaan fizikal bayi Puan S adalah normal. IM Vitamin K
dan IM Hep B diberikan. Bayinya dihantar ke Nursery wad untuk pemeriksaan
lanjut kerana pemantauan selanjutnya. Penyusuan dimulakan seawal
mungkin untuk mengelakkan bayi menjadi hypoglicemia. Pemerhatian rapi
keatas bayi Puan S diteruskan untuk penyusuan, perkumuhan tanda-tanda
Hipoglisemia, “Respiratory Distress Syndrome”,“Neuromuscular Excitability”
dan Jaundis.

2.8 iii) PENGURUSAN POSTNATAL

Pada 04.04.2021 jam 2125H Puan S dipindahkan ke Labour room.


Semasa dipindahkan ke labour room IVI Labetolol 200mg in 40 mls normal
saline-run 4 mls/hour-in progress dan IVI magnesium sulphate Dilute 10ml
dengan 40ml normal saline dan menjadi 50ml (1gm/10ml)-run 5ml/hour.
INFUSION OVER 24 HOURS- in progress untuk mengelakkan Eclampsia
akibat tekanan darah yang tinggi. Vital sign di ambil 30 minit sekali dan di
catat dalam observation chart. Bacaan tekanan darah semasa tiba di labour
room ialah BP: 130/85mmHg PR: 87/min Resp:20/min Temp:37’c Spo2: 99%
room air, urine output: 50mls-60mls/ hour. Setelah bacaan BP normal
sebanyak 3 kali iaitu selepas tempoh 8 jam, doktor mengarahkan untuk
menghentikan IVI labetolol dan hanya meneruskan IVI Mgso4 infusion
sehingga complete 24 hours. Pengurusan selepas pembedahan dilakukan
kepada Puan S seperti berikut:

Pengurusan selepas pembedahan


1. Memeriksa tahap kesedaran Puan S dengan memanggil nama dan Puan S
sedar sepenuhnya.
2. Nasihatkan Puan S supaya berbaring flat selama 6 jam untuk mengurangkan
kesan sampingan ubatan kerana boleh menyebabkan loya dan muntah.

20
3. Posisikan Puan S dengan keadaaan supine dan kepala mengiring ke sisi
untuk mengelakkan aspirasi.
4. Perhatikan keadaan am Puan S sama ada dalam keadaan pucat atau cynosis
atau kesakitan yang teruk untuk Tindakan perawatan yang selanjutnya.
5. Pengambilan tanda vital Puan S iaitu pemeriksaan tekanan darah, Pulse
Rate, respiration rate, temperature, setiap 30 minit dan monitor Mgso4 for
tocixity dengan menyukat urine setiap jam. Urine hendaklah melebihi 30 mls/
hours.
6. Pemasangan infusi intravena dilakukan seperti arahan doktor iaitu 4pint
normal saline untuk mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit dalam
badan Puan S.
7. Catat setiap keluar masuk cecair di dalam intake output chart untuk
memantau fluid imbalance.
8. Periksa operation site dressing di bahagian luka pembedahan Puan S untuk
mengesan pendarahan - luka normal adalah bersih, kering dan tanpa
pendarahan.
9. Monitor pad dan catat dalam pad chart untuk mengesan awal sekiranya
terdapat pendarahan yang berlebihan. Periksa keluaran darah lokia Puan S
bagi memastikan tiada pendarahan berlaku.
10. Beri iv pitocin 40-unit dalam 1 pint normal saline untuk menggalakkan involusi
uterus kontrak dan retrak.
11. Perhatikan warna urine untuk mengesan blood stained. Jika ada
kemungkinan berlaku bladder injury semasa pembedahan dijalankan.
12. Beri antibiotik seperti yang diarahkan oleh doktor iaitu IV augmentin 1.2gm
TDS dan IV Flagyl 500 mg TDS.
13. S/C heparin perlu diberikan selepas 6 jam selepas pembedahan,jika tiada
excessive bleeding
14. Pemberian analgesik juga diberikan kepada Puan S untuk mengurangkan
sakit seperti Tablet brufen 400mg TDS, Tablet paracetamol 1g QID
15. Galakkan Puan S memerah susu daripada payudara selepas 6 jam dan
disimpan di dalam peti sejuk untuk diberikan kepada bayi di nursery. Selain
dapat meningkatkan nutrisi, ia juga dapat menggalakkan uterus kontrak dan
retrak.

21
Jagaan selepas 6 jam pembedahan (jagaan selanjutnya)
1. Posisikan Puan S dengan tinggikan kepala dengan bantal / semi fowlers.
2. Kebersihan dan keselesaan. Puan S dibersihkan di atas katil pada hari
pertama selepas pembedahan seperti sponging dan vulva swabbing
3. Pastikan Puan dalam keadaan kering dan bersih.
4. Lakukan vulva swabbing kepada Puan S untuk mengelakkan infeksi.
5. Pakaikan pad kepada Puan S dan lakukan pemerhatian pada pad untuk
memastikan jika terdapat pendarahan yang banyak dari vagina dan catat
pada pad chart.
6. Pemakanan.
■ Pada hari pembedahan, Puan S dipuasakan dan cecair elektrolit
akan diberikan melalui intravena
■ Hari pertama pembedahan, jika terdapat bowel sound dan pass
flatus, sips of clear fluid boleh diberikan dan jika tiada muntah,
minuman berzat boleh dimulakan
■ Hari kedua pembedahan, jika tolerate minuman berzat, Puan S
dibenarkan untuk makan makanan yang lembut
■ Hari ketiga pembedahan, normal diet tinggi protein dan vitamin C
diberikn untuk menggalakkan penyembuhan luka.
7. Pemerhatian terhadap tanda vital sign iaitu suhu badan, tekanan darah nadi
dan pernafasan serta pain score setiap 1 jam, jika stabil setiap 2 jam dan
seterusnya setiap 4 jam sekali.
8. Penjagaan bladder Pemerhatian pada warna urine sama ada terdapat
hematuria / blood stain disebabkan pendarahan / trauma pada baldder /
urethra semasa pembedahan dijalankan
■ CBD akan diarahkan untuk dikeluarkan pada hari pertama selepas
pembedahan dan galakkan Puan S untuk ambulasi awal (jika tiada
sebarang masalah).
■ Pastikan Puan S boleh pass urine selepas CBD dikeluarkan kerana
bladder yang penuh boleh menghalang pengecutan uterus dan
menyebabkan pendarahan berlaku.
22
9. Penjagaan bowel- Pada hari ketiga ibu biasanya boleh membuang air besar.
Jika tidak, beritahu doktor dengan segera untuk pemberian ducolax
suppository.
10. Jagaan payudara. Galakkan maternal infant bonding dengan cara
menggalakkan penyusuan susu ibu secepat mungkin sebaik sahaja selepas
kelahiran
11. Ubat - ubatan. Beri ibu ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor
12. Galakkan ibu untuk lakukan ambulasi awal untuk menggalakkan pengaliran
darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Pada 24.10.2022 jam 2130h, Puan S telah di pindahkan ke wad 25 dan berada
dikatil 14 iaitu acute cubicle. Semasa dipindahkan ke wad, IVI Mgso4 telah
dihentikan. Bacaan tekanan darah semasa tiba di wad adalah BP: 128/78
mmHg, PR: 91/min Resp:20/min, Spo2: 98% under room air, temp: 37’c, Pain
score:2, pad chart: ¼ pad.

Nota Discaj

Puan S telah discaj dari wad pada 26.10.2022 . Beliau berada di hospital
selama 6 hari. Keadaan Puan S semasa discaj adalah sihat dan ceria. Hasil
pemeriksaan mendapati Puan S sembuh dengan cepat dimana:

● Uterus mengecut dengan baik


● Tiada pendarahan berlebihan dari vagina
● Normal Lokia
● Luka pembedahan bersih dan cantuman luka baik
● Tiada demam
● Payudara lembut dan pengaliran susu baik.
● Pemerhatian rapi tekanan darah telah dilakukan 24 jam sebelum discaj dan
didapati: -
❖ BP berada dalam limit - Sistolik -130-140 mmHg
- Diastolic -85-95 mmHg

❖ T. Lebatolol 100 mg TDS diberikan sehingga 5/7 selepas discaj


❖ Tiada tanda-tanda Impending Eclampsia ditunjukkan
❖ Urin albumin dilakukan setiap hari, keputusannya NIL
❖ Semua ujiasn darah seperti RP, LFT dan PT, APTT adalah normal
23
❖ Puan S telah di ajar tentang penjagaan perineum, jagaan luka
pembedahan, penjagaan terhadap bayinya dan perancang keluarga.

2.9 Rawatan dan Ubatan


Puan S diberi rawatan ubatan Intravenous Infusion Labetolol 200mg in 40
mls normal saline selepas bersalin kerana tekanan darah tinggi dan tidak
terkawal. Ini adalah bertujuan untuk menurunkan paras tekanan darah keparas
normal. Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya Eclampsia
kepada Puan S dan menyebabkan komplikasi.

Selain daripada itu, intravenous Magnesium Sulphate (IV MgSo4) loading


dose(4gm) in 12 mls normal saline jadikan 20 mls slow bolus selama 15-20 min
telah diberikan sebelum Puan S menjalani pembedahan untuk mencegah
berlakunya Eclampsia dan diteruskan selepas kelahiran kerana BP masih
tinggi. Tujuannya adalah mencegah dan merawat life threatening eclampsia.
Mgso4 bertindak membalikkan kesan pengecutan salur darah di otak.,
berkesan sebagai cerebral depressent dan seterusnya mengurangkan irritasi di
otot dan saraf.

Cara pemberian IV mgSo4 mengikut protokol HRPZll

Loading dose

Dilute 8ml (4gm) dengan 12ml normal saline, dan menjadi 20ml dan diberikan
secara IV slow bolus atau menggunakan infusion pump diberi selama 20
minit.

Maintenance/infusion dose

Dilute 10ml dengan 40ml normal saline dan menjadi 50ml (1gm/10ml). Infuse
5ml/hour. INFUSION OVER 24 HOURS.

Semasa discaj Puan S dibekalkan ubat tablet labetolol 100mg tds selama 5/7
dan Puan S perlu melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap hari. Jika
jururawat tidak melakukan lawatan ke rumah pada hari tersebut, Puan S perlu

24
datang ke KK untuk melakukan pemeriksaan BP. Selain daripada itu, Puan S
juga di bekalkan ubatan S/C Heparin 5000U BD untuk 10 hari sebagai DVT
prophylaxis. Puan S di ajar cara menyuntik ubat tersebut semasa berada di
wad 25.

25
2.0.i) INTERVENSI KEJURURAWATAN ( ACTUAL)

Bil. Diagnosis Matlamat Intervensi Kejururawatan Penilaian


kejurururawatan Kejururawatan
1. Kurang Ibu akan fahami 1.Nilai tahap pengetahuan ibu tentang masalah Puan S
pengetahuan dengan masalah yang dihidapi dengan bertanya supaya pesakit memberitahu
berkaitan proses kehamilan yang faham. bahawa beliau
penyakit dihidapi 2. berikan penerangan yang ringkas dan jelas telah memahami
tentang maslah yang dihadapi seperti definisi, masalah yang di
faktor penyebab, dan komplikasi supaya ibu hadapinya.
faham.
3. beritahu ibu tentang perawatan yang
disediakan dan yang akan dilalui yang berkaitan
dengan masalahnya.
4. galakkan ibu bertanya jika ada permasalahan
yang tidak difahami dan jawab soalan ibu dengan
jawapan yang mudah difahami.
5. berikan risalah atau pamphlet bacaan
berkaiatan dengan penyakit supaya klien baca
dan lebih faham.

24
2.0.i) INTERVENSI KEJURURAWATAN ( ACTUAL)

Bil Diagnosis Matlamat Intervensi kejururawatan penilaian


kejururawatan kejururawatan
2. Takut dan Takut dan bimbang Klien memberitahu
1. Menerangkan kepada klien tentang keadaannya
bimbang berkaitan risiko dari masa ke semasa dan memberikan sokongan bahawa telah
berkaitan dengan kehamilan dapat emosi.
memahami serba
risiko kehamilan dikurangkan. 2. Menerangkan kepada klien bahawa tentang
dan sedikit tentang
setiap perawatan dan rancangan perawatan yang
perkembangan akan dilakukan ke atasnya. masalah yang
fetus dalam 3. Menerangkan kepada ibu setiap tatacara dan
dihadapi.
kandungan keputusan makmal dan ultrasound pada setiap kali
Tekanan darah
dilakukan supaya klien
menurun
lebih memahami dan sekaligus dapat
mengurangkan kebimbangannya.
4. Galakkan ibu bertanya jika ada sebarang ketidak
fahaman tentang mengenai sesuatu prosedur yang
dilakukan atau yang akan di jalankan.
5. Selalu bertanyakan kepada klien jika klien ada
sebarang pertanyaan atau persoalan yang ingin
diajukan oleh klien supaya klien lebih selesa dan
tiada kebimbangan yang berterusan
25
2.0. iii) INTERVENSI KEJURURAWATAN (POTENTIAL)

Bil. Diagnosis Matlamat Intervensi Kejururawatan Penilaian


Kejururawatan Kejururawatan
Risiko mendapat Magnesium toxicity Ibu tidak
1. Pantau kadar dan kedalaman pernafasan
Magnesium menunjukkan
tidak berlaku setiap360minit dan setiap jam. Galakkan senaman
Toxicity kesan tanda respiratory
bernafas dalam dan batuk. Angkat kepala katil.
daripada rawatan distress. Kadar
2. Pantau tekanan darah, dan nadi setiap 15minit,
ubatan pernafasan
30 minit sehingga stabil dan setiap jam.
20bpm.
3. Monitor nadi pesakit setiap 15minit, 30 minit dan
setiap jam.
4. Monitor urine output setiap jam dan Pantau
keseimbangan cecair 24 jam. (30 ml/ hours)
5. Menilai tahap kesedaran dan status
neuromuskular, termasuk refleks, pergerakan otot,
nada, dan kekuatan.
6. Periksa refleks patellar setiap 2jam sekali
sehingga habis pemberian MgSO4secara berkala.
7. Galakkan rehat sepenuhnya di katil. Bant
ADL pesakit mengikut keperluan.
8. Galakkan pengambilan cecair, jika perlu.
9. bantu doctor dalam pengambilan specimen
26
darah. Pantau hasil makmal seperti yang
ditunjukkan.
10, Memantau input output ibu dengan mengisi IO
Chart bagi mengaesan keabnormolan.

27
3.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya dapat menambahkan


pengetahuan dan kemahiran saya dalam pengurusan yang mengalami Pre-
Eclampsia. Disamping itu saya dapat melakukan pengurusan sebelum dan selepas
pembedahan LSCS
Puan S Gravida 4 Para 1 +2 yang mengalami Pre-Eclampsia. Terdapat
beberapa faktor mempradisposkan Puan S menghidapi Pre-eclampsia semasa
kehamilan, antaranya faktor obesity iaitu BMI melebihi 30 dan mempunyai tekanan
darah tidak terkawal dari kehamilan masa trimeseter kedua dan sekarang menjadi
penyebab terjadinya Pre-eclampsia di samping kehadirian protein dalam urin beliau.
Walaubagaimanapun Puan S sentiasa patuh dengan rawatan yang disyorkan
dengan baik. Beliau faham dengan keadaan dirinya dan datang untuk lawatan
antenatal ke klinik mengikut tarikh yang di beri.
Semasa kehamilan trimeseter kedua Puan S telah diberi ubat Anti-HPT
untuk mengawal tekanan darah beliau. Pada 18/10/2022 dengan usia kandungan
39/52 + 4/7 Puan S telah datang ke klinik utuk pemeriksaan rutin tetapi keadaan
tekanan darah beliau terlalu tinggi menyebabkan Puan S di hantar ke hospital untuk
pemantauan. Keadaan tekanan darah Puan S tidak stabil dan mengalami simptom
PE seperti frontal headache, nausea vomiting, dan blur vision. Doktor pakar telah
mengarahkan em LSCS, untuk menyelamatkan ibu dan bayinya. Keadaan am
bayinya memuaskan tetapi perlu pemantauan di SCN

Sepanjang tempoh puerperium di hospital, beliau mengalami peningkatan


tekanan darah tinggi dengan symptom sakit kepala, loya muntah dan pandangan
kabur dangan bacaan tekanan darah melebihi 160/110mmHg. IV MgSO4 4mg
diberikan dan diteruskan dengan IV MgSO4 untuk menstabilkan tekanan darah
beliau. Sebelum dibenarkan pulang doktor akan memastikan keadaannya terkawal
dan stabil terlebih dahulu dan beliau dibenarkan pulang ke rumah selepas 4/7 di
hospital dengan ubat antihipertensi dibekalkan.

Pemeriksaan ulangan postnatal telah di tetapkan oleh doktor pada


27/10/2022. Pemeriksaan untuk tekanan darah setiap hari oleh jururawat yang
melakukan lawatan setiap hari ke rumah selama 5 hari. Puan S juga perlu ke Klinik
berhampiran setiap 2/52 untuk memeriksa tahap tekanan darah tinggi.

28
3.1 PENILAIAN TERHADAP KES

Secara keseluruhannya pengurusan kes diperingkat komuniti sangat penting


kerana jururawat di komuniti adalah orang yang pertama yang akan menguruskan
kes ibu hamil. Tindakan pantas jururawat dikomuniti mengesan awal sign dan
simptom PE dan merujuk pesakir kepada doktor dapat membantu dalam
pengurusan perawatan awal dan mencegah berlakunya eclampsia. Ini dapat
mengurangkan komplikasi morbidity dan mortality dalam kalangan ibu hamil.
Tindakan jururawat yang melakukan pemeriksaan yang betul semasa lawatan ke
klinik bagi memastikan pengurusan yang cepat dan betul bagi mengelakkan delay
management kepada ibu dan fetus.

Pengurusan di pihak hospital yang cepat dalam membuat keputusan untuk


melakukan EMLSCS setelah bacaan tekanan darah yang tidak stabil dan ibu
mengalami simpton PE . Pengurusan ubatan yang cepat dan betul Berjaya
mengelakkan dan mencegah ibu daripada mendapat Eclampsia dan bayi dalam
kandungan dapat dilahirkan dengan selamat dan sihat. Sepanjang puerperium
tekanan darah ibu dalam keadaan terkawal dan tiada simptom Pre- Eclampsia.

Ibu dapat discaj dari hospital dalam masa yang singkat dan rawatan susulan
diberikan kepada ibu untuk memantau keadaan ibu dalam tempoh puerperium. Ibu
juga dibekalkan ubat anti hipertensi bagi mengawal tekanan darah dan perlu daily
BP monitoring oleh jururawat yang melakukan lawatan ke rumah selama 5 hari. Ini
akan dapat mengesan awal jika berlaku peningkatan bacaan BP dan boleh terus
dirujuk kepada doktor untuk rawatan selanjutnya.

29
3.2 CADANAGAN

1.Perancang Keluarga

Puan S perlu merancang keluarga sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum kehamilan


seterusnya, bagi memulihkan sistem reproductive dalam keadaan baik.
Beliau telah menjalani Lower Segment Ceaserean Section, maka risiko untuk scar
rupture pada kehamilan seterusnya adalah lebih tinggi. sebagai jururawat kebidanan
perlu memberi pendedahan tentang perancang keluarga kepada Puan S supaya
beliau boleh memilih satu kaedah yang paling selamat untuk dirancang. Saya
cadangkan kaedah Intra Uterine Device kepada Puan S disebabkan kaedah
hormone boleh meningkatkan risiko hypertension. Tambahan pula, Kaedah ini
mudah dan tempoh merancangnya 3 dan 5 tahun. Maka dapatlah uterus Puan S
pulih dengan baik pada tempoh merancang.

2.Pemakanan
Pengawalan pemakanan Puan S perlu penting seperti pengambilan diet Low Salt
dan Low Fat Diet bagi mengurangkan risiko berulangnya PE dan HDP pada
kehamilan seterusnya.

3.Gaya Hidup Sihat


Puan S juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat iaitu, membuat senaman
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan mengambil pemakanan yang sihat dan
seimbang . Selain itu, beliau juga perlu membuat pemeriksaan tekanan darah
secara berkala bagi mengesan sebarang keabnormalan.

4.Senaman Postnatal
Ibu diajar untuk melakukan senaman postnatal seperti keagel excercise, deep
breathing exercise, dan abdominal excercise bagi menguatkan otot-otot yang terlibat
dalam proses bersalin.

5.Pap-Smear
Puan S juga perlu menjalani pemeriksaan Pap-smear bagi mengesan cancer cervix,
disebabkan beliau sexually active. Pemeriksaan ini perlu dilakukan setiap tahun
untuk mengesan sebarang keabnormalan pada cervix.
30
3.3 RUMUSAN

Pre Eclampsia merupakan bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan


darah tinggi malah ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak, dan organ-
organ penting yang lain dalam badan. Oleh itu sangatlah penting untuk mencegah
berlakunya pre eclampsia ini. Pencegahan haruslah di lakukan samasa dari
antenatal, intrapartum dan postpartum.

Walaupaun kejadian Pre-eclampsia tidak dapat dicegah, namun ia dapat


mengurangkan risiko dengan memberi ibu pengetahuan dan pencegahan
berlakunya pre-eclampsia yang baik kepada ibu hamil melalui pendidikan kesihatan.
Terutama kepada ibu berisiko tinggi semasa sesi kelas antenatal. Serta amalan
cara hidup yang sihat atau compliance pada ubatan mengikut arahan doktor.
Kehamilan dengan HPT dan PE boleh mengundang morbiditi dan mortaliti di
kalangan ibu dan janin. Ia adalah satu keadaan yang perlu diambil berat dan
memerlukan jagaan serta rawatan yang berterusan sepanjang hayat. Corak hidup
juga haruslah turut berubah.

Jururawat kebidanan juga harus memainkan peranan penting dimana kita perlu
lebih peka terhadap faktor risiko dan manifestasi klinikal PE, bagi mengesan awal
ibu-ibu yang berisiko, supaya komplikasi dapat dielakkan. Setiap ibu perlu disaring
dengan rapi untuk mengesan awal kejadian pre eclampsia. Selain itu, pendidikan
kesihatan berkaitan tanda-tanda pre eclampsia perlu diberikan secara berkala.
Jururawat kebidanan mesti cekap dalam pengurusan ibu yang mengalami pre-
eclampsia. Rujukan dan tindakan awal dapat mengurangkan perinatal dan maternal
morbiditi dan mortaliti.

31
32

Anda mungkin juga menyukai