Anda di halaman 1dari 82

PELAN

STRATEGIK
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

2020 - 2025

1
2
PELAN
STRATEGIK
YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

2020 - 2025

3
Diterbitkan oleh
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,
Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531


Fax 2234082 / 2234086
Website www.yshhb.org.bn

Penerbitan ini tidak boleh dicetak / diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan atau dihantar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa-apa cara tanpa
kebenaran bertulis daripada penerbit. Penerbitan ini diedarkan untuk kegunaan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sahaja. Sebarang penggunaan isi kandungan
atau bahan dari buku ini adalah ditegah kecuali mendapat kebenaran / persetujuan daripada penerbit.

4
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan
(menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.
Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Surah An-Nisa Ayat 58

Wahai Sekalian manusia, Sebarkanlah salam (Kedamaian, keselamatan), berilah makan,


wujudkanlah cinta kasih kekeluargaan dan saat orang tidur, laksanakanlah solat malam.
Nescaya kalian masuk syurga dengan penuh damai dan keselamatan.
Dipetik dari hadith (H.R Tarmidzi)

5
Isi Kandungan
Pelan Strategik Yayasan Haji Hassanal Bolkiah 2020-2025

3
Petikan Titah & Sabda
11
Ucapan
Petikan Titah Perutusan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Pengerusi Lembaga Pengarah
Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B)
Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Md Yussof
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Sekapur Sirih
Sabda Pengerusi Jawatankuasa Pandu Pelan Strategik
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar
Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Kata Alu-Aluan
Pengerusi Jemaah Tadbir Pemangku Pengarah Urusan
Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak

1
17
Ringkasan Eksekutif
23
Lakaran Kecemerlangan
27
Dasar dan Tujuan
Tiga Dekad Penubuhan

33
Pelan Strategik 2020 - 2025
62
Penyalur Khidmat
Pemegang Taruh
Visi
Misi Struktur Organisasi
Nilai Teras
Tanda Arah Pencapaian & Golongan Sasar
Strategi Teras
4 Matlamat Strategik
Pensejajaran Dalam Konteks ‘Whole Nation Approach’

69
Fasa-fasa
71
Sasaran
72Cabaran
Transformasi Masa Hadapan

2
3
Petikan Titah & Sabda
Petikan Titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sabda
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik
ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

4
5
Petikan Titah & Sabda
Petikan Titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam

Titah Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah


pada 9 Rabiulakhir 1413 / 5 Oktober 1992

“Seperti mana yang dihasratkan, bahawa Sambutan Jubli Perak Beta ini, di samping untuk
mengenang sejarah pemerintahan Beta selama 25 tahun, juga tujuan yang lain, ialah untuk
menzahirkan kesyukuran kita terhadap Allah Subhanahu Wata´ala atas nikmatNya mengizinkan
pemerintahan ini berjalan dengan baik dan teratur.

Memandangkan ini, Beta rasa adalah wajar bagi Beta untuk berbuat sesuatu, yang boleh menjadi
tanda atau lambang kesyukuran itu, yang nanti dapat dinikmati faedahnya oleh rakyat dan
penduduk.

Maka disaat yang amat berbahagia ini, Beta dengan sukacita mengumumkan penubuhan sebuah
Yayasan yang akan menjadi ristaan kekal zaman pemerintahan Beta. Yayasan ini akan berfungsi
menurut dasar-dasar atau tujuan-tujuan yang telah ditetapkan, iaitu sebagai Amal Jariah ataupun
Derma Khairat Beta dan Ahli Keluarga Beta. Ianya akan boleh menghulurkan derma bagi faedah-
faedah keugamaan, kebajikan, pendidikan dan lain-lain seumpamanya.

Yayasan ini akan dipanggil dengan nama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.”

6
Titah Sempena Memperingati Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 15 Rabiulawal 1424 / 17 Mei 2003

“Yayasan ini ditubuhkan adalah sebagai amal jariah beta dan ahli keluarga beta untuk menyalurkan
bantuan-bantuan yang perlu mengikut kesesuaian dan keadaan.

Ia dihasratkan bagi memenuhi tuntutan-tuntutan sosial dan kebajikan untuk rakyat di dalam
berbagai bentuk sumbangan dan bantuan.

Sumbangan dan bantuan itu, mungkin saja melibatkan latihan-latihan atau bimbingan-bimbingan
di dalam berbagai bidang yang akan membolehkan penerima-penerimanya mendapat kemahiran dan kelayakan.

Hanya dengan melalui kemahiran dan kelayakan sahajalah taraf hidup dapat dibina dan ditingkatkan.
Beta berharap, penerima-penerima bantuan akan dapat benar benar memanfaatkannya sehingga pada akhirnya
mereka itu tidaklah lagi akan semata-mata bergantung kepadanya.”

7
8
9
Petikan Titah & Sabda
Sabda
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik
ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Yayasan Paduka Ayahnda kini sudah berusia 27 tahun. Dalam meneruskan hasrat bagi mencapai matlamat penubuhan
Yayasan Paduka Ayahnda ini, masih banyak perlu kita buat bagi menjadikannya tetap relevan dengan
perubahan masa dan keadaan.

Saya gembira mengetahui bahawa Pelan Strategik Yayasan Paduka Ayahnda (2020 – 2025) telah selesai dikemaskinikan
dengan visi bagi membangun Masyarakat Mandiri. Sasaran bagi membentuk masyarakat yang mandiri tanpa bergantung
sepenuhnya kepada bantuan kerajaan atau agensi berkenaan adalah penting untuk dijadikan fokus utama
Yayasan Paduka Ayahnda dalam beberapa tahun mendatang.

Bagi mencapai matlamat ini, Yayasan Paduka Ayahnda memerlukan anjakan paradigma ke arah pengurusan pentadbiran
yang lebih cekap, strategik dan sejajar bagi menepati social obligation and social responsibility khususnya dalam
menangani isu-isu masyarakat masa kini terutama dalam membasmi isu kemiskinan dan
mengurangkan kadar pengangguran.

Apa yang penting yang perlu dititikberatkan disini ialah Pelan Strategik baharu ini hendaklah tidak statik, sesuai dengan
sifatnya sebagai living document yang perlu terus menerus diperkemaskinikan dari masa ke semasa bagi memastikannya
tetap dan terus relevan dalam memenuhi komitmennya selaras dengan tujuan penubuhannya.

Selain dari itu, saya gembira pengemaskinian pelan strategik ini juga memberi keutamaan kepada whole of nation
approach dengan penglibatan pelbagai agensi bagi sama-sama menangani isu-isu sosial selain meningkatkan lagi
kerjasama dengan rakan-rakan strategik dalam sama-sama mendukung usaha yang dijalankan ke arah memeduli
golongan yang memerlukan bantuan di negara ini.

Sabda Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah


semasa Mesyuarat Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Kali ke-2/2019 pada 24 Rabiulawal 1441/ 21 November 2019

10
11
Ucapan
Perutusan
Pengerusi Lembaga Pengarah

Sekapur Sirih
Pengerusi Jawatankuasa Pandu Pelan Strategik

Kata Alu-Aluan
Pemangku Pengarah Urusan

12
Perutusan
Pengerusi Lembaga Pengarah
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka
Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof
Menteri Pertahanan Kedua
Selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Alhamdulillah rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana atas inayahNya jua usaha menghasilkan satu Pelan Strategik bagi
lima (5) tahun Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dapat dilaksanakan. Ucapan terima kasih saya rakamkan di atas peluang yang diberikan untuk
meninta sepatah dua kata di dalam buku Pelan Strategik Yayasan 2020-2025 ini.

Pelan Strategik merupakan blue print, mengemudi perjalanan organisasi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ianya amat penting dalam usaha
merangka dasar, menentukan program dan tindakan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan. Bertunjangkan Visi ‘Masyarakat Mandiri’ dan Misi
‘Mengurus Amal Jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Ahli-Ahli Kerabat Baginda
secara Profesional, Cekap Dan Penuh Dedikasi’. Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah terus siapsiaga melangkah kehadapan melaksanakan usaha
berterusan melalui amalan tabir urus yang cekap dan kolaborasi strategik serta pendekatan senegara yang mantap.

Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada semua jentera Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk lebih fokus dan terarah dalam menanai
amanah, mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi berteraskan semangat kerja berpasukan, proaktif, inovatif bersendikan nilai-nilai murni
Melayu Islam Beraja. Saya yakin bahawa Pelan Strategik Yayasan 2020-2025 akan melakarkan kecemerlangan dengan jayanya.

Akhir kata, sama-sama kita jayakan perancangan ini dengan penuh keikhlasan dan kejujuran demi memenuhi tanggungjawab yang kita sama-sama
pikul.

13
Ucapan
Sekapur Sirih
Pengerusi Jawatankuasa
Pandu Pelan Strategik
Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar
Menteri Pembangunan selaku
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan juga
Pengerusi Jawatankuasa Pandu Pelan Strategik Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah izinNya maka Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah berjaya
menghasilkan Pelan Strategik 2020-2025.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Yayasan atas hasil usaha yang murni ini. Dengan adanya dokumen ini, Yayasan akan dapat melaksana,
memantau dan menambah nilai program-program yang sedia ada dan mengamalkan tatacara pengurusan yang mampu mencakupi arus revolusi
industri 4.0 (IR 4.0). Pelan Strategik ini lebih bersifat fleksibel namun terarah. Ianya akan sentiasa disemak, diadaptasi dan diperbaiki agar menepati
kehendak serta tuntutan semasa melangkaui tempoh lima tahun yang ditetapkan.

Pengimplementasian Pelan Strategik dijangka menjelmakan tiga tanda aras kualiti:


• Peningkatan akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan bantuan kebajikan yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.
• Perancangan yang tersusun serta optimal demi mendukung tanda pemedulian dan kasih Baginda kepada Rakyat agar dapat berdaya
usaha sendiri.
• Menjadi teladan dan tunjang kepada pembangunan Sosioekonomi, Sosiobudaya dan Bidang Ugama demi keharmonian Masyarakat.

Perancangan bagi tempoh segera, tempoh jangka sederhana dan tempoh masa panjang dirangka seiring dengan penyediaan peruntukan serta
kapasiti pengurusan agar menepati keperluan dan sasaran.

Harapan saya, pelan strategik ini dapat dihayati dan seterusnya diterjemahkan setiap warga Yayasan untuk memenuhi aspirasi pembangunan
masyarakat mandiri dan seterusnya memacu Yayasan menjadi sebuah organisasi wadah amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan ahli kerabat Diraja baginda yang unggul. Saya berdoa semoga segala hasrat
untuk merealisasikan visi dan misi yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

14
Kata Alu-Aluan
Pemangku Pengarah Urusan
Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak
Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar)
Kementerian Pembangunan selaku
Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Alhamdulillah, dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah berjaya menghasilkan Pelan Strategik 2020-2025.
Pelan Strategik Yayasan ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan lagi kualiti dan impak organisasi yang bertunjangkan kepada dasar utama
penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai wadah amal jariah dan ahli Kerabat Baginda iaitu tanda pemedulian dan kasih Baginda
kepada rakyat.

Dengan bertawakal kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengatur langkah kehadapan dengan pelan strategik
baru yang mana memperkukuhkan kesediaan dan komitmen Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk memastikan kewujudannya terus relevan
dan bertapak sebagai sebuah institusi amal yang mampan dan bereputasi. Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah melakar pelan strategik yang
mengenal pasti tumpuan dasar, strategi-strategi penting, taktik dan pendekatan. Proses pelakaran melibatkan analisis retrospektif terhadap operasi
dan impak, mengambil kira amalan-amalan terbaik dan proses perancangan yang menggabungkan input daripada rakan strategik dan agensi-
agensi serta pemegang taruh (stakeholders) yang lain. Pelan berkenaan mendalami kedua sudut dalaman dan luaran dan berintegrasi dengan
strategi agensi-agensi yang berkaitan agar dapat bersama mencapai Wawasan Negara 2035.

Dari sudut dalaman, adalah untuk melihat keperluan dan aspirasi Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk menyampaikan yang terbaik dan dari
sudut luaran adalah untuk peluang-peluang impak dan pertumbuhan signifikan. Hasilnya ialah lahirnya penyataan Visi dan Misi yang dimurnikan dan
Pelan Strategik 2020-2025 yang berperanan sebagai peta jalan bagi mencapai misi dan visi Yayasan.

Dalam kata lain, semua kegiatan Yayasan akan terarah berpandukan pelan strategik yang tersedia – membentuk peranan dan sumber Yayasan demi
penyediaan khidmat terbaik dan merealisasi misi yang ditetapkan. Dengan visi ‘Masyarakat Mandiri’, pelaksanaan rancangan dan program Yayasan
Sultan Haji Hassanal Bolkiah memberi perhatian terhadap keperluan bagi mengimbangi pemedulian keperluan asasi, mendokong pencapaian taraf
sara diri, mendokong penyerapan nilai-nilai murni dan keagamaan, mendokong pencapaian pendidikan yang berkualiti dan saksama khususnya bagi
memberikan impak yang positif terhadap golongan sasar dan seterusnya menjadikan mereka berdaya usaha, mandiri dan keluar dari kepompong
kemiskinan, Insha-Allah. 

15
Ucapan
Berpaksikan empat matlamat strategik dan 12 objektif strategik, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan mempertaruhkan pelan tindakan yang
komprehensif bagi menghasilkan impak berkesan, meningkatkan jangkauan melalui aktiviti membangun ‘Masyarakat Mandiri’ dan jaringan kerja
bersama rakan strategik dan pelbagai agensi, melaksanakan program dan projek terancang dan memastikan khidmat sokongan yang cekap dan
berkesan. Saya yakin dan percaya, dengan sepakatan, dedikasi serta semangat kerjasama yang kolektif daripada semua warga Yayasan Sultan
Haji Hassanal Bolkiah termasuk pemegang taruh, keberhasilan daripada Pelan Strategik ini akan memberi impak yang signifikan menjana visi
‘Masyarakat Mandiri’.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertekad dengan ini menyediakan program kerja mendatang yang lebih koheren dan penuh berkeyakinan,
mengambil kira kerja-kerja yang telah dilaksanakan selama 27 tahun kebelakangan dan mencari cara baru untuk memaksimumkan impak.

Semoga Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah terus maju berfungsi sebagai Amal Jariah ataupun Derma Khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan keluarga Baginda serta menjadi ristaan kekal zaman pemerintahan
Baginda. Melalui Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sumbangan dan bantuan disalurkan bagi faedah-faedah keugamaan, kebajikan, pendidikan
dan lain-lain seumpamanya.

16
17
Ringkasan Eksekutif

18
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Ditubuhkan Atas Titah
Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Pada 5 Oktober 1992
Sempena Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Takhta.

Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Bolkiah adalah sebagai wadah amal jariah ditubuhkan di bawah satu akta yang digelar
atau derma khairat Kebawah Duli Yang Akta Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji (Penggal 166). Yayasan Sultan Haji Hassanal
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Bolkiah ditubuhkan berasaskan pada lima
dan Ahli Keluarga Diraja Baginda sebagai tujuan iaitu Ugama, Kebajikan, Pendidikan,
tanda pemedulian dan kasih Baginda Pembangunan dan Kewangan.
kepada rakyat Baginda serta menjadi
pembentukan masyarakat di Negara Brunei Sejak penubuhannya, Yayasan Sultan Haji
Darussalam yang sejahtera dan makmur. Hassanal Bolkiah telah dapat melaksanakan
dan menjayakan rancangan, program,
Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal projek dan aktiviti dalam membantu
Bolkiah adalah manifestasi sikap pemedulian mempertingkatkan kebajikan dan
dan kasih seorang Raja penyayang dan kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk
berjiwa rakyat. serta menyumbang ke arah pembangunan
dan perkembangan agama, bangsa dan
negara.

19
Ringkasan Eksekutif
Ringkasan
Eksekutif
Menelusuri dan merefleksi perkembangan dan Proses pelakaran Pelan Strategik ini dihasilkan melalui
pencapaian yang telah dicatatkan sepanjang beberapa sesi muzakarah yang melibatkan analisis
penubuhannya, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah retrospektif prakarsa lampau dan ke hadapan serta
terus mengorak langkah merancang dan mereka satu mengambilkira pelbagai aspek termasuk peranan,
acuan gerak kerja bagi lima tahun ke hadapan dengan fungsi, prinsip, nilai, analisis kekuatan dan kelemahan
merangka Pelan Strategik 2020-2025. serta peluang yang ada supaya relevan dan bersesuaian
dengan persekitaran yang ada.
Pelan Strategik 2020-2025 dilakar dengan mengenal
pasti tumpuan dasar, strategi-strategi penting, serta Dalam masa yang sama, Pelan Strategik ini juga
pendekatan dan taktik yang lebih praktikal dan dinamik. melibatkan penstrukturan semula struktur organisasi
dalaman agar lebih padu dan terarah dalam memberikan
Pelan Strategik dilakar bertunjangkan dasar penubuhan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengikut Akta
Penggal 166 dan dilandaskan kepada Konsep Melayu
Islam Beraja.

20
21
Ringkasan Eksekutif
Dalam mendukung Wawasan Brunei 2035, proses Namun demikian, cabaran dan perubahan persekitaran
pensejajaran dilaksanakan dengan mengambil kira yang berlaku menuntut satu anjakan yang menyeluruh
strategi-strategi dan program-program yang digariskan untuk memastikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
dalam Sustainable Development Goal (SDG). Aspek- kekal sebagai organisasi mampan dan berdaya tahan
aspek ini telah diadunkan dalam dokumen ini bagi demi terus menawarkan perkhidmatan selaras dengan
memastikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah prinsip-prinsip Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
berada di landasan yang tepat, berjalan seiring dalam Bagi tujuan ini, jentera Yayasan Sultan Haji Hassanal
menjana kesejahteraan dan perpaduan masyarakat Bolkiah akan sentiasa membudayakan amalan kerja
yang makmur. yang cemerlang dan berintegriti.

Pelan Strategik 2020-2025 ini bersifat praktikal di Pelan Strategik 2020-2025 menjurus kepada beberapa
samping mengetengahkan pendekatan baharu agar outcomes yang disokong enam strategi teras ke arah
mendatangkan impak yang signifikan. Hasilnya lahir mencapai visi ‘Masyarakat Mandiri’. Hasil pelaksanaan
penyataan visi dan misi yang memberi gambaran jelas Pelan Strategik ini dihasratkan dapat menyumbang
dan perancangan yang terurus untuk dilaksanakan kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035, menjadikan
dalam tempoh yang ditetapkan. Negara Brunei Darussalam tetap kekal menjadi sebuah
negara yang merdeka lagi berdaulat, menjadi sebuah
Negara Zikir dan Baldatun Tayyibatun Warabbun
Ghafur.

22
23
Lakaran Kecemerlangan
Tiga Dekad

24
Lakaran Kecemerlangan
TIGA DEKAD
DEKAD PERTAMA DEKAD KEDUA
Tahun 2002 hingga 2012
Tahun 1992 hingga 2002
Dekad ini menyaksikan Yayasan terus memberi impak
Mengendalikan urusan pembahagian buah kurma dan kepada kemajuan dan perkembangan masyarakat
pembahagian ihram dan telekung kurnia peribadi Kebawah dengan mendampingkan dirinya kepada badan dan
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang institusi sosial lainnya dalam usaha membawa corak
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. baharu dalam kegiatan sosial.
Untuk memastikan perkembangan tujuan penubuhan serta Mengembang-gerakkan kesukarelawanan
kemampanan sumber kewangan yang berterusan, Yayasan
Lawatan kerja ke kawasan perkampungan bagi menjalin
telah melancarkan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal muhibah serta merisik perkhabaran penerima bantuan
Bolkiah pada tahun 1996.
Inisiatif bantuan kemanusiaan bencana Tsunami Aceh
Sebagai sumbangan terhadap perkembangan pendidikan, Projek Pembangunan Belia diperkembangkan dengan
Taman Asuhan Kanak-Kanak (1998) dan Sekolah Rendah perlaksanaan projek perkhemahan belia
Yayasan (2000) telah ditubuhkan. Program Intervensi Pendidikan berupa Kelas Tuisyen telah
mula diadakan
Mengorak langkah dekad pertama, Yayasan telah Skim Biasiswa Sultan’s Scholar
melaksanakan beberapa bantuan dan program
Sekolah Menengah Yayasan mula beroperasi pada tahun 2006
Bantuan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara
Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Memorial Lecture
Bantuan bagi masjid, surau dan balai ibadat untuk
mengendalikan aktiviti
Bantuan Perumahan
Bantuan Mangsa Kebakaran dan bencana alam
Program Pembangunan Belia diperkenalkan melalui program Job Start
Bantuan Pembinaan Masjid

25
Lakaran Kecemerlangan Tiga Dekad
MENUJU
DEKAD KEEMPAT
DEKAD KETIGA Tahun 2023 dan seterusnya

Tahun 2012 hingga 2022 Tekad untuk maju dan melangkah ke hadapan
menjadi satu kemestian bagi kita sebagai warga
Yayasan untuk terus memperkemaskan cara dan
Dalam dekad ketiga Yayasan telah:
meningkatkan rentak kerja ke arah yang lebih sistematik
Melancarkan Anugerah Penulisan Islam dalam usaha dan terancang memeduli kesejahteraan golongan sasar.
untuk menyokong inisiatif mempertingkatkan
sosiobudaya Pada tahun 2026 dan seterusnya, Yayasan akan
memastikan kesinambungan pelaksanaan pelbagai
Menerima pengiktirafan dan penghormatan daripada program dan aktiviti yang telah menunjukkan impak
Sekretariat ASEAN bagi Pembangunan Luar Bandar dan positif kepada golongan sasar.
Pembasmian Kemiskinan
Tekad dan hasrat antaranya:

Menubuhkan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Memperkasa individu atau kumpulan individu yang
dikenali dengan nama Wadah Amal Sendirian Berhad mencapai tahap sara diri
Memperkukuhkan lagi jentera Yayasan menjana
kecemerlangan
Mengoptimumkan penggunaan serta peluang
mengeksploitasi teknologi/tren ICT terkini yang
relevan dan memberi nilai tambah kepada Yayasan
Mengadaptasi khidmat dan produk sesuai dengan
kehendak semasa dan permintaan golongan sasar
Meneruskan kelestarian kewangan, pelaburan dan
penjanaan pendapatan

26
27
Dasar dan Tujuan
Penubuhan

28
Dasar Penubuhan
Berlandaskan konsep Rujukan Akta Penggal 166
Melayu Islam Beraja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Wadah Amal Jariah


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin
Waddaulah dan Ahli Keluarga Baginda.

Tanda Pemedulian & Kasih


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin
Waddaulah kepada rakyat Baginda yang sentiasa
taat setia kepada Baginda dan Kerajaan Baginda.

Lambang pembentukan dan


perpaduan masyarakat
dan Negara Brunei Darussalam yang sejahtera
dan makmur serta keharmonian umat manusia
antarabangsa mengikut keadaan dan kesesuaian
yang diredai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

29
Tujuan Penubuhan

Dasar dan Tujuan Penubuhan


Yayasan ditubuhkan berasaskan kepada lima tujuan iaitu:

Ugama
Menghulurkan bantuan kewangan atau biasiswa ugama untuk tujuan pendidikan ugama kepada rakyat Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menurut
syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan yang boleh dikenakan oleh Yayasan dari semasa ke semasa;

Menghulurkan bantuan kewangan kepada seseorang atau pertubuhan atau badan bukan kerajaan yang menjalankan
gerakan dakwah atau usaha meninggikan syiar Islam yang diiktiraf oleh kerajaan dengan syarat orang perseorangan
atau pertubuhan atau badan itu mendapat kebenaran kerajaan untuk menjalankan gerakan atau usaha mereka itu,
dan dengan syarat gerakan itu adalah bagi faedah di dalam Negara Brunei Darussalam sahaja;

Menghulurkan bantuan ke atas pembinaan, pengurusan dan pemeliharaan sekolah-sekolah ugama dan masjid-masjid
yang diusahakan oleh mana-mana orang atau pertubuhan atau badan bukan kerajaan dengan syarat usaha itu
hendaklah mendapat kebenaran kerajaan.

Kebajikan
Mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan mengadakan skim bantuan kepada orang-orang
yang tidak bernasib baik seperti orang miskin, orang cacat dan lain-lain dan bantuan bencana alam;

Mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan belia dalam pembangunan masyarakat dengan mengadakan skim
bagi membantu belia yang memerlukan latihan kemahiran dan memberikan bantuan kepada badan-badan sukarela
yang diiktiraf oleh kerajaan;

Menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dalam bidang sosiobudaya dan socioekonomi di kalangan rakyat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan
mengadakan peraduan dan hadiah dalam bidang sastera dan kebudayaan;

Menghulurkan bantuan kepada pesakit yang tidak berkelayakan di bawah skim bantuan kerajaan.

30
Pendidikan
Mengadakan dermasiswa kepada penuntut-penuntut yang memerlukan bantuan dari segi bayaran yuran sekolah,
buku, alat projek, pakaian seragam sekolah, kenderaan, yuran peperiksaan dan elaun tunjangan menurut syarat-syarat
dan kelayakan yang boleh dikenakan oleh Yayasan dari semasa ke semasa;

Mengadakan bantuan ke atas penyelidikan dan perkembangan yang dijalankan oleh institusi pengajian tinggi bagi
kepentingan kemajuan saintifik, teknologi dan kemasyarakatan.

Pembangunan
Mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan pembangunan selain daripada yang dikendalikan oleh kerajaan.

Kewangan
Mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti perusahaan komersil dan industri yang sesuai dengan konsep
dan tujuan Yayasan;
Membeli, menjamin atau sebaliknya mendapatkan sebarang stok dan saham;

Menubuhkan dari semasa ke semasa syarikat atau perbadanan untuk mengendalikan atau menguruskan sebarang
projek, skim atau perusahaan.

31
32
Dasar dan Tujuan Penubuhan
33
Pelan Strategik
2020 - 2025

34
Visi
Masyarakat Mandiri
Mendasari visi ‘Masyarakat Mandiri’ adalah Yayasan komited dalam melaksanakan pelan
kepercayaan bahawa setiap individu memiliki tindakan, mengendalikan projek-projek pelbagai
sifat-sifat intrinsik: bentuk yang akan membawa nilai tambah,
memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran
Kreatif golongan sasar yang sedia ada.

Berwawasan dan
Program-program membangun sosio ekonomi
Berdaya Usaha untuk Mencapai masyarakat dihasrat untuk membina keupayaan
Kesempurnaan Kehidupan. diri, memupuk budaya self-determination, agar
masyarakat itu sendiri mampu berfungsi sebagai
Ianya ditakrifkan apabila ahli masyarakat penggerak perubahan yang berterusan.
berkeyakinan memiliki kapasiti dan kemahiran
sebagai agen perubahan serta perkembangan
diri.

35
Pelan Strategik 2020-2025
Misi
Menguruskan Amal Jariah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan
ahli-ahli keluarga Baginda secara

Profesional

Berwawasan

Berdaya Usaha untuk Mencapai


Kesempurnaan Kehidupan.

36
Nilai Teras
D - Dedikasi &
Pemedulian

T- Titih / Lutanan

D.A.U.L.A.T
LA - Luhur & A - Adil
Amanah

U - Unggul Kecemerlangan

37
Pelan Strategik 2020-2025
D - Dedikasi & Pemedulian
Bersikap Profesional dalam semua tanggungjawab yang digalas

A - Adil
Adil/Saksama dalam membuat keputusan

U - Unggul Kecemerlangan
Mempertingkatkan kecemerlangan secara berterusan dengan penuh semangat

LA - Luhur & Amanah


Berintegriti, jujur, telus dan saksama dalam semua perilaku dan transaksi

T - Titih/ Lutanan
Sentiasa proaktif dan bertindak tangkas serta fleksibel dalam menjalankan tugas

38
Tanda Arah Pencapaian
& Golongan Sasar
Berlandaskan konsep Rujukan Akta Penggal 166
Melayu Islam Beraja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Dasar Penubuhan Tanda Arah Golongan


Yayasan Pencapaian Sasar

Wadah Amal Jariah Peningkatan Akses kepada Golongan Miskin, Pendapatan


Kebawah Duli Yang Maha Mulia perkhidmatan perkhidmatan rendah, Rawatan pesakit
Paduka Seri Baginda Sultan Haji bantuan kebajikan yang berkualiti
Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin tinggi dan boleh dipercayai Golongan Warga Emas,
Waddaulah dan Ahli Keluarga Kelainan Upaya dan Rakan
Baginda Perancangan yang tersusun Seliaan (Banduan) & Penghuni
serta optimal demi mendukung Pusat Kebajikan
Tanda Pemedulian & Kasih tanda pemedulian dan kasih
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Golongan Belia, Masjid dan
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Paduka Seri Baginda Sultan Haji aktiviti Agama Islam
Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin
Waddaulah kepada rakyat Baginda Waddaulah kepada rakyat agar
yang sentiasa taat setia kepada dapat berdaya usaha sendiri
Baginda dan Kerajaan Baginda
Menjadi Teladan dan tunjang
Lambang pembentukan dan kepada pembangunan
perpaduan masyarakat Sosioekonomi, Sosiobudaya dan
dan Negara Brunei Darussalam Bidang Ugama demi keharmonian
yang sejahtera dan makmur Masyarakat
serta keharmonian umat manusia
antarabangsa mengikut keadaan
dan kesesuaian yang diredai oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala

39
40
Pelan Strategik 2020-2025
Strategi Teras
Mengukuhkan Kerangka Dasar,
Tadbir Urus dan Tenaga Manusia

Memanfaatkan Teknologi Maklumat


bagi pewujudan struktur operasi
dan proses yang cekap

Memperkukuhkan peranan-peranan
Struktur Organisasi dalaman

Meluaskan rangkaian dan kerjasama


dengan Rakan Strategik

Meningkatkan tahap penjanaan


dan penggunaan sumber dan aset
utama dengan lebih efektif

Mempertingkatkan Pemberigaan
Organisasi dan Aktiviti

41
Pelan Strategik 2020-2025
4
SG1
Mengimbangi
Pemedulian Keperluan
Asasi

Matlamat SG2
Mendukung
Pencapaian Taraf Sara Diri

Strategik
‘Strategic Goals (SG)’
SG3
Mendukung
Pencapaian Pendidikan yang
Berkualiti dan Saksama

SG4
Kemampanan
kewangan

42
SG1
Mengimbangi Pemedulian
Keperluan Asasi

Objektif Strategik Pertama (S01)


Kediaman

Objektif Strategik Kedua (S02)


Makanan, Pakaian
dan lain-lain Keperluan

Objektif Strategik Ketiga (S03)


Sokongan Akses Perubatan

43
Pelan Strategik 2020-2025
S01 :
Kediaman

Tempat Kediaman yang lebih selamat sebagai asas


kesejahteraan sesebuah keluarga
Pencapaian bantuan Pencapaian bantuan pembaikan
pembinaan rumah (6 bulan) rumah (3 bulan)

kpi 2020 kpi 2025 kpi 2020 kpi 2025

10% 100% 50% 100%

Pencapaian penambahbaikan
rumah (3 bulan)

kpi 2020 kpi 2025

20% 100%

44
S02 :
Makanan, Pakaian dan lain-lain Keperluan

Akses kepada sumbangan bantuan asasi


Pencapaian bantuan makanan dan Penerima Program Ihsan
lain-lain bantuan asasi (Kenaikan Jumlah penerima
(Disampaikan dalam tempoh 3 hari) 180 keluarga-2019)
kpi 2020 kpi 2025 kpi 2020 kpi 2025

75% 100% 10% 30%

45
Pelan Strategik 2020-2025
S03 :
Sokongan Akses Perubatan

Sokongan kepada Akses Perubatan


Pencapaian bantuan peralatan perubatan
(Disampaikan dalam tempoh 3 minggu)

kpi 2020 kpi 2025

90% 100%

Pencapaian bantuan bayaran


rawatan kesihatan
(Disampaikan dalam tempoh 1 bulan)
kpi 2020 kpi 2025

90% 100%

46
SG2
Mendukung Pencapaian
Taraf Sara Diri

Objektif Strategik Pertama (S01)


Keusahawanan

Objektif Strategik Kedua (S02)


Kemahiran

Objektif Strategik Ketiga (S03)


Perkembangan Perniagaan

47
Pelan Strategik 2020-2025
S01 :
Keusahawanan

Peningkatan Pengusaha yang berjaya menyara diri tanpa bantuan

Jumlah Pemohon yang layak diberikan bantuan keusahawanan


(Peningkatan jumlah [10 pengusaha-2019])

kpi 2020 kpi 2025

50% 100%

48
S02 :
Kemahiran

Penyediaan peluang menimba ilmu dan memperolehi


kemahiran secara berterusaan
Peningkatan program kaunseling dan Peningkatan jumlah penglibatan
mentorship bagi membangkitkan pengusaha dalam program latihan
semangat memperbaiki keadaan pembangunan diri (152 peserta-2019)
(4 kursus-2019)

kpi 2020 kpi 2025 kpi 2020 kpi 2025

25% 100% 20% 80%

49
Pelan Strategik 2020-2025
S03 :
Perkembangan Perniagaan

Peningkatan Pengusaha-pengusaha memperkembangkan perusahaan


Pencapaian penerimaan Skim Pembiayaan Mikro
sehingga BND10,000 (Peratusan kenaikan tahunan bermula
tahunan 2021 sasaran 3 peserta-2020)

kpi 2025

100%

Peningkatan pengusaha yang berjaya


mencapai ‘Financial Independence’

kpi 2020 kpi 2025

5% 50%

50
SG3
Mendukung Pencapaian Pendidikan
yang Berkualiti dan Saksama

Objektif Strategik Pertama (S01) Objektif Strategik Ketiga (S03)


Peluang Alternatif Akses Pendidikan Pemedulian agar Pelajar Berjaya

Objektif Strategik Kedua (S02) Objektif Strategik Keempat (S04)


Memberi Dorongan Pendidikan Asas Kerohanian (Ugama)
- Kecerdasan Minda

51
Pelan Strategik 2020-2025
S01 :
Peluang Alternatif Akses Pendidikan

Sokongan / Alternatif kepada Akses Pendidikan


Keramaian pelajar yang dibantu mencapai Keramaian pelajar diberikan
peratusan minima kehadiran sewaktu bantuan peralatan sekolah
program Intervensi (Kelas Tuisyen) (Peningkatan penerimaan -
(Peningkatan kehadiran - Seramai 3111 pelajar - 2019)
Seramai 547 pelajar - 2019)

kpi 2020 kpi 2025 kpi 2020 kpi 2025

75% 100% 27% 100%

Tambahan kepada penyediaan pengangkutan


8km ke bawah (Peningkatan tahunan bermula
tahun 2021-sasaran 2020-10 penuntut)

kpi 2025
20%

52
S02 :
Memberi Dorongan - Kecerdasan Minda

Para Pelajar dalam keadaan cerdas agar lebih bersedia dan fokus
dalam menghadapi pembelajaran
Pencapaian pelajar-pelajar yang Penambahan rakan strategik bagi
menghasilkan keputusan ditahap menjayakan projek
sangat baik

kpi 2020 kpi 2025 kpi 2020 kpi 2025

60% 80% 20% 50%

Bantuan makanan yang diberikan


mencapai pematuhan kualiti
(quality compliance)

kpi 2020 kpi 2025

80% 100%
53
Pelan Strategik 2020-2025
S03 :
Pemedulian agar Pelajar Berjaya

Memberi pemedulian dan akses untuk pelajar berjaya


Peningkatan program bantuan ilmu termasuk latihan
kemahiran keibubapaan serta program motivasi pelajar
termasuk SENA
(Special Education Needs Assistance)

kpi 2020 kpi 2025

20% 50%

Peratus pelajar berjaya menamatkan


pendidikan sehingga Tahun 11

kpi 2020 kpi 2025

50% 100%

54
S04 :
Pendidikan Asas Kerohanian (Ugama)

Akses kepada pendidikan asas ugama


Peningkatan program bantuan program-Amali

kpi 2020 kpi 2025

20% 50%

Jadual Usrah (Bimbingan dan


Motivasi Ugama) dapat dijalankan
(Peningkatan tahunan
- Sasaran 2 program -2020)

kpi 2025

50%

55
Pelan Strategik 2020-2025
SG4
Kemampanan Kewangan

Objektif Strategik Pertama (S01)


Kestabilan Kewangan

Objektif Strategik Kedua (S02)


Kutipan Hasil dari Aset Pelaburan

56
S01 :
Kestabilan Kewangan

Kemampuan kewangan yang stabil


Pulangan hasil pendapatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
melebihi perbelanjaan tahunan

kpi 2020 kpi 2025

5% 15%

57
Pelan Strategik 2020-2025
S02 :
Kutipan Hasil dari Aset Pelaburan

Peningkatan kutipan hasil Peningkatan kutipan hasil


sekolah Yayasan bangunan Yayasan
‘Base line’ berdasarkan kepada pencapaian tahun 2019 ‘Base line’ berdasarkan kepada pencapaian tahun 2019

kpi 2020 kpi 2025 kpi 2020 kpi 2025

20% 30% 8% 15%

Peningkatan pulangan hasil


pelaburan
‘Base line’ berdasarkan kepada pencapaian tahun 2019

kpi 2020 kpi 2025

5% 15%

58
Pensejajaran dengan Wawasan Brunei 2035

Pensejajaran Dalam Konteks


‘Whole Nation Approach’
Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya

National Goal National Goal National Goal

Sistem Pendidikan Peluang Pendidikan Pembangunan Sumber Tenaga yang


Kelas Pertama yang saksama menyumbang kepada keperluan ekonomi

• Guru yang berkualiti tinggi Penyertaan tinggi dalam Hasil pendidikan Pasca menengah
dan berkeyakinan pendidikan (post-secondary) yang berkualiti tinggi

• Sekolah yang berkualiti Peluang dan akses kepada pembelajaran


tinggi sepenjang hayat

• Memastikan pencapaian
dan kejayaan pelajar yang
tinggi

59
Pensejajaran dengan Wawasan Brunei 2035

Pelan Strategik 2020-2025


Kualiti Kehidupan Rakyat

National Goal National Goal

Mempertahankan Persekitaran
kedaulatan dan kestabilan Lestari

National Goal
Salah satu negara yang Persekitaran yang bersih
paling selamat di dunia dan hijau
Meningkatkan taraf
hidup yang tinggi

Warga sihat

Akses kepada utiliti dan National Goal National Goal


infrastruktur awam
berkualiti tinggi Masyarakat yang Kesihatan dan keselamatan
bersepadu dan tempat kerja bertaraf
Pemilik Kediaman yang berdaya tahan antarabangsa
tinggi
Jaminan Sosial yang Kesedaran dan
Pergerakan sosial yang inklusif dan berdaya pematuhan industri
tinggi tahan kepada perundangan/
Rakyat yang mempunyai piawaian kesihatan dan
Pemberian perkhidmatan nilai-nilai teras keselamatan tempat
yang cemerlang kerja
Keharmonian sosial
melalui perpaduan
masyarakat

60
Pensejajaran dengan Wawasan Brunei 2035

Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan

National Goal National Goal

Pertumbuhan Kepelbagaian
ekonomi yang tinggi & Ekonomi
berdaya tahan

• Pengeluaran dan Produktiviti • Kepelbagaian Sektor


• Pelaburan • Kepelbagaian Eksport
• Membebaskan Akses Hasil

National Goal National Goal

Tahap Pengangguran Kestabilan


yang rendah ekonomi mikro

Penjanaan Pekerjaan • Kestabilan Harga


• Imbangan Luar
Mobiliti Tenaga Kerja
• Kestabilan Fiskal
• Kestabilan Kewangan

61
Penyalur Khidmat

62
Pemegang Taruh
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Jemaah Tadbir

Lembaga Pengarah

Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim
Lembaga Tadbir Sekolah Jawatankuasa Pandu Pelan Strategik Jawatankuasa Meneliti Bantuan
Jawatankuasa Audit Jawatankuasa Pelaburan Jawatankuasa Pandu Sultan’s Scholar

Rakan Strategik

Majlis Sukarelawan dan Jawatankuasa Kementerian & Persatuan-Persatuan, Jawatankuasa


Perundingan Badan-Badan Perusahaan Sosial Jabatan Kerajaan Agensi dan Institusi Kerja Projek
Kampung Bukan Kerajaan (Social Enterprise) serta Swasta Pengajian Tinggi Pengupayaan dan
(NGOs) Penglibatan Belia

63
Pelan Strategik 2020-2025
Struktur Organisasi
Operasi Perkhidmatan-Perkhidmatan

Jemaah Tadbir

Unit Audit
Lembaga Pengarah Dalaman

Bahagian Perancangan
Pengarah Urusan
dan Strategik

Perkhidmatan Kebajikan Perkhidmatan


Perkhidmatan Komersil Perkhidmatan Korporat
dan Pembangunan Sosial Projek Khas

Wadah Amal Bahagian Penyelidikan Bahagian Perkhidmatan


Sdn Bhd. dan Perkembangan Kebajikan Bahagian Pengurusan
Teknikal Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sekolah Yayasan Bahagian Pengurusan Data Bahagian Pentadbiran dan Sultan dan Yang Di-Pertuan
Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Sukarelawan Sumber Tenaga Manusia Negara Brunei Darussalam

Bahagian Pelaburan Bahagian Perlindungan Bahagian Kewangan Sekretariat


dan Pemasaran dan Kesejahteraan dan Perakaunan Dana DPMM

Bahagian Perundangan Bahagian Dermasiswa Bahagian Perhubungan Bahagian Biasiswa


dan Pematuhan dan Persekolahan Awam Sultan’s Scholar
Bahagian Program Sara Diri Bahagian Teknologi
Maklumat Projek Masjid
Jubli Emas
Bahagian Pembangunan
Belia dan Tajaan Bahagian Pengurusan
Perumahan Kampong Bolkiah

Pusat Pengajian Kesenian


& Kaligrafi Islam Yayasan
Sultan Haji Hassanal Bolkiah

64
Struktur Organisasi

Perkhidmatan
Komersil
Terdapat tiga aktiviti komersil yang menjadi sumber Kewangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, iaitu:
• Pelaburan: Pengurusan aktiviti pelaburan Yayasan;
• Wadah Amal Sendirian Berhad: Pengurusan dan Pengenalian Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah;
• Sekolah-sekolah Yayasan: Pengurusan dan Pengendalian Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Taman
Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Bahagian Komersil bertanggungjawab menghasilkan dan meningkatkan pendapatan kewangan bagi menjamin
pengendalian program-program Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah secara berterusan. Selaras dengan ini,
Jawatankuasa Pelaburan adalah dipertanggungjawabkan untuk mengambil langkah strategik dalam
mengendalikan usaha-usaha untuk meningkatkan aktiviti pelaburan supaya ianya dijalankan dengan cekap dan
teratur. Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah merupakan salah satu daripada pelaburan
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang hartanah selain daripada aktiviti pelaburan dalam bidang
sekuriti dan komoditi mahupun instrumen pelaburan yang lainnya.
Memandangkan terdapat keperluan untuk mengasingkan aktiviti kebajikan dengan komersil, sebuah syarikat
telah ditubuhkan khusus bagi mengendalikan pengurusan Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal
Bolkiah secara komersil, iaitu Wadah Amal Sendirian Berhad. Syarikat ini berperanan dalam mengendalikan
operasi harian kompleks bangunan berkenaan mahupun menguruskan aspek aktiviti komersil kompleks
bangunan secara keseluruhannya. Oleh kerana syarikat ini menumpukan perhatiannya untuk menjalankan
aktiviti komersil, syarikat ini mempunyai lembaga pengarahnya sendiri untuk mengawasi dan bertanggungjawab
terhadap keseluruhan operasi syarikat. Lembaga Pengarah Wadah Amal Sendirian Berhad akan membuat
laporan kepada Jawatankuasa Pelaburan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk makluman atas segala
aktiviti, keputusan dan tindakan yang dibuat syarikat untuk dilaporkan kepada pemegang saham syarikat, iaitu
Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Bagi tempoh Pelan Strategik Yayasan 2020–2025, perkhidmatan ini akan berusaha mempertingkatkan
kedudukan kewangan Yayasan.

65
Struktur Organisasi

Pelan Strategik 2020-2025


Perkhidmatan Kebajikan
Dan Pembangunan Sosial
Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial adalah nadi penggerak kepada Kewujudan
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Perkhidmatan ini berada di barisan hadapan dalam
mendekati golongan sasar.

Pegawai-pegawai mengendalikan kes sentiasa bersedia di lokasi pemantauan untuk menilai


keadaan, menghulurkan bantuan asasi dan seterusnya menganalisa keperluan jangka panjang yang
diperlukan keluarga yang dikenal pasti.

Dalam merealisasikan Pelan Strategik Yayasan 2020-2025, Perkhidmatan ini berusaha ke arah
memberikan perkhidmatan yang holistik agar keluarga-keluarga yang dibantu tidak terperangkap
dalam kitaran kemiskinan.

66
Struktur Organisasi

Perkhidmatan
Korporat
Perkhidmatan Korporat bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan dan dukungan kepada
semua bahagian yang terdapat di Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, bagi memastikan perjalanan
operasi yang lancar dan seterusnya untuk Yayasan dapat mencapai matlamat dan sasarannya,
terutama dalam memenuhi hasrat utama penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Perkhidmatan Korporat mempunyai bahagian-bahagian berikut iaitu:

I) Bahagian Pentadbiran dan Sumber Tenaga Manusia


II) Bahagian Kewangan dan Perakaunan
III) Bahagian Perhubungan Awam
IV) Bahagian Teknologi Maklumat
V) Bahagian Perkhidmatan Teknikal

67
Struktur Organisasi

Pelan Strategik 2020-2025


Perkhidmatan
Projek Khas
Perkhidmatan Projek Khas bertanggungjawab terhadap projek-projek khas yang dikendalikan
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selain daripada projek-projek bantuan dan kebajikan yang
lazim dilaksanakan sesuai dengan matlamat penubuhan Yayasan.

Antara projek di bawah Perkhidmatan ini adalah Pengurusan Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,
khususnya buah kurma sempena bulan Ramadan dan kain ihram dan telekung bagi jemaah haji
Negara Brunei Darussalam. Lain-lain projek adalah Skim Biasiswa Sultan’s Scholar, Dana Pengiran
Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim (DANA) dan Pusat Pengajian Kesenian
dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB). Sebahagian daripada
projek yang dijalankan juga dihasratkan untuk mencapai sasaran jangka masa panjang untuk
memberikan kesan tidak langsung kepada golongan sasar, misalnya, melalui Skim Biasiswa
Sultan’s Scholars, para graduan dihasratkan untuk menjadi pemimpin yang peka terhadap isu
kemasyarakatan dan seterusnya menyumbang bakti membangun golongan berkenaan sementara
program-program dijalankan di PPKKI-YSHHB akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
golongan sasar.

Selaras dengan Pelan Strategik Yayasan 2020-2025, Perkhidmatan Projek Khas akan terus
meningkatkan kualiti dan keberkesanan perkhidmatan agar projek-projek ini akan mencapai
sasaran objektif penubuhan Yayasan.

68
Fasa-fasa
Transformasi
Fasa
Peningkatan
Tahun 2019-2020

Penstrukturan semula
Mengukuhkan kerjasama
Memudahkan perkongsian data maklumat
Memperkasa sumber tenaga manusia
Membangunkan dan menyusun semula strategi
untuk mengelakkan pertindihan
Memperkukuhkan proses dalaman

69
Pelan Strategik 2020-2025
Fasa
Transformasi 2025
Fasa
Transisi
Future State: Masyarakat Mandiri

Penjanaan kewangan yang mampan dan stabil

Pengusaha tempatan yang yakin dan mandiri


Tahun 2020-2024
Organisasi unggul menghasilkan impak signifikan

Pengukuhan Institusi (Dasar, Strategi & SOP) dan Tiada Keciciran


adaptasi Whole Nation Approach
Sumber tenaga manusia yang efisien dan
berkaliber
Perkembangan rangkaian kolaboratif dan integrasi untuk
meningkatkan penjanaan Sosioekonomi ke arah Perhubungan Awam yang berkesan
pertumbuhan komuniti bebas dan ekonomi
(Agensi Kerajaan, Institusi-Institusi Tinggi, Tahap bantuan pendidikan yang berkesan
sektor swasta, NGO, MPK dan lain-lain )
Skim Perumahan yang efektif
Mencepatkan proses bantuan
Meningkatkan Pembangunan Kapasiti
Memperluas kompilasi dan perkongsian data
(SMART YAYASAN)
Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam
Mencipta peluang dan membangunkan usahawan tempatan
Meningkatkan hasil pendapatan

70
Sasaran
Masa Hadapan
Sebagai sebuah organisasi matang

Peningkatan Tahap Menepati kehendak Peluang Pekerjaan


Keprihatinan masyarakat Yang Bertambah

Pendekatan yang Masyarakat Mandiri Perluasan jangkauan


lebih proaktif dan yang lebih inovatif -
inovatif dan berani menerokai bantuan untuk
semua

71
Pelan Strategik 2020-2025
Cabaran

Struktur penduduk
yang berubah
Aging Population
Merubah rangka Arus Globalisasi
pemikiran (mind set) - Pola kehidupan
yang sentiasa berubah

Ledakan Teknologi
info komunikasi
Peningkatan
Kadar pengangguran Perpecahan komuniti
Community Disintegration

Dapatan dari kajian: Centre for Strategic and Policy Studies

72
73
74
Penutup

Pelan Strategik 2020–2025


menjadi sumber rujukan Yayasan untuk
melaksanakan perkhidmatan terbaik bagi
memenuhi matlamat yang ditetapkan.
Ini dilakukan melalui sistem terbaik, sumber manusia yang kompeten
dan persekitaran kerja yang kondusif, seiring dengan perkembangan
kemajuan teknologi, kehendak serta keperluan semasa.

Usaha ini adalah untuk menjadikan Yayasan terbilang dalam menanai amanah
seperti tujuan penubuhannya, sekali gus mengangkat martabat Yayasan
sebagai salah satu agensi terpenting yang menyumbang kepada
pencapaian hala tuju pembangunan negara.

“..... Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya”
(Surah Ali ’Imran: Ayat 159)

75
76
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri
Bandar Seri Begawan BA1511
Negara Brunei Darussalam

yshhb.org.bn
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yshhb_official

77

Anda mungkin juga menyukai